azhan juara AN




KECACATAN penglihatan tidak menghalang jejaka dari negeri selatan tanah air ini membuktikan bakat yang dianugerahkan Tuhan digunakan sebaik mungkin. Masyarakat semakin bijak menilai yang mana kaca dan yang mana permata. Pujian yang sering diberikan juri setiap minggu tidak sedikit pun membuatkan Azhan Atan meninggi diri malah segala pujian itu dijadikan pegangan untuk dia sentiasa berhati-hati dalam matlamatnya menamatkan program Akademi Nasyid dengan sempurna.
Sepanjang menyertai program itu juga sekali pun dia tidak pernah bermimpi trofi dan wang tunai bernilai RM100,000 itu akan menjadi miliknya. Bagaimanapun, dia yang sebelum ini hanya meminati bidang nyanyian sekadar untuk menghiburkan diri dan melapangkan dada di kala tekanan, akhirnya dinobatkan sebagai juara setelah berjaya memikat hati penonton dan juri. Walaupun peserta lain turut memberi saingan sengit, barangkali sudah menjadi rezekinya malam pertandingan itu yang diadakan ketika seluruh rakyat Malaysia sedang sibuk menyambut merdeka dan umat Islam sedang sibuk membuat persiapan menjelang Ramadan.

"Hanya syukur kepada Tuhan mampu saya katakan apabila menerima kemenangan ini. Secara jujur saya tidak mengharapkan terlalu tinggi sehingga mencapai kemenangan ini. "Apa yang saya lakukan sebelum ini hanyalah sekadar untuk kepuasan diri. Semuanya berlaku secara kebetulan. Dari awal lagi sebelum menghadiri sesi uji bakat saya hendak membayar pinjaman kereta dan secara kebetulan sesi uji bakat itu diadakan dekat dengan bank dan saya pun pergilah. "Bermula dari situlah saya merasakan yang saya sebenarnya mempunyai bakat yang tidak dimiliki oleh semua orang yang senasib dengan saya," katanya. Menceburi bidang baru dalam hidupnya adalah sesuatu yang janggal dirasainya, namun berkat sokongan dan doa isteri tercinta, Azhan berjaya menolak kekurangan yang dirasai pada dirinya.

"Isteri, anak-anak, saudara dan kawan-kawan adalah pendorong kuat semangat saya, tanpa sokongan mereka sudah tentu saya tidak akan berjaya. "Setiap minggu pulang ke rumah selepas berakhirnya setiap episod, saya akan bersedia dengan latihan dan isteri sayalah yang akan memberi kritikan apa yang harus dilakukan dan apa yang tidak baik dilakukan semasa menyanyi. "Apa yang ditegur itu adalah mewakili pendengar, baik katanya maka baiklah yang didengar pendengar yang mengundi saya. Jadi kemenangan ini adalah juga kemenangan kepada semua masyarakat yang menilai saya," katanya yang sentiasa ditemani isteri setiap kali konsert mingguan sehingga peringkat akhir. Dengan kemenangan itu, Azhan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, sijil berserta hamper yang disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Mahu hantar ibu bapa ke Makkah MENURUT Azhan, dengan kemenangan itu niatnya untuk melakukan kebajikan akan tercapai apabila wang kemenangan yang dianggap besar itu akan dibahagikan kepada yang memerlukan. "Saya berniat untuk menghantar ibu bapa saya mengejarkan haji dengan kemenangan ini, selain lima peratusnya akan saya dermakan kepada pusat kebajikan. Selebihnya adalah bekalan untuk pendidikan anak-anak dan keperluan keluarga saya sendiri," katanya. Sementara itu, bagi Azhan, hari ini bermulalah kerjaya baru dalam hidupnya. Katanya dia lebih selesa apabila mendapat keizinan untuk bersama semua peserta Akademi Nasyid sama-sama bekerjasama dalam memartabatkan irama ketuhanan ini. "Jika diberi pilihan, saya lebih suka bekerja di dalam satu team iaitu semua peserta Akademi Nasyid ini diberi peluang untuk merakam album bersama. Sepanjang bersama mereka saya sudah mengenali mereka dan rasa selesa," katanya yang mendapat undangan mengadakan persembahan dari Jabatan Perdana Menteri sempena majlis berbuka puasa esok. Akademi Nasyid musim kedua diteruskan KEGEMILANGAN irama ketuhanan kini dilihat mampu bersemarak dengan segarnya sebaik saja penganjuran program realiti Akademi Nasyid yang diperkenalkan stesen televisyen TV9 bermula 21 Jun dan berakhir Sabtu lalu. Ini dibuktikan dengan bermulanya sesi penyertaan uji bakat, kehadiran yang menonton setiap minggu baik di studio malah di rumah mahupun menyokong menerusi SMS peserta kegemaran mereka meningkat setiap minggu sehingga ke peringkat akhir. Perjuangan memartabatkan irama ini harus diteruskan bukan saja peserta yang terbabit, media yang berperanan menghebahkan malah penganjur harus memastikan kualiti dipertingkatkan dari masa ke semasa. Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda berkata, penganjuran program itu mencapai objektif utamanya iaitu menarik lebih ramai masyarakat kembali mendekati irama nasyid yang menyampaikan mesej berguna menerusi lagu ketuhanan. "Saya merasa program realiti ini berjaya bukan saja melahirkan bakat baru dalam muzik nasyid malah menarik ramai masyarakat untuk menyaksikan peningkatan peserta setiap minggu sehingga berakhirnya program ini. "Bermula dari awal lagi kata sudah menjangka apabila sesi uji bakat yang diadakan di seluruh negara dihadiri lebih 4,000 peserta. "Saya yakin program ini sememangnya mempunyai pengikut yang ramai apabila merasakan mereka sentiasa mengikut perkembangan program ini dari minggu ke minggu. Dengan itu saya mengharapkan program ini akan diteruskan penganjurannya pada tahun depan dengan lebih menumpukan dan memperbaiki segala kelemahan yang dilihat kali ini," katanya pada sidang media yang diadakan sebaik saja pertandingan akhir selesai.




Pandangan finalis:




Cicik"Saya reda dengan keputusan yang diadili juri profesional, tiada apa yang hendak dikecewakan. Sememangnya Azhan adalah yang terbaik ditabal sebagai juara musim pertama program ini. Apa yang pasti saya puas dengan persembahan saya pada malam ini dan akan meneruskan perjuangan serta minat yang mendalam saya dalam bidang nyanyian sampai bila-bila," katanya.




Aiman"Jangkaan Azhan akan menjuarai pertandingan ini sudah diramal. Dari episod pertama lagi saya sudah melihat bakat yang luar biasa ditunjukkan Azhan sewaktu dia menyanyi. Saya juga tidak akan kecewa dengan keputusan malam ini," kata pemuda berusia 19 tahun dari Kuala Terengganu ini.




Eda Fazilah"Saya amat berpuas dengan kemenangan yang dikecapi Azhan, sudah sememangnya dia layak bergelar juara memandangkan prestasinya setiap minggu menjadi saingan kuat buat kami semua peserta. Walaupun tewas namun saya tidak akan berhenti di sini dan berharap masih ada ruang untuk saya meneruskan perjuangan saya dalam industri nasyid ini untuk menjadikan ia sebagai satu kerjaya saya di masa akan datang," katanya.


Azhan juara Akademi Nasyid
Oleh Rozdan Mazalanmailto:Mazalanrozdan@bharian.com.my





Peserta solo dari Johor bawa pulang RM100,000










SHAH ALAM: Peserta solo dari Johor, Azhan Atan (Azhan) berjaya menarik perhatian juri dan penonton apabila dipilih sebagai juara musim pertama pertandingan akhir Akademi Nasyid yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini, malam tadi. Azhan membawakan lagu Iqra dari Ramli Sarip dan lagu baru gubahan Yusof Ahmad berjudul Segalanya Pasti, berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, hamper dan sijil penyertaan.






