Teknik berKuliah bersama Kampungians -part II

Aku bersyukur sgt ke hadrat Allah krn menjadikan aku anak murid kpd guruku yg seorg ini. Sebenarnya aku byk terhutang budi pd beliau, al-Fadhil ustz fathul Ariffin, mentorku dlm “akademi kuliyyah” dan “akademi imam”. Dalam pada sebahagian org kampung mempertikai status aku-kerana aku masih belajar, kerana aku tak kawin lagi..ust ariffin terus dgn selamba dan tegas melatihku secara praktikal mulanya sbg imam,kemudian sbg penyampai ilmu…hingga sekarang, byk sekali ilmu dan pengalamannya-30 tahun lebih menjadi imam dan pendakwah- terus dicurahkan pd anak muridnya ini..semoga Allah merahmati beliau,dan memanjangkan umur beliau..amiin.

Alhamdulillah aku masih diberi peluang oleh Allah Ta’ala menyampaikan kuliah.Bagi aku,berkuliyyah ni satu pekerjaan yang berkembang. Kita mendapat perkara perkara baru dari kuliah org lain yg kita dengar, dan dpt memperbaiki kuliah kita dengan mendengar dan melihat reaksi para pendengar.

antara benda yang aku dpt dr perbualan dgn para pendengar kuliah di kampung ialah penggunaan bahasa dalm sesi kuliah. Kalau kita menggunakan kitab dalam bahasa Arab contohnya, kita kena pandai mengatur jarak pembacaan matan dan terjemahan. Janganlah kita membaca satu perenggan matan,kemudian baru diterjemahkan, eloknya baca satu ayat arab,translatekan dan terus huraikan dlm bentuk mudah.

Dan bagi Sesetengah pendengar, mungkin kena minimumkan sebanyak mungkin pembacaan matan arab, mungkin hanya baca matan yg berbentuk ayat Quran dan Hadis sahaja. Kita yang faham teks itu memang seronok membacanya,tetapi majority pendengar kita mungkin rasa lama je nak tunggu kita habis baca.

Begitu juga kalau kita membaca kitab melayu/jawi. Kena jaga antara pembacaan teks kitab dan huraian kita sendiri.

Bahasa kita dalam kuliyyah juga penting. Ikut pengalaman aku dlm mendengar kuliah ustz2 di kg bersama sama dgn pendengar yg lain, org kg x berapa minat dengan cara semata mata bacaan, atau ayat ayat yg formal atau skema..mereka minat cara yg santai, ayat ayat simple,bersahaja, dlm bentuk bercerita…paling bagus, kita berkuliayah dlm dialek org kg kita sendiri…ia pasti mengundang senyuman hadirin!!

Kalau kita menyangka kampungians tak berapa kesah sumber kita, kita silap. Seorg shbt umur 60-70an,We Nor, pernah cakap, kalau penceramah bergantung kepad satu kitab, tak jadilah. Kena ada dua tiga kitabnya, baru kuliahnya sedap!! Ha…mcm mana mrk tau ye?? Biasala, mereka makan garam lebih dulu dari kita..tp kena ingat, byk rujukan x bermakna membawa byk kitab ke majlis kuliah ya!!

Penting juga utk kita ingat, walaupun kita ustz, dan mereka murid, mereka tetap org yg jauh lebih tua dr kita. Aduan kampungians yg slalu aku dgr ttg ustz2 muda- kita sayang dia,tapi dia kenalah hormat kita..kita org tua!! Kalau ada rasa ego atas byknya ilmu kita..campaklah jauh jauh..gantikan dgn rasa Tawadhuk

Mereka perlukan penghargaan, nak rasa mereka dihargai dlm sesi kuliah itu. Mcm mana pulak tu?? Ini antara Cth2 yg aku dpt dr pergaulan dgn kampungians,

- bila kita ingin sambung lagi sikit kuliah, kita Tanya dulu, nak/boleh sambung lagi tak agaknya??
- Dlm berkuliah sebaik2 pandang semua dgn wajah yg manis
- Bila mereka menyoal,jwb dgn baik. Lps menjawab,kita Tanya, boleh ya pak cik, jwpn sy tadi??
- Jika kita tak dpt hadir kuliah, jgn sekali2 hilang mcm tu sahaja tanpa bagitau sesiapa!!
- Raikan mereka bila mereka memberi pendapat, jika silap kita betulkan dgn lembut.
- Jk ada ustz lain yg mendegr, beri peluang mrk utk jwb @bg pendapat

Yg kedua terakhir hehehe…kita mesti berkuliyyah mengikut uruf masyarakat sesuatu tmpt…tanpa memeningkan diorang dgn istilah/perkara yg tak pelik pun tp pelik di mata diorang je..setengah tempat urufnya mmg suka soal jawba!1 jd kita berkuliah dlm 15-20 minit, kemudian layaaaan…hehehe..stgh org dia malu nk bertanya,tp kita boleh nmpk gayanya dia nak Tanya..jd kita sebut ngan lembut nama dia, ada soalan?mesti dia Tanya hehehe

Yang terakhirnya interaksi kita dgn para pendengar di luar kuliyah…hbgn kita dengan mrk bkn did lm kuliyah itu shj,bkn dlm masjid je..tp mereka semua adalah sahabat2 kita..bila bertemu kita bersalaman,berbual mesra, bagi yg x ramah cuba jadikan dr anda ramah..sekali sekala layan mereka bercerita..minum bersama..insya Allah, walaupun benda2 ni di luar masjid, tp kesannya nanti akan nampak dalam masjid,dlm kuliyah kita..

Bukan diri ni pandai berkuliyah, petua2 ni pun bkn aku punya idea tapi Cuma ingin berkongsi cerita yg dikongsi oleh shbt2 kampungians dgn aku..semoga dpt membantu kita semua dlm dakwah…sirruuu ala barakatillah…

30-5-08, 1.00a.m

ArN@B

Petang tadi sprti biasa aku bawa Honda c70 jalan jalan. Mcm biasa Aie ikut sama bonceng di blkg. Hr ini pergi ke rumah kwn se kg,kwn ms sek ren dulu. Nak tgk arnab yg baru dibeli. Cantik arnabnya..cute..warna coklat..warna yg aku nak cari.tp dia kata dah habis kt kedai tu.

Tiba tiba rasa nak beli arnab lagi la. Semlm bru je seorg pempuan dr kampung yg lebih pedalaman dr kg aku, dtg rumah aku beli arnab, lalu mengurangkan lagi jumlah arnab aku…asalnya aku x nak jual, tp dia dtg jauh, aku dah tunjukkan kat dia rumah2 lain yg bela arnab kat kampung ni, tp semua x nak jual plak..jd dia dtg dr jauh..aku jual gak la arnab aku…tinggal la sepasang jer arnab aku skrg ni..

dlm satu masa tu, aku ada dlm sembilan ekor arnab. Start dr tiga ekor induk, berkembang jd sembilan..Masa kt kl dulu ada la wat bisnes, ingatkan kt kg x jalan la bisnes.. rupa rupanya kt kampung pun laku gak arnab…

takpela, skrg aku kena start cri arnab utk dibeli semula...kena masuk semula lowyat.net,adpost…kot2 ada arnab free hehehe..x pun tunggu arnab kt petshop raub ni sampai stok baru…

nantikan kedatangan arnab baru itu nanti…tungguuuuuuuuuu……….

12.13a.m-29/5/08

Smlm lps aku balik dr kedai makan, tgh syok2 layan angin malam sambil nak balik rumah, tiba tiba berbunyi pulak telefon dlm kocek.. aku pun berenti kejap tepi jalan. Seorg shbt kg ni yg skrg keje kt KL call aku…dia Tanya ada x imam3(imam muda msjd kg kami) bgtau sesuatu…

Shbt ni dlm delima gak kiranya. Kwn baik dia dok ajak dia masuk tarekat(x mau sebut namanya). Jd dia pun tanyalah pndpt kitorang, shbt2 dia,termasuk aku...sbnrnya aku ni org ke 3 dah dia Tanya..slps imam 3 dan imam 2..

kata imam 3, SESAT!!! Direct to the point je shbt aku sorg ni jwb…

imam 2 plak jwb berlapik sket…kata dia mcm ni la, utk pengisian rohani, byk kan solat sunat, buat qiamullail, baca ma’thurat pg dan ptg, dan amalkan zikir2 selepas solat dan tambah zikir (100x kalo x silap aku la) tiap2 hari wat gitu..pas tu teruskan kerja2 lain..

aku dah dgr jwpn shbt2 len sblm dia call aku..jd apa yg aku nak jwb ye..

pertamanya aku sebut, tarekat yg disebutnya tu mmg ada di beraktiviti d kg kita…dan dlm lmn web jakim bbrp thn lalu, ajaran tersebut yg berpusat di kg ni x diiktiraf..sbb antr kslhnnya-menurut org2 lama kg la- bila bersuluk,kena time solat jumaat, diorang tak solat jumaat..

dia ada ckp sbhgian amalan2 kwn dia tu, kwn yg ajak dia tu kata minggu dpn nak berpuasa tiga bulan berturut2….wah hebatnya… psl zikir plak kena duduk dlm gelap..
zikir seribu kali..

aku pun cerita la,puasa sunat ni, nabi pernah ckp yg terbaik puasa saudaraku nabi Daud, puasa sehari, berbuka sehari,puasa sehari, berbuka sehari…

pas 2 aku ceritakan hadith ttg 3 shbt- yg sorang nk qiam sampai x tidur, sorg nak puasa x nak berbuka2 dah..sorg nk beribadat x mau kawin2..bl smpai dkt nabi, nabi ckp: aku org yg paling rapat dgn Tuhan, plg bertaqwa, tp aku qiam dan aku tidur, aku puasa dan aku berbuka, dan aku mengahwini perempuan…

psl zikir dlm gelap aku ckp, yg ada dlm Islam galakan utk qiamullail..bangun mlm..di kala org lain tidur,kita ingat Allah…kegelapan x jd syarat..

kmudian aku ckp lg, zikir ni bukannya semesti kita duduk satu tempat berzikir..duduk atas sejadah dlm masa yg lama berzikir..zikir tu umum…dgr majlis ilmu pun zikir..kita pandu kereta sambil ingat allah pun zikir..kita bekerja sambil ingat Allah pun zikir..

dan aku pesan dkt dia, nak beribadah ni sebaik2nya adalah cara Rasulullah..kita buat apa yg nabi buat dan ajar..shbt2 buat..kalaulah cara2 tertentu berzikir adalah lebih baik tentulah shbt2 org pertama yg buat..sbb mrk sentiasa berlumba kejar kebaikan..

kwn dia ada sebut jg pasal kena berkorban bl masuk tarekat..tinggalkan certain2 perkara harian dlm hidup..aku ckp, dlm Quran mmg Allah sebut Carilah apa yg Allah suruh utk bekalan akhirat, tapi di hujungnya Allah sebut jgn lupa nikmat dunia yg Allah dah tentukan buat kita..mengingati Allah satu tanggungjawab dan amanah, bekerja utk menanggung isteri,anak2 dan keluarga juga satu amanah dan tanggungjawab..Islam suruh kita bersederhana dan cari keseimbangan dlm kehidupan…bukan terus meninggalkan kehidupan

bukan syarat nak bertasawwuf kena masuk tarekat…tarekat itu kena caranya, hanya satu wasilah.. xbetul kalau ada org kata x masuk tarikat x masuk syurga!! Jalan Allah ni luas,yg penting jgn lari dr jalan lurus..

Panjang juga aku memberi pendapat mlm td..kalo dia pakai prepaid tu kesian dia…tp nak wat mcm mana kan, dah biasa bercakap byk hehehe :)

Apa2 pun kita doakanlah semoga shbt kita td diberi sinar petunjuk oleh Allah dlm membuat keputusan…Amiin..

29-5-08, 12.10a.m

Mlm tadi, selepas aku balik dari kg ajai dan balik ke rumah, aku menunggang honda c70 ke pekan,hajatnya nak belanja keluarga sikit mlm ni. Sampai di kedai, jumpa beberapa org sahabat-sprt biasa,shbt2 aku kbnyakannya golongan yg lebih tua :)- yg baru lepas makan di kedai itu. Mereka bercerita ttg ustz muda yg mengajar di msjd mereka yg mrk kata skrg seolah2 membawa diri, tidak mahu mengajar mereka lagi.

Dari cerita mereka itu-tak payah la aku ceritakan di sini, aku dpt faham masalah antara mereka dan ustaz mereka itu bukanlah masalah kaum muda dan kaum tua, bukan pulak masalah aliran tajdid dan aliran tradisi, tapi sbnrnya masalah berkaitan uruf dan kebiasaan masyarakat.

Aku bukanlah seorg yg layak nak komen2 org..sbb aku pun org baru jugak dlm bidang ni..Cuma sbg seorg yg rapat dgn org2 tua-tenaga pengajar dan org yg belajar dlm kuliah2- ada la sikit sikit kefahaman yg aku dpt dr luahan dan cerita diorang. Tambahan pula, di kg aku ni, majority yg datang kuliah mmg yg berumur 45-50 ke atas…jadi kalau nak ikut majority tu, mmg kena mengajar gaya yg sesuai dgn diorang ni la..
jadi aku nak berkongsilah sedikit ilmu ttg cara berkuliah d kg..

Uruf atau kebiasaan, walaupun nampak seperti tak dihiraukan pun takpe, adalah benda penting dlm dakwah…ambik contoh mudah, kopiah

apa hukum pakai kopiah??aku dah pernah buat assgmnet psl ni dgn abu abd hakim masa di matriks., masa tu kami siap interview pensyarah bukan islam lagi..ada yg kata pd diorang kopiah ni sama dgn topi yg org pakai masa main golf!!

