
Taman burung kuala lumpur atau KL bird park ni di bawah kelolaan DBKL. Rupa rupanya tempat ni merupakan taman bentuk-free-flight walk-in aviary yang terbesar di dunia...wah..bangga jd anak malaysia..free flight walk in aviary ni konsepnya kita boleh berjalan jalan bebas, dan sebahagian burung2 dilepaskan bebas berterbangan di sekililing kita. Kecuali spesis2 yg boleh membahayakan,atau buat kita x selesa, unggas2 ni dikurung la.
Taman ni agak luas, rasanya lebih kurang mcm jln2 kt zoo negara juga, Cuma zoo negara ada train.Letih jugakla kami berpusing pusing nak memanfaatkan rm15 yg dah kami bayar. Tiket nya diikat pada pergelangan tangan kami, mcm org sakit dekat hospital lak.
Konsep taman ni burung burung dibahagikan ikut habitat, juga ikut spesis. Contohnya
brahminy land dia letak burung2 pemangsa setempat,
hornbill park pulak jenis jenis enggang,
world of parrot-tmpt mcm2 jenis burung kakaktua,nuri dan serindit.
Flightless bird-burung2 gergasi mcm burung unta,kasawari,emu dan rhea.
ada juga tempat khas untuk burung2 air tawar seperti ruak ruak,ayam ayam,belibis, dan mcm2 jenis bangau dan pucung. Sesetengah burung, seperti merak dan bangau putih dilepas bebas,hampir boleh ditemui kat mana mana part dlm taman ni.
Antara tempat lain yg menarik dlm taman ni ialah waterfall aviary.air terjun dia yg memang cantik, yang turut dihuni spesis2 unggas tertentu. Ada juga nursery, tempat penetasan burung burung dan pemeliharaan burung burung. Ada juga beberapa restoran dan kiosk cenderahati yg dinamakan dengan nama burung2, tapi kami hanya masuk utk tengok dan bergambar sbb x ada fulus nak bermuamalat dlm tmpt2 ni hehehe…
Sayangnya kami dtg lewat petang, jadi kami x sempat masuk bbrp tmpt2 menarik yg lain sprt amphitheatere-pertunjukan burung, dan bird gallery and education centre yg telahpun ditutup.
Dlm pukul enam, kami selesai melawat keseluruhan taman, dan keluar dari sana untuk pulang kembali ke uia.
Semasa dlm taman burung ni, aku sempat memanfaatkan etouch dual sim aku utk ambik gambar2 dan juga video, yg insya Allah akan ku upload di sini, ya.
Minggu ini, aku banyak berkelana dari raub ke kuala lumpur, asalnya hanya mahu bertemu dengan shbt2 yg mungkin payah ditemui selepas ini. Sahabat sahabat DPLI telah menghabiskan praktikum mereka, mereka berkumpul di uia menghadiri khemah ibadah serta jamuan perpisahan.
23/11/08
Setelah berfikir panjang, menimbangkan antara beberapa perkara, aku mengambil keputusan untuk berkelana ke Gombak, menemui sahabat sahabat yang masih berada di uia.- lan dan shahrin. Aku sampai di gombak lewat tengah hari, kebetulan leman yg sedang praktikal halal haram ada di uia, jadi dialah yang menjemputku di tol gombak dengan shahrin.
Sampai di uia, lan masih berehat keranan saki baki demam yg belum kebah. Jadi aku, shahrin dan leman menghabiskan masa petang itu dengan perbualan macam macam hal.
Sebelah malamnya,kami ke giant batu caves, makan malam di chicken rice shop, restoran favourite ayah chik dan lan. Sebelum pulang ke uia, kami round2 dlm giant dahulu.
Mlm itu lan mcm biasa tidur awal. Aku dengan shahrin pula berbual bual sampai tertidur.
24/11/08
Pagi pagi lagi semua bangun, hajat budak budak ni nak buat clearance untuk DPLI. Isey dan shah join kami di library. Sementara diorang sibuk buat urusan, aku pulak lepak menikmati line internet yang agak laju berbanding kelampian dial up networking di rumah aku.
Dek kerana lama menunggu, aku ambik keputusan untuk tunggu di masjid. Jumpa pulak dengan seorg lh member DPLI, shahir. Shahir bagitau yg sbnrnya clearance tak boleh buat lagi sebab result diorang x keluar lagi. Tak lama lepas tu lan,sey,shah dan shahrin balik dgn berita yg shahir bagitau.
Kami pergi ke kafe ali, untuk beli makanan tengahari dan makan di bilik di bilal. Dah lama tak makan ramai ramai mcm ni. Sambil makan mcm mcm kami berborak. Usai menjamu selera kami solat zohor berjemaah..
Lepas solat, kami mula berbincang tentang aktiviti petang itu. Aku mulanya mencadangkan zoo Negara.lepas itu timbul pula cadangan pergi ke tmn tasik titiwangsa, utk naik roda besar bergerak yg bleh tgk satu kl ke x silap aku…aku x ingat apa namanya.tapi bila bgtau lan, lan kata benda alah tu dah pindah ke Melaka pula. Tiba tiba timbul idea taman burung. Taman buruk pulak strategic, dekat situ pun banyak tempat lain leh pegi,mcm tmn tasik perdana, taman rusa,taman rama rama dan byk la lagi taman. Kami sepakat, dan tak lama lepas itu kami bertolak menaiki kereta alan ke taman burung.
