Hijrah 1430

ketika saya menulis ini, kalendar masihi sudahpun masuk malam yang ke 4 drp tahun 1430..kebetulan pula merupakan malam terakhir bagi tahun 2009..1430 tahun yg lalu telah berlaku satu hijrah-dari Makkah ke Yathrib- membuka lembaran agung..yg di dalamnya tersimpan banyak sekali pengajaran,hikmah dan ibrah..daripada peristiwa Abu Salamah yang dihalang berhijrah bersama isteri dan anaknya, hinggalah perancangan serta strategi nabi s.a.w sendiri ketika keluar berhijrah bersama Abu bakr ..semuanya merakamkan pengajaran utk kita semua hayati dan bawa dalam kehidupan harian...


asalnya tiada nas menyuruh kita meraikan 1 muharram secara sambutan, para salafussoleh pula ..mereka sentiasa mengingati peristiwa2 ini dan ibrah2nya di dalam jiwa..sentiasa terakam di dalam kehidupan harian mereka untuk dihayati...kemungkinan lalainya ummah terkemudian, tidak sepertu yg terdahulu, menimbulkan idea tentang sambutan memperingati hari hari bersejarah termasuk awal muharram ini..mungkin daripada tak ingat langsung,maka diingatkanlah bagi mereka tarikh2 ini, agar peristiwa penuh pengajaran tidak luput terus dari minda ummah ini..


zaman ini, setiap kali tibanya 1 Muharram, ummat menyambutnya tidak kurang meriah.terutamanya di masjid,surau,balaisah, dimulai dengan doa akhir tahun,doa awal tahun, sehinggalah sambutan khas menyambut maal hijrah. ada yang menganjurkan ceramah, tidak kurang juga yang menumbangkan lembu dan kambing untuk jamuan sempena maal hijrah..


di setengah masjid, jika seratus lebih org menghadiri sambutan mlm hijrah, semuanya solat jemaah, mendengar majlis ilmu dan bersantap berjemaah...namun bila awal muharram pergi, keadaan "pulih" seperti biasa...jemaah masjid tinggal kurang dari suku saf pertama, jumlah ini jugalah yg mendengar kuliah harian/mingguan.. begitulah setiap tahun..muharram dtg dan pergi..ke mana agaknya pergi penghayatan hijrah??


Rasulullah s.a.w pernah bersabda menerangkan hijrah yg hakiki: ...dan seorang muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah.” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari.


hakikatnya, kita perlu memperbaiki keadaan masyarakat kita hari ini..kita perlu berusaha mewujudkan kefahaman Islam yang diwariskan oleh Rasulullah, agar masyarakat kita benar benar menghayati mesej hijrah, seterusnya mengamalkannya di dalam kehidupan harian. agar kita dan masyarakat kita mampu berhijrah meninggalkan segala kemungkaran yg masih berbaki di dalam kehidupan harian kita...


hijrah berkait rapat dengan niat. hinggakan, di dalam hadis niat, baginda s.a.w memberikan contoh "org yg berhijrah". hanyalah yg berhijrah ikhlas kerana Allah dan Rasul, yang mendapat ganjaran yg dijanjikan.


oleh itu ingatlah kita, bahawa kita perlu mengihklaskan diri dalam berhijrah-meninggalkan larangan Allah, dan mengajak masyarakat berhijrah dalam ertikata yg sama. jadilah seorg muslim yg mukmin, yg menyeru kepada Islam, menghapuskan kebatilan dan kemungkaran, bukan kerana dunia dan habuan nya, tetapi kita melakukan semua amalan ini kerana Allah Ta'ala, sepertimana hijrahnya Rasulullah dan para sahabat, dan hijrahnya orang orang terdahulu yang telah pergi mendahului kita dengan iman.


salam penghijrahan...semoga kita dapat meningkatkan diri kita dalam berjuang di dalam kembara menyusuri sabilillah..

Hukum lelaki berinai- al-hadaf[brunei]


BOLEHKAH LELAKI 'BAPACAR'?


Sebelum kedatangan Islam, berinai atau 'bapacar' sebenarnya sudahpun wujud. Orang sudah tahu 'bapacar' itu sebagai salah satu cara untuk berhias. Tidak terkecuali juga bagi masyarakat Melayu, mereka menggunakan 'pacar' sebagai salah satu cara berhias. Ini termasuk menjadikannya sebagai salah satu acara di dalam adat perkahwinan orang Melayu, samada bagi pengantin lelaki ataupun pengantin perempuan.