Hadiah disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Hadir sama, Pengerusi Media Prima, Datuk Abdul Mutalib Mohamed Razak; Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Manja Ismail dan Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda. Azhan berjaya mengetepikan lima peserta lain yang terdiri daripada tiga peserta solo, Mohd Aiman Md Sidek (Aiman), Mohd Shukri Nasrun (Cicik), Eda Fazilah Ismail (Eda Fazilah) dan dua kumpulan iaitu Muslim Voices dan D'vision.






Pertandingan akhir Akademi Nasyid yang disiarkan secara langsung menerusi TV9 turut diadili juri profesional seperti Farihin Abdul Fatah, Azmeer dan Ustaz Mohd Rozie yang mengadili sebanyak 60 peratus manakala selebihnya dari undian khidmat pesanan ringkas (SMS). Semua finalis mempersembahkan dua lagu, termasuk satu lagu baru yang digubah pencipta muzik terkenal seperti Yasin Sulaiman, Azmee Manap, Farihin Abdul Fatah dan kumpulan Hijjaz. Akademi Nasyid yang disiarkan sebanyak 11 episod bermula 21 Jun lalu menjadi titik tolak bermulanya kegemilangan revolusi baru dalam industri nasyid tanah air dan bakal diteruskan TV9 bagi musim kedua tahun depan.

sketsa kehidupan:Bun Bun








dlm mengharungi kehidupan harian anda..jangan lupa pada mereka...
pada haiwan peliharaan anda di rumah heheheh
arnab ni namanya bun bun...tiga tahun yg lalu aku ambik dia dr seorg member chinese kat wangsamaju...mula2 dia dok ngan aku kat hostel...tapi akhirnya dia memilih utk tinggal bersama keluargaku di kampung hehehe
dah besar dah dia sekarang..tp tetap comel mcm mula2 aku amik dia dulu hehehe
12.56p.m-27/8/08

ada apa dgn konvokesyen: CIRCLE of LIFE


rasanya dah sempurna semua benda yg kena buat sempena konvo. konvo dah sudah..gambar dah ambil..alumni commorative dah ambik..skrol pun alhamdulillah dah diambil di A&R..kwn2 yg menginap di bilik pun dah habis pulang ke tmpt masing2..

yg x sudah pun ada lagi...bahath2 subjek master...terjemahan kitab usul ad-din ust mat noq..

tp sblm memulakan semua itu kembali..terasa nak menaip di blog ini...rasanya byk idea2 mari ke dlm fikiran slps melalui seminggu persediaan konvokesyen dan konvokesyen itu sendiri...

Circle of Life

ulat-kepompong-rama rama, berudu-anak katak-katak, jentik2-nimfa-nyamuk...kitaran hidup atau dlm bahasa melayunya circle of life....

apa pulak kaitannya circle of life dgn konvokesyen...nanti la dulu...nak tulis la ni...

manusia pun ada circle of life dia...bayi-kanak2-remaja-dewasa-tua..lam x sekolah-sek rendah-sek men-ipt-kerja-pencen...dan dlm tiap tiap peringkat tu pula ada lagi tahap2 dia...

umur pertengahan dua puluh-an-boleh rasanya kita anggap peringkat awal kot memasuki alam dewasa...
umur sedang2 ni kiranya graduan2 telah tamat pengajiannya...ada yg terus menyambung pengajian...ada yg terus memasuki alam pekerjaan...

bila dah masuk alam dewasa..selain pekerjaan..antara yg mungkin dipikirkan perkahwinan...kawan2 yg telah berkahwin, tahniah...anda semua telah menyempurnakan sebahagian drp agama, memelihara fitrah dgn jalan yg sebenar, dan mengelakkan diri anda dari fitnah...beruntung kalian...tahniah...mabruk..doakan la kami yg belum ni..itu x boleh lupa tau hahaha

kita nak cerita bagi yg belum..termasuk diri yg menulis ni sendiri....hehehe

setelah lama x jumpa...di hari konvo kita berjumpa semula...
"wah...kau masih mcm dulu la..bagusnya..."itu antara kata kata yg dpt dgr..
tak kurang juga yg terkejut dgn perubahan kawan kawannya.."dia tu masa belajar dulu lain..sekarang lain pulak ye..."
ye la..memang la lain...dulu dia masih di alam belajar...belum masuk circle of life yg ini lagi..skrg lain la..

kita jangan mudah menghukum orang...seelok2nya kita wasatiah dlm menilai org...
imbangkan penilaian kita,dengan neraca ad-Din...insya Allah kita takkan menzalimi org..
byk kan bersangka baik dari bersangka buruk..
namun ia x menghalang kita dari menasihati jika sudah nyata ia melanggar batas kanun ilahi..
nasihat, bukan menghentam!!

yg penting sama sama kita berhati hati dlm melalui peringkat hidup ini...
semoga kita melaluinya dgn fitrah yg murni, mengikut undang undang yg teleh dikanunkan oleh ilahi...

tak salah kita menjana perubahan
tapi pastikanlah perubahan yg kita jana itu perubahan yg fitrah,bukan yang dicemari fitnah...
hanya satu jalan saja yang dijanjikan nabi menjamin kita selamat...x sesat...jalan al-Quran dan as-Sunnah...

Abu_Zubair
26/8/08
11.20a.m

bersedianya lama..persediannya memakan masa...padahal naik atas pentasnya x sampai setengah minit pun....

jadi org pertama dlm sesi konvo utk kuliyah irkhs td agak mencabar gak...tergamam kejap atas pentas tu....nasib baiklah rektor hulur tangan hehehe....mabruk...kalimah tahniah diucapkannya...aku pun syukran la...

jgn lupa ucapkan terima kasih pd ibubapa..mereka tentunya org paling gembira di hari konvokesyen....segala penat lelah,payah mereka selama ini terubat bila melihat kita anak anak mereka naik ke pentas...mengambil ijazah...mungkin masa kita hadir di hari konvekesyen anak2 kita nanti,kalo kta direzekikan begitu...masa tu mungkin baru kita dpt rasa mcm mana manisnya kegembiraan mereka...

keluarga pun semua hadir...
ye la bak kata mak, sekali seumur hidup benda2 mcm ni hehehe..jd semua x mau lepas peluang meraikan..

musim konvo ni juga dpt lepaskan rindu,bsama kawan2 yg selama ni jauh....seronok bila dpt bersama sama walaupun sekadar beberapa hari...

alhamdulillah...perjuangan yang dilalui selama empat tahun itu hari ini terbayar...tapi perjuangan itu belum selesai....kembara ilmu tidak hanya terhenti dengan genggaman ijazah...kembara perlu diteruskan!!!

semoga kita semua diberkati Allah...dipermudahkan jalan...ditabahkan hati dlm meneruskan perjuangan yang pangkalnya mcm dah jauh, tapi hujungnya x kunjung tiba...

6.02pm-iium-25/8/08

mari kita teliti artikel yg bermanfaat ini ya...dr seorg ulama tempatan...