12.20a.m/ 30/11/08
pagi tadi pergi ke bandar raub...membeli makanan gerbil..dekat kedai tu ada burung puyuh..
mula mula teragak2 juga nak beli..tapi bila bincang dgn mak dan pak...pak suruh borong semua...
yg tinggal masa tu 9 ekor...tp puyuh di raub ni saiz x sama dgn di kl..jd mungkin aku kena tunggu lama sket la utk tengok hasilnya..
nak tgk jantan betina puyuh tu pun aku blur jugak tadi sbb tak berapa besar...lama gak baru aku dpt detect...jd oleh sebab saiz kecik,mgkin masih anak..jd aku campur dua jenis makanan,starter dengan layer...aku pun bila dah lama x bela puyuh-lupa juga byk benda..lps ni kena study semula buku yg aku beli kt pesta buku hari tu...
skrg tapak mini ternak aku kembali berpenghuni...sekelilingnya kena diterangkan betul2 supaya kejadian yg menimpa puyuh2 yg sblm ni x berulang...
skrg ni tgh berkira2 jugak...sama ada nak memulakan semula projek ayam kampung....cuti pun x sampai seminggu berlalu..panjang lagi rasanya...
takpalah yg penting tlg doa doakan projek2 kendiri musim cuti kali ini berjaya ya..
siiru ala barakatillah..
21/11/08-12.32am
Kebenaran tetap kebenaran, kebatilan tetap kebatilan. Namun terdapat golongan manusia yang berdegil tidak mahu menerima kebenaran. Ia muncul sejak zaman berzaman, dan generasinya masih wujud sampai ke hari ini.
Al-Quran telah merakamkan tentang perangai sebahagian besar ahli kitab, yang menolak kebenaran yang sudah lama mereka tahu. Mereka mengenali sifat sifat nabi Muhammad s.a.w secara terperinci, lebih daripada mereka mengenali anak anak mereka sendiri,kerana disebutkan di dalam kitab mereka, tapi bila nabi Muhammad diutuskan, mereka mendustakannya.
Demikian juga lembaran sirah telah menyingkap, betapa masyarakat jahiliyah dan pimpinannya mengenali Muhammad sebagai seorg yang tulus,jujur,amanah,tidak pernah berbohong, tetapi mereka tetap mendustakannya kerana mengejar habuan dunia. Imam at-tobari ketika mentafsirkan ayat 33 surah al-an’am membawakan satu riwayat, di mana al-akhnas telah bertanya kpd abu jahal,ketika mereka berdua duaan, “wahai abu al-hakam, beritahu aku tentang Muhammad, dia berkata benar atau pembohong? Beritahulah, tidak ada orang lain yg mendengar perbualan kita.”. lalu abu jahal menjawab: “ celaka kamu, demi Allah, Muhammad itu org yg benar, dia tak pernah berbohong, tapi jika Bani Qusay yang memegang panji, mereka juga menjaga kelambu kaabah, mereka juga penjaga minuman, sekarang kenabian juga daripada mereka, jadi apa yang tinggal untuk orang Qurays yang lain??”
Hari ini, masih berbaki generasi pewaris perangai ini. benda yg nyata tiada asas dalam agama, bertentangan dengan nas, dilarang oleh sunnah, namun tetap ditegakkan. Jika yang menolak kebenaran itu si jahil yang tiada ilmu, bolehlah diajar si jahil ini agar dia memeahami kebenaran dan menerimanya.
Tapi bagaimana jika si penentang kebenaran itu org yg berilmu, mengetahui dan memahami kebenaran, tapi dek kerana kepentingan tertentu, benang yg basah sanggup bertegang urat mahu ditegakkan. Katanya, Kita tahu semua itu benar, tetapi jika kita lurus dlm hal ini, masyarakat akan membenci kita, masyarakat tidak akan menyokong kita di kala kita memerlukan sokongan mereka!!
Perlukah kita mengikut telunjuk mahkluk dlm beramal dgn kebenaran. Kebenaran itu pasti terserlah biar tanpa sokongan majoriti.. Kerana ia janji Allah.baka ibnu mas’ud r.a, jemaah itu berada di atas kebenaran, walaupun yg mempertahankan kebenaran itu kamu berseorangan. lihatlah Rasulullah s.a.w, mulanya penuh sukar, sendirian, kemudian dengan keyakinan kpd yg Maha Esa baginda berjaya.
Susurilah jalan Allah dalam beramal dengan kebenaran dan mempertahankan kebenaran…
11.41pm-18-11-08
sesiapa yg minat dgn komik, terutamanya komik2 asia timur sprti hong kong, jepun,cina, tentu sedar kepelbagaian tema komik2 ini..kdg2 sampai ke tahap yg serius...seperti penyiasatan, kedoktoran dan vaterinar...
dari situ timbul satu idea...komik dakwah...ya,sebelum ini pernah dibuat komik dakwah dlm bentuk santai,seperti majalah reaksi minda,lanun,alwan dan K.O..tapi yg dimaksudkan di sini, perkara2 serius disadur dlm bentuk komik..contohnya yg aku try buat ni...
projek ni sebenarnya aku rancang dgn seorg shbt masa sblm graduation..tp skrg shbt ni agak sibuk sbb dia dah kerja...
so bolehla cuba tgk2 hasil "artwork" tangan aku ni ya...bes$erta sample skripnya sekali..tp skrip ni bkn final touch lagi..
sample skrip
Satu hari Pak Leman sedang menorah getah di kebunnya.tiba tiba dia terdengar satu bunyi
Eh, apa benda pulak la tu..aku tengah syok menorah ni..
Ya Rabbi, sejak bila pulak aku bela rimau kumbang dekat kebun aku ni..ni yang gabra ni..
Ni kes penceroboh la ni..hei rimau..pergi kau dari sini..
Masa harga getah mahal ni la ko nak kacau aku ek..
Kau nampak tak pisau toreh ni..tajam ni tau..bukan setakat kulit rimau..kuilt gajah pun…
Aaarhh..ssori sori…eii..janganlah macam ni..
Page2
Akibat diserang harimau kumbang, berbalut la lengan pak leman.
Aii tak pasal pasal lak lengan aku berbalut gini..nak menorah pun tak dapat lagi dah..
Assalamualaikum pak leman, jauh menungnya…
Waalaikumsalam..eh ustaz Talhah..