Bagi perempuan, hukum berinai atau 'bapacar' itu adakalanya sunat, adakalanya makruh, dan bahkan adakalanya haram. Perbezaan hukum ini nampak apabila dirujuk kepada keadaan serta status perempuan itu sama ada bersuami atau tidak. Selain itu, dirujuk juga kepada tujuan berinai atau bapacar itu.


Bagaimana pula bagi lelaki, terutama bagi mereka yang menjadi 'raja sehari'? Apakah hukum 'bapacar' bagi pengantin lelaki? Macam mana pula kalau inai atau 'pacar' itu digunakan pada uban atau janggut?


BERINAI ATAU 'BAPACAR' BAGI LELAKI
Adapun berinai atau 'bapacar' dengan daun inai atau sebagainya, pada dua tangan dan kaki, bagi kaum lelaki hukumnya adalah haram. Di antara dalil yang mengharamkan lelaki berinai atau 'bapacar' ialah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim:
Maksudnya: "Daripada Anas dia berkata: "Bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang kaum lelaki memakai za'faran (kuma-kuma)."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Za'faran (kuma-kuma) adalah sejenis daun tumbuh-tumbuhan yang mengeluarkan warna serta berbau harum.


Dilarang memakai za'faran (kuma-kuma) bagi lelaki adalah kerana warnanya bukan baunya, kerana memakai benda yang harum bagi lelaki adalah disunatkan. Daun inai itu sama seperti za'faran dari segi mengeluarkan warna dan bau.


Tambahan lagi, perbuatan berinai pada tangan dan kaki itu di dalamnya unsur-unsur menyerupai atau meniru-niru cara kaum wanita berhias. Haram hukumnya perbuatan meniru-niru atau menyerupai antara lelaki dan perempuan sebagaimana ditegaskan di dalam sebuah hadis sahih:
Maksudnya: "Daripada Ibnu 'Abbas Radhiallahu Anhuma beliau berkata: "Bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau meniru-niru kaum wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau meniru-niru kaum lelaki."
(Hadis riwayat Bukhari)


Bagaimanapun jika sekiranya lelaki itu berinai atau 'bapacar' kerana ada keuzuran iaitu keperluan atau hajat untuk berubat, tidaklah diharamkan malahan tidaklah dimakruhkan ke atasnya untuk berinai.


Tersebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud :
Maksudnya: "Daripada Salma khadam Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dia berkata: "Tidak mengadu kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam seseorang tentang sakit di kepala melainkan Baginda menyuruh orang itu supaya berbekam, dan tidak mengadu kepadanya seseorang tentang sakit di kakinya (pecah kulit) melainkan Baginda menyuruhnya supaya berinai."
(Hadis riwayat Abu Daud)


Merujuk kepada apa yang berlaku sekarang ini di tengah masyarakat kita, perbuatan berinai atau 'bapacar' bagi lelaki masih wujud walaupun ada di antaranya telah mengetahui tentang hukumnya, khasnya kepada pengantin lelaki pada majlis malam 'bapacar'. Berinai atau 'bapacar' bagi pengantin lelaki hukumnya tetap dilarang. Pengecualian daripada hukum tersebut hanya terbatas kepada keadaan jika ada keuzuran sahaja, iaitu bagi tujuan berubat, sebagaimana disebutkan terdahulu.


Secara umumnya berinai atau 'bapacar' bagi pengantin lelaki pada tangan dan kaki hanya merupakan adat semata-mata, tidak ada disyariatkan di dalam Islam.


BERINAI ATAU 'BAPACAR' PADA UBAN ATAU JANGGUT


Sunat berinai atau 'bapacar' dengan daun inai atau sebagainya pada uban dan janggut, dengan warna merah atau kuning bukan warna hitam. Perkara ini telah disepakati oleh ulama Syafi'e.

Di antara dalil yang menunjukkan sunat berinai atau 'bapacar' pada uban dan janggut, hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:
Maksudnya: "Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu katanya: "Nabi Sallallahu Alaihi Wasalam bersabda: "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak mencelup (rambut dan janggut meraka), kerana itu buatlah kelainan daripada mereka."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sementara itu dalil yang menunjukkan haram berinai atau 'bapacar' dengan warna hitam ialah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim:
Maksudnya: "Daripada Jabir bin Abdullah katanya: "Pada hari penaklukan Mekah di bawa Abu Quhafah ke hadapan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan rambut dan janggutnya memutih seperti tsaghamah (sejenis tumbuhan bunga dan buahnya berwarna putih seperti putih uban). Maka bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: "Celuplah (rambut dan janggut) kamu selain dengan warna hitam."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Di samping itu ada hadis lain yang menyebutkan akan amaran terhadap orang yang mewarnakan atau berinai dengan warna hitam sebagaimana sabda Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam daripada Ibnu 'Abbas Radhiallahu Anhuma:
Maksudnya: "Akan ada satu kumpulan orang berinai dengan warna hitam pada akhir zaman (seperti sekarang) seperti dada burung merpati yang hitam, mereka tidak dapat mencium bau syurga."
(Hadis riwayat Abu Daud, Nasa'i dan lain-lain)


