Aku bersyukur sgt ke hadrat Allah krn menjadikan aku anak murid kpd guruku yg seorg ini. Sebenarnya aku byk terhutang budi pd beliau, al-Fadhil ustz fathul Ariffin, mentorku dlm “akademi kuliyyah” dan “akademi imam”. Dalam pada sebahagian org kampung mempertikai status aku-kerana aku masih belajar, kerana aku tak kawin lagi..ust ariffin terus dgn selamba dan tegas melatihku secara praktikal mulanya sbg imam,kemudian sbg penyampai ilmu…hingga sekarang, byk sekali ilmu dan pengalamannya-30 tahun lebih menjadi imam dan pendakwah- terus dicurahkan pd anak muridnya ini..semoga Allah merahmati beliau,dan memanjangkan umur beliau..amiin.
Alhamdulillah aku masih diberi peluang oleh Allah Ta’ala menyampaikan kuliah.Bagi aku,berkuliyyah ni satu pekerjaan yang berkembang. Kita mendapat perkara perkara baru dari kuliah org lain yg kita dengar, dan dpt memperbaiki kuliah kita dengan mendengar dan melihat reaksi para pendengar.
antara benda yang aku dpt dr perbualan dgn para pendengar kuliah di kampung ialah penggunaan bahasa dalm sesi kuliah. Kalau kita menggunakan kitab dalam bahasa Arab contohnya, kita kena pandai mengatur jarak pembacaan matan dan terjemahan. Janganlah kita membaca satu perenggan matan,kemudian baru diterjemahkan, eloknya baca satu ayat arab,translatekan dan terus huraikan dlm bentuk mudah.
Dan bagi Sesetengah pendengar, mungkin kena minimumkan sebanyak mungkin pembacaan matan arab, mungkin hanya baca matan yg berbentuk ayat Quran dan Hadis sahaja. Kita yang faham teks itu memang seronok membacanya,tetapi majority pendengar kita mungkin rasa lama je nak tunggu kita habis baca.
Begitu juga kalau kita membaca kitab melayu/jawi. Kena jaga antara pembacaan teks kitab dan huraian kita sendiri.
Bahasa kita dalam kuliyyah juga penting. Ikut pengalaman aku dlm mendengar kuliah ustz2 di kg bersama sama dgn pendengar yg lain, org kg x berapa minat dengan cara semata mata bacaan, atau ayat ayat yg formal atau skema..mereka minat cara yg santai, ayat ayat simple,bersahaja, dlm bentuk bercerita…paling bagus, kita berkuliayah dlm dialek org kg kita sendiri…ia pasti mengundang senyuman hadirin!!
Kalau kita menyangka kampungians tak berapa kesah sumber kita, kita silap. Seorg shbt umur 60-70an,We Nor, pernah cakap, kalau penceramah bergantung kepad satu kitab, tak jadilah. Kena ada dua tiga kitabnya, baru kuliahnya sedap!! Ha…mcm mana mrk tau ye?? Biasala, mereka makan garam lebih dulu dari kita..tp kena ingat, byk rujukan x bermakna membawa byk kitab ke majlis kuliah ya!!
Penting juga utk kita ingat, walaupun kita ustz, dan mereka murid, mereka tetap org yg jauh lebih tua dr kita. Aduan kampungians yg slalu aku dgr ttg ustz2 muda- kita sayang dia,tapi dia kenalah hormat kita..kita org tua!! Kalau ada rasa ego atas byknya ilmu kita..campaklah jauh jauh..gantikan dgn rasa Tawadhuk
Mereka perlukan penghargaan, nak rasa mereka dihargai dlm sesi kuliah itu. Mcm mana pulak tu?? Ini antara Cth2 yg aku dpt dr pergaulan dgn kampungians,
- bila kita ingin sambung lagi sikit kuliah, kita Tanya dulu, nak/boleh sambung lagi tak agaknya??
- Dlm berkuliah sebaik2 pandang semua dgn wajah yg manis
- Bila mereka menyoal,jwb dgn baik. Lps menjawab,kita Tanya, boleh ya pak cik, jwpn sy tadi??
- Jika kita tak dpt hadir kuliah, jgn sekali2 hilang mcm tu sahaja tanpa bagitau sesiapa!!
- Raikan mereka bila mereka memberi pendapat, jika silap kita betulkan dgn lembut.
- Jk ada ustz lain yg mendegr, beri peluang mrk utk jwb @bg pendapat
Yg kedua terakhir hehehe…kita mesti berkuliyyah mengikut uruf masyarakat sesuatu tmpt…tanpa memeningkan diorang dgn istilah/perkara yg tak pelik pun tp pelik di mata diorang je..setengah tempat urufnya mmg suka soal jawba!1 jd kita berkuliah dlm 15-20 minit, kemudian layaaaan…hehehe..stgh org dia malu nk bertanya,tp kita boleh nmpk gayanya dia nak Tanya..jd kita sebut ngan lembut nama dia, ada soalan?mesti dia Tanya hehehe
Yang terakhirnya interaksi kita dgn para pendengar di luar kuliyah…hbgn kita dengan mrk bkn did lm kuliyah itu shj,bkn dlm masjid je..tp mereka semua adalah sahabat2 kita..bila bertemu kita bersalaman,berbual mesra, bagi yg x ramah cuba jadikan dr anda ramah..sekali sekala layan mereka bercerita..minum bersama..insya Allah, walaupun benda2 ni di luar masjid, tp kesannya nanti akan nampak dalam masjid,dlm kuliyah kita..
Bukan diri ni pandai berkuliyah, petua2 ni pun bkn aku punya idea tapi Cuma ingin berkongsi cerita yg dikongsi oleh shbt2 kampungians dgn aku..semoga dpt membantu kita semua dlm dakwah…sirruuu ala barakatillah…
30-5-08, 1.00a.m
0 komen:
Catat Ulasan