Macam mana keadaan pak leman, saya dengar orang cerita di surau tadi, pak leman kena serang rimau masa menoreh
Gini lah ustaz..berbalut la lengan ni..kalau tak dapat noreh tu tak pe lagi..ni rasanya bila dah berbalur balut ni nak amik semayang pun payah gak ni..macam mana agaknya saya ni ustaz
Itu tak jadi masalah pak leman, Islam ni mudah, tak menyusahkan kita. Bagi orang orang sakit ni ada hukum khas dia..termasuklah nak berwuduk
Oh,macam mana tu ustaz
Bila pak leman nak ambik wuduk, pak leman basuhlah anggota anggota yang boleh kena air dulu…
Lepas tu pak leman sapulah di atas tempat yang tak boleh sampai air tu pulak..ini dipanggil menyapu atas balutan
Lepas tu pak leman kena bertayamum pulak,bagi menggantikan tempat yang tak kena air tadi..inilah cara yang disebut oleh ulama mazhab syafi’i.
Page 3
Tapi ustaz, nampak macam susah je. Kalau tak sakit tu mudah je, satu proses, ni dah sakit sampai dua tiga benda pulak kena buat…lepas tu,lengan aku ni berbalut,mcm mana nak tayammum sampai kes siku??
Itu Cuma salah satu pendapat, pak leman, ia ijtihad ulama syafi’iyah..sebenarnya ada dua lagi cara yang disebut dalam kitab fekah..
Yang pertama berwuduk macam biasa,kemudian bila sampai tempat yang tak boleh kena air tu, ratakan saja air di atas balutan. Tak payah tayammum.
Kedua, bertayammum semata mata. Mcm keadaan tangan pak leman, boleh guna pendapat mazhab selain syafi’i, bertayammum sampai pergelangan tangan sahaja.
Oh,mcm tu rupanya..tak susah ye ustaz..
Ya,begitulah,bukankah Islam itu mudah?
(harap maaf, sample komik akan didownload sedkit masa lg, krn line internet kt kg ni yg agak lampi atau masalah format artwork yg aku save tu x sesuai dgn blogspot)
Sebahagian shbt2 mmg suka menjadikan program-kem,daurah,tamrin dan seumpamanya-sama ada sbg fasi atau peserta, sbg pengisi masa cuti…tapi ditakdirkan aku bukan jenis begitu…liat utk berpogram..rasanya diri ni lbh berminat utk menghirup udara nyaman desa tercinta …
Alhamdulillah amanah amanah menyampaikan ilmu berjalan dgn baik…satu projek kendiri berkaitan dgnnya juga dpt dijalankan…dgn membuka kelas hadis2 pilihan dari kutub sittah..
Sebenarnya ada projek kendiri kedua, projek ternak la mcm biasa. Tapi sekarang Tapak mini ternak ayam kampung dan puyuh masih kosong. Sangkar sangkar arnab pun kosong, hanya tinggal sepasang. Tank tank rodensia pun semuanya dah diletak di luar rumah, berkat breeding controlled musim memelihara hamster dah tamat. Cuma tinggal sepasang gerbil je dlm bilik.
Hajat di hati tu memang nak memulakan projek ayam kampung semula.juga puyuh.tapi teragak2 sebab terakhir, kematian puyuh2 masih menjadi misteri. Tp insya Allah akan diteruskan juga. Ada juga hajat nak memulakan kempali projek arnab, sebab tu sepasang arnab tu dah aku satukan semula, setelah lama mereka berasingan.
Petang semalam ronda2 di sekeliling kampung, nampak sebidang tanah yang sedang diterangkan..rupa rupanya che din ngan org rumah dia terangkan. Aku Tanya che din nak tanam apa, rupa rupanya projek penternakan juga..alhamdulillah..lepas ni tak lah penat sgt ke sana ke mari mencari haiwan qurban akikah atau kenduri,kerana che din & the gang nak buka projek ternak lembu kambing…kalo aku ada duit leh je aku join venture hehehe…
Mungkin setengah org rasa pelik dengan minat menternak ni…takpelah..kalo korang org kampung yg ori, hehehe korang faham la…darah kampung mengalir dalam tubuh ni…
Cukup takat tu dulu ye…siiru ala barakatillah…ilalliqo..
kira kira dua bulan yang lalu, malam 30 Ogos 2008 yg lalu menyaksikan seorang pemuda istimewa, Azhan Atan ditabalkan sebagai juara akademi nasyid tv9. mula mulanya ada juga azhan dipanggil beberapa program, seperti muzik2 tv3, ditemubual di melodi, dan program raya tv9. namun selepas itu kelihatan tiada lagi azhan di program2 tv...
setakat yg penulis ikuti perkembangannya, penulis lihat azhan yg juga ketua pemuda PAs kawasan tanjung piai,serta ahli unit amal lebih "laris" di luar pentas, terutamanya di atas pentas PAS. ada yg kata, Azhan sekarang persis akhil hayy yg satu ketika dahulu sering menjadi penyeri majlis2 dan ceramah PAS.bahkan majoriti majlis2 dan acara serta aktiviti azhan di blog rasminya semuanya berkait rapat dgn jemaah ini.
ada sumber yg mengaitkannya dengan prinsip azhan -menapis ikut syara'-dlm menerima sesuatu undangan,menjadikan azhan tidak selalu dilihat di media2 arus perdana.yelah kan,berapa banyak media arus perdana yg rancangannya menepati syara" kan..kalau betul begitu, tak mengapalah, alhamdulillah...cuma kita bimbang perkara ini berlaku disebabkan sebab2 tertentu je...yg mungkit tidak seimbang...
akhil hayy rawa pula sekarang kelihatan selesa di astro....kelihatannya dia mengalami circulation...penampilannya sekarang dah berbeza dengan keadaanya ketika di pentas2 PAS dahulu..terutamanya tentang rambutnya....dulu dia ustaz rock..kini double rock atau triple rock kot...ada sumber menyebut bila ditanya kenapa dah x ada beraksi di pentas PAS..katanya jawah akhil hayy tak ada jemputan....emm..org PAs x mau jemput sbb tau jadual dia sibuk..atau org PAs pun dah x berkenan pada rambut dia hehehe...