Ustaz ustaz pula ada yg kata ia sunnah nabi(nabi pakai kopiah di bawah serban)-ini pendapat al-fadhil ust el-hadi al-amin as-sudani.. ada yg kata ia sunnah islamiyah-kebiasaan ummat Islam yg patut diteruskan,kerana dr sg urufnya ia menandakan kebaikan-sprt yg disebut oleh ust ni’ma jahtae, syeikh aiman ad-daqqaq pun pernah sebut mcm ni…

mmg bukan syarat nak jadi ustz itu pakai kopiah…x de sebut pun..di sekolah dulu pun x semua ustz pakai kopiah, dlm tiga pat org je pakai..di matriks majority ustz2 yg aku menunut ilmu dgn diorang pakai kopiah..di maincamp x silap aku dlm kelas rasmi..
antara berpuluh pensyarah lelaki tu ada la 2-3 org pensyarah luar Negara yg pakai kopiah atau songkok..mcm sheikh dr Abu lais je yg pakai kopiah-ala2 songkok baldu gitu- dr Amanullah.. .dr ridwan jamal..

tak mengapa di dlm kelas rasmi mereka x pakai kopiah…sbb semua yg diajar tu kira intelektual punya org heheh tapi dlm kuliah2 di msjd, sama ada dlm atau luar uia-aku nampak majoritinya pakai kopiah..kerana mgkin ada kehadiran org luar..nampak perbezaan uruf di situ kan??

Apa lagi di kg ini…bg mrk-ustaz mesti pakai kopiah-at least masa dia bukak kitab kt depan diorang!! Begitu urufnya…ya, kita terangkan yg kopiah tu bukannya wajib atau mesti dipakai oleh ustaz, tapi kan dlm masa yg sama apalah salahnya kita meraikan mereka ini dgn memakai kopiah…dari dok keras kepala nak membawa uruf dari tmpt kita belajar ke kg kita…yg last2 menutup langsung peluang dakwah kita..

Antara kebiasaan dan uruf setempat yg kena kita ambik perhatian ialah masa…ya,masa kita berkuliah. Di universiti ya, kita boleh berada dlm kelas –sama ada kelas rasmi atau kuliah percuma –sampai lebih dr sejam…tp di kampung kita kena tau urufnya lain…masa yg terlalu lama yg kita ambil mungkin akan menyebabkan semakin hari semakin surut jemaah yg dtg mendengar…

Uruf Seterusnya ialah isi dan cara penyampaian…org kampung gemarkan isi yg disampaikan dlm keadaan santai…bukan pula maknanya perlu memasukkan lawak bodoh dan cerita karut,tapi cara kita mengolah isi isi ilmiah tersebut. Isi isi ilmiah pun sebenarnya boleh kita oleh menjadi menarik,standing dgn lawak2 dan cerita2 tadi..rahsianya?? seperti Pesanan tok guru aku, al-fadhil ust hj fathul ariffin, isi perlu dikaitkan dgn aspek kehidupan harian org kampung,kalau boleh semua aspek. Di situlah nanti mereka akan mula memahami isi kuliah kita, dan seperti kata sepupuku,merangkap guruku al-fadhil ust yasir, org kg ni mereka akan mula menyoal tanda mereka faham apa yg kita sampaikan,utk menambahkan kefahaman mereka..

Hati hati juga dgn benda yg kita mgkin nampak x memberi apa2 kesan, tp kesannya besar di sisi org kampung. Mak aku pernah ckp mcm ni bila nampak aku bawa dua biji kitab pergi ngajar- “org dulu2 kata ustz bawak byk kitab ni byk x tau benda..”.aku senyum jer. Rupa2nya ada betulnya. Ada shbt2 mengadu kpd aku perihal ustz yg ngaja di tmpt mereka-“ustz tu ngaja bawak empat biji kitab sekaligus..kami tgk kitab dia pun kami dah pening..dia baca empat2 secara bergilir2..mcm mana kami nk tangkap!!”

X salah merujuk byk kitab, kerana mengikut ust fathul ariffin itulah yg bagus. Tp kenalah buat homework,baca di rumah dulu dan tulis nota2 kecil shj kalau x leh ingat dlm kepala..

Mcm tu lah ceritanya…cara2 berkuliah yg dpt aku kutip dr mentor2 aku dan shbt2 d kampung ni…mudah mudahan adalah faedahnya utk kita semua dlm berdakwah ya!!

Aku sebenarnya sedang memikirkan…antara dua benda…apa dia??dua gadis yg mengetuk pintu hati...??ya...ye ke??bukanla...........yg tu x ada dlm pikiran aku... benda yg aku pikir tu ialah :
Kuliah kuliah agama dan pengajian master...

adakah aku akan meninggalkan kuliah kuliah tersebut untuk sambung master??adakah aku akan meninggalkan cita cita utk melanjutkan master untuk meneruskan kuliah??

Sebenarnya aku tak perlu pilih salah satu, aku harap dengan kekuatan yg ada aku dapat melakukan kedua duanya sekali…itulah doa dan harapan aku..sbb aku yakin dengan system jadual yg boleh pilih sendiri ala UIA ni, boleh adjust dua dua perkara ni..

Namun akhir2 ni makin ligat plak otak memikir…Semakin dekat pendaftaran master utk sesi yg aku pohon,semakin rancak pula tawaran mengajar di masjid datang…hendak terima..kuliah kuliah yg sedia ada ni pun mungkin akan di shortliskan, sekurang kurangknya dua hari akan dimansuhkan utk kelas master…nak ditolak..agak sukar menghampakan shbt2 di sini yg minat dgn majlis ilmu…aku memang kena ambik jalan tengah…

Mungkin aku kena rombak kembali semua jadual kuliah..kecuali kuliah hr Selasa dan Ahad,kerana kedua duanya kuliah bridged,hari mmg ditetapkan.maknanya.hari sabtu ahad mmg x ada masalah,kerana mmg cuti.jadi hari isnin,rabu, khamis,jumaat aku kena bahagi dua, dua untuk kelas master,dua untuk kuliah..atau mungkin juga tiga hari utk kls master[kalau jadual x mengizinkan keadaan ni akan terjadi!!] dan sehari utk kuliah…

Jadi mungkin jadualnya begini:

-isnin,selasa-kuliah, rabu,khamis-master,jumaat sabtu ahad,kuliah
ATAU
-isnin,selasa-kuliah, rabu,khamis,jumaat-master, sabtu ahad kuliah

Apa apa pun semuanya bergantung pada tawaran master-dpt dterima atau tidak- dan jadual utk subjek2 master tu nanti…

Apa2 pun aku minta shbt2 semua doakan kejayaan aku ya!!terutamanya dlm dua perkara ini!!!boleh ya??

12.04a.m-27/5/08

chubby critters

dah lama tak berbicara tentang "anak anak" peliharaan aku hehehe...
hr tu pergi ke gombak x smpt plak nak turun kl belikan buah tangan utk diorang hehe..

teringat plak kenangan2 masa tgh giler2 dgn hoby keeping pets ni..mcm2 benda aku beli utk memberikan mereka kehidupan yg sempurna..cheewah...
masa tu juga byk melayari internet,kumpulkan e-books,artikel pasal pets..antara laman yg aku slalu aktif tp skrg dah tak aktif,stakat jenguk2 je..ialah lmn ni

http://forum.lowyat.net/petswonderland

masa tu aku juga bina blog ngan member aku shahrin utk memasarkan sebahagian pets kitorang..utk pusing modal jer..guna utk pets tu jugak..
http://chubbycritters.blogspot.com

byk gak ilmu tambahan yg aku dpt masa tu...
yg specialnya sbb minat ttg pets masa tu aku berjaya menjumpai satu bab yg special dlm fiqh..bab nafkah terhadap binatang peliharaan/ternakan!! berkaitan fiqh juga,aku kaji tentang hukum hakam berkaitan berjualbeli binatang yg tak leh dimakan tp ada manfaat ikut lain selain makanan..

demikianlah adanya..daripada nak dekat berpuluh..sekarang tinggal sikit jer..
arnab dah tinggal dua pasang...
hamster plak banyak yg dah melalui hari hari tua mereka..dari berbelas2 ekor aku bela dulu kini tinggal 4 ekor je heheh
yang banyak ayam ayam kampung aku..dlm sebelas ekor..tu pun x lama lg kena jual hehehe..

masa di uia hr tu, member sek ren dan sekampung najib ada sms..dia beli arnab baru..jenis kecil..aku pun mula la rasa nak beli gak..tambahan plak dia kata dia leh dpt murah sbb tokey kedai customer dia..ada buat akaun dgn dia..(najib ni graduan accountant uitm, diploma dan ijazah)..

tgk la nanti nak beli ke tak..yg penting kena g rumah najib dulu dlm mse tdekat utk tgk anak2 baru dia hehehe

1.23a.m-26-5-08

Setelah 4 hari 3 malam di UIA,akhirnya aku balik semula ke kampung yg aku rindu hehehe sampai jer rumah aku terus solat asar,pas tu makan sket,pas tu dah kena tengok kitab sbb mlm td dah start kuliah semula…

Alhamdulillah kuliah mlm ni bjalan mcm biasa..alhamdulillah lega sbb dpt sambung semula amanah menyampaikan ilmu..alhamdulillah dpt buah tembikai yg disedekahkan oleh musafir dr t’ganu td..dpt la para jemaah bawa balik sebiji sorang..hehehe

Balik dr UIA mcm2 bendala terlintas dlm hati…kalau ikutkan hati satu persatu aku nak tulis dalam blog ni..tapi aku rasa bukan semua benda boleh dikongsi..bukan semua benda boleh didedahkan…cukuplah aku nukilkan dlm bentuk yg umum…yg harap2 difahami..

Perubahan..memang satu benda yg akan dilalui oleh semua …dan ianya membawa kesan yg besar pd yg berubah dan mengubah persepsi mereka di sekelilingnya.. terhadapnya..perubahan adalah satu perkara subjektif…ada sisi positif dan negatifnya…

Ada perubahan yang mmg jadi fitrah…dari bayi-kanak2-remaja-dewasa-tua…telur-berudu-anak katak-katak…telur-ulat-kepompong-rama rama…telur-jentik jentik-nimfa-nyamuk..bukanlah perubahan jenis ini yg aku maksudkan…

Tp yg aku maksudkan perubahan selain dari di atas..perubahan yg dipengaruhi benda lain…sama ada suasana,keadaan,mahupun individu..dan mungkin datangnya sesetengah perasaan…

Hidup memang perlukan perubahan....alangkah indahnya kalau semua perubahan yg kita lalui tu berubah ke arah kebaikan..yg positif..dari gelap kita berubah ke arah cahaya..dr malas ke rajin…dr jahil kpd berilmu..dari taasub kpd x taasub..tp kadang2 tersilap langkah perubahan bleh jd negative plak..dari x taasub kpd taksub..dr rajin kpd malas..dan paling bahaya dari elok2 dpt cahaya tetiba terjun ke lembah gelita!!

Suasana,keadaan,persekitaran dan mungkin perasaan kadang2 boleh jd badai yg mengubah pantai..atau lebih hebat lg jadi tsunami yg mengubah sampai x nampak dah keadaan sblm berubah…sebab tu kita semua kena hati2 dlm menghadapi suasana,keadaan,persekitaran dan perasaan yg bila2 masa boleh mengubah kita….

Tp Kalau x berubah langsung x boleh juga…jika perubahan itu dah memang perlu pada seseorg atau sesuatu..cth kalau perangai kurang manis x mau berubah2…tak ke payah mcm tu..??

Hati hatilah dengan badai sekeliling..dgn ombak keadaan..dgn angina persekitaran..dgn ribut perasaan..dgn tsunami ketiga tiganya…andai ia datang dengan kebaikan, sambutlah ia…andai ia dtg dgn kenegatifan usahalah mempertahan diri…bagaimana menilainya??kembali kepada asalnya..nilai dan timbanglah dgn neraca Al-Quran dan As-Sunnah..kerna hanya kedua2 pusaka ini yg bisa menyelamatkan kita dr tsunami kesesatan..

