Penyakit Bloggers




Kiranya diri ini rajin jugak la melawat blog blog, baik yg dikenali tuannya atau pun tidak. Rasa tidak sedap pula tengok ada blog blog yg kerjanya dok mencari kesalahan pihak2 yg tidak sehaluan dengannya. Bukan kesalahan org2 serupanya sahaja dicari, bahkan sampai ulama ulama , baik yg silam mahupun yg terkini, turut menjadi mangsa.

Mula mula dulu, jumpa blog2 sebegini tuan nya budak2 jugak, mcm aku yg juga masih belajar, sebagai org muda, aku faham la darah muda, dan keadaan semangat org muda mcm diri aku sendiri. Bak Kata orang orang tua, budak budak yg tengah belajar, kalau buat silap x mengapa. Dia tgh belajar.

Lama lama tu, baru la aku jumpa plak yg satu ni. Patutlah budak budak berani sgt buat kerje mcm ni, sampai menyesat, mempertikai ulama ulama yg telah lama pergi, rupanya ada org yg bukan budak memulakannya…org muda ni mudah mengikut..dah dpt benda yg blh jadi contoh, maka lagi senang dia mengikut…

Kadang kadang aku termenung berfikir. Dlm kuliahku di kg aku selalu juga menerapkan sikap berlapang dada, tidak mudah menuduh yg lain dr kita salah. Alhamdulillah, walaupun mereka x perpendidikan tinggi, mereka mampu menerimanya. Jika dahulu mereka nampak apa yg berbeza dgn tradisi mereka sebg sesat,salah, khurafat, selepas mrk faham mereka mampu mengubah persepsi- dia lain sbb ada ulama yg berpendapat mcm dia buat, ada nas/dalil yg soheh menunjukkan benda yg dia buat tu ada asas.

Pelik jugak, adakah org kg aku lebih cerdik dr mrk2 yg berpendidikan tinggi, dan memegang jawatan pula dlm jbtn2…mgkin org kg walaupun mereka x sekolah tinggi, tp ilmu yg sedikit yg mrk belajar itu disertai tafaqquh, yg menyebabkan mrk faham. Mgkin juga org yg belajr tinggi2 itu pula hanya belajar semata mata belajar… dlm fiqh Aulawiyat, sheikh yusuf al-qaradhawi ada menyebut, keutamaan utk memahami drp sekadar belajar dan menghafaz…kampungians understand “Aulawiyat” better than graduants??Allahu’a’lam

Semoga Allah memberi petunjuk pada kita semua-terutama kita para bloggers dan blogs readers, untuk berjalan di atas jalan yg lurus…semoga Allah menjauhkan drp penyakit bloggers sprt ini, dan menyembuhkan mereka yg sudah sedia terjangkit..

abu zubair-12.40a.m-kg sg jahit

Insan,Malaikat dan Haiwan






“ sesungguhnya kami telah jadikan manusia itu sebaik baik kejadian”- at-tiin:4





Malaikat merupakan makhluk Allah yg dijadikan drp cahaya. Malaikat merupakan mahkluk yg memang Allah ciptakan untuk mentaati perintahNYA dan tidak melanggar arahanNYA. Seperti manusia, malaikat juga dikurniakan akal. Tetapi malaikat tidak dikurniakan syahwat seperti manusia dan haiwan. Mereka tidak berkembang biak, penciptaan mereka terus sebagai malaikat yg sedia bertugas.

Haiwan pula merupakan makhluk yg diciptakan daripada air,sebagaimana disebut dlm Quran. Haiwan juga dikurniakan shahwat seperti manusia,mereka melalui proses pembiakan,berkembang biak, seperti manusia. Namun tak mcm manusia dan malaikat, haiwan tak dikurniakan akal!!

Dari satu persepsi,manusia punyai kelebihan berbanding malaikat dan haiwan. Mereka memiliki kedua dua akal dan nafsu. Sebab itu manusia digelar ahsani taqwiim.

Apabila manusia menggunakan akalnya dgn sebaiknya, dan dapat membendung ujian nafsu syahwat, dia kan jadi manusia yg baik. Bahkan Sebahagian ulama berpendapat, manusia yg dpt soleh, baik,yg melepasi dgn sempurna ujian shahwatnya adalah lebih baik dr malaikat. Kenapa pula mereka berpendapat demikian?? Kerana malaikat mmg diciptakan untuk taat, mereka tidak bershahwat dan tidak diuji dgn nafsu sprti manusia.

Tapi bila manusia itu menurut nafsunya, tidak menggunkan akalnya, maka manusia itu lebih hina dari binatang!!! Binatang mmg selayaknya bertindak hanya dgn naluri dan shahwatnya,sbb mmg mereka x ada akal!! Sebab itu dlm al-Quran Allah mengumpamakan manusia2 yg degil, menentang perintah Allah dgn haiwan seperti anjing, keldai dan sebagainya.bahkan dalam satu ayat, disebut bila manusia ada mata, telinga, hati dan akal, tapi x guna dan manfaat dgn baik,sebaliknya terus dgn kedegilan, maka mereka lebih teruk dr binatang ternakan!!

Manusia jahat vs jin jahat

Betul ke jin sbnrnya lebih lemah dr manusia???
Kalau kita lihat jin yg jahat memasuki tubuh manusia, mengawalnya, maka jin itu masih boleh ditewaskan dgn bacaan2 ayat Quran dan zikir,lalu dia keluar dr tunih manusia.

Tp kalau manusia yg jahat, dibaca satu mashaf pun di depannya, belum tentu dia tewas, bahkan kejahilannya mungkin mendorongnya utk berbuat lebih jahat lagi sprti memukul kita atau membunuh kita!

Renung renungkanlah….

(sebahagian isi tulisan ini adalah petikan dr kuliah maghrib as-syeikh prof Abd Razzaq as-Sa’adi di masjid UIAM Gombak)
12.38a.m-29/6/08-kg sg jahit

kembali ke Desa


Syukur kepada Allah,selamat sampai ke kg walaupun nak dekat sgt dah magrib tadi. Pak pula tanpa dipinta dah sedia menunggu di bawah pokok besar tepi simpang, begitulah naluri ,kefahaman dan pengorbanan seorg ayah terhadap anaknya…

Sampai je rumah, salam ngan mak,terus bersiap nak ke masjid. Mlm td kuliah pertama minggu ni, setelah lima malam bercuti. Akibatnya malam ini lajaknya jauh sampai jam 9. alhamdulillah bab sunat sunat di dalam solat sudah disempurnakan. Masa nak bersiap siap utk solat isya budak budak yg dtg utk ngaji lps isya pulak sampai menyapa, lama x jumpa ustaz.

Alhamdulillah DIA mengizinkan aku dengan kudrat yg x begitu bertenaga menyempurnakan tugas tugas malam ini kira kira jam 10 mlm..

Insya Allah balik kali ini untuk tiga malam. Selasa kena kembali ke alam kampus semula untuk urusan medical check up pulak.

semoga keizinanNYA itu terus menjadi pemakbul doa dan harapan hati dlm menyusur jalan yg penuh liku ini.

12.16a.m-29/6/08-kg sg jahit

Ta'aruf Day

taaruf programme yg paling ringkas-mungkin itu yg dpt aku lebelkan program taaruf master yg aku lalui siang tadi...walaupun ringkas, berulang alik jugak aku keluar utk isi minyak dan buang minyak hehehe...start pukul lapan pagi, abis kol lima ptg..berenti dlm 15 minit pg untuk sarapan, dan sejam lebih utk solat jumaat dan makan tgh hari...ok la tu drp kena taaruf week mcm kt matriks dulu dan masa mula2 msuk cni dulu heheh...ini taaruf day je kiranya...

insya Allah esok boleh balik kg jap dua tiga hari, tunai amanah kt sana lak..mgu dpn program yg aku kena join dua je, hr selasa ngan jumaat..

abis je program, dan solat asar, perut dah lapr semula,lalu dlm renyai2 pinjam motor kwn redah pergi mahallah sebelah beli chicken chop...heheh kt uia je nak mkn benda2 pelik dgn harga yg berpatutan huhuhu...pas tu mlmnya plak member ajak makan nasik ayam plak...layan jer..hehehe

nampaknya tu jela yg dpt aku isi utk hri ni..sbb x ada cerita sgt la..sepanjang siang ada program..balik2 lak letih..tp smpt la gak aku online jap nak meneruskan tugas sbg blogger ni heheh...

ilalliqo ukhro..maas salamah...siiru ala barakatillah..

12.22a.m-28/6/08-IIUm

Kuliah Maghrib bersama Syeikh abd Razzaq as-Sa'adi




Usai maghrib tadi aku sempat mengikuti kuliah fiqh syafi’ie prof Abd Razaq as-Sa’adi di msjd UIA. Alhamdulillah seronok dpt mendengar kembali ilmu syeikh, setelah lama tidak mengikutinya.