Terdapat pengecualian daripada hukum haram berinai atau 'bapacar' dengan warna hitam itu di mana dibolehkan bagi lelaki berinai atau bapacar uban atau janggut, iaitu pada waktu peperangan supaya kelihatan muda dan perkasa bagi tujuan menggerunkan dan menakutkan musuh.

9.49pm-26/12/08

Rehlah di Cuti Hari Natal

pagi pagi lagi handset berbunyi...rupa rupanya ustz husni, yg sekarang dah pun memulakan kerjanya dalam industri hub halal haram mesej tanyakan ada di uia atau tak...oh..hari ni cuti yang ditetapkan kerajaan malaysia bagi menyambut hari krismas...tak pasal pasal dua kelas aku hari ni pun turut dicutikan....

tak lama kemudian husni sampai...bersembang sekejap kami terus ke kafe faruq utk sarapan. mengenangkan kekosongan aktiviti hari ni aku ajak husni berjalan jalan kebetulan dia bawa kereta..aku kontek sheikh apen dan siiraj munir utk memeriahkan lagi rehlah...

mula mulanya pergi giant...husni ckp nak beli makanan utk berkelah di rebutia...lama jugak la kami tercegat di seksyen roti dan makanan di giant...memilih itu dan ini... kemudian terus meneruskan misi ke rebutia..

sampai di rebutia, kereta berderet parking di sepanjang jalan. tempat port mandi yg selalu menjadi kubang kami pun dah dipenuhi orang...kita merancang, Allah pun merancang, sebaik2 perancangan adalah perancangan Allah... sedar akan waktu zuhur yg hampir, kami patah balik ke uia utk solat zohor dahulu..

usai solat zohor, kami meneruskan perjalanan.hajatnya nak ke beberapa tempat /taman berdekatan area taman tasik perdana...mula mula kami ke taman tasik perdana itu sendiri...

taman tasik agak luas, tapi oleh kerana ketiadaan tanda tanda tempat, seperti peta taman, susah utk kami melawat semuanya. jadi hanya sempat melawat beberapa tempat seperti taman rusa dan kancil, dinosaur park, dan melihat org2 berkayak bersampan di dalam tasik...(sbb husni yg mulanya semangat nak kayuh basikal air tibe2 kensel huhuhu...). adapun taman taman yg lain bg aku kurang menarik...x selengkap taman burung yg aku pergi x lama dulu..taman oasisnya ntah apa yg oasis ntah...taman herba pulak, tak semua herba dilengkapi papan tanda maklumat...DBKL kena amik tindakan ni...

menjelang asar, kami sudahpun sampai ke UIA..habis lah siang cuti hari krismas dengan sebuah rehlah...

p/s: gambar ada la sikit sempat ditangkap insya Allah akan diupload kemudian.

25/12/08-9.44pm

lembaran baru

23/12/08- sampai ke bumi taman ilmu dan budi, utk memulakan satu lg lembaran baru dlm meneruskan kembara ilmu dalam kelana perjuangan ini.
semester ke-2 untuk meneruskan ijazah sarjana dalam fiq usul fiqh..doa dipanjat ke hadratNYA agar terus merahmati perjalanan yang masih jauh ini...

takut juga jadi seperti sem lepas, banyaknya cuti membuatkan kerja kerja banyak ditangguhkan...ditangguhkan bukan tertangguh..sem ini pun minggu minggu pertama dah byk cuti...24/8 dah mula kelas, 25 cuti...lepas ni 29/12 cuti lagi awal muharram...1/1 cuti pulak lagi..semoga diri ini mengambil iktibar dari lembaran lembaran silam yang sudahpun berlalu...put the past behind, but never forgot to learn from the past...

subjek subjek sem ini pun agak mencabar...terutama subjek subjek seperti critical thinking dan islamization of knowledge...semoga dipermudahkan jalan olehNYA.

.allhumma la sahla illa ma ja'altahu sahla, wa anta taj'ala as-sa'ba in syi'ta sahla...

siiru ala barakatillah...