PERISTIWA mubahalah atau sumpah laknat yang berlaku baru-baru ini adalah sesuatu yang baru kepada umat Islam di Malaysia. Menurut tokoh agama, Prof. Madya Dr. Mohd. Radzi Othman, beliau tidak pernah mendengar sumpah laknat dilakukan di negara ini.
Dalam temu bual dengan wartawan ZULKEFLI HAMZAH, AZMAN ANUAR dan ROKIAH ABDULLAH di pejabatnya di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang Jumaat lalu, Dr. Mohd. Radzi menghuraikan secara terperinci mengenai mubahalah.
Pensyarah Jabatan Pengajian Islam itu telah 23 tahun berkhidmat di USM selepas memperoleh ijazah sarjana muda, sarjana dan ijazah kedoktoran dari Universiti Madinah, Arab Saudi. Beliau merupakan pakar bidang hadis, dakwah dan usuluddin.
Berusia 57 tahun, Dr. Mohd. Radzi pernah menjadi ahli Majlis Fatwa Pulau Pinang selama 11 tahun. Sejak 23 tahun lalu, beliau ialah ahli Majlis Fatwa Perlis selain menjadi penasihat syariah Bank Rakyat.
Beliau juga menulis buku dalam bahasa Arab mengenai sejarah sahabat Nabi dan gerakan pembaharuan dalam Islam.
Dalam temu bual selama lebih satu jam itu, Dr. Mohd. Radzi menyifatkan sumpah laknat sebagai perkara serius kerana ia melibatkan maruah seseorang penganut Islam dan ia boleh membawa kepada pelbagai reaksi daripada masyarakat yang pelbagai pengetahuan dan latar belakang.
Katanya: “Tanggapan yang diberi pula datang dalam pelbagai bentuk. Saya khuatir perkara ini boleh membawa kekeliruan, perpecahan dan kekecohan kepada umat Islam. Penyelesaian secara mubahalah sesuatu yang jarang berlaku. Ia satu sejarah pada umat Islam di Malaysia.”
MINGGUAN: Apakah kedudukan sumpah dalam Islam dan adakah sumpah pernah menjadi isu besar dalam sejarah Islam?
DR. MOHD. RADZI: Mengikut sejarah Islam, sumpah secara umumnya adalah perkara biasa. Sumpah boleh berlaku pada bila-bila masa, sama ada dalam mahkamah kalau kes dibawa ke mahkamah atau jika diminta bersumpah ataupun dibuat di luar mahkamah sesama orang Islam. Sumpah dibuat bertujuan mendapat kepastian yang lebih tinggi tentang kebenaran sesuatu dakwaan. Jika seseorang itu mendakwa sesuatu yang kita tidak pasti, kita boleh memintanya bersumpah. Jika orang tidak meminta kita bersumpah sekali pun, jika kita rasa maklumat yang kita beri tidak dapat diterima dengan baik, kita boleh bersumpah. Ini sumpahan biasa.
Sumpahan adalah sesuatu yang dibuat secara bersungguh-sungguh untuk mengukuhkan, menguatkan dan menyokong kenyataan-kenyataan kita supaya kebenaran dapat diterima oleh pihak kedua
Sumpah ini ada kategori tertentu atau hanya bagi menentukan kebenaran kes-kes jenayah?
DR. MOHD. RADZI: Tidak hanya dalam kes jenayah, dalam isu pertikaian harta benda pun boleh bersumpah. Sumpah juga boleh dibuat untuk menentukan kebenaran kes-kes peribadi.
Bagaimanakah cara bersumpah yang sah dan betul?
DR. MOHD RADZI: Bersumpah dengan menyebut nama Allah. Waallahi, Wabillahi dan Wataallahi. Ini lafaz-lafaz sumpah. Lafaz ini hanya digunakan pada perkara-perkara untuk mengukuhkan kebenaran dan dakwaan supaya pihak kedua boleh menerimanya.
Sumpah laknat yang berlaku baru-baru ini, apakah kedududkannya dalam Islam?
DR. MOHD. RADZI: Sumpah yang semacam itu dikenali sebagai mubahalah iaitu bermakna saling melaknat sesiapa yang berbohong antara kedua-dua belah pihak, termasuk orang yang bersumpah. Sumpah laknat melibatkan orang yang bersumpah itu sendiri. Andai kata apa yang disumpah tidak betul, sesuatu yang batil, ertinya orang yang bersumpah juga termasuk dalam mereka yang dilaknat dalam sumpahan itu. Tapi perkara ini jarang berlaku.
Sumpah laknat disebut dalam al-Quran?
DR. MOHD. RADZI: Dalam Surah al-Imran Ayat 61 Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan ) kamu, maka katakanlah (kepadanya): “Marilah kita memanggil anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan- perempuan kamu, dan diri kami serta diri kami, kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta.
Latar belakang turunnya ayat itu ialah ada satu kabilah Nasara, Bani Najran, di selatan Semenanjung Tanah Arab bertemu Nabi Muhammad. Mereka ingin mendapatkan perlindungan keselamatan daripada negara Islam melalui Nabi Muhammad. Nabi Muhammad meminta mereka membayar jizyah. Dalam pertemuan itu, mereka enggan membayar jizyah sebaliknya mereka mencabar untuk bermubahalah.
Tetapi akhirnya mubahalah tidak berlaku kerana kabilah Nasara bersetuju membayar jizyah tanpa melakukan sumpah mubahalah. Orang Nasara itu takut melakukan mubahalah kerana merasakan Nabi Muhammad berada di pihak yang betul manakala mereka tidak betul. Hasilnya mereka terpaksa menanggung akibat buruk. Akibat itu bukan sahaja menimpa mereka tetapi turut dilaknat sehingga ke anak cucu. Justeru, kabilah Nasara membuat keputusan untuk menerima sahaja permintaan Nabi.
Akibat buruk dalam sumpah mubahalah, adakah ia memang janji Tuhan atau hanya sumpah manusia?
DR. MOHD. RADZI: Ia memang janji Tuhan. Melalui Ayat 61 Surah al-Imran itu juga pada perenggan yang terakhir, dinyatakan “kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta.”
Apabila kita bermubahalah, Allah akan memberi balasan buruk kepada mereka yang berdusta. Apabila kedua-dua belah pihak bermubahalah, mesti ada salah satunya benar dan salah satunya tidak benar. Melalui ayat itu, Allah menjanjikan balasan buruk kepada pihak yang tidak benar.
Balasan buruk yang Tuhan janjikan itu, adakah kita boleh melihatnya?
DR. MOHD. RADZI: Daripada kes-kes sumpah yang berlaku, ulama-ulama hadis ada merakamkan beberapa kes. Kata Ibn Hajjar, akibatnya tidak melebihi tempoh satu tahun. Tidak melebihi tempoh dua bulan pun ada. Namun di kalangan pengikut Ahli Sunah Wal Jamaah, mubahalah dilafazkan hanya pada kes-kes yang serius dan pada kes-kes yang besar sahaja. Itu pun selepas dirujuk dengan pelbagai cara lain yang perlu diusahakan untuk menyelesaikan perbalahan dua pihak tadi. Jika ia masih tidak selesai, akhirnya barulah dirujuk kepada cara mubahalah.
Dalam sejarah Syiah, pengikut Syiah banyak merujuk kepada cara mubahalah. Mereka memang lebih suka cara mubahalah.
Bolehkah diberikan contoh-contoh mubahalah yang dilakukan oleh orang Syiah?
DR. MOHD. RADZI: Berdasarkan satu catatan dalam laman web Syiah, terdapat beberapa kes mubahalah yang berlaku pada zaman Jaafar al-Sadiq. Orang Syiah bermubahalah untuk menyelesaikan masalah yang berlaku pada waktu itu. Ketika itu mereka melakukan mubahalah dengan meletakkan jari-jari kedua belah tangan secara berselang seli antara satu sama lain dan kemudian berkata, “Ya Allah, andai kata si polan ini engkar kebenaran dan menerima kebatilan, maka kenakanlah dia dengan balasan daripada langit atau azab daripada engkau, ya Allah, dan melaknatnya sebanyak 70 kali.”
Mubahalah itu dilakukan pada waktu subuh iaitu ketika antara naik fajar hingga naik matahari. Orang Syiah memang biasa dan kerap bermubahalah. Cuma bagi kita pengikut Ahli Sunah Wal Jamaah, mubahalah jarang-jarang berlaku. Apabila wujud kes-kes pertelingkahan yang tidak dapat diselesaikan dengan cara lain, baru mubahalah digunakan. Sumpah itu jarang digunakan kerana ia mengakibatkan perkara buruk yang boleh menimpa pihak-pihak yang berkenaan.