Menarik tentang sheikh, nasabnya sampai ke saidina Hasan bin Ali r.a..cucu Rasulullah…alhamdulillah…Allah memberikanku peluang utk bertalaqqi dan menuntut ilmu warisan nabi s.a.w dgn keturunan baginda sendiri….satu nikamt yg amat besar,dan x wajar disia siakan..

Terkenang pula semasa menuntut ilmu bahasa Arab (Arabic for islamic study 3) dengan sheikh. Beliau seorg yg dr zahirnya serius, tp jika kita berada dlm majlisnya-samada dlm kuliah rasmi ataupun kuliah magrib-suaranya lembut lunak,bahasa Arabnya mudah difahami.Ditambah dengan imej ulama’nya, senantiasa berjubah dan berserban putih, beliau mmg menarik minat kami, utk didekati dan dijadikan seorg tok guru.

Sheikh Abd Razak as-Sa’adi merupakan seorg da’ie yg berasal dr Iraq. Beliau berhijarah ke negara kita selepas kekacauan besar dibuat oleh syiah, yg mengambil kesempatan atas tindakan tentera penceroboh amerika di Iraq. Ketika i Iraq, Beliau merupakan dekan kuliah syariah di Universiti Baghdad, dan salah seorg mufti di Iraq.

Bukan setakat ilmu bahasa yg kami dpt dgn beliau, malah beliau akan menerangkan dr segenap sudut,tafsirnya,hadisnya, fekahnya…matan syair Arab yg selalunya kami ndak x ndak memahaminya mampu diterjemahkannya dlm bentuk menarik sehingga kami berminat!! Begitu juga kuliyah fiqh syafi’enya, dia bukan semata mata mengajarkan fiqh,tp lebih luas ruang lingkupnya,tapi tetap ilmiah serta menarik.

Semoga Allah mengurniakan ku “istiqamah” utk terus menuntut ilmu, menghadiri majlis2 ilmu….sama ada dgn sheikh abd razzaq as-sa’adi ataupun lain lain masyayikh…

11.20p.m-26\6\08


Hari ini langkah baru ke “old new” medan bermula. Alhamdulillah dah berdaftar sbg pelajar postgraduate IIUM@UIAM.

Pagi td ingatkan saja datang awal dr waktu pendaftaran, tp rupanya semua pakat dtg awal.lebih awal dr aku. Ramai jugak budak budak postgraduate utk sem ni. Sampai 300 lebih gak la angka giliran dia. Aku yg dtg wal pun dah no 191. tp proses ok la, lancar dan profesional, x la kena menunggu sampai ke zohor. Dlm kol 11 lebih ke doblas gitu dah setel semua.

Maka aku merasa semula suasana international yg dah lama ditinggalkan. Jika di kg satu satunya ummat islam dr negara luar yg aku tgk ialah ust muhammad roja’ie, ust arab mesir yg ngajar kt sekolah lama aku hehehe..

Cuma satu je,setakat ni x dpt kolej lg, sbb katanya td semua mahallah lelaki full..tp aku agak PG je kot..tp aku bubuh je la nama aku dlm waiting list tu...aku x pe la, ada member2 sini,boleh tumpang2 bilik member dulu..tp kesian kt sedara2 kita dr luar negara la..

Biasala,slesai enrollment ada la orientasi..yg kt uia dipanggil ta’aruf week..tp utk postgraduate dia punya taaruf x la mcm undergraduate...jauh la nak jd mcm taaruf abg aku kt KUIN hehehe...taaruf dia esok jer,sehari..tu pun dipenuhi sessi ucapan,penerangan dan forum je...yg kemungkinan besarnya menjemukan hehehe..x pe la..bukan selalu...pas tu x ada program dah..maknanya leh la aku balik mengajar hujung minggu ni..sbb next programnya medical check up selasa depan,pas tu satu program lagi jumaat dpn...alhamdulillah setakat ini perancangan yg dirancang diizinkan berjalan lancar dengan iZin Tuhan...

Semoga hati ini terus tulus berdoa,mengharap pd NYA agar terus diberi kekuatan utk terus tabah menyelusuri kembara perjuangan ini...
Abu Zubair-11.12p.m-26/6/08

Antara dua ulama': MB Kelantan dan MUfti Perlis





Bila Dr Asri Zainal Abidin, Mufti Perlis menghadiri majlis anjuran Pakatan Rakyat sebagai ahli panel, heboh sbhgian org menyebut MAZA dah masuk PKR. Bila MAZA nafikan,dan tambah yg dia x sertai mana2 parti, keluar pulak Tok guru no 1 Malaya, Tuan Guru Nik Aziz (sprti sy baca dlm sinar harian edisi pahang 24/6/08 bertajuk tiada sebab mufti perils x sertai politk) menyeru supaya MAZA sertai parti politik.

“kalau demokrasi dan kominis masing masing mempunyai kerajaan, kenapa islam tidak boleh(mempunyai kerajaan) untuk memperjuangkan agama itu”.

“kita harus ingat,perjuangan islam kini perlu melalui parti kerana Islam kini terlibat dgn politik..”

“Begitu juga, kalau demokrasi ada kerajaan,kalau komunis pun ada kerajaan, mana boleh Islam tak ada kerajaan. Kalau Islam x ada kerajaan bagaimana nak perjuangkan Islam”.

“ kalau suruh saja,tapi x ada kuasa di belakang, siapa mahu terima. (jadi) mahu tidak mahu kita kena buat parti,dan kalau dia mahu lihat Islam ini berdaulat,kenapa tidak mahu terlibat dgn parti.lagipun parti adalah alat untuk melaksanakan Islam..”


MAZA dan parti politik

Sebenarnya sebahagian org mendapat maklumat, dan sebahagian org telah pun percaya,bahawa MAZA satu ketika dahulu (skrg x tahu) pernah manjadi ahli PAS. Ada yg kata sebelum beliau ke Jordan. Kata mrk cerita ini dr org pernah jd shbt MAZA di Jordan,yg skrg org pntg gak dlm PAS. Seorg shbt dr Kedah pernah menceritakan pd saya kisah MAZA dan PAS kawasan bukit mertajam kot kalau x silap. Tapi cerita cerita ini tidak sy dpt dr sumber yg thabit, hanya sekadar cerita.

Tambahan pula MAZA sendiri dah jawab dlm media tentang kisah MAZA dan Parti.jd lebih kita terima pakai cakap yg keluar dr MAZA sendiri,drp dgr cerita2 yg x thabit kan.


MAZA dan politik /siasah/kerajaan

MAZA juga sbg org yg berilmu tinggi dlm kesarjanaan Islam, tentu sekali mengakui wujudnya siasah/politik dan kerajaan dlm Islam. Buktinya dlm kuliah2 sebelum dan slps menjadi mufti. Antaranya beliau pernah bercakap tentang kepentingan pemerintahan dan solat, serta keutamaan salah satu drpnya dr yg lain utk dijar scr mendlm dlm m’rkt.

Beliau juga ketika hampir pilihanraya ke 12 yg lalu, mengeluarkan satu nasihat garis panduan utk memilih pemimpin. Slps pilihanraya beliau turut menasihati dan memberi komen kpd kerajaan2 baru yg diberi mandat oleh rakyat. Dlm rebut isu naik harga minyak, beliau turut menegur kepimpinan agar tidak hanya menyuruh rakyat berjimat,tp mrk sndiri perlu bertindak sama.

Jadi kita semua faham dan tahu, yg MAZA lagi faham dan lagi tahu drp kita yg bkn ulama ini, yg Islam memang mempunyai sistem kerajaan yg tersendiri. Sistem pemerintahan,pentadbiran yg ada garis2 panduan yg ditetapkan.


Parti = parti Islam@gerakan Islam

Sy harap, dan sy condong utk mengatakan yg parti yg dimaksudkan oleh tuan guru dlm kenyataannya ialah parti Islam,sbb dikaitkan parti itu tadi dgn perjuangan Islam. Sbb tuan guru x mengakui UMNO sbg parti yg memperjuangkan Islam, sbb kalau UMNO memperjuangkan Islam, x perlu ada PAS sprt yg tuan guru pernah sebut.

Mungkin juga dimaksudkan parti itu gerakan, atau jamaah,mgkn kalau sebut gerakan Islam, atau jemaah, x semua masyarakat akan faham. Saya katakan Mungkin.

Jd yg saya faham, dr kenyataan tuan guru di atas, nak perjuangkan Islam kena sertai parti Islam, atau kebarangkalian yg satu lagi kena sertai gerakan Islam.

Adakah menyertai gerakan itu satu kemestian??

