Ada sesapa duduk selangor tak?? Hati hati tau, katanya sekarang musim denggi bermula kembali. Tadi dekat klinik ada kes denggi dr kg aku. Dia blaja dekat selangor, baru balik bercuti. Jadi petang tadi orang pejabat kesihatan datang la buat semburan. Kitorang kena la kosongkan rumah. Wan aku yang uzur pun kena dibawa keluar rumah tadi. Yang aku kelakar jiran jiran aku ramai yang keluar rumah dukung kucing hehehe takut kucing terkejut, atau mungkin lemas dalam asap semburan tu nanti. Ada jiran sorang tu dia ada tanam kulat komersial, minta pengecualian dari disembur, sebab takut kulatnya menyerap semburan tu jadi beracun. Orang kesihatan tu buat lawak plak, dia cakap kerja saya jaga kesihatan orang, bukan kesihatan kulat katanya. Dia kata kulat mati boleh tanam semula, nyawa org lebih penting..arnab arnab aku pun tadi kena alih sekejap, takut sensitive dengan asap semburan.. ayam aku pun reban kena sembur gak, tapi katanya semburan tak membahayakan ayam.Hehehe mcm2 la kan..ok la apa apapun sama sama kita jaga kebersihan,.jaga kesihatan, tubuh badan ni kan amanah Allah jugak kan…

okla meh kita sambung cerita semalam..

Aku selepas gred  Plan 2: episode iii

Sebelum aku sambung lagi, aku nak mohon maaf la kalau kalau ada yang kat luar sana rasa bosan maupun pelik dengan blog ni..dah nak jadi macam blog halaman pertanian dan penternakan pulak…tapi ye la kan blog ni meluahkan rasa hati tuan punya blog..jadi nak buat macam mana kan hehehe oh ya satu lagi sesapa yang nak baca benda2 serius, sila lah ke blok satu lagi,kat sana aku tulis secara ilmiah,insya Allah.ni alamatnya..http://tajdidworld.blogspot.com/

Hari tu aku berenti tulis setakat aku membeli puyuh. Dalam aku bela puyuh, aku masih lagi memikirkan projek ayam kampung aku tu.dan aku tak henti henti Tanya orang kampung kat mana nak dapat benih ayam kampung. Member member kat kelantan pun aku Tanya pasal benih ayam ni,sebab dekat sana memang terkenal dengan benih ayam itik yang baik dan murah,sebab diorang berpeluang merasa teknologi moden pertanian Negara jiran,Thailand. Sampailah satu hari tu, ada sahabat sorang ni dia kerja perhutanan, dan bela angsa. Dan dia selalu jual anak angsa dia kat satu kedai dekat Bandar daerah sebelah daerah aku duduk. Dia cakap dekat situ ada jual anak ayam. Jadi aku pun pakat la dengan dia pergi ke sana.

Kat kedai tu memang ada jual dua jenis anak ayam. Petamanya ayam Israel. Korang tau taka yam Israel??meh aku cerita sikit..

Ayam Israel

Ayam Israel ni adalah sejenis ayam yang bersaiz besar.tapi masa anak lagi tak nampak la besarnya. Aku tau ayam jenis ni lama dah, sejak aku sekolah agama lagi.masa tu pak sedara aku ada bela, besar ayamnya, lebih besar dari ayam daging. Tak keterlauan kota aku cakap dia sekali ganda lebih besar dari ayam biasa, dua kali ganda lebih besar dari ayam kampung.

Ntah dari mana ntah dapat nama ayam Israel. Baka ni mungkin dari masuk Thailand gak,sebab pak sedara aku ambik benih ayam dari kelantan gak ayam jenis ni kuat makan, tapi dia macam ayam kampung jugak boleh diberi macam macam makanan, tak terhad pada palet dan dedak je. Mungkin perangai ayam ni macam Israel kot, sebab ayam Israel yang pak sedara aku bela tu suka gaduh ngan ayam lain, pas tu pantang nampak ayam betina dia terus hambat. Daging dia orang kata lebih kurang ayam kampung, tapi tak sepejal daging ayam kampung la. Tapi nilai komersial dia tak sama ngan ayam kampung.

Ayam kampung pedaging

Satu lagi jenis anak ayam yang dijual oleh kedai tu adalah baka yang disebut ayam kampung daging/pedaging. Kesimpulan aku inilah kacukan ayam kampung baka yang aku cari. Mirip mirip atau sama dengan IKC yang MARDI hasilkan. Oleh sebab aku baru nak start bela, jadi tak boleh beli banyak banyak lagi. Aku pun angkat la sepuluh ekor. Anak Ayam ni harga dia rm3.50 sekor, tiga rm10. hati pun gembira bukan kepalang. Lepas tu aku beli pelita ngan minyak gas, sebab kalau kita bela anak ayam tanpa ibu dia, kita kena sediakan sumber haba yang cukup. Pakai lampu pun boleh,tapi jarak rumah aku ngan reban tu tak mengizinkan.