12.13a.m-25-5-08

luahan hati sang kembara-nukilan dr UIA

dah dua tiga hari gak aku x menulis d blog ini..sbb aku dua tiga hr ni ke UIA..yg tlh lama gak aku x jejak..utk urusan master..dokla menumpang di bilik member2 ..skrg ni pun aku masih d uia..kt cc..kbtln td balik dr pekeliling beli tiket utk balik esok..terus singgah kafe,isi perut pas tu solat asar dan terus ke cc..

member2 kt sini dok sebok utk persediaan smbutan hr guru esok(sabtu)..siap ada dikir barat..ada lakonan la..mcm2 plak..lakonan plak aku dgr mcm2 jenis gak walaupun semuanya bertemakan hari guru..kdg2 hati aku terdetik,nasib baikla aku x ambik DPLI kalo x aku pun kne join blakon2 gak yg dah lama aku tinggalkan..heheh tp kwn2 aku ckp sekali ni je kena mcm tu..kwn yg lain plak ckp mmg amik DPLI byk aktiviti luar...takpela kwn2 ku..nak komen lbeh2 aku malas la...karang org ckp ape lak kat aku..lagipun aku ngan korang same2 jer blaja amik degree ilmu wahyu kan..jd apa yg kita blaja sama je rasanya..kita semua sama je la..sama2 berdoa supaya kita semua beramal dgn ilmu yg dah kita blaja..

mcm biasa bila aku dah lama terperuk di kg Dong...dan dtg smula ke KL/selangor..aku akan rasa lain la sikit..bkn sbb perbezaan kg dan bandar..tp berbezanya perangai manusia la..sbb tu bila pikir2..pengalaman 17thn dok kampung..pas tu nam tahun dok kt rantau org blaja..pas tu kembali ke kg semula..sesungguhnya aku lebih menyintai suasana kg...cheewah...tp x kan la aku nak terperap je plak kt kg dong...kt sana x ada universiti utk aku smbg master hehehe

di kg peluang berdakwah luas...mgkn bg aku sorang kot..x tau la..tp aku rasa mcm tu..sbb kdg2 dgn kwn2 sndri nak dakwah agak sukar bg aku..pndgn peribadi aku la..
sbb tu br dua tiga mlm dok di uia ni..mlm2 mmg rindu kt msjd dan surau kt kg..rindu nk dengar kuliah..nak bg pengisian..mgkin hanya sbb aku dah terbiasa begitu kot..

berbalik pd hal master lak..alhamdulillah akhirnya bleh setel gak dokumen2 aku yg uia mintak..dpt gak jumpa ustz2 yg dah lama x dijumpai..dr Bari siap blanja makan lagi heheh..ngn dr sabri plak dpt satu projek bru lak..tlg dia terjemahkan kitab..tajuknya usul ad-din..pengarangnya lupa plak..

aku hrp bila dah smbg master nanti kelas dpt yg x pack ..bleh gak aku teruskan kelas2 aku kt kg Dong...skrg2nya sebahagian..itulah harapan dlm doa aku..

okla setakat ni dulu utk kali ni..kita jumpa di lain lembaran..ilalliqo al-ukhro!!

5.36p.m- 23/5/08 UIAM

antara Referee letter, Cuti dan Tun mahathir

Cerita cerita sikit 19/5/08-hari wesak (aku x sambut-mmg aku dah sedia cuti sbb mmg aku x kerje hahaha)

- surat referee
Hr tu dpt surat dr UIA ckp form MA x lngkp…mintak surat referee..dulu dr sabri ckp, surat tu UIA sndri akan mnta dr lecturer..jd utk confirm,pg td aku tlipon Dr Bari , dia bgtau dah submitkan surat tu..aku mula la nak marah kt staff2 kt postgraduate plak huhu.. x pe la minggu ni kna g turun uia nmpaknya

-cuti
Hr ni cuti wesak…org2 sekolah,k’jaan dan seumpamanya cuti…
Cumanya nk peringat sikit…bla cuti jgn lupa ada pekerja2 yg x cuti walaupun di hr pekerja..dan mrk2 ni bekerja demi kebaikan semua..oleh itu dlm hr2 cuti ingatlah mrk ini..jgn asyik enjoy bercuti ek.. 


-Mahathir keluar UMNO??

Blik dr masjid zohor td,sampai je rumah, abg ngan pak aku terus cerita mahathir keluar umno..terkejut gak dgr…ada shbt yg dah msj aku mcm ni”
Mahathir keluar umno..dah insaf agaknya..
alih2 pukul tiga ptg brta terkini ckp mahathir kluarumno krn x puas hati,x yakin dgn pak lah..bkn x puas hati,x yakin dgn dasar umno tu..
kalo org lain naik,pak lah turun, mahatir kata dia masuk umno smula
Politik..politik…kita tgk la apa perkembangannya nanti..

12.49a.m 20/5/08

Satu benda yg kita pernah, atau mungkin juga selalu dgr..ianya berlaku dalam kehidupan harian kita…dalam persahabatan biasa..dalam kerja..dalam pejabat..dalam politik…benda ni boleh berlaku dalam banyak perkara!!!

Kawan boleh jadi lawan…Zahirnya mungkin lebih jelas negatif dari positifnya. Yelah, siapa suka orang yang selama ni bersahabat dan rapat dengan kita tiba tiba menjadi lawan kita…apalah sebabnya jadi begini??kalau dalam persahabatan biasa, mungkin perselisihan, salah paham, atau mungkin sifat dengki dalam diri salah seorg, atau diri org ketiga yang dengki…

Kawan boleh jadi lawan…lawan boleh jadi kawan…Kalau dalam politik, istilah lompat parti -atau kalau selalu sgt melompat lompat disebut katak parti - selalu dihadiahkan buat org2 yg terlibat dgn perkara ni..org yang kawan separti tiba tiba lompat ke parti lawan, tentulah rasa marah dan geram…org yg musuhnya tiba tiba keluar dari parti lama, datang melompat ke partinya, mungkin lebih positif menerimanya, bahkan mungkin sgt gembira,yalah..satu kredit buatnya!!

“janganlah kamu menyukai seseorg terlampau bermati matian, kerana mgkin satu hari nanti dia akan jadi org yang kau benci, dan janganlah membenci seseorg bermati matian, kerana satu hari mgkin dia akan jadi org yg kau sukai..”-kalam ini disandarkan org pd Saidina Ali r.a-Wallahu’alam..cumanya kusebutkan kat sini sebab isi kalam ini berkait rapat dgn kawan jadi lawan,lawan jd kawan…betul kan??

Benda ni positif atau negatif?? Terpulang pada hati kita dan hati org yg berubah jd kawan atau lawan itu…maksudnya kita kena menilai dan berhati hati

Sejarah mengajar kita pengajaran..Abdullah bin Saba, yg pada mulanya Yahudi-lawan - tiba tiba jadi-kawan-. Bila dikaji ahli sirah dan tarikh, rupanya lawan menjadi kawan ini ada agendanya..dia bukan nak jadi kawan yg sebenar..rupanya nak merosak kawan kawan dr dalam..dengan org yg mcm ini kita wajib hati hati….

Sejarah juga mengajar kita bahawa di sana terdapat lawan lawan yg memang ikhlas dtg kpd kita utk menjadi kawan..Abu Sufyan bin al-Harb, Khalid bin al-Walid, Amru bin al-As, Ikrimah bin Abu Jahal, Hindun binti Utbah r.a ajmain..mereka sblm Islamnya memang lantang melawan dan memusuhi Islam yg dibawa oleh Rasulullah s.aw..tetapi bila cahaya petunjuk menyinari jiwa, mereka akhirnya sama sama menjadi kawan kawan yg ikhlas sama2 membantu perjuangan…!!!

Lihatlah pengakuan Amru bin al-as:
“…sesungguhnya aku pernah berada dlm 3 peringkat, dan aku tlh melihat diriku x ada seorg pun yg paling membenci rasulullah s.a.w drpd aku, dan x ada yg paling aku suka melainkan aku dpt menangkapnya kemudian membunuhnya. Kalaulah aku mati dlm hal ini nescaya aku adalah ahli neraka, apabila Allah menjadikan Islam dlm hatiku aku pun dtg kpd nabi s.a.w, aku berkata: hulurkanlah tangan kananmu agar dapat aku memberi bai’ahku, maka baginda pun menghulurkan tangannya lalu aku menggenggam tanganku, lalu baginda bersabda: kenapa dgn kamu wahai Amru?” jwbku: aku mahu letak syarat. Baginda bsabda: syarat apa? Jwbku: supaya aku diampunkan. Lalu baginda bersabda: “tidakkah tlh kuajarkan kau bhw Islam memusnahkan segala yg sblmnya, bahwa hijrah memusnahkan segala yg sblmnya, dan haji memusnahkan segala yg sblmnya?”. Tidak ada org yg paling kucintai melainkan rasulullah s.a.w…” (Riwayat Muslim,hadis no 716 dlm riadhus salihin).

Demikianlah kawan jadi lawan..lawan jadi kawan…yg jadi penentunya keikhlasan..kalau kawan yg jd lawan insaf dan ikhlas dia akan kembali jd kawan akhirnya..tapi jika lawan yg mjadi kawan itu tidak ikhlas, akhirnya dia akan kembali menjadi LAWAN!! Lawan tetap lawan..

12.47a.m-20/5/08

kosong-zero-empty

mata semakin berat...satu demi satu lmn web dibuka..satu demi satu blog2 tmn2 diziarahi...idea ooo idea...manalah idea utk isikan blog mlm ini....

tulisan2 kisah diari peribadi...kan smlm dah ckp x nak tulis yg mcm tu lagi dah...huhuhu..

nampaknya ini je lah isi utk blog hr ini...

BLOG:apa tujuan sebenarnya ek??

kadang kadang terpikir...apa sebenarnya isi yg sepatutnya diisi dlm blog..bagi aku,aku mengisi blog aku dgn pengalaman dan cetusan dan luahan rasa...sebab aku tgk kebanyakan blog mcm tu..

tp kdg2 aku rasa blog ni jd mcm diari harian plak yg aku sebok2 berkongsi..dan entah2 org x mau tau pun hehehe...sbb memulanya aku cdg nak isi kembara-journey ni dgn simple thing..sbb tu aku buat satu lg blog-tajdidworld yg dlmnya kire benda2 yg berat gak mcm kajian ilmiah dsbgnya..tapi kekadang tu tertulis jugak yg serius2 dlm ni heheh...

kdg2 aku rasa mcm x nak tulis lg dah mcm diari hr ini yg aku slalu tulis hari2 tu..tp tgk la..kalo x ada modal nak tulis..mgkin terpaksa tulis gak...sbb aku target nak update blog ni hari2..konon2 la..azam la tu kirenye...

hr ni aku tinggal rumah sesorang jer..keluarga pg kenduri sepupu aku kawin..sepatutnya byk la kan yg aku leh taip hr ni..tp ntah la..siang td aku layan game zoo tycoon plak sampai terleka plak hehehe..nasib baik teringat mlm ni td ngaja..jd kena berenti gak bukak kitab,kena mentelaah utk ngaja...

jadi gitulah yer..lps aku try x cerita dlm bentuk diari la kot..kalo ada isu2 menarik je dr hidup aku mcm kuliah2 yg ada kontroversi ke hehehe br la aku tulis kat blog ni kot...

12.26a.m-18/5/07

khutbah jumaat minggu ini agak isu semasa..sbnrnya ada 2 khutbah utk dibaca,khutbah hari guru dgn khutbah nakbah palestin..lalu al-fadhil khatib memilih khutbah nakbah..

bila sebut isu palestin,teringat subject "History of Arab World" yg Dr Abu shouk ajar..ngan subjek Muslim Nations yg Dr Abdullah al-Ahsan ajar..ms kt uia dulu..dlm tu ada tajuk khas psl isu palestin..

15Mei1948-17mei2008..dah enam puluh tahun 2 hari tertubuhnya negara Israel..khutbah yg dibaca td mmg khutbah..ia meresap ke jiwa..betapa aku kdg2 lalai dan tenggelam dgn dunia aku sendiri..kdg2 aku lupa nasib2 saudara kita di sana..astagfirullah...

atas kesedaran yg aku dpt masa khutbah td..aku mulakan kuliah sirah mlm td dgn mengingatkan diriku dan org lain ttg tuntutan uhkuwah berteraskan aqeedah ini..rasa kasih sayang,cinta,mengambil berat sesama saudara seaqidah-termasuk saudara kita di Palestin- merupakan salah satu tuntutan bg kesempurnaan Iman. bukankah nabi pernah bersabda, antara mafhumnya tidak sempurna iman seseorg dr kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sprtimana dia kasihkan dirinya sendiri..bahkan mencintai seseorg kerana Allah itu satu drp syarat halawatul iman..

goyahnya kesatuan ummat hr ni,mgkn krn kita x lagi menjadi sebuah binaan yg saling melengkapi, satu jasad yg saling berkongsi rasa...

raheeq mahktum mlm ini dah masuk ke suku kedua..bermulanya zaman wahyu..setelah bercerita ringkas ttg bagaimana rasulullah s.a.w boleh berkhalwah di gua hira',aku menceritakan tentang petanda2 yg Muhammad s.a.w akan menjadi rasul terakhir...sprt perkhabaran dlm taurat dan injil..dan terhalangnya jin2 dr naik lagi ke langit utk mencuri khabar2 masa hdpn..

seorg shbt ansar r.a dgn rendah diri menceritakan,ttg keadaan ansar sblm kedatgn bginda.org ansar respek kt org yahudi,krn mrk ahli kitab.dan org yahudi ada menceritakan ttg rasul terakhir.bahkan kemunculan rasul terakhir dijadikan modal ugutan mrk thdp ansar,jk rasul itu muncul mrk akan bsama2 mhalau org ansar..tp blamana muncul rasul itu, dan bkn pula dr golongan yahudi, org2 ansarlah yg mengimaninya,manakala org yahudi mnjadi org yg paling memusuhinya!!

itulah sikap org yahudi..sebab itu dlm Quran, Allah tlh sebut: "dan tidak sekali2 org yahudi dan nasrani itu akan meredhai kamu semua hinggalah kamu semua mengikut agama mrk...

meh la kta sama2 ambil pengajaran, supaya x jd mcm org yahudi yg menolak kebenaran krn x kena dgn jiwa raga mrk..dan sama2 kita mantapkan ukhuwah berteraskan aqidah ini walaupun x pernah kita bersua dgn saudara2 di palestin sana..bak kata -kata indah ini, yg disandarkan org kpd al-imam al-ghazali"

"Ukhuwah itu bkn skdr ptemuan,bkn jg kalam di bibir, tp sejauh mana ingatan seseorg kpd saudaranya di dlm DOANYA..."

sekiranya mmg kta x mampu dr sudut lainnya,sekurang2nya kirimkanlah doa doa kita buat saudara2 kita yg sedah berjuang di bumi mereka..