Saya gunakan istilah umum gerakan-gerakan Islam- kerana parti islam Pas sendiri sebuah gerakan Islam.

Ahli2 kebanyakan gerakan yg berfikrah jelas, tidak kabur,keliru- akan menjawab ya, mesti. Dan mereka pasti memberikan dalil dalil menunjukkan kemestian itu.

Bekerja secara jemaah, atau kolektif, memang satu perintah agama. Memang dlm Islam, kita disuruh beramal secara kolektif,beramai2, contoh disuruh kita bertolong Bantu dlm kebaikan dan taqwa, berlumba lumba membuat kebajikan dan amal, disuruh sembahyang jemaah, diperingatkan bhw seorg muslim dan muslim yg lainnya sprt sebuah binaan dan banyak lagi.

Amal jama’ie atau secara kolektif ini kemudiannya akan membawa kita kepada istilah jamaah Muslimin- yg hakikatnya jamaah yg berteraskan akidah-iaitu ummah Islam itu sendiri. Pemimpin2 gerakan islam,dulu dan kini, mengakui Tidak ada salah satu gerakan/jemaah islam yg ditubuhkan mendakwa jemaah mereka jamaah muslimin. Mereka hanya jemaah min al-muslimin. Di sini saya sependapat dgn istilah modennya bg - ummah centrid, dr al-fadhil ust maszlee malik.

Jadi yg wajibnya melazimi jamaah muslimin, jamaah yg disebut dlm hadis hadis soheh. Setiap gerakan islam mungkin punyai wasilah yg berbeza utk berdakwah, mendaulatkan Islam, tapi adalah dilarang sama sekali mereka merendah rendahkan atau terus menolak wasilah org lain-yg masih dlm lingkungan dibenarkan syariah, lalu mendakwa wasilah mereka saja yg benar!!! Kita kena ingat Rasulullah s.a.w sendiri ialah daie yg kreatif, bermacam2 cara baginda buat utk berdakwah.


Dlm hal ini, saya berpendapat Dr MAZA juga bergerak secara kolektif bsama rakan2 seperjuangannya, dan anak anak muridnya. Saya lihat mereka amar maaruf,nahi munkar, usaha utk daulatkan Islam, secara kolektif,secara beramai2. ya, dgn wasilah mereka tersendiri, yg mungkin berbeza dgn gerakan2 lain termasuk PAS. Cuma, org2 yg x mengikuti perkembanga mereka, mungkin silap tafsir dan silap faham, menyangkakan yg lain dr yg sebenarnya.


Saya akhiri tulisan saya ini dgn satu nasihat yg sy dpt dr seorg guru saya, Dr Layeth Su’ud Jaseem utk kita buat pengajaran:

“ di zaman rasulullah, ummah ini bukanlah membuat kerja yg sama. Muhajirin berniaga di pasar pasar madinah, ansar bercucuk tanam di tanah2 mereka, ada juga ahli suffah yg menghuni serambi masjid nabi, yg sbhgian besar hidup mrk mendengar ilmu dr rasulullah s.a.w. tapi bilamana seruan utk berjuang dipanggil, semuanya bergegas bersatu atas nama Islam,atas nama akidah, bersiap menghadapi musuh Allah..”

abu zubayr-11.06p.m-IIUM

menanti lembaran baru

Tiga hari lagi. Insya allah dgn izinNYA, diri ini akan melangkah semula ke alam kampus. Alhamdulillah doa, harapan dan cita cita diizinkan dan dimakbulkan olehNYA. Semoga segala rancangan selepas ini, terutamanya rancangan 2 in 1 juga diberikan keizinanNYA utk berjalan lancar…Aamiin..

Beg sudah dikemas, dokumen2 sudah tersusun..Esok insya Allah akan bertolak awal ke sana. Persediaan awal, supaya tidak kelam kabut. Lagipun ada urusan2 yg perlu disetelkan sebelum hari pendaftaran,sprti pembayaran yuran. Tak sabar nak jumpa shbt2 DPLI yg masih lagi dlm tempoh penghujung kursus. Tapi tiada lagi ikan kukus atau ikan tiga rasa kali ini heheh sbb aulawiyat nya kini pd yuran hehehe

Dlm seronok ada juga rasa terharu.. ye la, mak dah dua tiga kali bercakap, sunyi lah nanti bila aku pulak pergi. Bru minggu lepas abg aku yg pergi, jd rumah jd mcm hari tu semula..mak,pak,kak de dan wan…x pe mak, i/Allah sesi ini punya belajar org akan selalu balik, doa doakan agar rancangan 2 dlm 1 bjalan lancar..sbb kalo ia berjalan, mmg selalu la org balik heheh..

Insya Allah kalau rancangan 2 dlm 1 bjalan,akan jd 3 dlm 1…insya Allah kita sekeluarga teruskan projek ayam kg kita tu yg skrg tgh tawaqquf ..ataupun besarkan skala projek puyuh telur…

Rancangan diatur, namun tak lupa semuanya terletak bwh taklukNYA..jd byk2 berdoa, dan berharap sungguh2 pdNYA..

Adakah aku akan terus aktif sebagai seorg blogger slps ini??
Diri sndiri pun x berani nk kata apa…
Kta lihat la nanti… Tunggu………….

Doakan aku terus tabah dlm meneruskan kembara perjuangan ini…

abu zubayr-12.20a.m-23/6/08

akhirnya ombak badai berlalu...ketenangan kembali

Ombak badai melanda hebat seminggu dua yg lepas akhirnya mlm ini kurasakan bagai tenang kembali. Alhamdulillah, satu daripada ujian sunnah perjuangan dgn izinNya sudah usai. mlm ni ketenangan terasa dlm kuliyah fiqh solat, setelah dua minggu aku meninggalkannya.

Kuliyah fiqh solat bg ku kuliah yg dpt dilalui dgn tenang oleh semua termasuk aku. Iyalah, kami menyulam sejadah bukan dengan satu jenis benang, tapi pelbagai jenis benang terbaik dari sumber yg terbaik juga.. Tenang kami berbincang, melaluinya dengan fikiran yg terbuka dan berlapang dada…

Aku sendiri suka kuliyah yg tenang, lagi santai,sama ada sbg pendengar mahupun penyampai. tiada siapa yg suka ketegangan,kontroversi. Tapi kuliah itu juga satu medan perjuangan, jadi ia tak lari dari ujian ujian yg menjadi sunnah dlm berjuang.

Kebenaran dan al-haq yg dpt disampaikan dlm ketenangan, itu memang impian utama. Namun terkadang Tuhan menguji dengan dugaan dan ujian, yg terkadang menjadi sedikit tegang, atau kontroversi, dek kelibat segelintir insan. DIA ingin menguji,sejauh mana hambaNYA ini dpt berhadapan dgn saat saat sedemikian.

aku sebenarnya memang hamba yg bukan sekadar lemah, tapi terlalu lemah dlm menempuh ujian ini…betapa kasih Allah pada hambaNya, saat DIA mengujinya, masih tidak dibiarkan aku menempuhnya sendirian…diutusNya hamba hambanya yg lain membantuku menghadapi ujian ini…alhamdulillah…

berlalu satu ujian…baru satu ujian kecil..belum lagi ujian besar sprt yg tlh ditempuhi Rasulullah, para shbt, salafussoleh dan ulama ulama yg ikhlas dlm pjuangan…semoga ujian itu setidak tidaknya, menjadi penghapus dosa dosa hitam silamku..Amin…

yang pasti,perjuangan ini masih jauh..perlu terus ditempuhi dgn iman dan taqwa…setiap yg menagih Redho Ilahi menempuhi jalan ini..utk mereka memiliki ketenangan yg ABADI…

Abu zubayr-12.32a.m-22jun2008

Usai solat zohor, sprti biasa aku berehat sebentar di bahagian blkg msjd. Hri ni yg lain pulang awal, hanya imam satu dan aku yg tinggal di situ. Seperti biasa aku gunakan kesempatan sprti ini utk bertanyakan beberapa perkara serta mendengar dr nasihat imam 1.

Nasihat hati ke hati ni memang berbeza. Nasihat2 begini selalu menjadi pengubat hati yg kdg2 diuji rasa resah, patah,risau,dlm melalui liku2 perjuangan. kalau dlm tarbiyah perlu murabbi, dialah murabbi aku di kg ini. Hari ini nasihatnya berkaitan ulama. Aku tekun mendengarnya. Antara point paling pentingnya hari ini, mcm mana imam 1 mengaitkan sebuah hadis dengan topiknya hari ini.

“ Tidak beriman seorg kamu sehingga aku jadi org yg paling dikasihi melebihi
kedua org tuanya, anak anaknya, dan manusia seluruhnya..”.