Makanan dia pula mula mula aku beli.lepas tu aku try cipta formula sendiri dengan mencampurkan jagung,dan gandum yang dikisar. Dan formula aku ni kononnya nak jimat, tapi tak menjadi sebab tak cukup khasiat.

Jadi sampai rumah aku pun terus alas reban dengan surat khabar, masukkan anak anak ayam yang comel ke dalam. Hajat dah tercapai,detik hati.

Bermulanya cabaran dan dugaan

Tapi ye la kan, dalam hidup ni kalau tak ada cabaran dan ujian, tak la namanya kehidupan. Aku ingat bila dah dapat anak ayam, semua dah setel.haa..rupa rupanya tak. Tak sampai seminggu, anak anak ayam aku mula mati. Mula mula sekor sehari. Lepas tu dua ekor sehari. Ya, Memang mati tu ketentuan Allah, qada dan qadar yang wajib diterima…Cuma aku sebagai manusia penternak nak tau sebab musabbabnya,jadi kena buat kajian sikit.

Mula mula aku ingat sebab masalah pelita padam. Sebab bila pelita yang aku pasang padam tengah tengah malam, esoknya mesti ada anak ayam yang mati sebab terpijak sesame sendiri. Untuk mengelakkan masalah tu maka sebaik sahaja aku terjaga tak kira pukul berapa, aku akan bangun tengok dari tingkap bilik aku padam ke tak. Kalau padam, aku pergi keluar walaupun masa tu pukul 3-4 pagi, pasang semula. Kadang kadang pasang semula pun padam lagi, aku pun ambik anak ayam tu masuk dalam kotak bawak masuk rumah.

Rupa rupanya aku salah cara pasang pelita. Ye la aku orang kampung, tapi mana ada zaman ini orang kampung pakai pelita lagi dah. Dlm internet pun mana ada org ajar pasang pelita kan hahaha Aku pasang pelita api dia besar sangat, jelaga hitam pun banyak keluar. Jelaga ni bila lekat dekat ruang udara pelita, api pun padam sebab udara tak masuk. Lepas tu aku pun pasang api kecik jer, dan memang pelita tak padam.

Tapi masalah pelita yang selesai tak menyelesaikan masalah ayam tu. Pelita hidup sampai siang pun, esoknya ada jugak yang menemui ajal. Aku termenung memikirkan apalah masalahnya. Ataupun memang kena bawak anak anak ayam ni pergi pejabat haiwan, check kot kot ada penyakit.

Lawatan ke Ladang jiran

Seminggu selepas aku beli anak ayam, hanya tiga ekor yang masih hidup. Aku bercadang nak beli anak ayam dari orang kampung je, mungkin dapat harga murah sikit, dan kalau misteri kematian berlaku lagi,maka takla kerugian sangat.

Pagi tu aku tengah rehat rehat melayan cucu jiran aku yang darjah lima berborak borak. Dia ni rapat juga dengan aku, sebab petang petang aku selalu bawak dia jalan jalan naik moto. Dia Tanya juga pasal ayam aku. Dia kata dekat rumah kitorang tu ada orang bela ayam jugak. Mula mula aku tak percaya, sebab yang aku tau dia bela itik je, dan jual telur itik. Selalu aku lalu situ, memang kat situ ada ayam, tapi sikit la, sebab pak cik tu konsentrasi dia itik. Orang kampung panggil dia pun sebut laqab itik di belakangnya.Tapi dek melayan budak sorang tu tadi aku pergi jugaklah naik motor ke rumah pak cik tu.

Sampai je, pak cik tu memang ada kat depan rumah dia. Tengah kumpul kayu untuk buat tiang.Aku pun bagi salam,hulur tangan. Pak cik ni dulu kerja tentera laut(navy),bila pencen dia menternak pulak aku pun Tanya lah dia, ada ayam kampung tak, saya nak beli anak ayam. Dia Tanya nak yang besar mana, dia tunjuk la peringkat peringkat ayam yang ada dalam kawasan luas tepi rumah dia yang dipagar. Aku kata tak kisah, yang kecik pun takpe. Aku pun ceritalah yang aku beli anak ayam, tapi tak sampai seminggu dah banyak mati, tinggal tiga ekor.jadi aku nak cuba bela lagi. Pak cik tu tersenyum lebar. dia kata kalau orang sama minat ni, pak cik suka lah nak cerita panjang.mungkin dia nampak minat mendalam sebab walaupun ayam aku mati, aku masih nak cuba bela lagi.kalao org x minat kan,mesti dah give up dah la kan.lalu dia ajak aku pergi tengok reban kat belakang rumah dia pulak.