Adakah pernah berlaku kes mubahalah dalam sejarah masyarakat Islam di Malaysia?
DR. MOHD. RADZI: Sepanjang pengetahuan saya, saya tidak pernah dengar ia berlaku di Malaysia.
Sumpah laknat atau mubahalah yang dilakukan pada 15 Ogos lalu, apakah balasan-balasan yang boleh berlaku?
DR. MOHD. RADZI: Hanya Allah yang tahu. Antara yang mungkin boleh berlaku seperti kematian secara mengejut atau sakit berpanjangan atau lain-lain. Sumpah biasa sekalipun, kalau tidak benar, ia sudah merupakan satu dosa besar dan orang yang berdusta perlu bertaubat. Mubahalah tentunya lebih serius kerana ia bermaksud laknat Tuhan iaitu dijauhkan daripada rahmat Tuhan. Jadi bila kita dijauhkan daripada rahmat Tuhan, rahmat siapa lagi yang kita harapkan? Dalam mubahalah, kita dijanjikan dengan balasan laknat. Ia boleh berlaku dalam pelbagai bentuk iaitu laknat Allah, laknat Nabi dan laknat para mukminin. Maknanya sumpah itu meminta pihak yang berkenaan dijauhkan daripada rahmat Tuhan.
Manusia dinaungi rahmat Tuhan dan Tuhan memberikan rahmat kepada sesiapa yang dikehendakinya, tidak kira Islam dan bukan Islam. Dalam sumpah laknat, rahmat itu akan dijauhi daripada orang yang berdusta.
Adakah sumpah mubahalah ini sama dengan hukum li‘an yang dinyatakan dalam Ayat 6-10 Surah An Nur?
DR. MOHD. RADZI: Li‘an hanya boleh berlaku di antara suami isteri sahaja iaitu seseorang suami yang bersumpah untuk tidak mendekati isterinya dalam tempoh tertentu manakala mubahalah pula memang ada unsur sumpahan dan ia boleh berlaku di kalangan suami isteri atau sesiapa sahaja.
Apakah cara bermubahalah yang paling tepat?
DR. MOHD. RADZI: Mubahalah tidak tertakluk kepada banyak syarat kerana dalam nas-nas syarak tidak dinyatakan dengan jelas syarat-syarat yang diperlukan. Cuma mubahalah ini boleh dilakukan ekoran daripada perbalahan yang tidak dapat diselesaikan dengan cara biasa melalui perbincangan dan persefahaman. Caranya boleh berlaku di mahkamah di depan hakim jika kes dibawa ke mahkamah. Ia juga boleh dilakukan di luar mahkamah bahkan di mana-mana sahaja. Pada zaman Abdullah Ibn Abbas Al-Auzar dan Syuraih Al-Qa‘di, mubahalah pernah berlaku di dalam masjid dan di luar masjid selepas kesepakatan kedua-dua pihak untuk sama-sama merujuk kepada pendekatan mubahalah untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.
Apakah syarat-syarat khusus mubahalah?
DR. MOHD. RADZI: Apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk bermubahalah maka pihak yang berkenaan perlu bersumpah dengan lafaz Waallahi, Wabillahi dan Wataallahi dan kemudian terus menyebut masalah yang dimaksudkan dan pada akhirnya dengan menyatakan laknat Allah kepada mereka yang berdusta atau laknat Allah terhadap dia yang bersumpah andai kata dia berdusta.
Adakah ada syarat-syarat tertentu yang lain?
DR. MOHD. RADZI: Tidak ada syarat tertentu, tapi ketika Nabi Muhammad mahu bermubahalah dengan kabilah Nasara, Bani Najran, baginda membawa anaknya, Siti Khadijah, menantunya Saidina Ali serta cucunya Hasan dan Husin sebagai saksi.
Bagaimanapun, kes pada zaman Rasulullah itu tidak berakhir dengan mubahalah. Ketika mubahalah, kedua-dua pihak boleh hadir secara bersama ataupun satu pihak sahaja manakala pihak yang lagi satu yang melakukan mubahalah secara berasingan juga dianggap mubahalah.
Dalam sesuatu isu yang dipertikaikan, kalau satu pihak sahaja bersumpah laknat manakala pihak yang dituduh tidak mahu bersumpah, apakah kedudukan mubahalah itu?
DR. MOHD. RADZI: Dalam kes sebegitu di mana ada pihak yang engkar iaitu tidak mahu bersumpah, kebenaran memihak kepada pihak yang bersumpah.
Kalau kedua-dua yang menuduh dan dituduh bersumpah laknat, apa pula kedudukannya?
DR. MOHD. RADZI: Dalam kes sumpah laknat, kita akan dapat lihat petanda-petanda awal yang boleh membawa kepada kebatilan. Sumber-sumber agama tidak menyebut secara jelas tentang petanda-petanda yang berkenaan kerana perkara seumpama itu jarang berlaku di kalangan kita pengikut Ahli Sunah Wal Jamaah dan ia tidak diperbesar-besarkan. Bagaimanapun, ulama-ulama Syiah mencatatkan bahawa tidak lama selepas mubahalah berlaku kejadian seperti orang yang berdusta tidak boleh bercakap, cakapnya tidak lancar, tergamam, terjatuh dan bermacam-macam lagi. Sejauh mana kebenarannya tidak pula diketahui.
Apa yang penting ialah pihak berkenaan telah bersumpah dan yang kedua pula menyahut cabaran itu dengan bersumpah, jadi kita tengoklah di antara kedua belah pihak itu apa yang akan berlaku. Ulama Ibn Hajar Al Salam as Qualani pernah berkata, pada pengetahuannya, akibat sumpah akan dapat dilihat tidak lebih daripada satu tahun.
Bagaimana pula jika kes yang dipertikaikan itu dibawa ke mahkamah?
DR. MOHD. RADZI: Bagi kes yang dibawa ke mahkamah, mubahalah boleh berlaku di mahkamah andai kata pihak mahkamah merasakan pihak yang terbabit perlu bermuhabalah. Tujuan mubahalah adalah untuk mencari kebenaran. Antara dua pihak yang terlibat, walau apa pun yang diperkatakan, mereka sudah tentu lebih mengetahui perkara sebenar daripada mana-mana pihak yang lain. Kekeliruan mungkin berlaku apabila salah seorang enggan bercakap benar, menyebabkan pihak yang merasakan dia berada di pihak yang benar inginkan pembelaan. Maka mubahalah menjadi jalan penyelesaian yang terbaik.
Adakah mubahalah adalah sebahagian daripada hukum Islam?
DR. MOHD. RADZI: Mubahalah adalah sebahagian daripada hukum hakam Islam untuk menyelesaikan masalah yang berlaku bukan sahaja untuk Islam sesama Islam tetapi juga antara orang Islam dan pihak bukan Islam. Ia boleh dibuat dalam mahkamah dan boleh juga di luar mahkamah bergantung kepada persetujuan antara kedua belah.
Dalam mubahalah yang baru berlaku, timbul isu mubahalah telah dieksploitasi oleh pihak lain?
DR. MOHD. RADZI: Isu dieksplotasi, itu perkara lain. Yang penting, mubahalah adalah untuk menyelesaikan masalah.
Dalam satu kes mubahalah pada 15 Ogos lalu, timbul persoalan kononnya cara orang yang bersumpah laknat memegang al-Quran macam perbuatan orang Kristian. Apakah haram memegang al-Quran ketika bersumpah?
DR. MOHD. RADZI: Memang dalam kes mubahalah atau sumpah biasa tidak diperlukan memegang al-Quran atau junjung al-Quran ketika bersumpah atau bermubahalah. Akan tetapi jika ada yang berbuat demikian tak adalah boleh disamakan dengan amalan orang Kristian.Bersumpah atau bermuhabalah mengikut hukum syarak, seseorang yang bersumpah hanya bersumpah dengan nama Allah tidak boleh selain daripada Allah. Begitu juga mubahalah, hanya bersumpah dengan nama Allah dan juga melaknat pihak yang berdusta.
Apakah cara sumpah laknat yang betul?
DR. MOHD. RADZI: Cukup dengan hanya lafaz sumpah Waallahi, Wabillahi dan Watallahi dan ditambah pengakuan ‘Aku melakukan perbuatan atau aku tidak melakukan perbuatan yang dituduh itu’. Itu sudah cukup.
Dalam kes mubahalah, seseorang kena tambah ungkapan laknat Allah terhadap orang yang berdusta termasuk dirinya yang bersumpah andai kata dia berdusta.