Seorg ulama perlu benar benar mengamalkan hadis ini dlm menyampaikan satu kebenaran yg telah nyata,dan sahih sumbernya. Tidak ada halangan yg boleh menghalangnya jika benar2 dia mendahulukan cinta Rasul ke atas lain lain cinta. Biar getir mana dan pahit mana, dia akan menyampaikannya.Jika dia berjaya, dialah ulama Allah, ulama pewaris nabi.

Jika ulama menyembunyikan kebenaran, atau tak beramal dgn kebenaran, kerana kecintaannya kpd pemimpin,atau habuan yg diterimanya dr pemimpin, maka dia ulama sultan.ulama pemerintah.

Dan jika dia menyembunyikan kebenaran yg nyata itu, atau tidak mengamalkannya, kerana khuatir dia ditolak masyarakat, atau khuatir kurang pengaruhnya dlm m’srkat, maknanya dia lebih mendahulukan masyarakat dr ajaran rasulullah, maka digelar syaitan bisu, ulama yg membisu dr menyatakan kebenaran krn kepentingan tertentu.

Maka kita yg mengajar ni, ustz2,ulama2, fikir2kanlah. Nak jadi yg mendahulukan rasulullah dr segalanya, atau nak jd yg mendahulukan pemimpin,masyarakat dln2 drp rasulullah..

Demikianlah isi utama nasihatnya hari ini…

Alhamdulillah bersyukur aku dikurniakan kesempatan mengambil ilmu,nasihat dan pengalaman drpnya…semoga Allah memanjangkan umurnya dan mengurniakannya kesihatan utk sama2 menggunakan pengalaman,ilmu dan nasihatnya memimpin kami org2 muda di jalan perjuangan ini…

Ingat…………sebelum…………

Sikap setengah budak2, dr sekolah bawaklah ke universiti, sehari sblm pepereksaan, atau lebih hebat lg, malam nak pereksa barulah sebok sebok nak cr nota, nak cr tukang ajar… “bang2,abg kena ajar saya semua ni, sy x paham apa dlm kelas..”. Ya Allah, engkau buat apa dlm kelas epanjang satu semester ni….

Sikap setengah org dewasa, masa dah kena penyakit 3 in one, barulah sebok2 nk berpantang. Lagi hebat, sblm serius penyakit tu takdenye dia nak makan ubat.dah tahap bhya sgt dah bru la sebok cr ubat..nak berpantang itu ini…

Lg sikap setengah org, masa duit tengah byk, ekonomi tengah stabil, wa…tarak ingat jimat punya…bila dah sengkek, bila ekonomi meleset, brg dah naik,barulah cari buluh utk dibuat tabung…cr megi buat alas perut…baru nak berjimat la maknanya

Ini baru tiga contoh, sikap sebahagian insan yg digelar manusia. Dlm Islam kita disuruh bersedia utk menghadapi sesuatu perkara, bukan hanya tunggu perkara tu menimpa baru nak terhegeh2…

Cuba kita hayati Satu riwayat (aku lupa statusnya) yg didendangkan sbg nasyid..

Ingat lima perkara sblm lima perkara
Sihat sblm sakit
Muda sblm
tua
Kaya sblm miskin
Lapang sblm sempit
Hidup sebelum mati


Nabi pun menitikberatkan persediaan sblm tiba saat sbnarnya. Sbb itu dlm bab solat cthnya, disuruh ajar anak sembahyang masa dia kecik lg, kemudian sampai masa tertentu boleh dihukum, walaupun belum usia taklif.agar takut dia utk tinggal perintah Allah, agar bila dah sampai umur taklif dia dah x susah lg nak lakukan dgn ikhlas..kalau dibiarkan jd la mcm sebahagian insan hr ini, yg dah baligh dan terlebih baligh, selambe selambe je tinggal solat.

Peribahasa melayu juga ada cerita psl ni..cth
Sediakan payung sblm hujan
Sudah terhantuk baru terngadah..
Melentur buluh biar dr rebungnya

Yg paling best nya peribahasa yg org2 tua dlm keluarga aku selalu gak ckp..

Jadi kucing, nak berak baru menggali lubang…

Kalau manusianya, ibarat dah nak terberak baru cari papan,paku, atau simen dan pasir, baru nak buat jamban…x ke haru tu…

AWAS, jgn kita lupa Sbnranya sikap menunda2 dan melambat2kan ni sikap org yg Allah x suka. Dlm Quran disebut perkara ini, org2 kafir di hari Qiamat nanti barulah dia menyesal. Alangkah baiknya jika aku jadi tanah je. Alangakah baiknya kalau aku dpt hidup semula dan beramal.Firaun yg mengaku Tuhan itu dah lemas dlm laut barulah dia nak ngaku dia hamba kpd Tuhan Nabi Musa a.s. dlm hadis pun ada sebut, di kala matahari terbit dr barat nanti, semua org tmasuk org kapir pakat2 mengakui, pakat2 nak mengimani. Tapi sayang, semuanya sudah terlambat..nasi sudah hangit rentung hangus terbakar…bg kat ayam pun ayam x mau dah..kalau jadi bubur bleh lg makan kan..

Jadi itulah pentingnya persediaan awal utk hari mendatang. Bersama2 kita jd insan yg sentiasa beringat,bersedia utk menempuh hari mendatang..

18/06/08-12.08a.m

Ayah

Ayah

ketika berjauhan masih kurasa hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu hadir menemaniku
terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkandiriku sendirian
ketikaku dalam kedukaankau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku erti kekuatan

terpancar kebanggaan dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkanaku terus kecewa
dengan kata azimat engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan
tak dapatku bayangkan hidupku ayah tanpa engkau disisi
semua kasih sayang yang kau curahkan tersemat dihati.....


nasyid kump ae-man, dr album permata ayah bonda

“Hikayat min Qodah”



Kira kira Dua hari dua malam tidak menulis di sini, kerana bermusafir ke negeri Kedah Darul Aman, bsama keluarga menghantar abg menyambung pelajarannya di sana, sambil itu menziarah dan bermalam di rumah akak sulung di sana.sempat juga la jalan2 di bbrp daerah berdekatan.

Kedah & kerajaan barunya
Kedah mgkin agak istimewa utk dikunjungi slps kemenangan gerakan siasah Islam utama Malaysia,PAS. Namun dari pandangan mata zahir, sukar nak buat perbandingan. Jadi kena Tanya org kedah yg dok kt Kedah la ye..sprt abg ipar sndiri..sbg lepasan mahasiswa UUM dia berfikiran padaku dia terbuka tak taksub kpd mana2 aliran pemikiran dan politik. katanya perubahan di kedah berlaku secara berperingkat, tidak kecoh kecoh sprt di beberapa negeri yg dpt kerajaan baru. Alhamdulillah antara yg disebutnya peningkatan mutu dlm penyampaian berkaitan Islam seperti kuliah,dan khutbah, dan penyampai kpd dua dua medium ini..

Atur cara yg “lamenye kna tunggu..”
Kita berbalik pula kepada cerita aku tadi (sbb blog ni aku punye hehehe). Pd pagi hari Sabtu kami sekeluarga menghantar abg ke tempat sambung belajarnya. Ingatkan sekejap je la prosesnya, rupanya byk atur caranya, melibatkan mak ayah/waris pun ada. Kami sampai pun kira lewat juga, tp mgkn krn dek ramainya org, proses pendaftaran mcm bjalan lembab je. Mak2 dan ayah2 para pelajar yg sampai awl dr td dah duduk dlm dewan,luar dewan,bwh khemah. Abg aku pun terus la buat urusan dia,sbb dia pun dah besar kan tua pd aku jd dia prefer buat urusan sendiri sprti majority org2 kt situ.

Aku bila dah keadaan mcm tu, follow pak je gi ngeteh sambil makan roti canai kat seberang jln. Lama jugak la, sampai akak aku sms dan tlipon kirim air, masa aku dok order semua except my bro dah dtg kt warung tu. Jd semua pun ngeteh la ngan makan roti canai. Pas tu abg aku call ckp majlis bersaama MB bsama waris dah nak mula, jd aku pun volunteer la jd waris pergi masuk dewan.

Msuk dewan try cr abg aku. Tp mmg sukar la. Semua student pakai sama. Msj2 try cr x jumpa. Aku pun duduk je la nunggu majlis mula. Lama tu mula la.yg pertama dok berucap timb dekan dia. Aku dgr2..tp mcm x bleh dgr je.last2 aku angkat kaki keluar dr dewan..x pe sbb mak ngan pak msuk gak kt bhgian bwh. Abg aku mse tu bru plak nmpk aku sms Tanya nk g mana, aku kata nk klua dah, bosan dok dlm..