Rupanya kawasan kat belakang rumah dia lagi luas, dikelilingi pagar tinggi. Dalam tu macam macam jenis ayam ngan itik ada. Kami pun bersembang panjang la,cerita pasal ayam ngan itik ni. Dalam pada tu dapatlah aku ilmu pengetahuan dari pengalaman pak cik ni, yang tak aku jumpa kat buku atau internet. Dan kat sinilah aku tau kesilapan aku.

Rupa rupanya kalau pasang pelita, kena tutup keliling reban dengan kain ataupun guni. Jadi haba yang terhasil dari pelita tak keluar dari reban, dia akan merebak dalam seluruh reban. Jadi haba kepanasan jadi rata, tiap tiap anak ayam dapat haba yang cukup.yang aku pulak hanya pasang pelita, tapi tak tutup keliling reban,jadi haba tak rata,angin dari luar pun dapat masuk. Lagi satu, dalam masa 2 minggu pertama, pelita kena hidupkan siang malam.minggu ketiga barulah hidupkan pelita di malam hari sahaja. Satu lagi pak cik tu bagitau makanan yang paling sesuai utk anak ayam, nama dia C201-brooder starter.kaler dia agak gelap berbanding makanan ayam biasa.makanan ni tinggi kandungan protein, bau dia ada bau ikan sikit sebab kandungannya ada protein ikan yang mempercepatkan pertumbuhan anak ayam.

Sebelum aku balik, pak cik tu bagi aku enam ekor anak ayam kampung. Tapi pak cik tu dah cakap awal awal, dia pernah try bela anak ayam kampung ni dengan cara tadi, tapi tak menjadi.dalam masa yang sama pak cik tu suruh aku try pulak, mana tau menjadi kan.aku pun ucap banyak banyak terima kasih kat pak cik tu, sebelum aku balik.

Cobaan….

Namun enam ekor anak ayam tu bukanlah petanda kejayaan lagi. Kata orang, nak berjaya ni memang kena ada usaha yang gigih, dan sabar kerana memang banyak dugaan. Dan itulah yang berlaku. Rupa rupanya betul la pak cik tu cakap, ayam kampung yang ditetaskan ibunya lebih sesuai dibesarkan ibunya. Dalam enam ekor tu, sekor je yang berjaya. Maknanya dari enam belas anak ayam yang aku beli dan dapat, hanya empat yg bertahan.

Putus asa?? Tidak bagi aku..belum masanya. Alhamdulillah Allah kurniakan nikmat tabah yang kuat dalam hati aku dalam hal ini. dalam menjaga rapi empat anak ayam itu, hati aku masih kuat bertekad nak beli anak ayam lagi.

hehe nak tau cerita selanjutnya?? masuk sini lagi besok ye heheh

Aku selepas gred :) Plan 2: episode ii

Hari tu aku dah cerita pasal ayam kampung sikit sikit kan..jadi sekarang nak sambung ni..

Jadi bila aku plan nak buat projek ayam kampung ni, aku pun terus cari maklumat kat internet, guna keyword ayam kampung dan ayam organic..banyak jugaklah yang aku dapat bila cari tu..terutamanya tentang pemeliharaan ayam kampung..tapi maklumat dari Malaysia sendiri agak sedikit..(pasal ayam daging banyak la..) yang aku jumpa maklumat aslinya dari Jabatan haiwan perak, ngan institusi pertanian macam MARDI, pas tu dari keratin artikel akhbar. Adapun laman web lain, dia punya Maklumat semua copy paste dari sumber asal ni je.. jadi terpaksalah cari sumber dari luar Negara..dari indon punya web sampai la western countries.. rupa rupanya dekat barat pun ada gak istilah ayam kampung ni..dia sebut sebagai country chicken..cara bela dia pun sama..bila ayam dah besar dibiar bergerak bebas..

Bila dah abis kumpul maklumat, aku pun mula berkira kira nak memulakan projek. duit baki ptptn yang akan masuk(sebab aku gred awal satu sem) aku plan sebagai modal. aku pun mula mencari benih ayam kampung (anak ayam la tu). Sebenarnya aku ada dua pilihan, sama ada nak guna ayam kampung biasa atau ayam kampung kacukan (MARDI panggil Improved Kampung Chicken-IKC-sebab dia cepat besar). Mula mula aku cari kat area kampung aku dan sekitar aje. Tapi nampak gayanya penduduk kampung macam tak nak bekerjasama..ye la ayam kampung mahal kan..diorang kata nak bela..besar boleh jual..