mubahalah bersahut-siri3

komen terbaru SS Dr Maza
(hrp2 dpt betulkan salah phm setengah pihak)

KANGAR: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengakui cara melakukan sumpah laknat sambil memegang Al-Quran sebagaimana yang dilakukan oleh bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lalu adalah kepercayaan yang salah dan tidak perlu dilakukan.


Bagaimanapun menurutnya, lafaz sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, bahawa beliau diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sah mengikut lunas Islam kerana beliau mengucapkan lafaz Wallahi, Wabillahi dan Watallahi.

“Lafaz sumpah itu betul mengikut ajaran Islam tetapi tindakan memegang Al-Quran dan berada dalam masjid tidak perlu dilakukan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
http://drmaza.com/home/?p=371#more-371

GUS DUR pun beri komen gak..

bleh baca kt sini

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=14578

Insan Istimewa....


Allah maha bijaksana dalam menciptakan makhluknya, beserta kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Seorang insan yang sempurna pancainderanya, tiada kurang pula zahir jasadnya, belum tentu dia sempurna pula dari segi lainnya. Seorang yang lahir dlm keadaan kurang upaya pula, tidak semestinya dia kurang dalam segalanya, bahkan mungkin dia memiliki sesuatu yg tidak ada pada orang lain.

Bukan mudah untuk menyampaikan sesuatu yang mampu menyentuh hati. Biar lunak suara, biar menawan paras rupa, belum tentu apa yang disampaikan mampu menyentuh hati para pendengar. Dan bila sesuatu yg disampaikan itu menyentuh hati seseorang, tidak bererti ia akan menyentuh hati semua orang.

Allah telah menentukan Ikhlas adalah rahsia yang melunakkan hati. Ikhlas dari penyampai, ikhlas pula yg mendengarnya, lahirlah penghayatan dari keduanya. Penghayatan yg sempurnalah yang melahirkan nikmat lunaknya hati.

Mungkin di mata org lain pandangan berbeza. Mungkin ada yang berkata, kehadirannya hanya mengundang simpati, lalu yang bersimpati mula menghulurkan. Namun yg empunya diri itu membuktikan yang dirinya memang dikurniakan Tuhan sesuatu yg istimewa, Tuhan itu Maha Adil dalam penciptaanNya, walaupun mungkin tidak dapat dinilai dek samar kejahilan pandangan sesetengah manusia.

Doa dikirim agar insan istimewa terus tabah mengharunginya. Doa dikirim agar insan istimewa mencapai kejayaan. Doa dikirim agar insan istimewa tetap atas jalur keikhlasan. Kerana keihklasan itu memberikan ketenangan dlm perjuangan, menjadikan insan bersyukur dengan kejayaan, dan tidak pula dia gusar,gundah dan kecewa dgn ketewasan. Semuanya Kerana ikhlas kerana NYA…

Siapakah insan istimewa?? Biarlah hanya hati hati ikhlas menjawabnya…

12.25a.m-19/8/08

mubahalah bersahut-siri3

saya masih lagi menjadi pemerhati isu mubahalah saiful ni...ni terbaru dr nik aziz..

Sumpah Mohd. Saiful bercanggah dengan Islam - Nik Aziz
17/08/2008 2:04pm


IPOH 17 Ogos – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sumpah yang dilafazkan oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan bahawa dia diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bercanggah dengan Islam.

Katanya, apa yang dilakukan Mohd. Saiful itu sama dengan penganut Kristian menggunakan Bible.

Menurut beliau, Islam hanya menerima sumpah Wallahi, Wabillahi dan Watallahi. - Utusan

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0817&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_09.htm

12.07a.m-18/8/2008

Mubahalah bersahut!!- siri 2

Apa pandangan PAS??

Nik Aziz akui sumpah Saiful ikut cara Islam
16/08/2008 3:19pm


BUKIT MERTAJAM 16 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui cara bersumpah laknat (mubahalah) yang dilakukan oleh bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, memang mengikut cara Islam.

Katanya, dalam Islam untuk melakukan mubahalah adalah dengan hanya melafazkan Wallahi, Wabillahi, Watallahi sahaja. - Utusan

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0816&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_15.htm

Pas dakwa sumpah Mohd. Saiful tidak ikut Islam
16/08/2008 11:51am


IPOH 16 Ogos - Pas mendakwa sumpah yang dilafazkan oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan tidak mematuhi hukum Islam sebenar dan merupakan satu kebodohan.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, lafaz sumpah itu dengan memegang al- Quran adalah sama macam orang Kristian yang memegang bible. Oleh itu katanya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu menyahut cabaran untuk bersumpah.

``Dia (Mohd. Saiful) patut di bawa ke Mahkamah Syariah dan kembali kepada Perkara 121 (1)(A) kerana perkara yang berkait dengan orang Islam wajib di bawah ke Mahkamah Syariah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - Utusan

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0816&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_06.htm

abu-zubair-16/8/08-4.33

cadangan mufti Perlis: "Mubahalah" mula disahut??

td dpt msj dr akak yg menyebabkan aku bergegas ke ITD membuka portal berita....hasilnya aku menulislah ini..

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini mengotakan janjinya bersumpah mengikut syariat Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pukul 6.30 petang ini.

Dalam upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama masjid berkenaan, Mohd. Saiful, 23, yang berbaju Melayu coklat menghadap kiblat sebelum melafazkan sumpah berikut:

“Bismillahirrahmanirrahim. Pada hari ini, 14 Ogos 2008, saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan Nombor Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut...

"A'uzubillahi minas syaitanirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah S.W.T dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah S.W.T sehingga ke kiamat. Wallahualam."

Sebelum lafaz itu, beliau mengucapkan kalimah syahadah sebanyak tiga kali diikuti bacaan surah Al-Fatihah.

Majlis itu disaksikan beberapa pegawai masjid tersebut dan ahli keluarga Mohd. Saiful di samping para pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Antaranya ialah Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali. – Utusan.

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0815&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_26.htm

p/s:
kita tunggukan ia dtg dr dua2 pihak
kita tunggu dr anwar pulak..sumpah penafian..
slps itu kita serahkan kpd Allah membalas siapa yg berbohong dlm hal ini..

apa kata anwar??

Anwar dakwa sumpah Saiful gimik politik UMNO
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0815&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_34.htm

15/08/2008 10:28pm

Oleh ZULKIFLI JALIL dan ABDUL MUIN SAPIDIN
BUKIT MERTAJAM 15 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan upacara bersumpah yang dilakukan oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan bagi membuktikan kebenaran dakwaan bekas pembantunya itu diliwat oleh beliau sebagai gimik politik kotor UMNO untuk menjatuhkannya.

Beliau yang diminta memberi reaksi terhadap sumpah Mohd. Saiful, 23, yang dibuat di Masjid Wilayah Persekutuan petang ini, selepas bertemu orang ramai di Pasar Malam Ampang Jajar di sini malam ini turut menyalahkan pihak polis yang didakwanya mendalangi dakwaan kes liwat ke atasnya.- Utusan.

apa kata dr Asri pulak??

Anwar juga perlu bermubahalah – Mufti Perlis

15/08/2008 10:31pm

KANGAR 15 Ogos – Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim juga melakukan mubahalah bagi menghilangkan keraguan orang ramai terhadap beliau selepas pembantunya bersumpah diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

“Jika Anwar juga bersumpah laknat seperti itu, maka jadilah mubahalah dan kita akan lihat hukuman Tuhan nanti," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, oleh kerana Mohd. Saiful Bukhari Azlan sudah bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, bagi menghilangkan keraguan tersebut, Anwar yang didakwa meliwatnya juga perlu bersumpah laknat.

Dr. Mohd. Asri menyifatkan Mohd. Saiful menanggung risiko yang besar apabila membuat ‘mubahalah’ atau sumpah laknat yang mendakwa beliau diliwat oleh Anwar.

Menurutnya, bekas pembantu peribadi Anwar itu akan menghadapi laknat Allah jika dia berbohong dan akan selamat kalau dia bercakap benar.

“Saya terkejut dengan keberaniannya bermubahalah tetapi dia sebenarnya menanggung risiko yang amat besar.

“Jika dia berbohong, banyak kelaknatan akan diturunkan Allah kepadanya," kata beliau.