Akak2 ngan abg ipar serta baby aliya ank sedra aku rupanya dah mengaircondkan diri dlm kereta. Aku pun join la. Last2 sbb lama sgt tunggu abg ipar ajak jln2 kt bndr Alor Star. Lps jln2 singgah masjid zahir-kata abg ipar masjid antr yg tercantik di m’sia. Lepak2 kt situ, sms org kt tmpt pndaftaran td MB bru samapi,bru berucap.Kbtulan dkat masuk zohor, jd terus tunggu msuk waktu dan solat. Abis solat pun x abis lg berucapnya MB tu.jd kak long plak ajak jln2 lgi. Mse jln2 tu la abg call ckp dah nak pergi kolej dah[asrama].

Sedikit Muqoronah
Kolej asrama dia jauh jugak dr centre tmpt belajar tu.mgkin lps ni abg aku kena cri motor kot. Jd kami pun lawat2 la kolej kediaman tu. Asrama best gak, tp UKC kt matriks ngan Uthman kt gombak lgi best..hehehe..jd lps siap semuanya, bersalam2an ngan family, kami pun bertolak semula ke rumah akak.

Bukan la aku nk banding2..Wa..proses register dia mmg complete sungguh la..sehari suntuk..kami sampai td 10lebih kot..dlm kol 5 lebih gitu bru leh balik. Kt UIA, baik matriks dan maincamp, x selama itu…mgkin org yg masuk situ berganda2 lbeh ramai dr UIA kot…

Smpai umah akak dekat magrib dah. Usai mandi,solat jamak ngan rehat2 & makan, pak ajak jln2 lg saje je g TESCO ngan giant. Mase on the way tu aku dpt sms dr abg aku…dia kata x ada api lak-black out- tgh taklimat.pas tu makan mlm pun dlm gelap la katanya. Husnuzzon nye mmg black out kot. Tp nak bersangka buruknya, mgkin modul orientasi kot hehehe…sbb tu aku bls balik sms abg aku- dia saje tutup api kot. Abg bls- x kan saje. Aku jwb- bkn bleh caye,dkt Malaysia ni kdg2 bleh je org buat kerje2 PANDIR mcm tu hehehe…mlm tu balik dr jalan2 aku forward no pin top up kt abg..tp pas tu x bls2 dah..dah tido kot..

Esoknya,iaitu pg td, balik la ke phg semula. On the way blik,skali lg sms abg aku . dia bg no tel urusetia…katanya henset2 dipegang oleh committee..sekali lg aku tersentak. Setakat pengalaman aku lalui orientasi tahap IPT, x de lak committee amik henset,suruh silent atau off ada la…yg ada committee simpan henset ni kt tamrin ada la…isk3x..
X pe la..mgkin lain pdg lain belalang..waqie’ lain kot..Allahu a’lam..

Mcm tu la kisah dr jelapang padi..apa apa pun ambikla pengajaran dr setiap peristiwa dan perjalanan, buat bekalan mengharung perjuangan yg mesti diteruskan!!

12.01a.m-17/06/08

Delima seorang "pendengar setia"

Delima seorang "pendengar setia"- pendengar setia kuliah,bkn tv,bkn radio ya..

Usai salah satu kuliah, seorg insan bertanya. Di sebalik nas nas larangan yg dibacakan dlm kuliah td, dlm hatinya ada satu persoalan. Di luar sana masih kedapatan insan2 berilmu dan bergelar ustz menyertai m’rkt dlm amalan amalan yg jelas bertentangan dgn nas nas td. Dia siap memberikan contohnya sekali. Jadi dia sbg org yg x berilmu hanya mengikut perbuatan org yg berilmu.

Jawab sang pemberi kuliah: memang ya,sebahagian dari para ilmuan dan ustz masih melakukannya. Dan kita berbincang dgn mereka, mereka memberikan alasan mereka tersendiri, sprt masyarakat,dakwah dsbgnya. Kita faham, tapi kita juga kena tahu yg vateran2 dakwah dakwah di kg selalu menyebut, itulah alasan yg digunakan sbhgian ustz2 sejak 30 tahun dahulu. Dan samapai sekarang begitu juga keadaannya. Adakah kita nak tunggu 30 tahun lg??

Kata si pemberi kuliah lagi, kita kena faham bahawa manusia tidak maksum, termasuk ustaz2,kerana mrk ada kebarangkalian buat silap. Sebab itu bila nak memahami Islam, pandanglah pada nas nas dan ajarannya, bukan pada org yg membawanya. Yg penting kita cuba mulakan beramal dgn nas nas ini dr individu,dr kita sendiri, slsp itu keluarga,dan insya Allah masyarakat. Alhamdulillah, si penanya berpuas hati dgn jawapan.

Itulah hakikat dlm msrkt. Kasihan dgn shbt kampungians sprt nya, serba salah dlm perkara sebegitu. Mereka rasa rendah diri, mereka rasa jahil, sehingga ilmu yg mrk dgr masa kuliah2, nak diamalkan terhalang dek amalan sbhgian ilmuan2.

Dan itulah jawapan yg semampunya diberi oleh mrk yg cuba meluruskan kembali amalan kampungians mengikut landasan sebenarnya. Jwpn yg tengah2, x kontroversi, dan tak menyalahkan 100% penghalang2nya.

Aulawiyat: antara ajaran Islam dan ustz2 yg mengajar

Satu benda penting yg kita kena fahamkan, dan tolong org lain jd faham, ialah aulawiyat atau keutamaan antara dua perkara ini.

Ajaran Islam itu adalah yg utamanya, kerana ia tidak boleh dipertikaikan. Ia bersumberkan kalam Allah dan wahyu Allah yg disampaikan kpd puak manusia ni melalui rasulullah s.a.w.

Adapun , ustz2,mereka manusia. Dan bila manusia bercakap,sprt Imam Malik sebut, kata2nya itu boleh diterima dan ditolak,kecuali rasulullah s.a.w. bgtu juga amalannya. Jk amalannya bertepatan dgn ajaran Islam-al-Quran dan sunnah- maka betullah. Tapi bila tak sama dan tak selari, maka salahlah walaupun dia seorg ustz yg punyai berlapis lapis martabat.

Mcm mana pula ustz2 boleh tergelincir sdgkan mrk ustz?? Sbb ustaz tu manusia, bkn nabi,bukan malaikat. Manusia ni kdg2 x sengaja tercondong kpd sesuatu tarikan. Sbb tu kita tgk krn nak membacking sesuatu pihak misalnya, seorg ustz blh tergelincir. Krn nak sokongan lebih, blh tergelincir. Krn nak undi dan nak menang dr m’srkt stempat, blh tergelincir. Nk jg titlenya dlm msrkt blh tergelincir.

Jadi pentinglah sgt utk kita faham, yg utama nya ialah Islam itu sendiri dan ajrannya. Adapun manusia bergelar ustaz, mrk juga punyai kelemahan yg semestinya mereka sendiri perbaiki dan kita sendiri tolong baikikan…barulah org x pening krn dlm otaknya berfikir, mana satu yg betul ni, ustz ni ke ustz tu…??

12.12a.m-13.06.08


Ada seorang insan, dia telah mendengar dr beberapa ilmuan,yg buku ihya ulumuddin itu terdapat byk hadith hadith yg lemah, setengahnya sgt lemah dan setengahnya sampai tahap tiada asal baginya-maudu-palsu.kemudian dia rujuk kpd kitab ihya yg telah dikomentar hadis hadisnya oleh al-Iraqi,dan mendapati memang benar hal tersebut. Lalu si insan ini terus membina pendirian- insan bergelar Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-ghazali perlu ditolak.

Nah, dihukumnya al-hujjatul Islam sebegitu rupa. Lepas itu apa2 kuliah atau majlis ilmu yg kitabnya dikarang al-Ghazali, dia memboikotnya. Maka habislah kelas kelas ustz yg pakai kitab al-ghazali diboikotnya.

Sampailah satu masa…dia belajar ilmu Usul fiqh. Terkejut dia al-Ghazali adalah ulama usul Fiqh yg banyak sumbangannya. Kitab kitabnya merupakan rujukan, antaranya kitab al-Mustosfa min ilmi al-usul. Mana mungkin dia nak mendalami ilmu ini tanpa salah satu kitab thurathnya!!!

Alhamdulillah di situ dia menemui jalan kebenaran. Kesalahan seseorg dlm sesuatu perkara tak bererti segala sumbangannya terlupus begitu sahaja. Zalim namanya jika kita menyalahkan kebenaran yg ada pd seseorg kerana dia pernah membuat silap. Bukankah Allah tlh berfirman:“Janganlah kerana kebencian kamu kepada sesuatu pihak, menyebabkan kamu berlaku tidak adil terhadap mereka, berlaku adil lah, kerana ia lebih hampir kepada taqwa..”