Ayam dicita Puyuh mendatang

Maka kebetulan masa maka ayah aku nak gi haji hari tu, sekeluarga nak gi hantar ke KL. Aku pun lepas je hantar g airport, esoknya terus turun petaling street. Kat situ ada kedai yang jual burung macam macam jenis, dan aku pernah nampak anak ayam kat situ. Tapi bila sampai kat situ, yang ada Cuma anak ayam belanda (turkey),mahal plak tu rm20 sekor. Kemudian ada burung puyuh. Alang alang aku dah pergi situ tak ada apa nak beli, aku pun beli je burung puyuh tu.

Dulu masa sekolah menengah aku pernah bela puyuh gak.jadi ada la eksperien.maklumat tentang puyuh pun memang dah ada. Jadi sampai je kampung, aku letak dalam reban sementara dulu. Besoknya baru aku pergi Bandar cari jaring untuk buat reban.

Aku pun beli segulung jaring BRC. Oleh sebab aku masih nak buat projek ayam, aku kena bagi dua jaring tu. Tapi masa tu macam tak cukup je jaring. Last last reban arnab aku jadi mangsa la. Kiranya reban tu besar, aku guna sedikit jaring untuk bahagi dua.1/3 daripadanya aku jadikan reban puyuh. Setel kerja. Dalam sebulan tak silap puyuh tu start bertelur. Lepas tu hari hari bertelur sebab aku bagi makan makanan ayam penelur (Layer Finisher). Aku bela empat ekor je puyuh betina, tapi dalam seminggu boleh bertelur sampai nak dekat 30 biji. Rezeki Allah ada di mana mana kan, aku jual telur puyuh kat member member. Baru baru ni salah seorang member aku yang kerja kantin booking telur telur tu tiap tiap minggu.jadi ada customer tetap la aku sekarang..alhamdulillah..

tapi dah dapat puyuh x bermakna projek ayam kampung terhenti..
aku teruskan jugak,,tapi kan mencabar bela ayam kampung ni...silap silap orang bleh putus asa...sebab apa yer?/ tungguu...hehe

bersambung lagi da...

aku selepas gred episode ii :)

p/s:
aku sambung lagi sket cerita yang lepas hehehe
ramai gak member member yang dah tau rahsia aku ni..entah sape la yang menjadi internet bergerak menyebarkannya...alang alang dah tau..aku cerita terus la yer..layannn...

Plan ke dua yang aku buat, ialah cita cita (atau sekadar angan angan heheheh) untuk bauat bisnes sket2 berasas pemeliharaan haiwan. Aku sejak kecik lagi minat dengan alam haiwan. Cita cita pertama aku nak jadi doctor haiwan!!hehe

Tanyalah kawan kawan kampus aku, siapa yang pecah rekod bela arnab dalam bilik kolej.tak pernah dibuat orang. Bila jumlah arnab aku dah mencapai sembilan ekor, pak suruh aku bawak semua balik ke kampung,biar org kat rumah jaga heheh. Lepas arnab aku tak berenti bela binatang, bela hamster pulak. Nyaris nyaris aku kena saman dengan pihak U masa bela hamster sebab kantoi spotcheck. Bukan sikit sikit bela, nak dekat da puluh ekor ada la...

Mula mula bela, lepas tu bila dah banyak sangat timbul rasa nak buat bisnes. Tapi x de la sampai bukak kedai. Bisnes based on internet la. Itu pun bersyarat. Orang orang yang layak bela je boleh beli. Bukan setakat hangat hangat taik ayam kata orang. Bela dalam seminggu dua, pas tu boring. Binatang pun makhluk Allah, kena jaga kebajikan dia kan…bisnes pulak bukanlah tujuan untung..buat pusing modal beli perkakas dan makanan binatang tu jugak..

Yela masa duduk KL boleh jalan la kerja macam ni.. orang pelbagai bangsa dan citarasa..bila dah gred, balik kampung semula, kerja ni dah kurang sesuai. Org KL bile bela binatang sanggup keluar bajet untuk kebajikan binatang.org kampung kurang sikit tang tu. Jadi kalau di KL, hamster tu letak rm 10-rm15 berebut lagi orang nak beli.kat kampung aku, hamster tak lebih darjatnya dari seekor tikus rumah,silap2 kena marah ngan org kg sebab jual tikus!! Nak tolak ke petshop??tak berbaloi..rm5 seekor,masa depan hamster pun malap..

Arnab pula (baka untuk bela,bukan makan)rm50 sepasang org KL berebut nak beli. Kat kampung pun ok, ramai yang minat, sampai daripada banyak banyak arnab aku bela,sekarang tinggal dua pasang je.Cuma nak bela banyak banyak perlu perancangan rapi,kawasan luas, ada kewangan yang baik, sebab arnab ni makan pun banyak berak pun banyak.hehehe walau bgaimanapun potensi arnab masih ada, sebab itu ia jadi target kedua dalam plan dua ni.