cukuplah kiranya penulis mencoret tentang dunia seni nasyid tanah air...kalau taip banyak2 lagi karang jadi laman web hiburan pulak blog kembara-journey ni...undur diri dulu...
p/s: i)ada ala2 ruangan gosip pulak rasanya bila menulis begini.
ii) prgrm akademi nasyid byk mempengaruhi penulis utk kembali meminati nasyid semula,setelah lama penulis x berapa layan sgt nasyid heheh
11.36pm-14/11/08
namun jika berjaya mengharung ujian dengan iman, insya Allah kejayaan berpihak padanya.biarpun terkorban kepentingan duniawi. lihatlah betapa nabi Yusuf alaihissalam, memilih penjara daripada berdepan dengan ujian yang antaranya bersebab dari kekacakannya.
as-suhaili dalam kitabnya ar-raudh al-anf (1/116),menyebutkan bahawa salah satu cara wahyu disampaikan kpd rasulullah s.a.w adalah melalui malaikat yang menyerupakan dirinya kepada seorg lelaki. dan antara rupa yang selalu dirupainya ialah seorg shbt bernama Dehyah. Dr Muhammad Abu al-Lais al-khaira al-Abadi dalam Ahadith Mukhtarah min kutub as-sittah(muzakirah2/ms 3) menyebut, antara sebanya ialah kerana Dehyah merupakan antara lelaki terkacak di zamannya, hinggakan diriwayatkan dehyah apabila berjalan beliau melindungi mukanya dengan penutup kerana bimbang kekacakannya menjadi fitnah buat kaum wanita!!
11.35pm/ 13nov2008
“Tunas D@ie” adalah satu risalah kecil, saiz separuh A4. ia bermula secara sendiri sendiri antara penulis dan beberapa sahabat. bermodalkan infak sesama kami, kami sebarkan setiap jumaat sekadar yang termampu. Apabila seorg shbt, al-akh Abu Abd Hakim dipilih mjadi exco dakwah dan tarbiyah persatuan pelajar ilmu wahyu, “Tunas Daie” di jadikan risalah mingguan rasmi persatuan dengan tema dakwah ihya as-sunnah, tarbiyah ilmiyah.
Maaflah sahabat, Tunas Daie sebenarnya dah lama tak diteruskan. D&T slps era al-akh abu abd hakim alhamdulillah meneruskan pengeluaran risalah .. bagi kami tunas daie bukan sekadar risalah, kami mahu penggabungan konsep santai,ilmiah,ringkas,serta mu’tadil..mungkin kerana itulah kami tidak sempat mewariskan tunas daie, dan tak sempat pun mencari pewaris meneruskannya…
***************************************************************
Di samping tunas daie di UIA, penulis bersama beberapa junior di sekolah, terutama ajk badan dakwah menerbitkan “Tazkirah”, juga satu risalah ringkas seperti tunas daie. Namun dek kerana kepayahan wakil2 tazkirah di sekolah untuk meneruskannya, antaranya kekurangan kemudahan computer dan pencetak, serta kelemahan penulis yang tak mampu meneruskannya berseorangan, tazkirah juga berakhir seperti tunas daie.
Seingat penulis, pernah juga dihasilkan beberapa siri risalah untuk Ikatan Pelajar Pahang IPP, terutamanya ketika di matrikulasi, dan awal2 tahun pertama di gombak.
******************************************************************
Minat yang mendalam dalam menulis, mendorong penulis menceburkan diri dalam dakwah bil kitabah ini..selain risalah, penulis pernah cuba menulis cerpen dan novel…penulis pernah menulis siri cerita koleksi sendiri, berjudul: “Daie 21” ketika penulis masih menuntut di SMA dan matrikulasi…sekarang entah di manalah koleksi itu tersimpan…pernah juga cuba menulis “Purnama Terakhir”- sebuah karya sirah yang sampai sekarang masih terbengkalai…
Sehingga kini minat menulis masih menebal…terlalu ingin kembali ke dunia penulisan terutamanya risalah seperti satu masa dulu…namun buat masa ini, penulis hanya mampu meluahkannya melalui blog peribadi penulis ini http://kembara-journey.blogspot.com/ . penulis dalam usaha mengumpulkan shbt2 yg berminat, utk meneruskan kembali kesinambungan penulisan risalah..siapa yg berminat bolehlah contact penulis..akhirnya, doa doakan kami ya!!
Siiru ala barokatillah………
Tahun 1999, masih lagi terngiang. teringat budaya lompat “aliran” di kalangan pelajar sekolah aku. maksudnya pelajar di sekolah agama habis sahaja tingkatan tiga, mereka akan lompat ke sekolah sains, teknik, vakasional dsbgnya. Antara hantu yg ditakuti ketika itu ialah pepriksaan Sijil Menengah Agama atau SMA..memang jadi sistem peperiksaan tahunan di sekolah agama ketika itu, yang sangkut terpaksa mengulang..terpaksa belajar semula dgn pelajar2 junior..tapi jika sangkut peperiksaan akhir, kdg2 sekolah membantu juga menaikkan pelajar ke tingkatan yg seterusnya…namun jika sangkut SMA,tiada siapa nak tolong sbb SMA periksa yang diurus Jabatan agama negeri, bukan lagi sekolah…
Mungkin sebab ramai juga pelajar yang menukar aliran, satu hari al-fadhil ust Norazizi (skrg pensyarah USIM) membahagikan papan hitam kpd dua, dan menulis di setiap bahagian, mata pelajaran akademik aliran biasa dan silibes bu’uth (subjek agama dlm bhsa Arab). Panjang jugalah perbincangan ust azizi dengan kami satu kelas dalam membandingkan, bahagian sebelah mana yg kita paling banyak guna dlm kehidupan…
Aku teringat, satu petang ada seorg anak jiran berminat nak masuk sekolah agama. Bila balik ke rumahnya, memberitahu hajatnya, dijawab ibunya: awak dah pandai mengaji betul, nanti kalau sekolah agama tak lulus tak boleh naik kelas. “hantu tak lulus tak naik kelas” rupanya bukan sahaja ditakuti pelajar, ibu bapa pun takut!!