Jalan kebenaran semakin jelas, bila insan itu tadi dengan sendirinya terserempak dengan karya karya al-Ghazali yg dulunya diboikotnya. Nah rupanya di sebalik sebahagian kesalahan beliau-ya,beliau manusia,bukan syarat utk jadi ulama itu tak buat silap!!- terdapat juga mutiara mutiara yg patut dikutip dan dijadikan pengajaran.

Oh, al-Ghazali pernah dii’tiraf seorg Mujaddid rupanya!! dia meninggalkan keriernya dan popularitinya sbg pensyarah kanan di Nizomiyah demi mencari ketenangan hatinya yg padanya ada sesuatu yg tidak kena…Dan Dia pernah berkarya menentang ketaksuban setengah org terhadap falsafah yunani!! Dia ulama agung dlm ilmu sul Fiqh!!karyanya dianggap turath dlm ilmu ini!! di akhir ayatnya, diriwayatkan bahawa dia berusaha mendalami ilmu hadith…satu “kelemahan” yg dikata org skrg thadap dirinya!!

Kisah tadi mesti dibuat pengajaran buat kita. Bukan al-ghazali seorg shj yg menjadi mangsa, telah ramai ilmuan ilmuan Islam yg agung, baik yg silam mahupun kotemporari menjadi mangsa ketidakadilan sebahagian insan. Lebih menyedihkan, akibat pertelagahan aliran,puak, ulama menjadi mangsa!! Ambillah iktibar dr firman Allah:
“ wahai orang yang beriman, janganlah mencela sesuatu puak daripada puak puak,
kerana barangkali mereka lebih baik dar kamu. Dan tidak juga sekumpulan
perempuan daripada kumpulan kumpulan perempuan, kerana menyangka mereka lebih
baik dari kamu…”(al-hujurat 11).


Kita memahami hakikat yg insan itu tidak maksum, seperti kata imam Malik yg masyhur, setiap kalamnya boleh diterima dan ditolak, kecuali tuan punya kubur yakni Rasulullah s.a.w. tinggal lagi cara kita menegur dan membetulkan kesilapan kesilapan ini, hendaklah bertepatan dengan apa yg diwariskan kpd kita oleh baginda s.a.w. daripada kita menghukum yg bukan bukan, bukankah lebih baik kita mendoakan org2 sblm kita, seperti firman allah dlm Surah al-Hasyr:
“dan org2 yg dtg slps mrk, mereka berkata: Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan
saudara saudara kami yg telah mendahului kami dgn iman, dan janganlah jadikan
perasaan yg dengki di dlm hati kami terhadap org2 yg beriman, wahai Tuhan kami
sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang…”


Semoga kita diberkati Allah s.w.t dlm meneruskan perjuangan kita menegakkan kalimahNYA di muka bumi ini..siiru ala barakatillah..

Embeeeeeeeeeeeek!! Embeeekkkkkkkkkk!! Itulah bunyi kambing.
Semua org kenal kambing, terutama tanduk dan janggutnya.
Teringat pulak aku, lawak ust Mustafa:
Yg ada janggut saja tu biasanya kambing..
Kalau misai saja kucing…
Mcm kwn ni dua dua ada…

Sebusuk busuk kambing yg org ckp x mandi tu, tentu ada hikmah yg boleh kita ambik drpnya..kerana Maha suci Allah dari menciptakan sesuatu dgn sia sia…

Mencari mutiara hikmah di sebalik tumpahan minyak

Masih lagi kenaikan harga minyak. Tv1 mlm td siarkan siaran perbincangan pun pasal harga minyak jugak. Salehuddin ayub vs menteri sharir samad..aku tak dapat nak komen sbb aku tengok pun hujung2 tadi..sbb mlm ni mengajar di kampung sebelah,jd lmbt balik rumah la....sbb lepas ngajar mcm biasa dijamu dengan kueh muih,mlm ini kuih talam..aku teringat satu ungkapan yg aku lupa sapa yg ckp..tp bunyinya: “ustz2 byk badan besar2 sbb selalu kena jamu dgn anak2 murid slps tiap2 kali belajar..”. perkara ini diakui juga oleh tuan guru hj Hadi, kata beliau susah nak kawal makan, sbb sblm ceramah org hiding makanan..lepas ceramah pun hiding makanan…wa..best nye tuan guru, saya x penah mcm tu lg hehehehe..

Aku tengok shbt aku yg jual air tebu hr ni mcm x on je air tebu dia…dia jual air lain…kalau ikut kalernya sarsi atau cincau…mungkin sbb minyak petrol naik kot..sbb mesin tebu tu pun jalan pakai minyak petrol gak..yela kan kita dok sebok ngan kenderaan di lebuh raya…mgkn kita lupa alat2 lain yg pakai petrol mcm mesin tebu la contohnya… buatnya org tu memang rezekinya jual air tebu..tentulah effectnya bukan sikit2 kan..

Bila baca dlm internet pasal minyak naik ni..mcm2 pendapat positif dan negative dpt kita lihat…yang SANGAT SETIA menyokong k’jaan sibuk la memback-up kerajaan dgn bermacam alasa…yg mmg kerjenya “TEGUR” kerajaan pula mengkaji dan mengorek kesilapan2 yg dibuat oleh kerajaan..x kurang juga reaksi pengguna yg meluahkan rasa mereka terhadap kesan kenaikan harga ini kpd kehidupan…. Ada juga yg redha menerimanya sbg ujian Tuhan, benda dah jadi..so yg penting skrg cara kita berhadapan dgn perkara ini..dan tok mufti pun alhamdulillah tak ketinggalan menjalankan tugasnya dlm isu ini..bersumberkan kisah al-imam an-nawawi rhm..beliau menegaskan langkah2 bijak dlm mendepani isu ini merupakan tanggungjawab semua..bukan sekadar rakyat di bawah ni..bahkan sampai ke peringkat atasan termasuklah juga payung kuning di atas sana..

Begitulah adanya..dan sebenarnya Kenaikan harga minyak perlu kita lihat dari segenap sudut…agar kita mendapat nilai2 penting untuk muhasabah semua pihak,tidak terkecuali diri kita sendiri. Bukankah di sebalik secebis keperitan dan kepahitan yang Allah berikan, mungkin sebagai ujian buat kifarah dosa, atau penambah pahala..terdapat seribu hikmah tersembunyi….dlm menghadapi keadaan ini,jgn kita lupa bhw setiap yg Allah beri pada kita, baik atau buruk di mata kita, sebenarnya adalah yg terbaik untuk kita..kerana yg Maha pencipta itu lebih mengetahui apa yg terbaik untuk ciptaannya…dan tidak pula bermakna kita hanya pasrah berdiam diri,kerana tindakan dan susulan dr kita sendiri adalah sgt penting dlm memperbaiki kelemahan agar x lagi berulang di masa depan…

Hitam putih susah senang kehidupan
Perlu ditempuhi dengan tenang
Semuanya penuh dengan hikmah yg tersirat
Tuhan jadikan utk mendidik kita
Carilah keredhaaNnya..

12.12a.m-11/06/08

Minda Hari ini

antara pkr utama yg difikir oleh minda aku skrg adalah mengadjustkan waktu kelas2 master nanti dgn kuliah2...aku berdoa,berharap sgt, agr Allah mberi keizinanNya buatku utk meneruskan dua kerja ibadah ini serentak...tinggal lagi misal kata taqdir yg qat'ie mmg kna tumpu pd menuntut ilmu dr menyampaikannya...dgrn penuh redha hamba ini menerima :)

skrg ni insya Allah kuliah yg akan diteruskan ialah bridged ceramah di msjd kg aku sndiri,sbb harinya sabtu..kemudian kuliah di msjd kg aku gak hr ahad..kuliah2 lain ada yg bakal diteruskan, dan ada yg bakal dimansuhkan.. bridged msjd ajai pulak bru ptg td fazil setuju bg hari dia kt aku..sbb org kg ajai minta hr isnin..jd fazil ambik hr rabu..

semoga sistem uia yg memberi peluang susun sendiri schedule akan byk membantu dlm hal ini nanti...

************************************
suara suara minyak naik nmpknya dah start surut kat kg ni
atau mgkin sbb hr ni aku terus balik je lps zohor dan asar, x dgr sembang2 di ruang belakang lps zohor dan tangga belakang msjd lps asar

ada brg bukan kwln yg selalu naik sbnrnya tp mgkin kurang dibicarakan...
antaranya minyak tanah atau minyak gas [karosin].mgkin sbb x ramai org guna...

aku yg membela ayam dr tahap DOC-day old chick- tau la harga dia hehehe sbb guna pelita minyak tanah utk sebulan pertama...skrg ni serba salah nk teruskan atau tak..bkn pasal x ada org jaga,tp pasal sumber habanya...nak ditukarkan dgn letrik,letrik pun dgrnya nak naik gak tarif dia kan...