17/5/08-1.01a.m

jeng3..kontreversi di kuburan..@diari hari ini 15/5/08

mlm ni agak penat sedikit sbb kena berkejar ke 2 tmpt, satu lps magrib dan satu lps isya..
kuliah kitab janaiz dah masuk bab bab berkaitan mengebumikan jenazah..bg aku bab kubur mengubur ni agak kontroversi..sbb di sini nanti timbul byk perkara..mksud aku pkr yg nabi larang tp m'rkt ramai yg buat..cumanya yg mgu ni smbg sedikit dr pbncangan mgu lps yg x abis..
mula2 aku cerita bab kebumikan jenazah dlm laut..pas tu ttg org yg masuk ke dlm kubur..pas tu bila masuk bab larangan mengapuri kubur, duduk di atasnya,membuat binaan atasnya serta menulis atas kubur ni yg byk soalan dtg..aku plak kena jwb dgn berhati2 tp jwpn kena betul dan tepat..

antr soalan yg aku tertarik utk cerita kt cni soalan dr imam 3..dia kata apa sbnrnya yg dimaksudkan dgn duduk di dlm hadis td..adakah duduk sebenar, atau duduk-tinggal di atas kubur..aku jwb dlm hadis tu perkataan arabnya "Yaq'udu", atau "Quud", yg maksudnya duduk yg realiti,kalau maksudnya duduk-tinggal tentulah disebut "ya'ishu",yaskunu atau sbgnya..duduk-tinggal di atas kubur juga mmg x boleh,bdsarkan lafaz-jgn membina di atasnya-tmasuk bina rumah,msjid dsbgnya.

berkaitan dgn bab meninggikan sedikit tanah kubur, dgn kadar kira2 sejengkal dr tanah rata,timbul juga pertanyaan, adakah kalau bina benteng kubur dr bahan bercampur kapur, adakah harus jika dibuat sekadar sejengkal.asalnya aku kata larangan mengapuri kubur ni,sekadar mencurahkan kapur atas tanah kubur pun dilarang, apatah lagi membina benteng dr kapur itu...

dan aku teringat,dlm feqh sunnah ms aku menadah dgn sheikh abul lais, ada sebut antar sbb kapur itu x boleh pd kubur sbb kapur ni dlm proses dia dia dibakar dgn api..jd nabi x bnr bhn yg dibakar api didekat dgn kubur..jd aku terpikir..adakah simen dlm prosesnya dibakar dgn api gak,,,kalao ya..mungkinkah hukumnya sma dgn kapur gak..Allahu A'lam

lps isya aku terus g msjd lma..mlm ni lebih pd discuccion sbb x ramai yg dtg..aku bukak bab sumber hukum-al-quran...dan mcm biasa soalan akan berkisar pd contoh2 praktikal...

lepas pekena teh ngan biskut kering..aku pun start moto blik rumah...

baiklah,sampai sini saja cerita hr ni ya..doakan moga masih ada pertemuan kita di sini pada hari mendatang...slm ukhuwah..

16/5/08-1.05a,m

soalan akidah yg mencabar!!!@diari hari ini 14/8/08

lps magrib td mcm biasa hari rabu aku x mengajar..td ada sorang budak ngaji..dlm 15 minit je..pas tu dpt dgr kuliah bahrul mazi tadi..imam masih sambung bab muamalat dlm kitab tu..
td dia baca hadis yg nabi pernah bermuamalah dgn yahudi,dgn mempajak baju besinya..jadi harusla berurusan muamalah dgn org bkn islam..slagi mana x bertentangan dgn syarak..di sini jg tergambar kesederhanaan hdup baginda walaupun baginda seorg pemimpin negara...

lps isya td mcm biasa ngajar di msjd lama..bukak cerita pasal hari perhimpunan di mahsyar..time sesi soal jawab, ada yg bertanya tp bkn pasal mahsyar..tp pasal qada dan qadar..panjang jugak perbahasannya tadi...

ada seorg shbt ni dia ckp dia pernah berbincang dgn lima org pasal qada dan qadar..dan akhirnya kesimpulan Allah maha berkuasa..DIA boleh buat apa apa kat kita..dan dia kata kita ni ibarat dimain mainkan oleh Allah Ta'ala..

utk pngtahuan korang,soalan dia mmg mencabar begitu..aku pun mula2 jawab pakai dalil naqli..dlm quran ada sebut, sesungguhnya kami telah tunjukkan jalan, sama ada manusia ni pilih jalan syukur atau pilih jalan syukur..jd manusia ni diberi ikhtiar oleh Allah dlm memilihnya..

kemudian aku bacakan hadis, pernah nabi beritahu yg semua org dah ditentukan syurga nerakanya.lalu seorg btanya, kalau mcm tu kita duduk diam je, x payah buat apa2,krn semua dah ditentukan.lalu nabi jawab, Allah akan mempermudahkan kpd seseorg jln yg dia mahu..maknanya kena ikhtiar..

tp penyoal mcm x puas hati lg..aku pun terangkan tntg akidah jabariah,muktazilah dan ahlul sunnah pasal isu ni..dan aku terangkan pndpt yg dia sebut tu akidah jabariah,kerana pd mereka manusia ni ibarat sehelai bulu atau kapas yg terawang2 ditiup angin..

kmudian aku ceritakan ketaatan makhluk pd Tuhan ada 2 jenis, pertamanya ketaatan yg tiada ikhtiar,sprti matahari,langit,haiwan,semuanya taat dgn kerja yg Allah bg kt mereka...manusia plak lain, mereka diberi ikhtiar,sbb tu ada pahala ada dosa, ada org islam ada org kafir, ada syurga dan ada neraka

msh lg x puas hati..dia masih ulang2 kesimpulan yg Allah Ta'ala maha berkuasa, dan apa yg dia nak buat atas kita dia akan buat..jd kita tetap mcm permainan..

last2 aku ckp, memang Allah Maha berkuasa,DIA akan buat dan boleh buat apa yg DIA nak..dan DIA tlh memilih utk mberikan manusia ikhtiar dlm ketaatan..

dan aku ckp, hidup kita bukan dipermain mainkan, kita bukan mainan. aku kiaskan dgn catur..catur itu mainan kerana buah catur tu kaku x ada ikhtiar, kita yg gerak2 dan main2 kan..kita lain..kita diberi ikhtiar oleh Tuhan dlm perbuatan kita..jd kita bukanlah mainan..alhamdulillah tamatlah perbahasan di situ.

berat juga mengajar akidah ni sbnrnya..alhamdulillah Allah ta'ala bg ilham td utk aku jwb scara aqliyahnya...syukur sgt2..

okla..aku tutup tulisan aku mlm ni dgn satu doa,,,agar Allah memberikan kekuatan pada aku dan semua pejuang2 di luar sana utk terus berdakwah memahamkan masyarakat ajaran sbnr Islam, yg berpaksikan quran dan sunnah..AMiiiin..

12.35a.m-15/5/08

طبقات المشايخ والأساتذة لأبي زبير بن شهرين مع ذكر مراكز التعليم

TABAQAT MASYAYIKH WA ASATIZAH LI ABU ZUBAIR IBN SHAHRIN MA’A ZIKRI MARAKIZ AT-TA’LIIM

REKOD ILMIYYAH-GURU GURU ILMU WAHYU/ULUM SYARIAH
KEPADA ABU ZUBAIR IBN SHAHRIN


SMAD: Sekolah Menengah Agama Dong MCIIUM : Matrikulasi UIA
IIUM: UIA Gombak Talaqqi :Menadah kitab

Umum

Surau Sungai Jahit- al-fadhil al-marhum ustz amiruddin bin omar @pak long

SKMJ- Ustz Ibrahim Bilal Man, al-marhum Ustz Othman Mat Asit

Taski ABIM Sg.Lar- Ustzh Rahimah Dau, Ustzh Rahmah, Ustzh Wan Adilah Wan Adnan,ustz Wan Rohana, Ustzh Mazidah Fathul Ariffin, ustzh Halimaton Suhaimi

Beras NAIK harga!!! @diari hari ini 13/5/08

Agak agaknyalah, terkesan tak korang dengan kenaikan harga barang sekarang ni?? Terutamanya beras…

Mungkin kalau duduk di kolej, asrama, tak terasa kot…mcm aku dulu2..Kalo harga minyak tu mungkin la ada yg rasa..yg pakai motor kereta…

Bila duduk rumah ni baru terasa..walaupun bukan aku yang tanggung isi rumah heheh tapi jadi tukang beli barang dapur kat rumah ni dah cukup untuk aku rasa bebanan dan tanggungan pak ngan mak…

Bila harga beras naik memang terasa…sekilo naik seringgit…mgkin nmpak x banyak..tp mcm keluarga aku sekali beli beras kampit plg kurang 5 kilo punya..dah naik 5 ringgit tu…bila beras naik beras based food pun,mcm nasik lemak pun naik rega gak..

Tadi masa gi Bandar raub, pak ada gak cerita cerita pasal barang naik..beras ni barang yang memang kita makan hari hari..sehari bukan sekali je..at least 2 kali..pak kata macam keluarga kita pun-yg ada sumber kewangan tetap tiap2 bulan- dah terasa dah sekarang..cuba bayangkan keluarga yang tak kerja bergaji..tak berpencen..yang kais pagi makan pagi…aku dpt rasa mcm mana susahnya mereka ni..

Sapa yg selalu gi kedai runcit…atau pasar2 basah akan perasanlah harga barang naik ni…aku ingat lagi x lama dulu dgn makanan makanan ayam pun naik harga mendadak..nasib baikla spesis ayam ni jenis boleh telan serba serbi..bak kata ayah chik tu..tong sampah heheheh

Mlm ni aku ngajar di kampung ajai,selang dua tiga kampung dr kampung aku..mcm biasa ngaja kampung sebelah ni seronok…mlm ni aku ngaja bab sunnah sebagai sumber hukum..seperti biasa yg akan ditanya soalan byk berkaitan contoh

Masa aku bg contoh pasal sunnah taqririyah, aku ada sebut pasal keharusan memakan dhab. Dari sinilah mereka mula menyoal  mula mula hukum makan/jual lintah (alhamdulillah pernah dibincang di al-ahkam.net)..lps tu cicak..pas tu monyet/kera..(alhamdulillah pernah baca pasal binatang2 ni dlm kitab2 fiqh )…sebab dah byk soalan psl binatang aku pun bagi teori asas dlm masalah ni, jenis2 yg diharamkan dlm Quran dan sunnah maka nyatalah haram..selain dr itu sbnarnya harus…

Aku bg contoh tupai(mcm tuan guru nik aziz prnah sebut msa mula2 dia blik dr oversea). Dlm timbangan Quran dan sunnah, x ada ciri2 binatang yg diharamkan. Tinggal lagi org kita x makan..diorang gelak2 tp diorang bleh terima alhamdulillah..sbb ada pak cik tu dia bandingkan persamaan2 antara tupai dan landak yg sememangnya umum digemari penduduk kg kg sini heheh

Blik dr ajai td aku singgah kedai, pekena mee kari dulu.pas tu barulah aku balik rumah, sambung baca buku yg aku baca smlm dan siang td.alhamdulillah tinggal bab last je yg x abis lg..

Okla sampai sini dulu ya..ilalliqo maassalamah..slm ukhuwah..


12.12a.m-14/5/08

“Asabiyah”. Perkataan ini selalu kita dengar, dan mungkin juga dalam masa2 tertentu kita juga selalu sebut.

Apa sebenarnya makna asabiyah itu?? Ramai org akan tafsirkan makna asabiyah ini bertumpu kepada semangat perkauman, semangat kebangsaan,semangat untuk perjuangkan atau tinggikan satu bangsa.

Oleh sebab tafsiran ini menjadi pegangan umum,mana mana persatuan,atau kesatuan,atau parti yang punyai semangat bangsa,kebangsaan dan perkauman, akan dicop asabiyah.kalau mereka kekal dalam perjuangan demikian, matinya mati mati jahiliyah!! beberapa hadith yang thabit menjadi sandaran...

“...sesiapa yang berperang di bawah panji kebutaan, marah kerana asabiyyah, menyeru org lain agar bersikap asabiyyah,atau membantu golongan asabiyyah,lalu terbunuh, maka kematiannya adalah jahiliyah...”-[hadis riwayat Muslim,no1477]

“bukanlah dari kalangan kami sesiapa yg menyeru kpd asobiyah, dan bukanlah dari kalangan kami mereka yang berperang atas asaobiyah, dan bukanlah dari kalangan kami mereka yang mati dalam keadaan asobiyah”-[hadis riwayat Abu Daud 4/332, status asalnya daif, tetapi setelah diperkuatkan oleh hadis Muslim di atas,menjadi Hasan Lighairih].

Kita tak nafikan perjuangan yang prioriti utamanyanya semangat kebangsaan,kerana bangsa,kerana kaum, adalah asobiyah. Tapi betulke asobiyah itu pengertian terhad kepada apa yg ramai antara kita pegang sekarang ini?