************************************************************************
Ust azizi ada meluahkan sesuatu…katanya, kalau boleh biarlah yang pergi ke mesir menyambung pelajaran dlm bidang agama mereka yg cemerlang dlm akademik…tidak seperti kebiasaan yg lalu..yang cemerlang utamakan tawaran universiti tempatan…yg tak dapat mana2 tawaran universiti barulah masuk tingkatan 6 ambik STAM kemudian pergi ke mesir….
Ustz cukup ambil berat dlm isu tukar aliran…mungkin ustaz bimbang…lps habis spm, ramai yg x berapa minat teruskan aliran agama di universiti tempatan…sekali lagi..lompat aliran..tapi kali ini x tahu apa hantu yg ditakuti..
**********************************************************************
Kepelikan berlaku ketika aku menghantar borang ke kuliyah ilmu wahyu…borangku x diterima ketua jabatan…katanya “ you must think properly…there are many student out there want to change from irk to law…then you want to change from law to irk?”…(memangla..masa tu pelik la kot..hanya aku dan abu yaqazah qomarudin hasan yg mintak tukar dr law ke irk). last2 aku malas layan dia aku bg je kat pekerja dalam ofis tu…payah sangat aih…
Ada juga ahli2 keluarga yg menentang bila dapat tau…penentangan hebat jugak tu…namun alhamdulillah ibubapa meredhai keputusan aku…
**********************************************************************
2004-2007- proses mendapatkan degree di UIAM..
Dlm akhir tahun pertama, atau tahun kedua pengajian, ada shbt2 mula menyeberang….dr irk ke human sciences dan econs… antara alasan yg didengar subjek2 irk di maincamp diajar fully Arabic..mmg ramai pensyarah bangsa arab..ada juga yg beralasan for future career…kami pun menghormati dan meredhai sajalah keputusan shbt2 kami ini…
Kalau balik ke kampung, ada yg bertanya..ambik bidang apa di universiti? Bila jawab bidang agama…lalu terdengarlah kata2: kerja ustaz lah awak nanti..kerja pjbt kadi je lah..”
Tahun tahun akhir pengajian kami, satu perkara menarik berlaku… graduan2 berpeluang memohon dlm ruang lingkup pekerjaan yg lebih luas…perlumbaan institusi bank dlm perbankan islam membuka ruang yg luas dan memerlukan graduan2 agama sbg penasihat syariah di bank…begitu juga industri makanan halal…memerlukan executive halal….syabas aku ucapkan buat teman2 yg skrg dah berjuang dlm dua bidang ini…sekarang agaknya barulah mereka yg selama ini memandang tak berapa tinggi pada graduan2 sprti kita celikkan mata…mungkin ada yg terbeliak kot matanya..
*******************************************************************
Selesai konvokesyen kami berkongsi kegembiraan…shbt2 ada yg dah jd executive halal..executive Islamic banking…ada yg masih menyambung master…
Ingat kan dah selesai la….rupa rupanya belum…ambik master sambung terus bidang agama pun jadi pertikaian juga… “kenapa ko ambik master dlm bidang tu jugak..tak jemu ke belajar benda yang sama…ambik la bidang lain pulak…” marilah sama sama menjawabnya dengan senyuman sahaja…
Walaupun kita belajar agama dr sekolah taski lagi, tapi benda yg kita belajar bukanlah tak berkembang. Di taski kita belajar solat, di sek rendah, sek men, ijazah, master pun memang solat diajar juga…namun tidaklah diajar solat di sek men sama ruang lingkup dgn solat di prgkt master…kemudian tiap2 marhalah tu adalah benda baru yg diajar yg x diajar di prgkt sblumnya….
Biarkan org bercakap…bak kata al-fadhil sheikh hafiz al-syubrowi ad-damsiqi al-malizi kita, skrg memang diorang ckp mcm itu. Satu hari nanti bila diorang dah sampai satu peringkat, diorang akan cari antum antum semua…antum antum semua inilah yg diorang kan cari…”
Akhirnya, tak kira apa pun bidang kita, jgn la memperkecil antara satu sama lain. Allah menciptakan pelbagai bidang itu utk kita bersatu bekerjasama…bukan bertelagah… meminjam kata2 shbtku, pejuang gigih al-fadhil ustz meor isfandi: “ buatlah apa saja (ikut ruang lingkup syara’) asalkan ianya membantu tertegaknya Islam!!!”
Allahu Akbar..Siiru a’la barakatillah….
konvokesyen si kecil
gambar kanan: al-fadhil tuan guru ust hj fathul ariffin bin mohd saleh
imam 1 masjid qariah kg kuala gali,pengerusi taski abim sg lar
8 november 2008- dekat pukul 8 pagi, aku bersiap siap untuk memenuhi jemputan tuan guru ust fathul ariffin utk menghadiri majlis penyampaian hadiah TASKI ABIM kg sungai Lar…
Kata tuan guru, aku dijemput sbg bekas pelajar..kbtulan aku balik awal minggu ini..TASKI ABIM ni tempat mula2 aku dpt pendidikan Islam slps di rumah..enam tahun belajar di situ, 1990-1995.ia dibuka pada 1986,di atas tanah wakaf, terhenti seketika pada 1987, kemudian disambung semula sampai sekarang.maknanya aku antara betch terawal, yang ke 4 menuntut di situ.
Yang hadir kebanyakannya shbt2 juga. Imam 3 msjd kariah kg aku-pengerusi majlis hr ini, abg hj merun-timb pengerusi msjd dong jaya, pak cik jalil mantan bilal, dan abg ungku bahri- anak anak mereka masih ada yg menuntut di sini. Syahid, bilal muda ramadhan yg lalu turut hadir sbg wakil penjaga adik2nya.Selebihnya ibu bapa dan penjaga anak2.