****************************************

1.15a.am-10june2008

smlm awal pulak aku balik dari masjid lama, seperti biasa kalau ke sana buka kitab jumaat malam sabtu,aku tolong gantikan guruku, merangkap sepupuku, al-fadhil ust yasir yg pulang ke temerloh.

Mlm ni ada anak anak murid arwah pak long yg balik kampung datang ke sini. Mereka jauh lebih tua dr aku, dan zaman mereka mengaji dgn arwah bukan zaman aku mengaji. Alhamdulillah mereka tolong meriahkan majlis ilmu dgn soalan soalan bagus. Habis kuliah mcm biasa ngeteh dulu di beranda masjid lama, mlm ni jamuannya roti canai. Tapi mlm ni sembangnya banyak politik, hal ehwal kelemahan kerajaan..aku x berapa berminat plak utk campur, tumpang dengar sekejap,lepas tu aku pun turun ke tanah start moto.

Dulu kegiatan mengaji ilmu agama ni berpusat di surau sungai jahit, d blkg rumah aku, sekarang Mengikut ckp2 org2 lama, surau ni dulu cukup aktif melalui zaman zaman kegemilangannya. Generasi demi generasi mengimarahkan surau dgn majlis2 ilmu. Dari zaman pak,kemudian zaman org yg umurnya sekarang dah 30-40 an sampailah generasi aku dan ke bawah.

Generasi awal Jemaah surau ni pernah mengaji fiqh muqaranah pelbagai mazhab menggunakan kitab koleksi hadis hukum karya sheikh tengku muhd hasby shiddiqqy…dek kerana beramal dengan ilmu yg mereka belajar..mereka sampai di cop “kaum muda”!!

Surau sungai jahit juga bg setengah org dikenali dgn haluan kirinya…jeng jeng jeng..bukan kominis atau sosialis la..tp gerakan atau jemaah PAS..ada yg mengecopnya surau PAS…kdg2 musim pilihanraya tetiba je ada SB2 dtg konon2 tengok2 surau..siap ambik gambar buluh yg tersandar pada stor surau hehehe..

Aku pulak banyak juga mendapat ilmu agama di surau ni..ia antara madrasah awal aku yg utama utk ilmu ilmu fardhu ain mcm wuduk, solat, Quran..di sinilah juga pertama kali aku mengenali cara cara pengurusan jenazah,teori dan praktikal..di surau ini juga aku mengaji quran dgn ust rozali al-hafiz..

Arwah paklong daie yg kreatif, surau ini bukan saja tempat berkuliah dan menadah kitab sahaja…di sini tempat berukhuwah, tempat beramah mesra,bergurau, indoor game pun ada kat sini..silat pun pernah diajar di surau ini..mlm2 kami teman pak long tido di surau…semua idea kreatif arwah ni lah yg menarik minat kami org2 muda utk datang belajar di sini…

sistem pengajian begini sukar nak kita tengok pd hari ini,termasuk di surau sg jahit yg ada skrg…ust yasir,anak arwah sedaya upaya menghidupkannya, tp surau sungai jahit tak jadi semeriah dulu…mgkn sebab kreatifnya arwah dlm dakwah blm dpt kami semua contohi…

************************************************************************
Dari sungai jahit, berpindah ke masjid lama di kuala gali, d tebing sungai kerak, … masjid lama pun x kurang hebatnya dulu gemilangnya seperti surau sungai jahit …hidup dgn majlis ilmu..Cuma sama mcm surau sg jahit, msjd lama juga semakin lama semakin kurang imarahnya..akhirnya hanya dua minggu sekali ia hidup, atas usaha al-fadhil ust fathul ariffin yg buka kuliah dua mlm tu..

bila ada anak2 muda yg nak belajar agama.. anak anak murid arwah pak long yg ada di kg ni berkumpul merancangnya…mulanya hanya solat terawikh, menghidupkan semula masjid lama..itu pun geng geng yg tak berapa paham mula la kacau…jgn pergi semayang sana..itu org PAS…ada gak yg bercakap nak buat ajaran baru…cabul betul mulut manusia2 ni…last2 sorang geng kami,cikgu yg ajk JKKK sound direct puak2 ni dlm meeting JKKK…jgn tuduh2..kalo nak tau dtg msjd lama tengok apa yg kaim buat..sesat ke x sesat…sorg lagi ngadu kat tok empat (panggilan bg ketua kampung kat sini)..tok empat pun alhamdulillah dia ni walaupun lain bendera ngan kami, dia menyokong program2 berasas ilnu agama ni..baru la puak2 ni diam..

alhamdulillah…setakat ini kami berjaya maintainkan keimarahan masjid lama, 7 malam seminggu!! Guru2nya semua anak2 murid arwah pak long…kecuali al-fadhil ust ariffin, sheikhul islam kt kg ni..tp aku respek la dkt abg An yg ngaja ngaji tiap2 sabtu ahad..dia sanggup balik tiap2 minggu,walaupun dia duduk kt greenwood selangor nu…

syukur, keimarahan msjid lama memberi keinsafan kpd masjid kariah..dan akhirnya masjid kariah pun berjaya diimarahkan 6 kali seminggu….

Alhamdulillah..Surau sungai jahit pun sedang direnovate..nampaknya hamper siap..anak anak murid arwah paklong punyai rancangan utk kembali menerangkan semula ia kesuramannya insya Allah..mugkin juga kegemilangannya dpt dikembalikan semula,seperti msjd lama..siapa tahu..ya..Hanya Tuhan yg Tahu segalanya..

Penting utk kita ingat, semua ini bukanlah utk kebanggaan, tp supaya kita semua insaf…dan tergerak utk mengimarahkan masjid2 dan surau2 yg mungkin dah lama suram….surau/masjid yg dibina atas waqaf org2 lama bagaikan ada keberkatannya tersendiri…al-masjidu ussisa ala at-taqwa…demikian jua guru2 yg ikhlas menyampaikan ilmu kpd anak2 murid…dan anak2 murid yg ikhlas menerimanya dan mengamalkannya…atas keberkatan ini,dgn izin Allah, insya Allah bersinarlah semula yg telah lama suram…

Ya Allah berkatilah segala amalan kami.. limpahkanlah rahmat ke atas semua guru guru kami yg ikhlas menyambung perjuangan rasulullah s.a.w… kurniakanlah kami keikhlasan, serta kekuatan dlm meneruskan perjuangan ini.. Aamin ya Rabbal alamin..

7/6/08- 6.22a.m

al-kisah:"hikayat minyak petrol"

Di mana berkumpul org ramai hari ini, antara cerita utama yg keluar adalah harga minyak naik. Termasuklah di ruang belakang masjid, tempat selalu jemaah berkumpul usai jemaah solat zuhur. Itu kira topik utama hari ini. “ Minyak petrol naik 78 sen,minyak diesel naik seringgit..pemimpin negara kata rakyat kena ubah cara hidup la bila keadaan dah mcm gini.kita naik sikit jek..singapore lg naik banyak...” itulah antara dialog utama mereka. Ditambah dengan kemarahan meluak luak terhadap pihak yg bertanggungjwb atas kenaikan harga minyak.

Mungkin di bandar, memang harga minyak petrol itu naik 78 sen.memang harganya naik dari rm1.92 kpd rm2.70 seliter.tetapi kami di kampong ni, akan mengalami kenaikan lebih dari itu. Masa harga minyak rm1.92 sen seliter tu, kami di sini membelinya dengan harga lebih. Sebab apa?? Stesyen minyak x ada di kampung kami. Nak pergi, dlm sepuluh batu dr kampung..jd kebanyakan org2 kampung kami,terutama yg bermotor,beli minyak dari kedai2 runcit berhampiran. Jadi tentulah harganya lebih sikit dari stesyen minyak,sbb dibeli dgn harga sama dr stesyen minyak,jd nak untung kena jual harga tinggi sikit. Masa tu harga seliter rm1.92, kami membelinya lebih harga itu. Minyak dijual dlm bentuk botol. Botol kecil-kira kira 500ml- dijual dgn harga 1.50, botol besar-kira kira 1.5 liter[tp x penuh] pulak dijual dgn rm3.00-rm3.20.

Skrg harga minyak kt stesyen minyak naik...harga tu pun naik la jugak..td aku tanya satu kedai, yg kecik dah dijual rm2.00, dan yg besar rm5.00[tp dipenuhkan botolnya].

Lumrahnya, bila minyak petrol dan diesel naik, harga barang2 pun akan naik. Sebab barang2 tu dipunggah ke kedai dgn kenderaan yg menggunakan petrol dan diesel...

Dlm sembang2 tu ada yg kata kena beli basikal yg bergerak pakai bateri, yg dicas mcm bateri henset...aik..tak silap aku suratkhabar ckp tarif letrik pun nak naik gak..x selesai masalah gitu...nak pakai pelita mcm dulu2 lagi la...minyak tanah pun harga melambung naik[aku tau sbb aku guna minyak tanah utk pelita anak ayam]...apakah kena pakat2 beli beskal biasa semula mcm dulu2...