Mufti Perlis itu ialah tokoh agama yang mencetuskan cadangan supaya Anwar dan Mohd. Saiful melakukan mubahalah.

Dr. Mohd. Asri bagaimanapun berkata, keberanian Mohd. Saiful melafazkan sumpah laknat tersebut menunjukkan pemuda itu yakin dengan apa yang dakwanya.

“Tetapi dia juga perlu faham akan kesan sumpah yang dibuatnya jika dia berbohong," katanya.

Mohd. Saiful hari ini bersumpah laknat mengikut syariat Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Anwar.

Upacara mengangkat sumpah itu dilakukan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada pukul 6.30 petang.

Dalam upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama masjid berkenaan, Mohd. Saiful, 23, bersumpah disaksikan beberapa pegawai masjid tersebut serta ahli keluarganya.

Turut hadir ialah para pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), antaranya Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0815&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_35.htm

kita tunggu dan lihat apa akan terjadi seterusnya...

Abu_Zubair:10.38p.m-15/8/08

Chocolate Brownies

hari ini agak banyak kerja akademik dpt diselesaikan...slps menaip maklumat2 yg dikumpul selama ini utk bahas fiqh muqaranah mlm tadi, aku rasa maklumat belum cukup terutamanya bahagian tarjih...jadi tadi aku carilah satu buku yg dr sayyid sikandar cadangkan...jumpa pun...tajuknya nasbu ar-rayah min ahadis al-hidayah...mmg kitab ni best dan byk membantu aku utk buat tarjih...kerana hadis2 disebut statusnya dr pelbagai pandangan, positif dan negatif...jadi lama jugak la dok kt library tadi...

lps zuhur ingat nak makan je pas tu smbung wat kerejer...alih2 jumpa abu syuaib ngan abu usamah lak kt kafe...sembang panjang la dah lama x sembang...pkul 3.30 bru dpt pergi library smulerr...pas asar patutnya ada kelas...tapi kensel lak..lalu aku pun g comp lab layan internet...bukan friendster jumper la benda ni... agak menarik jugak....sama2 kita bace yek..

Chocolate Brownies


Beberapa tahun yang lepas, ketika saya masuk ke dalam pejabat saya seperti hari-hari yang biasa, seseorang telah meletak satu bekas berisi 3 ‘chocolate brownies’. Bersama dengan brownies itu terdapat sehelai kertas yang tertulis satu cerpen di atasnya. Sambil duduk menjamah brownies yang pertama, saya mula membaca kisah seperti yang tertulis di bawah.
Dua orang remaja meminta kebenaran ayahnya untuk pergi menonton filem yang sudah ditonton oleh semua rakan-rakan mereka. Namun selepas membaca sedikit review filem itu di internet, ayah mereka menolak permintaan mereka.
“Ah ayah, kenapa tak boleh?” gusar si adik. “Ia dilabel 13-SX, tapi kami berdua dah pun lebih dari 13 tahun!”
Ayahnya membalas, “Ini kerana filem itu terdapat aksi-aksi yang tidak bermoral dan tidak patut ditonton oleh masyarakat umum.”
“Tapi ayah, itu cuma sebahagian kecil daripada filem itu! Kawan-kawan kami cakap, filem itu ada 2 jam, tapi aksi-aksi itu hanya beberapa minit saja! Filem ini ada banyak pengajaran yang lebih besar, seperti kemenangan kebaikan di atas kejahatan, pengorbanan, dan keberanian. Review di laman web filem juga ada mengatakan demikian!”
“Jawapan ayah ialah “tidak” dan ini adalah muktamad. Kamu boleh ajak kawan-kawan kamu datang ke rumah malam ini dan menonton video-video yang ada dalam koleksi video keluarga kita. Tapi kamu tidak boleh pergi menonton filem itu. End of discussion.”
Kedua-dua anak itu berjalan dengan muka masam mencuka ke ruang tamu dan duduk di atas sofa. Sambil membayangkan wajah pelakon filem yang tidak akan mereka tonton, mereka terdengar bunyi dari dapur; seperti bunyi ayah mereka menyediakan sesuatu. Tidak lama kemudian mereka mengecam bau aroma brownies sedang dimasak di dalam oven, dan si abang berkata kepada adiknya, “Ayah mesti rasa bersalah, dan sekarang dia hendak mengambil hati kita dengan brownies tu. Mungkin kita boleh lembutkan hatinya dan memujuknya untuk benarkan kita pergi ke wayang menonton filem itu.”
Ketika ini saya sudah pun habis memakan brownies pertama dan mula memakan yang kedua. Saya memikirkan, apakah kaitan antara brownies yang saya makan dan brownies di dalam kisah ini. Saya teruskan bacaan saya.
Kedua-dua remaja itu tidak kecewa. Tidak lama kemudian, ayah mereka muncul dari dapur dengan satu pinggan brownies yang masih panas dari oven, dan memberinya kepada kedua orang anaknya. Kedua-dua mereka mengambil satu brownies.
Kemudian si ayah berkata, “Sebelum kamu semua makan, ayah nak cakap sesuatu. Ayah sayangkan kamu berdua.” Kedua-dua remaja itu saling berpandangan antara satu sama lain dengan senyuman penuh makna. “Ayah dah lembut hati,” bisik hati mereka.
“Itulah sebabnya ayah membuat brownies ini menggunakan bahan-bahan yang terbaik. Hampir kesemua bahan adalah organik; tepung organik yang terbaik, telur ayam Omega-3 gred A, gula organik yang terbaik, Vanilla Premium dan coklat yang paling enak.”
Brownies itu kelihatan sungguh melazatkan, dan kedua remaja itu menjadi semakin tidak sabar lagi untuk merasai kesedapannya kerana ditangguhkan oleh ‘khutbah’ ayahnya yang semakin panjang.
“Tetapi ayah ingin berlaku jujur kepada kamu berdua. Ada satu bahan istimewa yang ayah letak dalam brownies itu yang tidak akan dijumpai oleh mana-mana brownies lain. Dan bahan itu ayah ambil dari belakang rumah kita. Tapi kamu jangan risau, ayah hanya letak sekelumit sahaja bahan itu ke dalam brownies kamu. Jumlahnya sangatlah sedikit. Jadi makanlah dan berikan pendapat kamu tentang resepi baru brownies ayah.”
“Ayah, boleh tak ayah bagitahu apa bahan misteri tu sebelum kami mula makan?” tanya si abang.
“Kenapa? Sikit je jumlah bahan tu yang ayah letak. Satu sudu je. Kamu tak akan boleh perasan pun rasanya.”
“Ala ayah.. bagitahu je la kat kami apa bahan tu” pinta si adik.
“Jangan risau! Bahan tu organik, sama seperti bahan-bahan lain juga”.
“Ayahh..” pinta kedua-dua beradik itu, serentak.
“Ok, kalau kamu bersungguh-sungguh nak tahu. Kandungan misteri itu ialah…. Tahi anjing!!”
Saya terus berhenti menguyah brownies kedua dan saki-baki di dalam mulut saya luahkan di dalam bakul sampah di tepi meja saya. Saya teruskan membaca beberapa perenggan terakhir dari cerpen yang menakutkan itu.
Kedua-dua anak itu terus meletakkan kembali brownies itu ke dalam pinggan dan mengesat-ngesatkan tangan kanan mereka ke baju dengan penuh rasa menjijikkan.
“Ayah! Ayah tahu tak yang ayah dah seksa kami dengan bau brownies yang sedap tu selama setengah jam. Bila dah siap, ayah kata ayah letak tahi anjing dalam brownies tu. Kami mana boleh makan bende tu”.
“Kenapa tak boleh pula? Kandungan tahi tu sangat sedikit kalau dibandingkan dengan bahan-bahan lain. Takkan ada efek punya la.. Ia sudah pun dimasak bersama-sama bahan yang lain. Kamu takkan boleh perasan pun rasanya. Ia dah pun bersebati dengan bahan-bahan lain menjadi brownies. Jadi tunggu apa lagi, makanlah!”
“Tak ayah… kami tetap taknak makan!”
“Dan ini adalah sebab yang sama kenapa ayah tak benarkan kamu berdua pergi menonton filem tadi. Kamu tak boleh terima sedikit tahi anjing di dalam pinggan kamu, kenapa kamu boleh terima sedikit adegan tidak bermoral di dalam filem yang boleh mengotorkan hati kamu? Kita berdoa kepada Allah yang Dia akan menjaga kita dari mengikut hawa nafsu, tapi kenapa kita dengan akal fikiran yang waras boleh membenarkan diri kita menonton sesuatu yang boleh meninggalkan kesan kotor di dalam diri, fikiran dan hati kita dan terperangkap di dalam lubuk nafsu sesudah itu? Harap kamu berdua dapat pengajaran yang baik dari peristiwa ini”.
Saya terus membuang lebihan-lebihan dari brownies kedua, dan brownies ketiga yang masih lagi belum disentuh. Sesuatu yang tidak boleh ditahan beberapa minit yang lalu kini menjadi sesuatu yang tidak boleh diterima. Dan ini semua hanya kerana terdapat kebarangkalian yang kecil bahawa apa yang saya makan tadi terkandung bahan istimewa, seperti di dalam cerpen itu juga. (Memang laa dalam tu takde bahan istimewa itu… namun saya gagal meyakinkan diri saya.