Majlis dimulakan dgn acara di dalam taski. Ucapan aluan pengerusi majlis,bacaan al-quran dan terjemahan oleh dua murid sesi petang.seterusnya ucapan ucapan diselangi persembahan murid2, sprti nasyid,hafazan ayat dan doa.tuan guru ust arifin selaku pengerusi taski sg lar turut memberi ucapan..penulis pun sempat memberi sedikit tazkirah ringkas atas permintaan tuan guru. Slps tu acara penyampaian sijil dan hadiah kpd para pelajar dimulakan.
Usai majlis, kami dijamu dengan sarapan-nasi lemak,kuih muih,teh susu.dan pecal pun ada. Adik2 pulak mcm tak lalu nak makan, dah tak sabar utk acara sukaneka.
Selesai menjamu selera, tibalah acara sukaneka. Sokongan ibubapa amat hebat kelihatan dlm sukaneka,ditambah pula ragam si kecil yg mcm2. Kdg2 aku syahid dan teman2 lain tak tahan dgn gelagat mereka.Antara yg menarik acara kupas telur rebus dan makan, susun tin, bawa pingpong dlm sudu,lari ikat kaki dan tiup belon. Slps anak2, ibu bapa pulak diberi peluang bersukaneka dlm acara cari barang dan bawa lilin yg menyala. Selesai sukaneka, penyampaian hadiah pun dimulakan.
Anak abg ngku bahri, luqman hakim antara yg paling byk borong hadiah hehehe..hebat dia dlm akademik dan sukan…slps selsai penyampaian hadiah, kira2 pukul 11.30 kami pun bersurai…alhamdulillah majlis dijalankan dengan lancar..

Masjid adalah tempat yang selamat.itu dulu. Mungkin benar agaknya masjid kita akhir akhir ni sudah tak selamat lagi. Tidak selamat utk keselamatan barang barang dan harta benda.Aku masih ingat beberapa kejadian hilang lap top di msjd UIAM, termasuk shbt rapat aku sheikh Qaradhawi jr.
Mlm td, slps usai isya sedang kami berbincang ttg qurban yg akan dijalankan aidiladha nanti, kami dikejutkan dgn khabar dr seorg jemaah, motorsikal hilang!! Terkejut kami, maknanya, dalam tempoh tuan guru ust arifin beri kuliah,dan tempoh kami solat isya, ada yg sempat buat kerja terkutuk di luar masjid!!
Semoga jemaah kami yg diuji ini sabar dan tabah, dan kita doakan ia dpt selesai dgn baik…semoga Allah melindungi kita semua dri kejadian yg x diingini..
7 nov 08
selalunya..bila sebut pasal khalwat...nak2 pulak artis ditangkap khalwat...berebut org nak mendengarnya..komen dan laporan dari wartawan hiburan, wartawan akhbar....apakata kali ini kita dengar komen mufti pulak...
Bila Yang Nyata Dibiar, Yang Tersembunyi Dicari
http://drmaza.com/home/?p=480#more-480
Beberapa hari lalu apabila saya membaca muka depan sebuah akhbar yang mendedahkan tangkapan khalwat ke atas individu tertentu yang dilakukan oleh jabatan agama dan disiarkan secara ‘promosi maruah’ oleh akhbar tertentu saya teringat kepada kenyataan saya pada peringkat awal saya menjadi mufti dua tahun lepas yang membantah tajassus atau mengintip.
Masa itu saya baru sahaja hendak dikenali oleh sesetengah masyarakat negara ini. Sesetengah pihak mengambil kesempatan untuk mengkritik saya dan menganggap itu pandangan yang ‘menghalalkan’ maksiat. Demikian segelintir kelompok manusia yang cepat menghukum tanpa berfikir dan menilai.
Hari ini saya hanya tinggal sebulan lagi berada atas jawatan mufti, isu khalwat kembali menjadi tajuk besar media. Saya sudah banyak kali mengulas, namun biarlah saya sentuh lagi sebagai tazkirah isu ini untuk kali yang akhir ketika masih memegang jawatan.
Dalam hadis Muslim, seorang lelaki datang kepada Nabi saw dan berkata:
“Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu.”
Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya:
“Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”.
Nabi saw tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi saw menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya)
“Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114).
Maka ada seorang bertanya:
“Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah?
Jawab Nabi saw:
“Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.
Demikianlah hadis ini menggambarkan Nabi SAW tidak mendedahkan keaiban orang lain selagi keburukan itu tidak dilakukan secara terang-terang. Juga, amalan soleh seperti solat boleh menghapuskan keburukan yang dilakukan. Ya, Islam memang mengharamkan zina dan maksiat seks. Namun, Islam juga mengharamkan mendedahkan aib orang lain yang bersifat peribadi dan tidak mengancam keselamatan awam dan empunya berusaha menutupinya.
Dahulu saya sudah sebut hal ini. Ada yang enggan mendengarnya kerana mereka merasakan mungkar mesti didedahkan sebagai pengajaran. Padahal Islam mempunyai pendirian yang berbeza. Akhirnya, hasil daripada sikap suka mengintai dan mendedahkan perkara dalam ‘kain orang lain’ sekalipun pelakunya cuba menyembunyikannya, maka kita lihat penyakit ini merebak ke dalam berbagai sektor kehidupan. Politik kita pun, politik lawan selak kain. Ekonomi pun demikian. Akhirnya, harga maruah menjadi murah dalam masyarakat kita.
Sesetengah media, memang suka berita sensasi tentang maruah ‘orang lain’ untuk dilelong. Namun Islam menentang cara yang demikian. Maksiat yang dibanteras secara keras oleh Islam adalah maksiat yang berlaku secara terbuka kerana ia menggalakkan aktiviti mungkar dan mencemarkan iklim masyarakat Muslim. Adapun maksiat berlaku secara sembunyi dan hanya membabitkan soal peribadi insan, bukan keselamatan awam, maka ia tidak didedahkan.