Ayam Kampung

Kenal tak ayam kampung?? Bagi yang asalnya orang kampung, tapi nak buat lupa lupa diri tak kenal ayam kampung, memang nak kena sengkeh hehehe... masa aku pergi international bookfair tahun lepas punya, aku terjumpa buku panduan menternak ayam kampung pedaging..masa tu aku geli hati pun ada..sebab aku tak tahu yang ayam kampung rupanya hangat di pasaran!!

Ayam kampung asalnya dari ayam hutan tu lah, yang kemudian berkacukan pula dengan ayam ayam dari luar yang dibawa ke Malaysia ni sejak zaman nenek moyang kita dulu, seperti ayam siam dan ayam cina. Kacuk punya kacuk, jadilah ayam kampung. Bezanya dengan ayam daging yang selalu kita tengok kat pasar,sama ada kampung atau Bandar, dia saiznya lebih kecil dan warnanya macam macam(ayam daging selalunya bulu putih je). Kelebihannya ayam kampung dagingnya lebih berkhasiat,kurang lemak, kerana ayam kampung bukan hanya makan dedak sahaja, tapi dia makan macam macam termasuk rumput,herba,serangga dan cacing.selain tu ayam kampung ni dia aktif, tak terkurung, jadi daging dia lebih pejal,x lembik dengan lemak je. Cuma kelemahannya ayam kampung yang original ni, nak mencapai berat 1kg lebih ke atas makan masa 6 bulan. Sedangkan ayam daging dalam masa sebulan dah sedia dipasarkan sebab berat dah lebih 1 kg. tapi sekarang ini dah tak jadi masalah, kerana pihak berkenaan telah berjaya menghasilkan baka ayam kampung kacukan yang masih mengekalkan cirri ayam kampung original, yang mampu membesar lebih cepat.

Kalau korang ingat tak lama dulu desas desus timbul yang ayam daging disuntik dan diberi makan makanan yang dicampur enzim yang asalnya dari babi, untuk mempercepatkan tumbesarannya. Masa tu juga timbullah ayam organik sebagai alternatif, yang diberi makan bahan bahan organic,tanpa kimia. Bagi aku sebenarnya ayam organic dan ayam kampung biasa hampir x ada beza, Cuma makanannya yang dicipta khas oleh seorang doktor. Ayam kampung memang makan makanan yang organic belaka, sebab tuan dia mana mampu nak beli makanan berkimia dan berenzim. Sapa yang duduk kat kampung taulah kan, ayam kampung ni diberi makan jagung dan gandum..lepas tu dia makan hampas kelapa, serangga dan tumbuhan. Semua tu organic la kan.

Minat aku ternak ayam kampung bukan kerana ayam organik, tetapi kerana nilai istimewa ayam kampung itu sendiri. Kalau korang nak tahu, kalau isu enzim dan makanan ayam bercampur enzim itu tak timbul pun, ayam kampung tetap punyai nilai pasaran yang tinggi dan punyai peminat yang tersendiri.


Ayam kampung dan orang Cina

Dekat kampung aku, hari hari tertentu pagi pagi buta lagi akan kedengaran hon motor memasuki jalan jalan kampung. Inilah motor peraih ayam kampung, yang majoritinya bangsa cina. Mereka membeli secara borong ayam ayam kampung dari penduduk kampung dan sekitar.

Kenapa bangsa cina?? Orang cina kita tahu mereka amat mahir dalam perubatan, termasuklah yang berasaskan makanan. Ayam kampung ni punyai khasiat tersendiri yang bernilai. Dan dekat tempat aku, majority yang mencari dan membeli ayam kampung memang dari kalangan orang cina.kat tempat aku orang cina lebih banyak makan ayam kampung daripada orang melayu.orang melayu lebih banyak makan ayam daging dari org cina.

Menurut penduduk kampung yang selalu jual ayam kampung, harga ayam kampung melambung bila tahun baru cina menjelang. Jika hari biasa,harga ayam jantan antara rm8-10, betina pula rm11-14 sekilogram (bukan seekor-seekor ayam kampung yang boleh dijual berat sekilo lebih). Bila hari raya cina, boleh menjangkau rm14-rm16 sekilogram.
Dekat sini dah nampak nilai dia. Aku selalu pergi pasar, seekor ayam yang siap proses, beratnya 2kg hingga 3 kg harga puratanya rm13-15. tapi ayam kampung kalau dua kilo, belum proses,dah boleh jual at least rm20 seekor tu!!

bersambung....

lain kali aku tulis lagi ya...insya Allah dengan segera hehe :) assalamualaikum!!