Berilah peluang, berilah harapan..


jangan dihina mereka yang dhaif
jangan disisih mereka yang bersalah
kerana itu hanyalah satu kekurangan
kerana itu hanyalah satu kesilapan....


Cerita sheikh Abd Razaq as-Sa’adi dlm kuliah fiqh syafi’inya di masjid UIA masih segar dlm ingatan. Bila mana Ma’iz al-Islami r.a, yang menyerahkan diri kpd Rasulullah utk dihukum rejam,kerana berzina, selesai dihukum, dimandikan dan dikafankan. Tiba masa utk disolatkan jenazahnya, mungkin kerana maiz pernah berzina, dan dihudud kerana kesalahan berzina, diriwayatkan ada yg seperti keberatan untuk solat atas jenazahnya. Lalau rasulullah s.a.w yg menyedari hal ini lantas bersabda, bahawa maiz telah ikhlas bertaubat, dan jika dihimpun taubatnya itu cukup untuk mengampuni seisi penduduk Madinah.

Setiap insan, melainkan insan yg maksum-yakni para Rasul- terdedah kepada dosa. Akan tetapi taubatnya seorg insan berdosa itu, menjadikannya antara insan terbaik. Dan mungkin keikhlasan taubatnya itu jauh lebih baik dari org yg belum atau tidak membuat dosa.

Bila seorg buat silap, mula mula sekali ialah kita memberitahunya bahawa benda itu silap, dan kita usaha supaya dia dapat berubah. Lihatlah bagaimana tindakan Rasulullah ketika seorg badwi masuk ke dalam masjid lalu kencing, rasulullah bersabda kepada shbt2 yg mahu memarahi, memukulnya: “ kamu diutuskan untuk menyenangkan, bukan menyusahkan..”

Tinggal di kampung yg tidaklah terlalu terbelakang, saya dikurniakan pengalaman berkawan dan bergaul dengan beberapa shbt yg baru dan sedang belajar meninggalkan tabiat silam mereka. Kalau diikutkan perasaan, kadang kadang kita macam marah, kesian pun ada, kelakar pun turut terasa.

Saya puji kesungguhan shbt2 ini menghadirkan diri berjemaah di masjid. Subuh pun selalu ada hadir berjemaah. Shbt ini juga ada yg cukup komited menghadiri kuliah. Cumanya ada masanya shbt ini di masjid pening2 juga sebab tak berapa nak boleh tinggal tabiat silam. Ada yg imam baru angkat takbiratul ihram, mereka dah turun rukuk!! Mendengar kuliah duduk bersila, tapi mata mereka pejam, kdg2 tersengguk, kdg2 dahi mereka hampir mencecah lantai!! Pernah sekali, slps solat di masjid,shbt ini minta tolong tunda motor kerana minyak sudah habis katanya. Dek kerana lambat sangat, sampai di satu simpang, saya mengajak naik saja motor saya, kita beli minyak dulu. Tiba tiba dia berkata x ape, lalu start motornya, zoom perlahan2 meninggalkan saya…sebenarnya bukan minyak habis,tapi dia pening!!

Ada jemaah msjd yg tidak berpuas hati dgn kepeningan shbt2 ini ketika di msjid. Lalu keluarlah nasihat nasihat tidak berhikmah yang menyebabkan ada shbt yg langsung putus terus kehadiran ke masjid. Padahalnya ada cara lain yg lebih berhikmah. Dlm satu kuliah,seorg ustz memberitahu yg kita di larang solat, malah mendekati masjid dlm keadaan yg mabuk, x kira mabuk arak ke, atau mabuk dadah,atau pening pil khayal. Cukup umum. Slps itu shbt2 ini faham, dan x lagi dtg msjd dlm keadaan pening2 dan kelakar2…

Ada pula yang memandang perubahan mereka itu sebagai topeng!! bila duit tabung masjid hilang, ada kes apa2 ke, terus memandang shbt ni dgn mata tajam. Kesian shbt2 ni…ada yg mengadu meluah rasa, kalau tak dipujuk, diberi semangat, nescaya mereka dah hilang dari masjid.

Sebenarnya Niat ikhlas utk berubah jelas nampak.Di saat2 normal dan tidak pening, shbt2 inilah yg memeriahkan majlis ilmu dgn soalan2…shbt inilah yg sukarela mengurut imam yg uzur,menghilang penat lenguh imam. Shbt inilah yg tolong baiki kerosakan kerosakan ringan pada kenderaan..bahkan menumpangkan ke masjid jika kenderaan rosak…

Kesimpulannya, berilah peluang..berilah harapan..jangan terus menyisih org yg bersalah.kerana itu hanyalah satu kesilapan, kerana itu hanyalah satu kekurangan. Kerana kesalahan itu memang sifat hamba yg dhaif..daripada kita memutuskan harapan mereka, lalu mereka terus hanyut kembali, Apalah salahnya beserta perasaan berhati2, kita beri peluang dan membantu menyelamatkan mereka dari arus deras…..

abu zubair-kg sg jahit
12/8/08-12.06a.m

bolehkah wanita bernasyid???






Bilamana rancangan Akademi nasyid, melihatkan tiga peserta perempuan, salah satu berkumpulan, maka soalan ini timbul kembali di benak fikiran sebahagian orang. Bolehkah seorang perempuan itu menyanyi nasyid ??? bolehkah, untuk nasyid dakwah?? Bolehkah?? Dan terkeluarnya ketiga tiga peserta wanita daripada akedemi itu tidaklah menyelesaikan masalah…tidaklah memberi jawapan yang pasti..

Status suara wanita

Nyanyian datang dari suara, dan suara wanita itu benarkah aurat?? Secara umumnya, suara wanita bukanlah aurat secara mutlak, seperti yang disebut ibnu hajar al-asqalani dalam fathul bari,ketika mensyarahkan hadis, rasul s.a.w mengambil bai’ah daripada wanita dengan suara mereka. Ini menunjukkan keharusan wanita mengeluarkan suara mereka dalam hal yang perlu, seperti urusan bai’ah dalam hadis itu sendiri, muamalat,kesaksian,kehakiman (Mazhab hanafi dan ibnu jarir at-tabari) dan mengajar atau mengeluarkan fatwa dan hukum.

Dan suara wanita itu juga bukanlah “tidak aurat” secara mutlak. Kerana di dalam al-Quran –surah al-ahzab:31, ada disebut, “ janganlah kamu melunakkan suara dalam bercakap,lalu menimbulakan rasa tamak dalam hati mereka yang berpenyakit,dan berkatalah dengan perkataan yg ma’aruf…”. Fitrah suara wanita itu bila dilunakkan, contoh dengan nada perlahan,ala ala manja,menarik perhatian golongan lelaki dan melalaikan mereka. Atau disebut sebagai mendatangkan fitnah oleh para fuqaha. Maknanya, bilamana suara wanita itu dilunakkan, walau dalam percakapan- seperti dalam ayat, maka ia jadi aurat,haram diperdengarkan dan didengar.