Asobiyah yg sebenarnya

Kalau nak tahu apa erti asobiyah sebenarnya, kita kena tengok dalam hadith, apa yang nabi ertikan dengan asobiyah ni.Wathilah bin al-Asqa pernah bertanyakan perkara ini –makna asobiyah-kepada baginda s.a.w,lalu baginda s.a.w menjawab:
“ Kamu menolong kaummu atas kezaliman”-[hadis riwayat Abu Daud 4/331, dihasankan oleh Sheikh syuaib Arnaut dlm tahqiq al-adab al-syariyyah 1/81]

Asobiyah dan jahiliyyah -2 benda yg berkait rapat. Asobiyah itu memang ciri utama masyarakat jahiliyah di hijaz. Mereka terkenal dengan sikap asobiyah ini, dan satu slogan yang berbunyi-bantulah saudaramu yang zalim dan dizalimi-menjadi pegangan utama masa tu. Hinggalah Islam datang, nabi s.a.w membawa tafsiran baru terhadap slogan ini. Bantulah saudara yg zalim,dengan cara menghalangnya dari melakukan kezaliman (Raheeq Makhtum,ms40)

Daripada hadis dan maklumat sirah tadi, kita simpulkan satu benda.Membantu dan mengiyakan benda yang benar, memang tak menjadi masalah. Yang jadi salahnya ialah membantu dang mengiyakan kezaliman-benda yang tak betul!!! Inilah yg kita kena faham-hakikat asobiyah yang dimaksudkan oleh rasulullah s.a.w dlm hadis hadis baginda!! Inilah dasar umum asobiyah!!


Asobiyah dan Taksub

Asobiyah dan taksub-dua perkara yang saling berkaitan. Bila org itu dah asobiyah,mesti wujud sikap taksub dlm dirinya. Sebab taksub la yg menyebabkan manusia bersungguh sungguh membela dan menyokong kezaliman!! Tak kiralah yang ditaksubkan itu individu, bangsa atau kumpulan.

Bila kita faham dasar umum ni, kita akan berhati hati.apakan tidak, dalam pada kita mengutuk dan memerangi mereka yg terlibat dlm asobiyah kebangsaan/perkauman,kita sendiri mungkin terjebak dalam asobiyah,tapi dalam bentuk lain!!!

Mungkin kita tak terjebak dlm asobiyah perkauman, tapi tak mustahil kita boleh terjerat dengan asobiyah kepartian, gerakan, kumpulan...bila kita terlampau kagum dan taksub kepada satu kumpulan/gerakan/parti atau salah satu pimpinan di dalamnya, maka mulalah kita menyokong semua benda yang datang dari situ, kalau benar x mengapa, tapi kalau satu kesilapan??manusia bukan maksum, termasuklah para ilmuan!!mereka juga mungkin tersilap!!

Sedar atau tidak, telah lama asobiyah bentuk ini berlaku tanpa disedari atau tidak..termasuk kumpulan/gerakan yang mengaku berpaksikan Islam. Untuk tujuan menegak benang basah...Nas-nas ditakwil sesuka hati,tanpa berpandukan manhaj pentafsiran tafsir dan hadis yang sebenar.

Atas sebab ini, wajib kita berhati hati supaya tidak terjebak!!!

Keadilan

Ubat dan pencegah kepada asobiyah dan taasub itu adalah keadilan. Bersikap adil dapat mencegah kita dari terjebak dlm asobiyah dan taksub. Sikap adil meletakkan kita atas pertimbangan yg betul. Yang hak,yang benar kita benarkan, yang salah dan yang batil kita akui kesilapannya sama ada ia dtg dari pihak yang kita suka atau kita benci. Semuanya dinilai atas timbangan al-quran dan as-Sunnah, timbangan Islam, tanpa condong ke arah mana mana pihak.

Ini memang telah disebutkan oleh Allah Ta’ala dlm al-Quran:
“wahai org org yg beriman, hendaklah kamu sentiasa menjadi org yg menegakkan keadilan kerana Allah,lagi menerangkan kebenaran. Jangan sekali kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu untuk tidak melakukan keadilan. Kamu hendaklah berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa...”[al-Maidah,8]

Jadi wajiblah kita berlaku adil dalam menilai percakapan dan perbuatan sesuatu pihak, sama ada pihak itu kita suka atau condong, atau kita tidak suka atau tidak berapa suka. Inilah manhaj yang diajarkan oleh Allah Ta’ala sendiri kepada kita semua.

Berdoalah kita agar Tuhan sentiasa memelihara kita daripada bersikap tidak adil dalam menilai sesuatu pihak, atau seseorang individu..

14/5/08-12.07 a.m

mencari titik pertemuan...

Hari ni lebih separuh masa siang aku aku habiskan dengan membaca sebuah buku. Buku ni kira buku terakhir daripada buku buku yang aku beli masa book fair di PWTC bulan 4 baru ni..judul buku buku yang aku beli masa tu ialah Kesan Hadis Palsu, bahaya Ta’asub mazhab (Dr.Asri), dan Wuduk dan Solat menurut sunnah dan mazhab syafi’I (Abu ruwais Syubrawi-buku ni sesuai utk bacaan umum.aku jadikan salah satu rujukan dlm kuliah solat aku).dua lagi buku pasal penternakan ayam kampung dan puyuh.

Buku terakhir ni tajuk dia “Aliran aliran dakwah di Malaysia-satu titik pertemuan” tulisan Dr Abd Rahman Abdullah (USM). Umumnya dia cerita pasal tajdid atau pembaharuan dalam pengembalian semula agama kepada asalnya. Dia mula dengan cerita mujaddid2 silam, drp Umar ibn Abd Aziz sampailah mujaddid2 moden. Lepas tu masuk pada gerakan gerakan tajdid di negeri negeri Melayu. Kat sinilah mulanya wujud reformist dan traditionalist di Negara kita ni..

Daripada apa yang aku baca, Hebat jugak perselisihan antara golongan reformis@kaum muda dan tradiotionalist@kaum tua masa dulu dulu…boleh dikatakan tak ada titik temu..kalau isu isu era kita ni yang sering dibincangkan pasal usolli,jahr bismillah,zikir jemaah..era masa tu sampai ada bincang hukum jilatan anjing..puncanya adalah seorang sultan di sebuah negeri bela anjing..kalau nak tau baca la buku ni ye hehehe

Kadang kadang terfikir juga pasal titik temu ni kan..maksud aku dalam masalah yang boleh kita bawak ke titik pertemuannya lah.. dlm ilmu hadis dan usul fiqh pun ada kaedah ni..beramal dengan dua hadis yg memang thabit sahih itu lebih utama dalam meninggalkan salah satunya..

Alhamdulillah aku rasa zaman sekarang ni zaman open minded..jadi pada pendapat aku perselisihan antara dua kumpulan ini- semoga Allah merahmati kedua duanya-tidak lah “seteruk” dulu…cumanya kadang kadang akan ada yang jadi teruk bila ada sifat ta’asub. Kesimpulan yang dapat aku buat, kuncinya kena ada ilmu yang betul sumbernya,dari kedua dua belah pihak, dan kena ada sikap keterbukaan atau open minded pd had yg Islam izinkan…di samping itu sikap ego, dan taasub kena buang jauh jauh, supaya kebenaran dapat ditegakkan, dan kesalahan dapat diakui oleh pihak yg melakukannya.

Kalau x silap aku Imam as-Syafi’I pernah pesan,antara maksudnya bahawa niat kita bila nak berdebat atau berhujah ialah supaya kebenaran akan diketahui oleh kedua dua pihak..jika dari awal bincang/debat/bahas dah memang ada dlm otak dan hati kita nak tikam dan jatuhkan serta malukan lawan..dikhuatiri akan muncul anasir2 x baik yg merosakkan kita dan kawan debat kita..satu lagi imam syafii pesan jangan berdebat dengan org jahil..kerana akan bawak kpd perkara2 yg x elok plak nanti..last2 lain yg kita hajatkan,lain yg jadi…

Bersama sama kita berlindung dengan Allah daripada kejahilan,ketaksuban, dan kesempitan minda (narrow minded)…

Penegak kebenaran di celah kegelapan

ini sebenarnya tajuk kuliah sirah hari ini..kira tajuk terakhir dalam fasa pertama kuliah sirah ni..

sblm mulakan sesi mlm ni, tazkirah didulukan..tajuknya..haraplah redha Allah biarpun kerananya org marah kt kita..dan jgn kerana kejar redha manusia kita mengundang murka Allah...dan bila DIA dah muliakan kita dgn ISLAM jgnla kita gadaikan kemuliaan ini krn mengejar kemuliaan lain yg kita sangka lebih tinggi..Allah akan terus hina kita..(petikan dr hadis tirmizi dinilai sahih oleh albani, dan atsar dr saidina umar dinilai soheh oleh az-zahabi)

siapa sangka dlm gelita jahiliyah tu terselit jugak beberapa org yg masih cintakan kebenaran,bencikan khurafat dan bid'ah dlm akidah yg diajar nabi Ibrahim alaihissalam..mlm ni satu sesi khas aku cerita pasal dua tokoh ni..iaitu :

Zaid bin Amru bin Nufail-pembela syariat Ibrahim alaihissalam di tengah2 belenggu jahiliyah,beliau ni berjaga2 agar x termakan sembelihan atas nama berhala,mencela perbuatan itu, dan beliau juga pernah menyelamatkan anak2 perempuan dr ditanam hidup2

Waraqah bin Naufal-ilmuan yg mendalami injil,slps peristiwa wahyu pertama beliau dpt mengenali yg ditemui muhammad s.a.w di gua hira ialah jibrail@Naamuus..waraqah memberi ikrar utk membantu nabi s.a.w, namun umurnya tidak panjang..mereka berdua ni dijamin syurga oleh rasulullah,dlm riwayat2 yg soheh..(rujuk fiqh sirah muhd alghazali tahqiq albani, soheh sirah nabawiyah akram diya umari).

lps kuliah dan solat isya, x nampak kelibat budak2 nak mengaji..garang sgt ke aku ngaja sampai diorang dah x dtg ni hehehehe

dah budak2 x dtg, bilal masjid yg kira member kamceng aku-walaupun beza usia 30thn lbeh woo-ajak aku g kedai makan, belanja makan nasi lemak.best gak mlm ni aku mengutip pengalaman shbt aku ni ketika zaman mudanya..cerita pasal zaman kegemilangan ABIM kt kg aku..masa tu diorang nyer usrah dan tamrin..respect la..kan best kalau skrg masih ada mcm tu..

balik umah aku ileks jap..pas tu sambung baca buku yg aku baca siang td..pas tu aku pun ngadap la laptop ni nak menulis blog...

okla sampai sini dulu la ye..nak g nyelam plak huhuhu ilalliqo ukhro..

12.42a.m-12/5/08

BOLEH KE JOIN MAJLIS YG ADA MAKSIAT??

“ dan apabila engkau melihat orang orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek ejek ayat2 Kami, tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan hal yang lain.jika engkau dilupakan oleh syaitan lalu engkau duduk bersama mereka,janganlah engkau terus duduk bersama kaum yang zalim itu sesudah engkau mengingati (akan larangan itu)”- surah al-an’am:68.

“sesungguhnya ALLAH tlh pun menurunkan kpd kamu (perintahNYA) di dalam kitab al-Quran, iaitu apb kamu mendengar ayat ayat ALLAH diingkari dan diejek,janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka memperkatakan perkara yang lain. Ini kerana (jika kamu melakukan perkara itu) tentulah kamu sama seperti mereka- surah an-nisa: 140.

Kadang kadang dalam masyarakat ni wujud segolongan insan yang mudah menyalahkan orang..bila lain sahaja benda yang dibuat dengan cara mereka, maka mereka cepat menghukum salah…padahal benda tu hakikatnya tidak salah…

Pada pendapat aku, benda ni berpunca dari sikap berfikiran tertutup, dan mungkin juga jahil. Kat sini aku bagi beberapa contoh,yang berlaku kebetulannya ketika aku tak ada di tempat itu:

- suatu hari ustaz Arab yang mengajar di sekolah agama di kg aku menjadi imam. Masa bagi salam.. dia menyebut “assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…”,maka lepas solat tu adalah yang mula bising. Seorang lalu berkata yang dia telah mufaraqah tadi kerana imam telah membuat khurafat!!! Aku dpt tahu ni bila org tadi menghantar anaknya utk bertanya aku tentang isu ini. aku menjawab memang ada cara sebegitu di dalam hadis..dan akhirnya mgkin kerana ketidakpuasan hati dia sendiri Tanya aku. Aku memberi jawapan yg sama. Dia membalas semula selama dia belajar, termasuk kitab hadis hukum(yg ada bincang 4 mazhab) x ada jumpa. Aku jawab ada, dan terangkan dia cara cara memberi salam yg thabit dgn hadis soheh sebagaimana yg disebut oleh sheikh al-albani dlm sifat solat.

- suatu hari, seorang yg jarang jadi imam, telah menjadi imam di masjid ketika ketiadaan imam. Maka si imam baru ni membaca fatihah tanpa menjaharkan bismillah…lalu slps solat adalah makmum yg berkata, imam tadi wahabi, aku mufaraqah!!! Perkara ni aku betulkan di dalam kuliah aku mlm td, ketika menenrangkan pendapat pendapat ulama dlm menjaharkan bismillah dlm surah alfatihah dlm solat.. kataku x perlu mufaraqah, kerana imam itu bukan membuat kesalahan yg merosakkan atau membatalkan solat..dia beramal dgn salah satu pendapat ulama yang ada dalil tersendiri yg diterima syara’.


Keadaan keadaan sebegini membuatkan aku berpesan kepada mereka, tentang perlunya kita berfikiran terbuka dan tidak jumud dengan ilmu yg kita ada. Sebab itulah kataku, aku mengajar fekah bukan semata mata ikut satu mazhab sahaja,tetapi dengan dalil dalil mazhab syafi’I beserta sedikit ilmu tntg mazhab yg lain. supaya apa?? Supaya kes kes di atas tidak lagi berlaku.