Daie21: Rintihan dan harapan

Singkap tirai hari
Untuk mencari
Yang berjalan atas sinar ilmu
Yang melafazkan kalam yang haq
walau mengundang tohmahan
yang sanggup menelan muhasabah
walaupun lidah kepahitan

apa yg mudah ditemui
hanyalah yg bicaranya pijar
bila menyerang lawan
namun berubah semanis madu
bila membela teman
walau teman menegak benang yg basah
hati bimbang
adakah zaman itu telah tiba

fitnah,
si tua telah dewasa di dalamnya
yg muda membesar dengannya
lalu ia digelar sunnah
penghapusannya digelar mungkar

Ya Tuhan,
Jauhilah daku dari menjadi
Si penunut ilmu yg terlaknat
Kerana niatnya bukan keranaMu
Tapi kerana seronok berdebat dgn si jahil
Atau bisa menetang para ulama
Juga untuk membeli dunia dengan menjualnya

Sinar masih ada
Ia pasti ada
Atas dasar aqidah
Atas amal dan penghayatan ilmu
Campaklah ketaksuban sejauhnya

Ayuh kita
Jubah ukhuwah yg terkoyak itu
Kita sama jahit kembali
Agar Binaan ummah
Yg selama ini ugah
Dpt kita utuhkan kembali…

15/12/08-12.19am

What's up doc??: Kembara mencari arnab :)


slps sibuk dgn persiapan aidiladha, minggu ni dpt luangkan masa untuk mencari arnab untuk memulakan semula projek arnab. oleh sebab bun bun dan pasangannya dah warna dutch, hajatnya nak cari arnab kaler lain pulak.aku ajak anak jiran, ayie membonceng honda 70.

sasaran pertama rumah najib. arnab yg dia beli masa kecik, sekarang dah jadi bapak arnab.anaknya 5 ekor. masalahnya dua arnab jantannya bergaduh teruk.jadi mulanya nak diserahkan salah satu kat aku. aku pesan tunggu dulu sebab nak cari kawannya. jadi minggu ni kebetulan free, jd aku pergi. tp dah bukan rezeki aku, arnab tu dah diserahkan kepada org lain.

esoknya aku ke rumah tg bahri yg pernah beli sepasang arnab dari aku. khabarnya arnabnya dah biak, jadi aku ke rumahnya utk tinjau tinjau.rupanya tg bahri pun baru jual anak anak arnab seminggu yg lepas. yg tinggal arnab2 dewasa yg dijadikan induk.

hari ini sekali lagi aku dan ayie bermotosikal utk mencari arnab. mula mula rumah menantu we manan-arnabnya dah tua katanya, lepas tu rumah wak arif-dia tinggal induk utk dibiakkan, katanya kalau ada anak nanti dia akan bgtau , lepas tu rumah din mancis-tinggal sekor je arnab dia,jantan. tinggal satu saja rumah yg x pegi, rumah hj maarof.

rumah hj maarof ada byk arnab.aku mula2 nampak masa pergi bertunang anak hj moin.hari tu sekali aku try tanya2, tp tanya anak arnab. kali ni aku tanya arnab betina pula. arnab dia memang byk, kaler pun ok, ada kaler2 best mcm kelabu,coklat,kelabu coklat..sistem sangkar dia pun ok,controlled breeding,dia asing jantan betina, sebelah menyebelah.arnab2 tu tuannya di kl, jd cucunya telefon tuan punya arnab utk tanya boleh jual ke tidak. mula2nya x da masalah, aku siap dah pilih dah kaler yg best. tapi kaler yg aku pilih arnab yg tuannya sayang...ada satu lagi pilihan kaler best, tp dah agak tua...jadi petang tadi pulang tangan kosong juga seperti sebelumnya..

di mana la aku nak cari arnab ni lagi ye..dah 3 kampung aku round..hehehe

12.45am-13/12/08







Aidil adha dan ayyamu tasyrik baru saja berlalu. Aidiladha tahun ini memang meriah, dalam kampong Dong x kurang 20 ekor katanya dikorbankan…surau belakang rumah juga lembu korban lebih byk dr tahun2 sblmnya…5 ekor…alhamdulillah ibadah korban tahun ini berjalan lancar, dari mencari lembu,mencari peserta hinggalah urusan penyembelihan, melapah,hingga pembahagian daging. Alhamdulillah semua main peranan,guna kemahiran masing2 dgn baik...

Namun aidiladha tahun ini memberikan satu “kenangan” amat bermakna buat dicatat dlm kembara perjuangan ini...