Ake selepas GRED :)

Dah dekat empat bulan aku gred. Member member dah ramai yang masuk alam kerja. Budak budak DPLI pun dah masuk sem ke dua. Aku plak masih duduk di kampung ni hehe. Kalau orang Tanya kenapa tak cari kerja tetap, aku plan nak ambik master. Cumanya kebetulan aku abih ari tu sem dua,jadi sem 3 x ada master jadi kena tunggu sem 1 la.tu yang jadi masih duduk di kampung lagi.

Aku ingat lagi, masa nak dekat sangat gred dulu aku ada cerita dekat member member rapat pasal plan aku sementara tunggu nak amik master. Aku ada cakap aku nak ngaja sementara(guru ganti), kerja dakwah, dan nak try bisnes based on penternakan. Dan alhamdulillah, berkat doa orang yang mendoakan, tercapai hasrat ketiga tiganya.


Dakwah-berkuliah di masjid

Seingat aku plan pertama yang aku mula mula buat lepas gred ialah alhamdulillah dakwah. Bila dah gred barulah aku berani buka kitab betul betul di masjid. Sebelum ni ada juga beri pengisian di masjid,tapi sebab persepsi setengah orang yang kalau belajar lagi tak boleh ngaja lebih lebih, aku pun merespekkan diri pada persepsi ini. jadi sebelum ni bahan mengajarnya nota nota aku sendiri, yang aku sempat aku kutip dan tulis, seperti nota nota fiqh sirah yang diberi dr layeth suud jaseem, dan nota nota dari kuliah kuliah yang sempat aku pergi di UIA. Lepas tu naik sikit, baca buku,sekadar buku buku nipis, antara yang pernah aku bawa tafsir surah luqman hj hadi awang dan 40 hadith akhir zaman.

Jadi lepas grade ni barulah aku buka kitab arab, berpegang pada pesanan dr Abd Bari, kalau nak mengajar,sbgai pelajar irk, janganlah bergantung pada kitab terjemahan. Buka kitab arab, supaya tidaklah kita lupa dan mengabaikan bahasa arab.bagi memberi semangat pada org2 kampung untuk belajar, aku ambil kitab kitab yang pernah aku belajar sebagai silibes subjek core di UIA dulu.supaya meresa terasa dapat belajar kitab orang U.

mula mula aku buka kitab fiqh manhaji, karya Dr. Mustafa Bugha, Dr. Mustafa khin dan Ali syarbaiji. Kitab ni jilid satunya pernah habis menadah dengan Dr. Sabri (Fiqh Ibadat), jilid 2 balaja ngan Dr Sayed Sikandar (Fiqh Usrah). Kebetulan pula sahabat sahabat pemuda di kampung ni masa tu baru buka kuliah tiap tiap hari di masjid lama. Maka aku diberi dua malam. Malam 1 aku bukak kitab “al-Iman” tulisan Dr Naim Yasin, kitab yang jadi rujukan utama subjek akidah, belajar dari Dr.Majdan Alias, dibantu dengan kitab aqidah ahli sunnah wal jamaah tulisan bekas mufti sabah, dan kitab tulisan ustz ali tuah masa kat matriks. Kuliyah ni tiap tiap minggu. Malam 2 plak dua minggu sekali. Yang ni aku ajar fiqh siasah, guna bahan bahan rujukan Dr. Sayyid Sikandar Shah masa subjek Fiqh siyar.

Aku sebenarnya memang berniat nak minta tauliah pada majlis agama Islam negeri. Bukan kerana elaunnnya, tapi bila kita diperakui dengan tauliah,urusan dakwah jadi lancar, kurang bermasalah. Namun ada juga org kampung kata tak payah minta tauliah, ilmu yang aku belajar tu itulah tauliahnya.

Kemudian dalam pada aku tertangguh tangguh nak tulis surat minta tauliah, satu hari tu ketua kampung aku, merangkap pengerusi masjid, minta aku penuhi semua malam malam kosong di masjid kariah kampung. Aku terimalah, Cuma yang bertembung dengan kelas di masjid lama tak boleh la. Dia pun setuju, dan umum masa solat jumaat. Maka bertambahlah amanah lagi. Aku banyak ngaja Fiqh. Sebab diorang minta blaja fiqh. Antara yang diorang minta belajar solat sunat,doa lepas solat.

Lalu Fiqh manhaji jilid itu aku pecah pecahkan la ikut tajuk. Hakikatnya aku ngaja satu kitab tu je untuk fiqh heheh. Aku ngaja solat solat sunat satu malam(skrg dah habis, sambung dengan pengurusan jenazah pulak), fiqh ibadah start bab air satu malam. Yang doa lepas solat tu sekali je aku ngaja, aku bacakan doa doa dan zikir mathur dr nabi, lepas tu aku terangkan sunnahnya berzikir lepas solat tu macam mana. Bila boleh kuat, bila kena pelahan.alhamdulillah ada kesan sikit sikit.