Jangan kerana kejahilan diri kita, kita menghukum org lain salah. Sedangkan amalan org itu berlandaskan dalil dalil yang soheh. Bila kita menghukumnya salah, khurafat, atau menyebabkan kita mufaraqah, seolah olah kita menyalahkan satu perkara yang hakikatnya punyai sandaran nas yg kuat?

Bagi mereka yang punyai skop ilmu yg luas, rezeki belajar lebih jauh dan mendalam, berhati hati dlm menyampaikan ilmu, dan mengamalkan sesuatu amalan. Ya,Wajib kita menyampaikan kebenaran yg kita tau,namun wajib juga kita mengambil pengajaran penting daripada kalam Saidina Ali karamullhu wajhahu,agar bercakaplah dengan orang berdasarkan kemampuan akal mereka, adakah kita suka manusia mendustakan kebenaran disebabkan oleh percakapan kita?? Jangan kerana amalan kita,percakapan kita, org yg jahil tertohmah benda yg benar sebagai khurafat dan kesalahan besar..

Semoga Allah melindungi kita dari perkara perkara yg boleh membawa kpd pendustaan agama…


Diari hari ini 10/5/08


Tadi mcm biasa sabtu, buka kelas fiqh solat guna kitab fiqh manhaji.aku ingatkan tadi nak abiskan bab membaca al-fatihah, tapi last last ada lagi satu tajuk x sempat jugak abiskan.

Aku mulakan kuliyah td dengan hadis tentang Allah Ta’ala menjawab setiap kali kita berhenti membaca satu ayat dari surah al-fatihah dalam solat. Jadi sebab tu nabi ajar kita baca fatehah dlm solat satu ayat satu ayat. Dan salah satu pengajaran hadis ini juga, utk mendapat kekhusyukan dlm solat, kena menjiwai fatehah yg kita baca. Lepas tu masuk ke dalam beberapa masalah yg aku petik dr kitab al-bayan. Antaranya terlupa membaca surah al-fatihah dlm solat..pas tu membaca bismillah, memperlahan atau menguatkannya..pas tu membaca amin-cara yg betul membacanya, dan fadilat membaca amiin bersama imam di dlm al-fatihah..

Mlm ni budak budak belajar mengaji tak dtg pulak.jd aku terus pergi kedai, mlm ni abg aku belanja satu rumah makan. Gaji first dia masuk baru baru ni hehehe..kedai tu plak bz mlm ni, order 5 bungkus nasi lemak pun punya lambat..jadi aku layan astro kt kedai tu la..tgk rancangan national geographic, cerita pasal binatang kat serenggeti, Afrika Timur..

td sblm online aku sempat siapkan artwork pertama aku utk projek komik ilmiyah hehehe
cuma x siap lg dia punya dialog..seronok gak dah lama x lukis2 ni

sampai sini dulu for this nite yer..moga ketemu lg ya...

12.30a.m-11/5/08

bila akal dikedepankan dari nas.wahyu....

td lps magrib mcm biasa ada kuliah.alhamdulillah minggu ini hari isnin rabu dan jumaat aku dpt dengar kuliah..sejak diamanahkan memberi kuliah ni, agak sukar juga nak jadi pendengar..tp minggu ni alhamdulillah dpt dgr 3 kuliah..

mlm ni tadi imam 1 msajid kg bukak kitab akidah ahli sunnah wal jamaah tulisan mantan mufti sabah..kitab ni mmg selalu digunakan sbg sumber tadahan akidah bg org2 kampung.mlm ni beliau masih menyambung bab akidah2 yg batil..mlm ni disebutkan tentang muktazilah..umum mengetahui salah satu ciri muktazilah yg diketahui umum,mereka mengkedepankan akal dari nas/wahyu.

pd zmn skkrg pun kata imam td masih wujud,bahkan ramai yg menjadi pengikut cara aliran muktazilah,sama ada mereka sedar atau tidak.ye la, masih ramai yg mengedepankan logik akal mengatasi perintah perintah nas...

kdg2 nas dah soreh..tapi oleh kerana nak memebenarkan sesuatu perkara...ditakwilkan nas dgn akal kosong...terutama bila nak mengharuskan sesuatu perkara yg kadang2 nyata terlarang

contohnya,hadis ini.
Drpd Abdillah bin Ja’far, berkara, ketikamana datang berita tentang kematian Ja’far, nabi s.a.w pun bersabda: “ perbuat olehmu sekalian bagi ahli ja’afar makanan, maka bahawasanya telah datang akan mereka itu barang yang memberi bimbang akan mereka.
lafaz ini diriwayatkan oleh imam at-tirmizi, dan menurut beliau hadis ini hasan lagi soheh.

ulama ulama menyimpulkan bahawa daripada hadis ini, sunat kita menyediakan makanan untuk keluarga si mati. dan adalah sesuatu yg bertentangan dgn sunnah apabila keluarga si mati pula yg menyediakan makanan utk org2 yg berkumpul. mafhum mukhalafah ini disokong pula oleh satu lagi riwayat yg berbunyi:
drp jabir r.a, “ adalah kami bilang dan kami kirakan berhimpun orang2 kepada ahli mayat dan berhimpun memperbuat makanan kemudian daripada tanamnya ialah daripada bilangan ratap2an. kata imam almarbawi dlm bahrul mazi, ia diriwayatkan oleh imam Ahmad dan ibnu majah dengan isnad yang soheh.

namun entah mengapa agak payah sesetengah org menerima hadis yg soheh dan soreh ini.lalu keluarlah takwilan akal, bunyinya begini:
nabi hantar makanan kpd keluarga jaafar sbb jaafar miskin..cuba yg mati itu abu sufyan atau shbt lain yg kaya, tentulah tidak payah dihantar makananan...

tidakkah ini mengkedepankan akal drp nas??bukankah hadis yg kedua td sudah cukup utk mentafsirkan mafhum hadis pertama?namun masih ada yg mentakwil kesorehah hadis ini..sedangkan keempat empat mazhab bersepakat bahawa mengumpukan org sempena kematian itu, dan diberikan mereka makan oleh ahli keluarga si mati, adalah dilarang oleh nabi s.a.w, bersandarkan kpd dua hadith ini..

ingatlah kata salah seorang fuqaha sahabat, saidina Ali k.w.
"kalaulah agama itu sekadar menggunakan akal, tentulah bawah khuf itu lebih utama utk disapu..."
tp oleh sebab nabi ajar cara menyapunya ialah yg atas lebih utama,maka perintah nabi itulah yg wajib dikedepankan.

sama2lah kita berdoa agar Allah melindungi kita dari fikrah2 dan pemikiran batil yg bertentangan dengan ajaran yg disampaikan oleh nabi Muhammad s.a.w..

12:47a.m, 10/5/08

lebarkanlah sayap pelindung dari kasih sayang...

assalamualaikum dan salam sejahtera...

"dan Tuahanmu telah memerintahkan agar jangan menyembah selain daripadanya, dan berbuat baiklah kpd ibubapa.apabila salah seorang dari mereka atau kedua duanya mencapai usia tua, janganlah kamu katakan kpd mrk berdua oh..dan katakanlah kepada mereka dengan kata kata yg baik.dan lebarkanlah bagi mrk berdua sayap pelindung daripada kasih sayang, dan katakanlah wahai tuhanku,kasihanilah mereka berdua (ibu bapa)sepertimana mereka mengasihaniku sewaktu kecilku.Tuhanmu mengetahui apa yg ada dlm diri kamu semua jika kamu semua menjadi org2 yg soleh,sesungguhnya DIA itu pada org2 yang baik adalah maha Pengampun..." surah al-isra.

hari ni aku nak bercerita tentang ibu bapa sket..sbb terkenangkan ibubapa aku yg hr ni kurang sehat..mak kena demam selsema..pak pula pening pening kepala..

ayat kat atas ni antara lain mengingatkan kita tentang pentingnya menjaga hubungan baik dgn ibu bapa..di kala mereka sudah tua, kita diperintahkan melindungi mereka,mengasihani mereka..lafaz "Wakhfidh lahuma janaha az-zill" merupakan satu simbolik bahasa Arab di dlm ayat ini..masa aku belajar balaghah dlm Arabic for islamic studies kt uia dulu, ada ustzh sebut pasal ayat ni..

Allah buat perumpamaan dlm ayat ni, gunakan gambaran bagaimana seekor ibu burung,melindungi anak anaknya dengan sayapnya,sebagai teduhan,dengan penuh kasih sayang.kalau kita biasa tengok ibu ayam yg beranak kecil, kita dpt saksikan mcm mana ibu ayam tu melindungi anak2 dia,termasuk dengan guna sayapnya. jadi macam mana ibu ibu burung ni melindungi anak2 dengan sayap,sbg teduhan,mcm tula kita diperintahkan oleh Allah menjaga ibubapa kita ketika mereka dah sampai usia tua..

betapa mulianya ibubapa..hinggakan Allah tidak menjadikan batas agama sbg penghalang utk berbuat baik pd mereka..thabit dlm hadis soheh,bahawa ketika Abu Talib meninggal dunia,nabi s.a.w memerintahkan Ali bersama sama dlm urusan pengurusan jenazah ayahandanya yang tidak sempat beriman..

ketahuilah, dan ingatlah kita, bahawa nabi s.a.w pernah sebut,bahawa rugi besarlah seorg anak yg sempat hidup bersama ibubapa mereka yang sudah lanjut usia, tetapi tidak berkhidmad terhadap mereka..

sama samalah kita berazam untuk terus berkhidmad,menyayangi dan mengasihi ibubapa kita,sabagaimana yg diperintahkan oleh Allah...

Diari hari ini 8/5/08

hari ni berlalu mcm biasa..cuma ahli2 keluarga ada yg tak berapa sihat..dlm aku masih terjengket2 sbb kena paku smlm, mak ngan pak plak x sihat hr ni...mak kna demam selsema..pak plak mlm semalam bgn tgh mlm ngadu pening kepala..aku mendoakan agar Allah merahmati mak dan pak dengan penyembuhan dari penyakit...Amiin...

oh ya sblm terlupa,saudara kta yg membakar rumah smlm katanya dah ditahan oleh pihak polis utk siasatan...

ptg td lepas asar hujan turun selebat lebatnya...dlm pkul 6 br aku bleh balik ke rumah

sblh mlmnya plak mcm biasa mlm jumaat aku bukak kitab janaiz..mlm ni dah masuk kewajipan terakhir dlm urusan jenazah iaitu mengkebumikan jenazah..dlm bab ni x banyak beza antara yg aku baca dlm fiqh manhaji ngan ahkam janaiz..cuma td aku bukak al-bayan sikit, masuk tentang beberapa masalah furu'iyyah..antaranya kalau org mati di mekah,madinah dan al-quds, mrk afdal dikebumikan di situ jga..pas tu hukum kebumikan jenazah di waktu2 yg dimakruhkan solat dan waktu mlm..pas tu ttg urutan org yg memasukkan jenazah dlm lahad..pas tu susunan susunan jenazah jika kita nak tanam ramai2 dlm satu kubur..

lps kuliah solat isya la..masa amik wuduk aku perasan kaki aku berdarah..aku ingat biasa je..aku pun basuh ngan air, bila agak2 dah stop aku ambik wuduk terus masuk dlm saf..dlm aku solat2 tu darah mengalir semula..nasiblah x banyak sampai bleh membatalkan solat aku mengikut mazhab syafi;i..lps solat tu imam tiga yg dok sebelah aku tersengih je pandang aku, pas tu dia ckp: patutlah awak berdarah..pas tu dia tunjuk pada seekor pacat kt depan saf tu..ya Allah gemuknya pacat..ai..mcm2 la..dah org x brapa nak g masjid pacat pun msuk saf heheh..

balik rumah je aku terus cari tisu..sbb kapas x ada..aku bakar tisu tu..pas tu padamkan api, dan cucuh tisu panas tu kat luka..ni petua org tmpat aku ni utk berhentikan darah kalau digigit pacat..ntah2 ada kaitan ngan perbuatan puteri Rasulullah fatimah masa ubat luka nabi s,a,w lps prg uhud..fatimah bakar segumpal jerami dr tikar..dibakarnya dan abunya ditepek pd luka nabi s.a.w..

aisey..mlm ni frienster x leh diakses lak dr tmpt aku ni leceh la

sampai sini saje kot utk mlm ni..panjang usia kta jmpa lg insya Allah

Rumah terbakar!!!!

Rumah terbakar panggil bomba
Bomba datang berlumba lumba…

Lagu tu selalu didengar masa kecik kecik dulu. Kenapa tiba tiba je cerita pasal rumah terbakar ni??sebab tadi dekat kampung sebelah ada rumah terbakar...

Lepas Asar tadi, mcm biasa duduk dekat tangga masjid dulu, berkongsi kongsi cerita dengan imam1,imam2 dan imam 3. antara bahan ceritanya cerita seorang pemuda di kampung sebelah, yang jadi kurang kemampuan akalnya selepas beriya join tarikat. Org kampung aku panggil gila isim..aku pun x reti nak terangkan definisi gila isim..

Lepas tu mcm biasa aku pergi kedai kopi,nak beli kuih untuk minum petang bagi keluarga di rumah. Lepas minum minum jap aku pun pilih kuih nak dibeli bawak balik. Masa tu lah ada seorang pak cik tu baru sampai dia ckp ada rumah terbakar dekat kampung sebelah rumah yang sebelah masjid. Aku pun tersentak, rumah sebelah masjid tu rumah org yg aku ngan imam2 tadi sembang..memang dia duduk sorang...hati aku mcm yakin jer rumah sedara tu la yg terbakar...

