assalamualaikum....
lama jugak tak bersua kita di ruangan ni...
mungkin di luar sana ada yg masih sibuk beraya lagi..syawal blm habis kan...
kami di UIA berada d hujung semester...agak sibuk...due date assignment adalah time2 mcm ni...
bagi kalangan kami yang menimbulkan assignment seperti menunggakkan bil...masa ni la terasa sibuknya dunia hehehe...
slps assignment, peperangan akhir semester pula menanti...
dalam sayup azan isya ku atur juga langkah bersiap. dengan badan yg rasa x berapa sedap ni, hajatnya nak ke library usai isya di masjid. sisa sisa hujan masih kelihatan dalam suram malam...sampai di pagar nak keluar dari bangunan PG Uthman...aku nampak kelibat satu benda..mulanya kusangkanan kucing...emm..tapi bila bergerak jalannya perlahan dan gayanya lain...persis biawak...tapi belakangnya melengkung...rupa rupanya tenggiling....subhanallah...agaknya berteduh dari hujan...duduk di kg pun jarang2 jumpa tenggilng...tup tup...jumpa kat gombak plak...
dr pg td aku habiskan masa di library...mencari bahan2 utk sempurnakan tugasan2 yg berbaki...
aku nampak sebahagian manusia manusia UIA ni...semakin berani..aku rasa semakin banyak couple2 berstudy secara dating dlm library..tambahan pula sejak wireless makin mudah ni....padahal dah sedia dah meja2 utk laki2 khas..utk pempuan khas...yg nyampah tu ada yg siap letak2 kepala atas meja ala baring2...duduk dah la dekat2..isk2..ntahla..sekali aku tangkap tenggiling tadi bagi kat korang baru tau...
okla...dah mula merapu dah ni..bak kata siraj munir...apa merapu ni..cuba berzikir...
doakan kelancaran kembaraku di bumi Allah ini ya..
siiru ala barakatillah..
10.15p.m-14/10/08
mlm 4 syawal ni bru ada kelapangan dan mood utk kembali ber"online" sekaligus mengupdate blog ini...
Ramadhan telah pun berlalu...adakah tarbiahnya memberi kesan ke atas kita..semuanya dpt dijawab oleh diri kita sndiri...namun jgn sekali2 bputus asa..pohonlah keampunan,bertaubat kpd NYA atas kelemahan diri kita dlm menjalani tarbiyah Ramadhan...
syawal yg dinanti2 itu tiba...mlm syawal itu dimulakan dgn takbir...slps solat Isya jemaah msjd bramai2 ke rumah tuan guru kami, imam 1 msjd kariah sprti mlm2 syawal yg lalu...utk apa lagi..menjamu selera..hehe
awl2 lg tuan guru kami mengajak kami teruskan qiyam di msjd mlm syawal..mlm tu ramai juga yg qiyam di msjd...tp tahun ni org2 lama serah bulat2 pd kami org2 muda utk takbir bergilir2 menghidupkan mlm aidil fitri..
sebut pasal org muda, thn ni agak seronok melihat keadaan di msjd kariah...agenda tarbiah org muda tuan guru kami tahun ni hebat..dr tugas imam/bilal ramadan bawak ke imam/khatib pagi syawal..dibuka peluang seluas2nya utk org2 muda berlatih ..terharu dan seronok melihat tunas tunas daie yg sedang subur bercambah..semoga Allah terus menyuburkan..sehingga jd pohon..Amiin...
sprti biasa pulang dr solat raya berkumpul di rumah dahulu utk bersama keluarga..seronok Allah beri rezeki thn ni utk bg sedekah skit kt sepupu yg kecik2 lg serta anak2 sedara(anak sedara sorang je, anak sedara sepupu dua tiga org hehe)
makan jgn cerita la pgi raya...tema tahun ni laksa kedah buatan kak long...lemang,nasi impit,rendang ngan kuih2 raya tu gerenti ada la..pg smpt gak raya rumah jiran..
lps zohor barulah dpt beraya keluar sket dr keliling rumah...laksa penang,kari ayam,nasi dagang,sup ekor pun ada...semuaa berat2 belaka...huhu
pas tu raya kedua ketiga pun ,masih sambung raya la tradisi rakyat kita..esok pun nak beraya lgni jd kena la stop dulu taip ek hehehe..
akhir kata LAISA AL-AID LI MAN LABISA AL-JADID WALAKINNA AL-AID LI MAN TO'ATIHI YAZIID..
slm lebaran...siiru ala barakatillah...