Kita tunggu dan lihat sajalah apa lagi yg akan naik harganya...
Satu je, Apa apa pun yg berlaku perjuangan kita mesti jalan terussss....bak pesanan arwah pak long, jgn lupa perjuangan...SIIRU ALA BARAKATILLAH...

11.28p.m-5/6/08

Rezeki hari ini...minyak naik harga lagi!!!

Rezeki sebelum Zuhur

“Lah..tido rupanya..Bangun bangun..tandatangan..” riuh rendah kakak dan abg mengejutkan aku dari lena tengah hari. Tertido lagi rupanya aku masa tengah baca journal universiti kuwait. Sepucuk surat pos laju abg aku hulurkan,suruh tandatangan. Lambang uia..alhamdulillah...surat tawaran nak sambung belajar...sampai jugak akhirnya..syukur kepada Allah...26hb ni daqh kena daftar diri ke alam kampus semula....

*******************************************************************
Rezeki awal pagi

Pagi pagi buta tadi usai saja subuh aku dah buka pintu rumah, pasang telinga utk menangkap bunyi hon motor cina pemborong ayam. Malas dah nak berjanji dengan janji janji Melayu. Biar la aku bermuamalat dgn org lain plak. Melintas je depan rumah aku terus tahan, iring dia ke reban.

Pagi pagi buta tu banyak songeh plak cina tu,nak pertikaikan baka ayam kampung aku.aku malas nak layan lah. Aku tangkap je ayam tu sekor demi sekor, bagi kat tangan dia. Asalnya aku nak jual separuh jer,tp dia mcm nak semua. Siap timbang semua dia pun bayarlah harga. Alhamdulillah rezeki bangun pagi,walaupun apek tu td mcm nak kelentong aku je pasal harga mula2 tadi.

Tengah dok aku basuh kaki kat depan rumah, datang sebijik lagi apek motor tanya nak jual ayam ke. Aku cakap lewat sikit je, aku dah jual kat org lain tadi. Aku masuk rumah jap,Tanya mak aku nak jual semua kea yam.mak cakap ikut aku la.jadi aku pun jual la jugak ayam yg masih ada kt dia. Dia ni letak harga lebih sikit dr pemborong pertama. Tinggal la sekor ayam jantan dlm reban tu, apek tu tak mau sbb ayam tu kakinya cacat sikit.

Alhamdulillah…syukur kpd Allah..peringkat ke 3 ayam aku Berjaya dipasarkan. Dptlah pulang modal, dan untung cara usahawan kecil kecilan hehehe…

***********************************************************************
Minyak naik harga lagi!!!!

Masa tak pakai motor dulu,mcm x kesah pun minyak naik harga…tp skrg x lagi…ke hulu ke hilir motor usang tu la “unta” aku…

Usai kuliah bahrul mazi ustz ariffin tadi, cikgu Ali terus bersuara, minyak naik lagi!!!start esok…oo patutla masa aku balik jemput kitab pas magrib tadi, abg long dah g raub isi minyak..esok dia nak balik kedah dah..pak pun g jugak..nak beli bekalan minyak utk unta tua kitorang tu…

Kata kemal, jemaah paling muda di masjid tadi, minyak naik tak pa, jgn harga minyak naik…Aku tolong gelakkan aje la…hehehehe

Lepas ni entah apa la lagi yg naik harga… “teringat aku kata seorg pak cik, skrg ni semua naik,yg turun hanya hujan...”....

apa apa pun perjuangan mesti jalan terussss.....siiru ala barakatillah ayyuhal du'at!!

11.38p.m-4/6/08

Dua hari selepas di”order” dr kedai perabot akhirnya semalam (2/6)rak buku pun sampai. Janjinya petang sikit..memang petang sungguh datangnya…nak dekat maghrib lori sampai..seronok bukan kepalang..

Rak ni ada 12 petak..besar jugak,lebarnya dlm 1.5 meter kot..modalnya share ngan abg aku..sbb dah tak larat nak turun naik tingkat atas rumah bila nak ambik kitab buat rujukan…lagipun kitab kitab yg dia bawak dr mesir tu semua dlm kotak..jadi nak ambik kena bongkar kotak..sekarang mudah sikit, rak pun letak kat bilik kami di tingkat sebelah bawah rumah..skrg dah ada mini library sndiri la kiranya..kata org lama kutub kanah..

Mlm semlm pas magrib aku pun menyusun la kitab kitab…start ngan tafsir..pas tu hadis, aqidah,sirah,usul fiqh,fekah..last skali bru la yg len2…bila dah siap mmg puas hati..teringat plak suasana di teratak guruku al-fadhil ust arif nazri masa beliau duduk di level atas skali masjid UIA heheh…cantik,penuh dgn rak2 mcm ni…teringat jugak ust arif pesan, beli kitab tu baca.. jangan balut je, pas tu letak atas rak cantik2, memang cantik ditengok..pas tu dibiarkan sahaja dr hiasan..hehehe ..terkenang la plak memori lama..

Dlm byk2 kitab tu ada koleksi journal dr Kuwait…byk gak..dlm 40 jilid..dwi bahasa..arab ngan English.. best gak ptg td aku baca bab hukum makanan haiwan yg dicampur dgn benda yg najis…sampai tertidur aku baca heheheh,,

Semoga dengan hadirnya rak baru ini, dan tersusunnya kitab2 dlm bilik sendiri, dpt meningkatkan lagi tekad dan azam utk terus menuntut ilmu dan menyampaikannya semampu yg boleh..Amiin..

cerita tambahan: Ayam kampung peringkat ke 3

Ayam ayam peringkat ketiga dah sampai masa utk dipasarkan…
Aku mcm biasa kontek la pemborong melayu yg aku jual pd dia sblm ni
Mcm biasa juga nak kontek dia mmg payah ya rabbi sbb dia jarang ada di rumah..bz ngan kerje2 agro dia heheh
Sehari dua tiga kali lah tlepon rumah dia..
Bila dah tetap hari, aku tunggu dia tak datang…
Td skali lg aku tlefon, dia x ada..aku pesan kpd org di rumahnya..tp ptg td aku tunggu x ada jugak..
Besok hari rabu, pemborong2 cina akan masuk kampung….
Pak dah cadangkan jual je dekat diorang esok…Tengokla mcm mana nanti…

1.19a.m- 4/6/08

Berakhirnya Rukun Solat...

alhamdulillah,mlm ini akhirnya habis bab rukun solat dlm kitab fiqh manhaji...setelah berminggu minggu...ada satu rukun dibincangkan sehari..aDA satu rukun ambil masa dibincang 2 hari..akhirnya alhamdulillah berjaya dihabiskan dgn izin Allah..

sedari mulanya mmg dah dipesan pd shbt2 pndengar,yg kuliah solat ini jgn dipandang remeh..walaupun kita bersolat sehari harian..jgn anggap diri kita dah tahu semua ttg solat..terutamanya gambaran sebenar mcm mana nabi solat!!

hadis sollu kama roaitumuuni usalli-berulang2 aku bacakan dlm sesi2 kuliah ini..

kuliah solat-terutamanya bermula bab rukun solat- mmg special sket. asasnya mmg mahu mendedahkan msrkt dgn sifat solat nabi, tp bkn smata2 dgn buku2 sifat solat..melalui cra berbeza..aku merungkai rukun rukun solat menurut mazhab syafi'i dengan nas nasnya,kemudian cuba bincangkan pndpt mazhab2 lain beserta dalil dalil mereka,kemudian pndpt terpilih.semuanya kuusahakan dgn cara semudah yg boleh spy mrk fhm..

hrp2 slps ini tiada lagi yg mempertikaikan "perkara pelik tp benar" dlm solat2 org lain yg mungkin berlainan dgn cara mereka..tiada lagi bermudah2 utk mufaraqah, dan membid'ah atau mengkhurafatkan perkara2 yg hakikatnya sunnah..semoga Allah memberikan kefahaman yg hakiki kpd kita semua dlm hal ini

mrk pula mmg berminat nak beramal dgn bbrp sunnah yg baru bg mrk..cthnya p'rusi masjid minta aku tuliskan bacaan2 sunat dlm sujud dan rukuk yg thabit dr nabi utk dihafal dan diamal dlm solat..alhamdulillah..

lps ni insya Allah aku nak teruskan kaedah yg sama dlm pengajian seterusnya...

sama2 kita berdoa agar dpt memberikan kefahaman Islam bdsrkan Quran dan Sunnah pd diri kita dan saudara2 yg lain..Amiin..siiru ala barakatillah...

12.34a.m- 2/6/08