Aku pun bayar kuih,terus start moto, aku balik umah kejap pas tu aku pecut pergi kampung sebelah. Sampai jer..memang sah la..memang sah rumah orang tu tadi..aku pun pergi la ke tempat org ramai dah mula berkumpul..nak tau cerita sebenar...

Aku sampai situ, bomba pun baru je sampai. Rumah tu dah memang x leh diselamatkanla..dah marak dah api..bomba padamkan x kasi merebak je kiranya..Betul la kawan kita yg tak berapa siuman tadi..dia bakar rumah sendiri.bila sorang member aku tanya abg ipar org yg bakar rumah tu macam mana leh terbakar, dia yg asl kelantan jawab: “dia cucuh api,tarbakar la..” tapi mujur la dia terus lari bila rumah dia dah terbakar. Dan rumah tu dah x ada barang2 dah,dah dipindahkan ke rumah sedara mara sbb dia ni merosakkan harta benda sendiri..tv..peti abis dia tunggang terbalikkan..jadi yang terbakar mgkin baju2 dia je kot..ngan rumah tu la..

Menurut org kampung tu, kebelakangan ni sedara kta ni tadi mmg lain mcm dah. Dia x tido kat rumah dia..dia mintak nak sewa bilik masjid..dia ckp rumah dia ada syaitan..ada sorang makcik tu cerita kat aku dia ni pernah nak tebang pokok manggis kat rumah mak cik tu..dakwaan dia sama..dia kata pokok tu ada syaitan..sedara plak bla nasihatkan dia, dia mmg pernah ugut nak bakar rumah..mcm2 la..

Takpela..alhamdulillah x ada kemalangan jiwa berlaku..Cuma org2 kg mula takut la..mula2 rumah sendiri..pas tu karang rumah org lak..

Tarikat

Aku tak berniat nak burukkan mana2 pihak,Cuma aku nak cerita pasal satu kumpulan tarikat kt tempat aku...aku dpt cerita ni pun dr org baik2..imam 1 kg aku..dia ni org lama..dia ckp, mula2 tarikat ni elok jer...sesapa nak masuk pun kena interview...kata imam tu, kalau org yg diinterview tu x cukup ilmu lg..contohnya bab akidah masih longgar, maka ketua tarikat akan suruh dia blaja ilmu2 akidah dulu...tapi lama2 cara penapisan tu ilang mcm tu ajer..

Kalau bukak lmn web jakim, memang nama kumpulan tarikat kt kg aku ni tersenarai ajaran x betul/sesat...sebabnya diorang ni kalau bersuluk,sampai tinggalkan kewajipan solat jumaat.. dhn alasan diorang dibenarkan buat demikian..kerana sakit..jiwa dan hati diorang sakit dan perlu berubat katanya...

Aku pernah dgr cerita ni..member aku yg keje tukang cat, dia pernah mengecat markas tarikat ni..dia cat sume termasuk bilik sulit la..dia ckp masa cat bilik tu, dia nampak tong kayu..bila dia bukak ada bible dlm bhsa Melayu...wallahutaala a’lam apa yg diorang buat ngan kitab tu...

Member2 tarikat ni pun kdg2 wat mende pelik2..kadang2 tu baru lps bersuluk, pas tu dok kedai kopi kdg2 cerita bukan2...dengan ego tingginya..ujubnya..sepatutnya bila dah bersihkan hati tu tunjuklah contoh yg baik kan..mcm mana la org nak respek kan.

Diari hari ini 7/5/08

Petang tadi aku saja cakar cakar daun daun kering..rumput kering kat depan reban ayam aku..buat pembakaran terbuka sedikit..tah mcm mana kaki aku terpijak paku lak..adoii perit gak kena..dah lama x kena paku oii..sampai aku menaip ni masih berdenyut gak..

Mlm td aku sempat duduk dgr kuliah kt masjid..mlm ni mlm kuliah imam satu.dia bukak bahrul mazi karya imam al-marbawi syarah kpd sunan at-tirmizi..bukak hadis dlm bab muamalat...antara perbincangannya jual beli tangguh bayar@hutang le tu..pas tu masalah2 berkaitan..pas tu dlm hadis tu jugak ada hukum berjual beli dgn org kafir..pas tu tentang kejahatan org yahudi tu yg fitnah nabi lak..nabi hantar utusan nak beli kain secara berhutang..alih2 si yahudi ni buat cerita plak yang nabi saje je ckp hutang..padahal x mau bayar...

Lps isya aku ada kuliah di msjd lama..mlm ni kitab al-iman..aku ajar bab beriman kpd hari kiamat..mlm ni dah masuk bab perkara2 yg berlaku pd hari kiamat tu sendiri..nabi s.a.w pernah bersabda,kalau nak tahu gambaran hari kiamat bacalah tiga surah..at-takwir,al-infithar dan al-insyiqaq..sbb dlm tu memang story pasal keadaan2 hr akhirat..pas tu aku bukak sikit bab al-ba’thu atau kebangkitan semula...ada yg soal adakah kebangkitan semula tu berlaku seolah2 alam khayal..mcm dlm mimpi..aku jawab kiamat dan berkaitan dengannya, masa sekarang ya, ia perkara ghaib yang kita x nampak..tapi bila berlaku, ia berlaku dalam bentuk kenyataan..bukan mcm mimpi atau khayalan..

Okla sampai situ aje utk mlm ni...dan hr ni..alhamdulillah panjang gak aku tulis ek mlm ni...ilalliqo..wasslam..

12.19a.am-8/5/08

diari hari ini 6/5/2008

mlm td aku ngaja kat kampung ajai,selang dua tiga kampung dr kampung aku..
aku bukak bab sumber2 fiqh islam, dan bagi contoh2 mudah..hr ni bru bukak cerita tntg quran sbg sumber fiqh..tp orh kg biasa la diorang akan tanya tntg contoh2 tu tadi..bukan tentang isi utama hehehe

antara soalan nya tentang niqab/purdah.soalan ni berkait dengan ayat surah an-nur dan surah al ahzab yg aku bacakan..dalil dr quran tntg fiqh aurat..kwjpan wanita mukmin pakai hijab..aku pun beritahu masalah ni khilafiyah, berpunca dari tafsiran ulama terhadap ayat: "dan janganlah mendedahkan perhiasan melainkan yg zahir..".jd ada yg kata muka tu zahir,jd bukan aurat..sbhgian lg kata mata je yg zahir..sbb tu diorang suruh tutuup gak muka selain mata..alhamdulillah aku pernah baca tntg niqab ni dlm tulisan dr asri..dan sheikh albani memilih yg niqab itu x wajib..bahkan agak sukar nak disabitkan niqab sbg sunnah ummahat mukminin..

soalan kedua plak pasal cabutan bertuah..sebab aku dah baca ayat pengharaman khamar,ansaob,maisar dan azlam..soalan ni aku jawab mulanya secara umum..tp org yg tanya tu nak spesifik lagi..aku pun pass la soalan kat sepupu aku heheh dia pun ustaz gak ada skali kat situ..sebab bab bab waqi'iyyah ni dia pakar sket..aku ni slalunya benda yg x ada dlm kitab..payah sket..nak2nya mlm td mcm ada blurr skit kpala aku heheh

skrg ni aku tengah translate bahath akhir kt uia hr tu ke dlm BM..sbb hr tu wat fully arabic..aku ingat siap nanti nak hantar kt mana2 penerbitan...aku punya tajuk kira kontreversi gak la...[al-musohabah baina al-jinsain fi al-manzur al-fiqh al-islami] cakap melayu dia plak coupling dari sudut pandangan fiqh islam..tajuk buku ni mungkin aku ubah lagi nanti.jd ringkas dan bleh menarik org baca..

satu lagi idea bru aku nak buat komik ilmiah..aku pilih tema kes2 fiqh..yg ni tgh dlm proses bincang ngan member2 yg minat komik gak,,

okla tu je kot yg aku nak cerita hr ni..
jmpa lgi..

diari hari ini 5/5/08

hari ni sepatutnya aku leh releks sket..bleh tulis byk2 sepatutnya dkt blog ni..sbb hr ni mlm aku free..x ngaja..tp ntah ngapa ntah x smpat lak nak menaip panjang2...

pagi tadi aku lepaskan jugak sebahagian ayam umur sbln lbeh tu ke tanah sbb dah besar,takut ganggu tumbesaran yg lain plak..tp masalahnya ayam jantan yg dua bln lbeh tu x abis2 nak buli..jadi kerja aku plak tunggu ayam ayam tu makan,supaya x dikacau oleh ayam yg lbeh tua tu..tp best la ayam2 ni semua manja2..makan atas tapak tangan aku lg tu..x kesah la..manja2 pun satu hari nti kena jual gak..sbb aku bela mmg utk bisnes hehehe

hm.mlm td aku x ngaja so aku jd pendengar la plak..td kelas tasawwuf..tp ustz dia meluaskan tasawwuf tu bkn sekadar tarekat..duduk di luar tarekat pun masih boleh bertasawwuf...sbb pemahaman tntg tasawwuf bg ustz ni luas..pendek kata penjagaan hati manusia ni dr sifat2 x elok, dan pendekatan kpd sifat mahmudah itulah tasawuf..dia kaitkan tasawwuf dgn fiqh..dgn sirah..dgn sunnah..kira tidak ghulu..tak taasub..yg aku dpt tangkap dr apa yg dia sampaikan..bahagian akhlaq yg rasulullah ajar tu itulah tasawwuf..

hbs kuliah td aku ngaja bdk ngaji mcm biasa..tp diorang minta cuti esok samapi jumaat sbb ada exam mngu ni..

ok,stakat tu untuk hr ni..berdoalah agar kta ketemu lagi ya..ilalliqo

6/5/08-1.40a.m

Blaja kerana pereksa, dan belajar krn ilmu

aku masih ingat, semasa aku masih belajar di U dulu..setiap kali belajar-terutama subjek core aku..ilmu wahyu...mesti macam pernah dengar benda tu…tapi ingatnya hujung hujung…pikir punya pikir…baru la sedar…dekat sekolah dulu aku lebih pada menghafal…faham tu faham..tapi tu la bila belajar, especially menghafal sebab nak pereksa..bila dah abis pereksa paham paham je la…

aku dulu sekolah agama…kat pahang ni kalau sekolah agama kerajaan negeri..silibes dia 50% pelajaran mcm sek men lain..50%lagi system nama dia bu’uth..pakai kitab kitab arab..kitab ni guna sukatan al-azhar punya menengah rendah..kitab2 ni sama ada import dr mesir, atau import dr kelantan..mcm aku, kitab tu diwarisi turun temurun..sbb adik beradik aku semua sekolah sama…antara subjek yg aku blaja pakai kitab ni sirah,feqah,tauhid,tafsir,hadith,adab nusu,mantiq,balaghah,dan nahu saraf.

Tp biasa la kan..sekolah sekolah dulu semua cikgu suap…maknanya huruf ke huruf ustaz ustazah bagi…siap dipotong potong lagi satu perenggan kasi pendek…pereksa pulak mesti bagitau takat mana yang masuk kan..tinggal lagi nak ngapal ke tidak jer…kalo hafal dapat ler jawab…aku pun masa sekolah dulu banyak score subjek subjek bu’uth ni dlm pereksa…mcm aku tak minat sgt la ngaji geografi..matematik..sains..sejarah..pereksa pun main baca gitu jer..

Mcm aku ckp tadi, oleh sebab dulu2 tu aku ngapal kerana pereksa..maka lps pereksa tu byk la yg lupa kan..maka kat situ kdg2 timbul jugak rasa nyesal kan…rugi la..masa tu peluang tuntut ilmu punya lah luas…tapi dek kerana silap diri sendiri..keruagian la jawabnya..

Jadi pengajarannya, buat diri aku sendiri belajar tu jangan sekadar nak lulus pereksa sahaja…tapi kena ada rasa nak menuntut ilmu kan..insya Allah bila blajar kerana ilmu, kita akan faham..bila faham insya Allah leh igt..bla ingt insya Allah senang nak hafal..dan insya Allah lps periksa pun ilmu tu at least bleh kekal walau sedikit kan..

Bagi aku-pendapat sndri la ni- kalo blaja yg utk pereksa je,lps pereksa semua lupa..x ingat dah..tp utk ilmu lps pereksa ada la ingat walau sikit kan..

Ikhlas aku ngaku, aku rasalah diri aku ni ada perasaan betul betul nak tuntut ilmu masa aku di matriks..sket2 tu adalah bla aku lps SPM..rasa nak ikut2 kuliah kt masjid..baca2 buku tuk ilmu-bkn utk pereksa…kt matriks tu, brula rasa blaja ni bkn utk pereksa je..sbb blaj utk ilmu ni kita makin minat mendalami..lepas tu tergerak bukak buku yg bukan silibes…lepas tu tergerak buat kajian sendiri…alhamdulillah Allah kurniakan juga dekat aku rasa menuntut ilmu ni…mungkin juga jalan hidup yg aku pilih sekarang ni byk Bantu aku menjaga dan memelihara nikmat perasaan minat menuntut ilmu..

Jadi pesanku pada diri sendiri…jagalah nikmat Allah yang satu ini…kerana kalau dah hilang..tak leh gerenti dpt semula…

5 mei2008 12.06a.m

Diari hari ini

Pagi dan siang berjalan seperti sebelumnya..Cuma pagi tadi lps bangun subuh terpaksa tido semula..sbb kepala rasa smcm jer…(alasan le tu)..