Abu ZuBair-4 syawal-1.00a.m
sebuah tulisan yg amat sesuai sekali diambil pengajaran dlm keadaan sekarang ini, especially d negara kita Malaysia.
Tazkirah: Pastikan Di Lorong Yang Betul
“Adalah tidak mustahil nasib politik pro-Islam akan dipersia-siakan apabila pentadbiran kuasa tidak berada dalam tangan mereka. Sekalipun mereka yang membantu kenaikan kuasa politik berkenaan.
Dalam sejarah al-Ikhwan al-Muslimin, mereka pernah membantu revolusi yang dibuat oleh Jamal Abd al-Nasir sehingga beliau berjaya menjadi Presiden Mesir. Bahkan kemenangan Jamal ‘Abd al-Nasir itu sebenarnya kerana bantuan Gerakan al-Ikhwan al-Muslimin. Mereka juga yang membela Jamal pada peringkat awal semasa rakyat sudah mula tidak puas hati dengannya.
Malangnya, Jamal ‘Abd al-Nasir yang pernah berbai’ah dengan wakil Hasan al-Banna dan berjanji setia untuk membela Islam itu berubah sama sekali setelah menjadi Presiden. Dia yang mengetahui banyak rahsia-rahsia pergerakan al-Ikhwan telah menggunakan ‘kepakarannya’ itu untuk memusuhi al-Ikhwan habis-habisan.
Ramai pemimpin al-Ikhwan yang ditangkap dan dibunuh. Dialah juga yang menggantung Syed Qutb, ‘Abd al-Qadir ‘Audah dan lain-lain. Dari seorang teman yang dibantu, menjadi musuh yang memburu. Sebabnya, kerana pemimpin al-Ikhwan tidak berhati-hati melihat kepercayaan dan dasar yang dipegang oleh Jamal ‘Abd al-Nasir yang seakan memakai ‘baju pro-Islam’ pada peringkat awal.
Namun, apabila menjadi Presiden, dia telah menanggal baju tersebut dan jelaslah akidah sebenar yang dianutinya iaitu ‘pro-sosialis’ dan dia sebenarnya talibarut Soviet Rusia. Memang, Soviet Rusia akhirnya menjadi begitu rapat dengan Mesir, bahkan Soviet telah menjadi kiblat pentadbiran sosialis Jamal ‘Abd al-Nasir.
Terbukti tuduhan terhadap Jamal sebelum itu bahawa dia ‘tali barut’ Soviet Rusia adalah benar. Topeng Islamnya adalah mainan politik. Jamal yang terkenal dengan slogan dan kepetahannya telah menjadi idola masyarakat ‘Arab. Sementara Al-Ikhwan terpaksa membayar harga kesilapan itu dengan menjadi kelompok yang paling ditindas dan diseksa.
Akhirnya, al-Ikhwan terpaksa berjuang dengan airmata, penjara dan darah berhadapan dengan seorang Presiden yang memegang tampuk kuasa dengan bantuan mereka sendiri.
Alangkah baiknya, jika para pencinta Islam berhati-hati dalam langkah-langkah mereka. Jangan sampai suatu hari mereka terpaksa bertempur dengan musuh yang ditegakkan oleh mereka sendiri. Musuh itu pulak akan lebih licik kerana banyak mengetahui rahsia mereka.
Kemenangan Islam mestilah melalui denai dan lorong yang diredhai oleh Islam. Jika kita melalui jalan yang asing bersama orang lain, mungkin orang lain akan sampai ke destinasinya, tetapi kita akan tersesat jalan.
Ingatlah selalu firman Allah yang memberi amaran kepada baginda Nabi s.a.w agar tidak terpengaruh dengan tawaran kemenangan segera tanpa melalui jalan yang diredhai Allah. Firman Allah:
(maksudnya) Dan sesungguhnya hampir mereka dapat memesongkanmu (Wahai Muhammad) dari apa yang Kami telah wahyukan kepadamu, supaya engkau ada-adakan atas nama Kami perkara yang lainnya; dan (kalau engkau melakukan yang demikian) tentulah mereka menjadikan engkau sahabat karib. Dan kalaulah tidak Kami tetapkan engkau (berpegang teguh kepada kebenaran), tentulah engkau sudah mendekati dengan menyetujui sedikit kepada kehendak mereka. Jika (engkau melakukan yang) demikian, tentulah Kami akan merasakanmu kesengsaraan yang berganda semasa hidup dan kesengsaraan yang berganda juga semasa mati; kemudian engkau tidak beroleh penolong pun terhadap hukuman kami. (Surah al-Isra`: 73-75).
http://drmaza.com/home/?p=432