Sedang asyik praktikal melapah yg baru dipelajari dari seorg shbt, aku membantu memegang paha lembu yang hamper tinggal tulang yg tergantung pada palang. Entah mcm mana tergoyang, lalu parang tajam shbt yg melapahnya tersasar lalu terkena jari aku..mula mula ingat luka biasa. Aku bergegas balik ke rumah, bubuh minyak gamat dan balut dengan kain putih. Masa tu aku x rasa risau lagi walaupun kak de dah start risau tengok darah tak henti2 mengalir.aku boleh pergi semula ke surau, dekat tempat org buat kerja melapah.

Hampir masuk waktu zuhur, balik ke rumah utk bersiap,hajatnya nak ke masjid. Terkejut mula wujud bila aku buka balutan darah masih mengalir mcm mula mula tadi. Minyak gamat yg selalunya dikira handal menghentikan luka tewas...aku hanya pikir satu cara je nak hentikan darah..jahit..aku terus ajak sepupuku nuar hantar ke klinik.

Semenjak dikhatankan darjah empat dulu, inilah kali pertama kena jarum semula.dua kali pulak tu. Takpelah, nak baik kena tahan sikit.kena 3 jahitan. Berbalut lah jari, dapatlah praktik cara berwuduk bagi org yg sakit..sblm ni hanya baca dan ajarkan pd org saja..kali ni dpt praktikal.

Mcm tu la cerita nostalgia aidiladha tahun ini..pagi td, jumaat 12/12/08, alhamdulillah buka jahitan. Luka pun dah kering dan kulit dah bertaut.syukur alhamdulillah...

13/12/08-12.23am

Syukur Alhamdulillah....

hanyalah setinggi tinggi lafaz kesyukuran yg dpt kuungkapkan
apabila melihat keputusan semester pertama pengajian sarjanaku
alhamdulillah....


terima kasih buat mak dan pak yg mendoakan anakmu ini
terima kasih buat para murabbi yg x putus2 mencurahkan ilmu
terima kasih buat shbt2 yg banyak membantu dan memberi semangat
x lupa buat munir dan azam yg selalu study bersama2 di library....menjadikan suasana yg relax dan release tension

moga perjalanan yg masih jauh ini akan terus diberkatiNYA...

amiin ya rabbal alamin..

12.34am-6/12/2008

See U D IPT ??

See U D IPT

Alangkah riangnya di hatiku Luahan hasratku mendapat perhatian
Ku terima balasan darimu Kau jua menyimpan perasaan
Warkahmu memberi kepastian Hanya kejayaan menentu pertemuan
Setiap kali di akhir katamu Kau selalu tulis See You D IPT
Guru selalu mengingatkan Kita dilarang berkasihan
Ketika masih di alam persekolahan
Bangkit semangat keazaman Memburu cita dan impian
Biar terpaksa rahsiakan hubungan


Mungkin dah ramai pelajar2 sekolah yg beramal dengan lirik nasyid ini.. cinta dijadikan pembakar semangat belajar…ketepikan dulu sekejap…nanti kita belajar rajin2 dan kita bertemu di IPT…kat sana nanti kita kan teruskan cinta..

Lalu bertemula di IPT…alhamdulillah kita tengok ada yg bila dah bertemu di IPT mereka bertunang dan berkahwin…alhamdulillah..terpeliharalah kalian daripada fitnah fitnah…

Tapi Ada juga yang bertemu di IPT….gaya nak bertunang x ada…nak kahwin..jauh sekali….tapi lagak berpasangan ngalahkan org berkahwin…jalan berdua..makan berdua….naik motor pun selamba cipan tenuk je berdua…

Kami memang suka sama suka..tapi nak bertunag..duit x cukup lagi..blaja ni pun mak ayah tanggung lagi…apa lagi nak kahwin…kalau dah tau duit tak cukup…buat la cara org tak berduit…kalo dah tau mak ayah tanggung..buat la cara mak ayah tanggung..jgn buat cara awk yg menanggung org…

Indahnya kalau belajar rajin2 itu ikhlas keranaNYA…segala ganjaran yg dijanjikan Allah dan RasulNya insya Allah akan diperolehi…tapi org yg berhijrah kerana dunia dan habuannya..atau perempuan yang nak dinikahinya…maka hijrahnya mengikut apa yg diniatkan..ditujukan….demikian juga pekerjaan lain…jika struggle ke IPT. Atau di IPT kerana perempuan yg nak dinikahinya…maka jika ada jodoh maka kahwinlah ia…tapi jika tiba tiba si dia berubah hati…pulangkah dia dengan ganjaran yg lain??

Jgn tudingkan jari kpd penulis lirik see u d ipt…kerana empat lagi jari kita menuding ke arah diri kita sendiri…kita kan dah ada panduan Quran dan sunnah,sesuatu yg jauh lebih berhak bahkan wajib kita ikuti!!!

5/12/08-12.56am