Pagi td aku try lepaskan ayam yg sebulan lebih..aku try sekor dulu..aku letak kat tanah elok jer dia..nampak jek dek ayam jantan yg umo dua bln lbeh tu..terus dia meluru..dipatuk patuknya pulak..buli le tu…mentang mentang saiz x sama besar dgn dia lgi.. maknanya kena tunggu skit mase lg la…

Ayam yg sama sama umur tu pun nampaknya kena asingkan..mana yg besar dari yg lain setempat..sebab yg kecik jadi kalah bila makan nanti..tu yang aku nak lepaskan yg besar besar tu dulu..pas tu aku nak g beli betch ke empat plak…tp x tau lagi bla nak perginya..

Sabtu ahad mcm biasa kena study lebih sikit utk ngaja mlm..sbb fiqh yg hari 2 ni aku ngaja meluas dan mendalam sikit…kena rujuk banyak bahan sikit…

Mlm td aku ngaja fiqh solat..rukun solat ke-4. iaitu membaca al-fatihah. Mlm ni mcm cepat jer masa…baru aku baca dan terangkan sepipi mukasurat fiqh manhaji..dah berbunyi jam masuk waktu solat…cipta record lagi la…selalunya satu rukun satu malam..masuk mlm ni punya pelajaran..setengah rukun jer abis..tp memang byk benda nak kena terang pasal rukun yg ini..

Yg aku sempat terangkan tadi- kewajipan membaca al-fatihah sbg rukun solat,pas tu pndpt mazhab hanafi yg kata mana mana ayat pun dr Quran, x sem,estinya al-fatihah.lepas tu smpat cerita syarat2 sah fatihah..last sekali kalau seseorg uzur yakni x dpt baca separuh, atau seluruh fatihah..mcm mana gantinya sperti yg nabi terangkan dlm hadith2 yg soheh..

Lps solat isya aku tgk bdk2 yg nak ngaji pun dah dtg..jd teruskan saje la ajr diorang…tadi lepas ngaji, aku sempat semak diorang baca 3 qul..diorang hafal..tp kena betulkan makhraj dan tajwid ..aku check sbb imam satu pesan siang tadi..sambil ajar ngaji ajarkan juga surah2 lazim utk diorang hafal dan baca dlm solat…

Oklah..takat tu saja yg dpt aku berkongsi utk mlm ni…kita jmpa lagi lain hari..ilalliqo..maassalamah..

12.05a.m 5mei2008

aku slps gred :) -plan 2-episod akhir

Hari ini satu lagi hari berlalu…tua lagi sehari umur..alhamdulillah, masih lagi Allah bagi nyawa…

Hari ni berlalu mcm biasa gak..siang x berapa sebok..sempat la taip untuk sambung episode terakhir cerita yam kampung hehehe..petang tadi ada budak-jiran aku dating rumah mintak mengajar ngaji..aku kata boleh, x ada masalah, tapi lepas isya sbb mlm ni aku ada kuliah..

Kuliah mlm ni jalan mcm biasa..ramai sket org sebab ada org nak jmput g kenduri lepas isya..mlm ni aku ngaja fiqh solat.. baru masuk rukun solat ke 3 takbiratul ihram..mlm ni alhamdulillah dapat selitkan banyak isi isi penting sifat solat nabi..cth nabi angkat takbir waktu bila-sblm lafaz takbir,ketika atau selepas lafaz..nabi angkat takbir takat mana-bahu ke,telinga ke, atau tengah tengah ke..

Mlm ni aku seronok dpt jumpa ustaz arab-arab ori ni,org mesir- yang ajar aku kat sekolah lama dulu..skrg dia dah ngaja kt tmpat lain..tapi dia dtg ziarah ustaz arab yg tengah berkhidmad kat sekolah lama aku skrg..yg bestnya ustaz tu alhamdulillah masih ingat nama aku..padahal dah lama betul x jumpa..ada la dlm enam tahun kot..mula2 aku senyum je sambil2 nak g depan bg kuliah aku salam ngan dia..dia terus senyum, cakap: “anta Ahmad!..pas tu dia berenti kejap,sambung semula.. Ahmad Shamil!” dia kata aku pun ngangguk na’am. Kitorang sembang kejap je sbb aku nak ngaja tadi..

Pas isya tadi aku ngaja la jiran aku tu ngan kwn dia..dia ok, boleh baca quran Cuma aku betulkan makhraj dan tajwid la..member dia tu blaja dr basic..guna iqra..tapi aku respek la dia dtg sendiri ..ngaku x pandai ngaji..nak blaja ngaji kan..org2 muda mcm ni jgn la kita sia siakan…rugi..em..

Okla..sampai sini cerita hari ni..korang layan cerita ayam aku plak ek hehehe

Aku selepas gred :) Plan 2: episode iv

Hari ni alhamdulillah ada masa free sikit utk sambung cerita…sama sama la kita mengikutinya ya..

Percubaan seterusnya…alhamdulillah berjaya..

Kerana minat yang mendalam terhadap projek ini, biarpun dua kali menemui jalan buntu (kira gagal le tu) aku masih mahu mencuba. Buat kali ke dua aku pergi ke kedai di daerah sebelah untuk membeli anak ayam baka yang sama. Kali ini tak beli sepuluh, tapi beli enam sahaja untuk menggenapkan bilangan sepuluh bila dicampur dengan anak ayam yang sedia ada.

Masa tu aku bertanya la tokey kedai, macam mana nak usaha agar anak ayam tu dapat sihat sampai dia besar. Maka dia bagi aku satu petua, yang seolah olah betul. Kata dia, waktu malam jangan letak air dalam reban anak ayam, sebab kalau anak ayam minum, dia jadi sejuk, dan sejuk membuatkan dia lemah. Bila anak ayam lemah, anak ayam lain akan menindasnya yang akan menyebabkan mati terhempap. Oh, patut la..anak ayam yg mati memang leper mcm kena hempap…

Mcm tu la..ilmu ni bukan semua bleh dapat kat satu tempat..pengalaman seseorang dalam sesuatu bidang sebenarnya menjadi ilmu berharga buat aku meneruskan usaha ini.

Alhamdulillah percubaan kali ini memang berhasil. Seminggu demi seminggu anak anak ayam semakin membesar sihat. Bila umur sebulan, anak anak ayam aku pisahkan dengan yang lebih muda usianya, ke reban lain, untuk mengelakkan buli membuli. Sape yg suka buli2 ni kan..memang perangai ayam dan yang seangkatan dengannya lah…sebab based on eksperien aku la kan dlm membela binatang ni..binatang ni, pantang nampak yg kecik dari dia mesti dia nak ambik kesempatan punya la..

Selain daripada buli, keperluan dan makanan ayam yang berumur sebulan pun dah berbeza dengan yang lebih muda. Ayam yg umur sebulan biasanya dah berbulu pelepah macam ayam dewasa, jadi dah tak perlukan haba dari sumber tambahan lagi, berbeza dengan ayam yang umur 30 hari ke bawah. Start umur sebulan juga, makanan ayam boleh ditukar kepada campuran, maknanya tak bergantung kepada dedak 100% lagi dah..dah boleh bagi jagung, rumput/daun, dan sisa sisa makanan manusia macam hampas kelapa dan nasi..tapi nak dapatkan ayam yang sehat dan berat, masih kena kekalkan dedak pada campuran jagung atau nasi..kata org untuk seimbangkan nutrient..yang ni tokey makanan ayam yang ajar aku, sebab dulu pun dia bela ayam kampung..tapi sekarang dia beli kat org lain jer..termasuk aku heheh..

Bila umur sebulan lebih, aku lepaskan ayam mula lepaskan ayam dari reban. Untuk mengelakkan ayam mengganggu dan merayau ke rumah jiran (macam ayam ayam jiran buat kat rumah aku huhuhu), aku buat satu reban yang besar dan luas, yang cukup untuk keperluan ayam2 aku berlarian, dan exercise la. System lepas perlu bahkan penting untuk ayam kampung, untuk memejalkan daging dia, yang membezakan dari daging ayam daging yang agak lembik.

Jadi aku gunakan garaj kereta lama..rangka dari kayu. Aku kepung garaj ni dengan jaring pukat (jenis jaring yang lembut, berasaskan benang kasar, atau bahan sintetik,bukan besi). Jaring ni dipanggil mcm ni sbb asalnya nelayan guna sebagai pukat. Jadi Cuma pakukan keliling garaj, dan bahagian bawah pakukan atas kayu supaya ayam x dpt keluar, musuh mcm biawak,ular x dpt masuk. Kemudian sediakan tempat bertenggek untuk ayam tidur.

Dalam masa dua bulan lebih, aku mampu mengukir senyuman melihat ayam ayam dah besar, berat mencapai sekilo ke atas. Maknanya dah boleh dipasarkan lah tu. Betch pertama dah pun aku jual pada pak cik pemborong ayam kampung, dia ni org melayu jugak. Purata harga yang aku dpt untuk seekor ayam masa tu rm15 lebih kurang, dan purata berat ayam seekor dlm 1.5 kg lebih kurang.

Mcm tu la ceritanya projek ayam kampung aku.sekarang alhamdulillah masih berjalan, dan mak ayah aku pun support projek ni.

Ni la salah satu kelebihan kalau kita dok kampung ni.mcm2 kerja boleh buat dlm satu masa. Tu yg kadang2 aku rasa mcm nak terus kerja di kampung je. Tapi mak aku cpt2 sound heheh..dia kata kalau setakat nak kerja ternak ayam, tak payah pergi belajar tinggi2 hehehe…

Oklah..doakan semoga projek ayam kampung ni terus sukses..sebab aku baru di peringkat permulaan ni..setakat tu saja untuk kali ini..semoga jumpa lagi…sml ukhuwah fillah..

4mei2008-12.10a.m

hari ni masa lebih senggang dari semalam..tapi tetap x berkesempatan menaip untuk sambungan aku slps gred tu...nampaknya kena tunggu lg la..

siang tadi lepas jumaat pergi bandar raub..nak beli stok makanan ayam dan nak jual dua ekor ayam yang telah ditempah oleh tokey kedai makanan ayam tu..alhamdulillah byk jugak dapat..dua ekor ayam berat 3.4kg dpt la rm34..aku syukur sgt dpt tuai hasil bela ayam ni..jadi betch pertama ayam kampung aku telah berjaya dipasarkan..cuma aku simpan sepasang ayam tu cadang nak buat induk..esok lusa ayam yg umur sebulan lebih insya Allah bleh lepaskan ke reban besar dah...alhamdulillah..

mlm td plak kena ngajar dua tempat sebab kena ganti sepupu..alhamdulillah kelas sirah-raheeq makhtum dah nak habis suku pertama cerita tentang khdpn rasulullah sblm baginda jadi rasul..sirah ni biasanya aku olah dlm bentuk cerita mudah, bahasa yg org kg bleh ingat dan ceritakan semula dekat keluarga dan shbt2 yg x dpt hadir insya Allah...

lps solat isya aku pecut balik rumah kejap, tukar kitab. aku ingat nak berenti ngajar fiqh siasah di masjid lama,sebab mcm blurr je diorang tu.masa hari tu pun diorang yang minta ajar fiqh berkaitan negara pemerintah dan rakyat. jadi aku tukar kpd fiqh umum.mlm td aku ajar tajuk Islam itu mudah..alhamdulillah diorang x blur dgn tajuk ni..soalan dan sampukan pun byk dr biasa..jadi aku ingat nk teruskn ngan fiqh umum mcm ni la..ngaja asas2 umum fiqh, kmudian crita cnth2 dr pelbagai bab fiqh..

aku sebenarnya teringin nak ngaja fiqh muasirah kt sini..tp blm sampai waktu dia lg kot..besok kena ready ngan tajuk takbiratul ihram,utk kuliah solat..nasib baik hr tu dah print dah bhn2 tambahan utk ngaja...

setaakat tu aje utk mlm ni yer..insya allah kta sambung lagi esok2 plak..
slmt mlm..assalamualaikum..

12.46a.m,3april2008.

hari ini punya cerita

hari ni tak sempat nak sambung cerita semalam..
siang tadi agak bz..
tapi tadi aku ngan akak aku bersih2 kawasan rumah sket la...termasuk kaw reban aku pun aku bersihkan....
pagi pagi tadi aku bangun jer (slps sesi tidur slps subuh hehehe) pak dah sound hari ni kena gotong royong bersih kawasan rumah..
jadi tu yg hari ni bz ngan kerja2 luar rumah sampai x sempat nak tulis utk sambung story aku lepas gred tu hehehe..

mlm td aku ngaja mcm biasa..hari ni mlm jumaat jd bukak kitab jenazah..bab menyembahyangkan jenazah...hari ni aku banyak baca masalah2 dr kitab al-bayan je...jd soalan2 x banyak, sebab yg aku baca tu pun soal jawab dah...aku sndri pun dpt ilmu baru ngaja tadi..terutamanya mcm mana aturan jenazah bila kita nak solatkan ramai2 jenazah,ada laki2 dan ada perempuan..pas tu janin yg gugur, bila wajib kita mandikan,bila wajib kafankan,bila wajib disolatkan ke atasnya...

motor plak meragam..suiznya rosak..jd sekarang ni kena matikan engin ngan cabut wayar tempat plug dia la..x pe la kan janji bleh guna lagi..

jadi ringkasnya cerita aku yg hari tu besok2 kita la sambung ek...

akhirnya kita kena ingat, hr ni hr pekerja, tapi x semua pekerja dpt cuti..jd kpd pekerja2 yg cuti ingatlah jg kpd yg x dpt cuti...krn mereka berkorban utk kita semua..

oh ye start ari ni kena tulis time la..timing kat blog ni rosak kot x reti nak baiki...

1.18a.am