Di samping fiqh manhaji ni, aku jugak guna beberapa kitab lain sebagai bahan tambahan.mcm kitab al-bayan, karya imam al-Imrani.kitab ni macam al-majmuk karangan imam an-nawawi, syarah kpd al-muhazzab.dia banyak sentuh masalah furu dalam fiqh,yang bestnya dia walaupun kitab syafiiyyah dalamnya ada pndpt2 mazhab lain beserta dalil. Aku juga guna tamamul minnah(al-bani), fiqh Sunnah sayyid sabiq,dan beberapa kitab khusus ikut bab,mcm sifat solat nabi(albani), sifat solat rasul (aku lupa nama pengarang dia, sbb download kt internet) dan ahkam janaiz (albani).

Oleh sebab aku peminat dan pengumpul kitab sirah, jadi tak sahla kalau tak buka kitab sirah pulak kan. Aku jadikan raheeq al-makhtum sebagai kitab utama. Sebabnya aku pernah menadah kitab ni dengan sheikh aiman yusuf ad-daqqaq di uia dulu. Keduanya sebab ada terjemahan YADIM buat, jadi senang buat perbandingan kot kot aku salah terjemah pulak, sebab bagi aku raheeq ni dia punya language arab power sikit, takboleh nak direct translate macam kitab2 lain yang aku bukak. Kitab kitab rujukan sampingan lak fiqh sirah Muhammad al-ghazali tahqiq al-bani, sirah nabawiyah sohehah albani dan sirah nabawiyah sohehah dr. Akram dia’ umari.

Jadi kelas kelas ni alhamdulillah berjalan lancar. Dan bila Allah nak bagi rezeki, rezeki akan tetap datang

Bridged ceramah

Lepas PRU tempoh hari, ketua kampung rekemenkan aku kat pjbt agama utk diberi tauliah(alhamdulillah, akhirnya x perlu bersurat surat, ada org tolong rekemen) sebagai ahli bridged ceramah. Bridged ceramah ini adalah satu program disusun oleh Jbtn agama islam pahang untuk memakmurkan masjid masjid. Setiap masjid diperuntukkan rm2000 untuk melaksanakan program ini, dan setiap masjid kena cari dua penceramah untuk program ini. diorang punya program ni sekarang nampak kesannya,sebab ada setengah masjid yang sebelum ni diam je sekarang dah diimarahkan dengan majlis ilmu.Alhamdulillah, semakin bersemangat untuk meneruskan kerja warisan nabi ni. Jadi sekarang alhamdulillah, syukur, masa sebelah malam aku dah dipenuhi kerja berfaedah. Aku doa dan harap dapat istiqomah dalam kerja kerja dakwah ini.Amiin..


Manhaj ilmiah dan praktikal dakwah di kampung aku

Sebelum beralih ke cerita lain,nak sebut sedikit pasal pengajaran dari plan pertama tadi. Aku bersyukur dapat masuk UIA, sebab di UIA aku kenal manhaj ilmiah, dan manhaj ahlu sunnah. Terima kasih banyak2 sgt terutama kpd ustaz Arif Nazri yang banyak mencurahkan ilmunya, juga abg Yusof arbain,abg Latip,abg MKA tak lupa juga abg Ermy (emran). Dengan manhaj, aku berkuliah menyampaikan ilmu kerana Allah, bukan mewakili mana mana pihak.tidak timbul hendak menghentam sesiapa. Yang haq itu haq, yang salah tetap salah.

Namun dugaan dan ujian ialah untuk menerapkan manhaj dalam pengajian dan kehidupan orang kampung. Aku masih ingat pesanan Dr Abu Lais masa kami menadah Fiqh sunnah, dlm dakwah katanya, jangan terburu buru. Masuk dulu ke dalam masyarakat, dlm masa yang sama jaga prinsip, bila masyarakat dah mula menerima,menghargai dan mempercayai kita, ketika itu terangkanlah dengan tegas tapi berhikmah.

Dalam bab aqidah, alhamdulillah org kat sini mereka memang terdedah dengan aqidah manhaj salaf.kuliah yang mereka ikut sebelum inipun memang akidah salaf.

Dugaan mungkin berlaku dalam fiqh yang melibatkan masalah harian. Isu isu seperti tahlil,talqin dan kenduri arwah cukup mencabar jika anda telah menjadi seorang ustaz dlm masyarakat kampung.anda bukan sekadar kena hadir, tapi kena jadi tekong!!