Al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H) dalam kitabnya Ihya ‘Ulum al-Din. telah menyebut mengenai rukun-rukun pelaksanaan Hisbah. Hisbah bermaksud pelaksanaan al-Amr bi al-Ma‘ruf (menyuruh kepada kebaikan) apabila jelas ia ditinggalkan, dan al-Nahy ‘An al-Munkar (pencegahan kemungkaran) apabila jelas ia dilakukan. Rukun ketiga yang disebut oleh al-Imam al-Ghazali ialah:
“Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta‘ala telah melarang hal ini. Kisah ‘Umar dan ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitab Adab al-Suhbah (Adab-Adab Persahabatan). Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa ‘Umar r.a. telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah ‘Umar dan berkata: “Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakai-Nya pada tiga perkara. ‘Umar bertanya: “Apa dia?”. Dia berkata: Allah Taala telah berfirman (maksudnya: Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain). Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman: (Maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya). Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman: (maksudnya: janganlah kamu masuk ke dalam manamana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka ‘Umar pun meninggalkannya…Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut..” (Al-Ghazali, Ihya ‘Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990).
Tokoh ulama semasa seperti al-Qaradawi telah menyebut perkara yang hampir sama. Beliau dalam bukunya Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam telah menyatakan:
“Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintip atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemungkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis “barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya….” Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemungkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemungkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya. Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat. Hisab ini bukan menjadi wewenang seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya. Bahkan hukuman Ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadis sahih: (bermaksud):“Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Justeru, tiada seorang pun mempunyai wewenang untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyi. Terutamanya maksiat hati seperti riyak, kemunafikan, kesombongan, dengki, kikir dan lain-lainnya. Sekalipun agama menganggapnya sebagai dosa besar, namun tidak dibantah-selagi tidak zahir dalam bentuk amalan. Sebabnya ialah kita diperintahkan untuk menghakimi manusia apa yang kita nampak. Adapun hal-hal yang tersembunyi kita serahkan kepada Allah”. Lalu al-Qaradawi menyebut kisah Saidina ‘Umar tadi. (Al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, m.s. 124, Kaherah: Dar al-Syuruq).
Dalam tafsir Fi Zilal al-Quran, ketika menafsirkan firman Allah (maksudnya)
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha mengasihani”, Sayyid Qutb menyebut: “Namun perkara ini kesannya lebih jauh dari itu. Ia adalah prinsip Islam yang utama dalam sistem kemasyarakatannya, juga dalam urusan perundangan dan pelaksanaannya. Sesungguhnya bagi manusia itu kebebasan, kehormatan, kemuliaan yang tidak boleh dicerobohi dalam apa bentuk sekalipun. Tidak boleh disentuh dalam apa keadaan sekalipun. Dalam masyarakat Islami yang tinggi dan mulia, manusia hidup dalam keadaan aman pada diri mereka, aman pada rumah mereka, aman pada rahsia mereka dan aman pada keaiban mereka. Tiada sebarang justifikasi – atas apa alasan sekali pun – untuk mencerobohi kehormatan diri, rumah, rahsia dan keaiban. Sekalipun atas pendekatan mencari jenayah atau memastikannya, tetap tidak diterima dalam Islam pendekatan mengintip orang ramai. Hukum manusia berasaskan apa yang zahir. Tiada hak sesiapa untuk mencari-cari rahsia orang lain. Seseorang tidak akan diambil tindakan melainkan atas kesalahan dan jenayah yang nyata dari mereka….demikianlah nas ini (larangan tajassus) menempatkan dirinya dalam sistem pelaksanaan dalam masyarakat Islami. Ia bukan sekadar mendidik jiwa dan membersihkan hati, bahkan ia telah menjadi dinding yang memagari kehormatan, hak dan kebebasan manusia. Tidak boleh disentuh dari dekat atau jauh, atau atas sebarang pendekatan atau nama”. (Sayyid Qutb, Fi Zilal al-Quran, 6/3346, Kaherah: Dar al- Syuruq).
Amat dukacita bagi masyarakat kita, jika kita sibuk mendedahkan maksiat yang tertutup yang disuruh oleh prinsip Islam agar kita tidak membukanya, dalam masa yang sama kita membiarkan berleluasa maksiat yang terbuka yang dilakukan atas pentas, dalam filem dan dijual dengan harga yang mahal.
Amatlah dukacita jika penguat kuasa agama ada masa yang cukup untuk pergi mengintip, memecah pintu milik peribadi orang lain bagi memastikan maksiat wujud ataupun tidak, namun dalam masa yang sama tiada masa untuk menghenti suami yang zalim memukul isteri yang sudah berulang kali membuat aduan, tidak cukup masa untuk menyelesaikan kes-kes kezaliman rumah tangga dan seumpamanya.
Aduhai dukacita, jika mereka bersemangat sampai sanggup tunggu pukul 2, 3 pagi untuk mengintip pasangan berkhalwat tetapi tiada cukup tenaga untuk membantah majalah-majalah yang terang-terang siang dan malam dijual yang mempamerkan aksi-aksi panas pasangan yang tidak berkahwin. Kita cari yang tersembunyi, kita biarkan yang nyata.
Dalam satu riwayat daripada Zaid bin Wahb, katanya:
Dibawa seorang lelaki kepada ‘Abd Allah bin Mas‘ud, lalu diberitahu kepadanya: Lelaki ini menitis arak dari janggutnya. Kata ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Kita dilarang untuk mengintip, namun apabila jelas kepada kita maka kita bertindak”. (Riwayat Abu Daud. Sanadnya sahih).
Saya termenung mengenang fatwa kebangsaan pengharaman pengkid. Cara kebetulan saya tidak hadir dalam mesyuarat tersebut atas beberapa sebab. Saya terfikir, adakah perlunya satu persidangan fatwa untuk membahaskan hukum wanita menyerupai lelaki, haram atau halal? Sejak setengah tahun yang lepas saya sudah bercakap hal pengkid dalam sebuah majalah terkenal dalam negara ini.