Wanita menyanyi di dalam hadis

Di sana terdapat di dalam hadis,termasuk di dalam soheh bukhari dan muslim, tentang perempuan menyanyi dan berkompang di dalam majlis majlis perkahwinan dan hari raya. Ini menjadi hujah kepada para ilmuan dan ulama yang mengharuskannya selagi tidak mendatangkan fitnah. Imam al-ghazali yang menulis panjang tentang ini di dalam ihya mengqiyaskan pula majlis perkahwinan dan raya ini kepada waktu waktu bergembira yang diharuskan syara’, seperti majlis khatan,dan aqiqah.

Al-qaradhawi pula di dalam al-halal wa al-haram menukilkan pendapat ibnu hazm az-zahiri bahawa hadis2 larangan nyanyian dan alat muzik sebagai dhaif, dan tidak boleh dijadikan hujah. Ada juga yang menyebut, hadis2 berkaitan laranagn ini yang sorehnya tidah soheh, dan yang sohehnya tidak soreh.

Bagi yang berpendirian mengharamkan nyanyian itu, seperti al-albani dalam tahrim alat at-tarb, hadis hadis itu mengharuskan nyanyian dalam waktu yang khusus sahaja, iaitu dua hari raya dan waktu perkahwinan sahaja. Pernah juga terbaca, syarah hadis yang mengatakan yang menyayi dan memukul kompang itu adalah gadis2 yg belum baligh…bukan perempuan baligh(tp lupa lah kt mana pernah terbaca ni)

Apa apapun walaupun ulama berbeza pendapat dalam perkara ini, “suara yg mendatangkan fitnah” menjadi titik temu, iaitu I’llahh sebab tertutupnya keharusan nyanyian. Mungkinkah mengikut kaedah fiq muqaranahnya, kedua dua pendapat ini mampu disatukan??

Di manakah bermulanya had kelunakan suara itu???
Di mana agaknya bermula had kelunakan suara itu??yg dikira mendatangkan fitnah kepada yang mendengarnya. Ayat secara terus terang menyebut lunak itu dalam bercakap pun boleh mendatangkan bahaya kpd pendengar!! Apa lagi nyanyian yang lunak!!

Jika dilihat di dalam fiqh Islam, suara wanita itu dijaga dengan teliti sekali, sehingga dalam solat pun ia punyai hukum yang khusus. Dalam fiqh al-manhaji misalnya, ketika diterangkan perbezaan solat antara lelaki dan wanita, tiga dari lima perkara itu adalah berkaitan suara wanita. Pertama di dalam bab jahar, tidak disunatkan wanita jahar seperti lelaki terutama bila ada lelaki ajnabiy. Kedua, wanita tidak diysariatkan menggunakan suara mereka bertasbih utk menegur imam, tetapi menggunakan tapak tangan mereka!! Ketiganya, tidak disunatkan azan ,yg juga menggunakan suara, bagi wanita. Bahkan disebut dlm fiqh manhaji, makruh seorang wanita itu azan dengan suara tinggi, dan jatuh kepada haram jika azannya lunak, mengasyikkan lalu mendatangkan fitnah kpd para pendengar.

Dalam keadaan kawalan teliti utk suara wanita dalam bab ibadah, apakah mungkin terdapat kelonggaran bentuk keharusan bagi mereka menyanyi-nyanyian tentulah lunak??- di luar ibadah!!

Nyanyian dulu dan nyanyian sekarang

Persoalan dalam baris akhir perenggan sebelum ini mungkin mendorong Dr Abd karim zaidan menulis sesuatu yg agak menarik di hujung perbahasan nyanyian di dalam kitabnya al-mufassal fi ahkam al-amr’ah wa baitul muslim. Beliau yang kelihatan condong kepada pendapat al-Ghazali dan al-Qaradhawi dalam tarjihnya, di akhir perbahasan meletakkan tajuk yg boleh kita fahamkan sebagai hukum nyanyian zaman sekarang, yang berbeza pula dengan tarjihnya tadi!!

Di situ, saya memahaminya sebagai satu bentuk pemisahan, perbezaan, antara nyanyian di dalam hadis dan nyanyian yg ada di zaman sekarang. Perbahasan tidak terhenti di sini…kajian secara ilmiah perlu diteruskan…saya tinggalkan anda dengan satu persoalan: Mungkinkah nyanyian yang dimaksudkan di dalam hadis itu, juga yg dimaksudkan harus oleh al-Ghazali adalah nyanyian yg sekadar seperti bersyair dgn suara biasa ,berbeza dengan nyanyian zaman ini yg majoritinya lunak sekaligus menimbulkan fitnah, sesuai dengan ketelitian Syariat memelihara suara wanita dalam solat..






abu Zubair,11.51p.m-04 ogos 2008

Pergi Tak Kembali- slow version

pernah dgr nasyid pergi x kembali kan??
nasyid pasal kematian dendangan Rabbani...yg agak rancak...
bru2 ni encik azhan atan,peserta Akademi nasyid membawakan lagu ini..tapi dengan slow version...mendapat pujian dr salah seorg juri,farihin abd fattah...pergi tak kembali dgn slow version, nampaknya lebih menyentuh...
slmt menghayati!!


Kembalinya ke kampung minggu ini, pe“rai”an 27 rejab sebagai tarikh israk mikraj masih lagi hangat. Masjid dan surau masih lagi menganjurkan majlis sambutannya dengan ceramah khas dan jamuan. Malam tadi pun masjid lama di kampung menganjurakannya…dengarnya seekor biri biri disembelih… aku pula meneruskan amanah mengajar di masjid kariah dengan jemaah yg ada di situ…

Sepupuku, juga merangkap salah seorang guruku,juga anak kpd guruku, menyampaikan ceramah di masjid lama malam itu. Kepenatan bermusafir siang tadi membatalkan niatku untuk menjenguk ke masjid lama sekejap selepas usai solat isya di masjid kariah. Sedang dlm rehatku di rumah, Tiba tiba berdering telefon. Usai bercakap, aku terus mencapai kunci motor, kemudian bergegas menunggang ke klinik tak jauh dari rumah. Sampai ke kepala simpang, sebuah ambulans sudah pun keluar dari klinik menuju hospital raub, disusuli sebuah kenderaan yang sempat membunyikan honnya padaku.

Kulintasi jugak jalan, menuju sebuah lagi motor yg aku kenal, milik seorg shbt. Sepupuku dah dibawa ke ambulans tadi ke hospital raub untuk rawatan seterusnya…sampai di rumah, shbt2 dah menunggu di depan rumah bersama pak.. lepas tu kami ke hospital raub, lama juga kami di sana, sehingga dapat arahan untuk diforwardkan sepupuku ke hospital temerloh pula.

Dia sebenarnya baru usai ceramah isra mikrajnya. Ketika selesai mengambil wuduk, kata shbt2 yg hadir di situ, dia mcm nak terjatuh, lalu segera dipapah oleh shbt2..sebahagian jemaah x menyedari pun sbb iqamah telah pun dilaung utk solat isya. Dalam pada itu mereka mengusungnya juga, membawanya ke kereta utk dibawa ke klinik.

Pagi menulis blog ini, aku pun baru pulang dari menziarahinya bersama sahabat2…kami sampai di Dong pg tadi kira kira jam 4.30 pagi..dalam kesibukan tugas dan amanah berkuliyah,alhamdulillah Allah masih membuka peluang untuk ku menziarahinya tengah mlm tadi..slps usai kuliah di dong jaya, amrun memberitahu mgkin dia akan pergi ziarah slps itu..jadi pukul 11mlm kami bertolak menaiki kereta amrun..kami ziarah bergilir gilir guna pas penjaga pesakit yg dipegang isteri sepupuku…alhamdulillah semu berpeluang menziarah…

Sekarang dia masih dirawat di hospital temerloh. Semoga Allah segera memberinya kesembuhan..agar dia dapat teruskan perjuangan bersama sama kami…
4ogos2008-11.32a.m