Bagi aku, aku gunakan jalan Fiqh muqaranah untuk menerapkan manhaj dalam kuliah kuliah fiqh. Oleh kerana jemaah yg mendengar ada basic fiqh yg kuat jugak, mereka byk kali blajar fiqh, dan pernah berdepan dengan khilaf qaul qadim qaul jaded, jadi jalan ini sesuai buat mereka. Peringkat permulaannya, aku menyebut: “saya sebut pendapat pendapat mazhab lain supaya kita terbuka, tidak terjadi lagi bila orang lain buat lain dari kita, kita tuduh mereka sesat,salah,khurafat dsbgnya. Supaya kita tahu, ada imam mazhab lain punyai pendapat yang berbeza dengan mazhab kita.”. seterusnya perlahan lahan aku kenalkan mereka dengan dalil dalil hukum. Contohnya berkata begini, Kalau sunnah, kena ada sandaran hadis soheh/hadis kuat. Kalau hadis daif yang tidak teruk, ambil sebagai fadail,jika ada usulnya dalam islam,tapi x leh I’tikad ianya sunnah yg thabit. Kalau tak ada, ia mungkin sekadar ijtihad ulama. Dan sebaik baik petunjuk itu adalah petunjuk nabi s.a.w. akhirnya, barulah dedahkan pada pendapat yang rajih, dan kenapa ia menjadi pendapat paling kuat. Dalam hal begini kena banyak berfikir bahasa yang mudah tapi dapat sampaikan maksud. Kdg2, bak kata akhi luqman, kena bermain dengan psikologi sikit.

Sekarang aku tengah praktikkan cara ni dalam kuliah kuliah aku, terutamanya kuliah solat dan pengurusan jenazah. Mula mula aku bacakan fiqh manhaji, kemudian aku masuk al-bayan, last sekali baru aku masuk sifat solat nabi/ahkam janaiz-albani. Ia agak ambik masa. Misalnya kuliah solat, satu malam cerita satu rukun je.Doa doakanlah usaha aku ni berjaya.

Satu lagi pengajaran, bila mengajar kena berdepan dengan macam macam jenis orang.
Ada yang otaknya memang nak logic sahaja. Ada yang pemikirannya terlampau jauh melangkau orang lain. Yang bertanya soalan pula, ada yang bertanya soalan yang tak berkaitan dengan pengajian. Ada juga yang menyoal untuk mengetahui kita biru atau hijau.Yang ini kita kena sabar dan bijak dalam mengawal suasana dan keadaan, juga dalam memberi jawapan kepada persoalan.




Siapa kata cara ilmiyah membosankan??

Pernah kedengaran suara suara sumbang yang menyebut, cara ilmiyah ni hanya sesuai dengan golongan professional dan pelajar IPT sahaja. Kalau bawa ke kampung, tak menjadi, tak dapat sambutan. Orang kampung perlukan sesuatu yang menarik,lawak,cerita cerita untuk mencelikkan mata mereka sepanjang kuliah.

Sebenarnya bagi aku, tumpuan orang kampung untuk mendengar bukan pada topic.tapi cara kita menyampaikan. Perbualan dengan ramai orang kampung mendapatkan satu kesimpulan, mereka memerhatikan cara si ustaz mengajar.

Manhaj ilmiyah bukan bererti kita hanya membaca direct tanpa,serius dan tegas memanjang. Berkuliahlah dalam apa perasaan dan cara sekalipun, yang penting, apa yang kita sampaikan itu ada sandaran yang betul, bukan rekaan,bukan dongengan,bukan lawak yang merepek repek.

Sirah nabi s.a.w dan para sahabatnya sudah cukup untuk memberikan kita “modal” cerita untuk berkuliah. Cukup untuk membuatkan pendengar tidak jemu atau tersengguk.tak perlu kita tabor kisah kisah dongeng israeliyat dan kisah kisah yang tidak tentu kesahihannya. Yang pentingnya, cara kita mengolah sesuatu bahan soheh itu dan mengaitkannya dengan suasana harian pendengar.

manhaj ilmiah adalah paling cantik untuk berkuliah. Contohnya dalam suasana hangat PRU baru baru ,aku guna manhaj ilmiah terangkan kepada mereka bagaimana cara yang Islam ajar untuk pilih pemimpin.Tanpa perlu menyebut apa apa organisasi, tanpa perlu mendedahkan aib individu itu dan ini, gunakan senjata ampuh-hujah al-Quran dan as-sunnah dengan syarah daripada ulama mu’tabar, kaitkan dengan kehidupan harian. Semuanya, baik hijau,baik biru,baik biru muda baik merah, nak tak nak kena terima semua itu sebagai salah satu ajaran ISLAM.Formulanya mudah, baik pada pandangan Islam, itulah yang terbaik buat kita.

________________________________________________________________