Hadis Nabi SAW jelas dalam hal ini. Dalam riwayat al-Bukhari daripada Ibn ‘Abbas menyatakan:
“Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki”.
Ini adalah pengetahuan am yang diketahui umum, sekalipun orang mereka yang tidak mendalam agama dan tidak membaca keputusan fatwa. Namun persoalannya adalah pelaksanaan. Memang wujud wanita yang hidup ‘bergaya’ lelaki. Namun, maksiat terbuka yang banyak kelihatan jika penguat kuasa agama ingin mencegahnya adalah lelaki yang menyerupai wanita. Entah berapa ramai selebriti lelaki negara kita yang berwatak seperti perempuan. Entah berapa banyak pula drama, pertunjukan dan filem kita yang seakan mengiktiraf ‘wanita jadi-jadian’. Sehingga seakan kita ada tiga spesis; saudara, saudari dan ‘saudarai’. Inilah maksiat terbuka yang lebih patut dibantah daripada mencari-cari ‘kemungkinan’ maksiat di belakang pintu yang berkunci.
Saya tahu sebahagian penguat kuasa itu ikhlas. Namun, bak kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H):
“Oleh kerana ini menjadi batasan setiap amalan soleh, maka penyuruh kepada makruf dan pencegah daripada munkar itu sendiri wajib memenuhi tuntutan tersebut. Justeru tidak menjadi amalan soleh jika tidak dengan ilmu dan fiqh. Ini seperti kata ‘Umar bin ‘Abd al-Aziz: Sesiapa yang mengabdikan diri kepada Allah tanpa ilmu, maka apa yang dia rosakkan lebih banyak daripada apa yang dia baik… Ini suatu yang jelas. Sesungguhnya tujuan dan amalan jika tidak dengan ilmu maka ia adalah kejahilan, kesesatan dan mengikut hawa nafsu -seperti yang dijelaskan sebelum ini-. Inilah perbezaan antara golongan jahiliah dan golongan Islam. Pelaksana Al-Amr bi al- Ma‘ruf Dan al-Nahy ‘An al-Munkar mestilah mempunyai ilmu mengenai makruf dan munkar, serta membezakan keduanya. Mestilah juga memiliki ilmu mengenai keadaan orang yang disuruh atau dicegah tersebut”. (rujukan: Ibn Taimiyyah, Majmu‘at al-Fatawa, 14/344-345, Riyadh: Maktabah al-‘Abikan)
Lama tak menaip di sini…sprit biasa atas alasan kesibukan ..tp kali ini kesibukan atas kesibukan..setelah bahath2, datang pula imtihan niha’I yg pastinya perlukan byk masa utk muroja’aah..alhamdulillah masih dpt teruskan amanah ilmiah di kg walaupun terpaksa berulang alik dlm keadaan genting begini…dlm sempit masa ada juga menaip di komputer,dimasukkan ke dlm thumbdrive...tapi tak sampai pula ke blog ini...jadi hasilnya beginilah jadinya..
30/10/08
Lenguh tangan kanan-itulah yang mula mula dirasakan setelah jam menunjukkan jam 12.00 tgh hari,tamatnya imtihan niha’I utk subjek dirasat fi al-fiqh al-muqaran..buat kali pertama rasanya selama belajar di UIA, kuhabiskan dua belas mukasurat kertas jawapan….itupun solan terakhir dijawab ringkas2 kerana ketandusan masa…imtihan master mmg ada bezanya dgn sms degree lalu..dr segi soalannya agak mencabar..lebih memerlukan ketajaman pemikiran..tidak sekadar menaqal kalam kalam ulama dari kitab..semoga diri ini terus tabah utk meneruskannya..di depan ada dua lagi madah menunggu…
Kurehatkan seketika minda dan jasad, dalam sisa sisa hari ini sebelum menyambung muraja’ah…
Alhamdulillah akhirnya..dpt juga menyesuaikan diri dgn bi’ah postgraduate…kalau sebelum ini, terasa agak sunyi..yg ada hanya teman teman sedegree yg sama sama menyambung perjuangan di sini..apen,syawal,kazzman..terkadang siraj munir dtg berkunjung menceriakan 1.23….alhamdulillah Dia telah menambahkan lagi nikmat ukhuwah yg sedia ada…hidup semakin ceria terasa…keletah ahmad sheikhu dlm kelas dirasat tafsir yang x pernah kehabisan modal..ditambah ukhuwah shbt2 indonisi mahmud alfan dan hasan al-banna..tak ketinggalan jiran sebelah bilik ustz afwan..yg paling best mengenali sheikh hafiz al-syubrowi ad-damsyiqi..seorg alim malizi yg tawadhu’,tetapi tetap sporting hehehe..
Kembali ke alam penternakan
Shbtku shahrin di sabah nampaknya memulakan ternakan puyuhnya…kalau aku duduk di sabah kan best jugak,,kat pasar2 minggu,pasar2 mlm ada jual binatang2…senang sket nak beli…
Puyuh2 aku pulak dah padam dari sejarah…slps serangan misteri yang tak diketahui puncanya.hajatnya nak teruskan projek ayam kampong, namun bila da musuh ni payah sikit…tengokla mcm mana nanti..aku ingat bila dpt kumpul duit nak teruskan projek..sama ada arnab ke..ayam ke..puyuh ke..tengoklah nanti apa yg berlaku..
3/11/08
selepas asar di masjid, rasa kelapangan sedikit..jadi ku kuis pintu itd utk menaip sekejap di blog ini...tp x ada apa plak nak ditaipkan..
Oklah setakat tu dulu aku mengarang buat kali ini…insya Allah lain kali kita jumpa lagi…tak sabar rasanya menunggu cuti semester yg panjang ni…tapi apa2 pun kena perang dengan soalan2 imtihan niha’I dulu….doakan hamba di sini…siiru ala barakatillah
5.11pm












