tinta kembara 30july09

dah lama tak update blog...padahal hari hari saya online, terutamanya di UIA..sebenarnya banyak benda yg nak ditulis..diluah dan sebagainya...tapi bila difikir bukan semua benda boleh ditulis online yg boleh dibaca satu dunia...nak2 yg melibatkan sesuatu yg mungkin boleh timbulkan aib org...tapi terkadang terasa benda itu seperti benda penting yg orang ramai perlu tau utk ambik pengajaran..lalu saya dlm dilema..sampai saat ni nak tulis ke tak nak tulis

jadi saya tulis benda lain dulu..

madah utk semester ini
utk coursework madah saya hanya tinggal dua alhamdulillah...sengaja saya tinggalkan dua2 utk akhir sem ni madah dlm bhs arab...sbb biasanya madah dlm bahasa inggeris saya susah score hehehe

kedua dua madah yg saya ambil sem ini byk memberikan ilmu2 baru kpd diri ini..menjadikan ianya menarik...bagus juga sebab dlm sem ni ada bulan puasa...jadi tak mengantuk dalam kelas..

bidang perbandingan agama bukanlah bidang biasa bagi saya..sebelum ini banyak sangkaan2 dan maklumat yg tidak begitu baik tentang bidang pengajian ini. tapi bila mengambilnya sem ni, saya sekurang2nya boleh "husnu zon" pd bidang ini...bila mendengar dr pakarnya sendiri barulah kita memahami apa yg dimaksudkan sebenarnya dgn beberapa isu..bak kata dr anis, salah memahami istilah shj dah boleh bawa mcm2 salah faham dan buruk sangka...

satu madah lagi tentang qiyas dan ta'lil..seperti biasa bidang usul fiqh akan ada menyentuh ilmu kalam..dr hasan hendoui byk bawak pendekatan berlainan..terutama dlm menjelaskan pendapat2 firaq..beliau byk memberikan penerangan berbentuk husnu zonn kpd firaq seperti muktazilah..walaupun sebahagian mereka dlm kelas seolah2 menganggap beliau membela muktazilah...bagi saya beliau tidak begitu..beliau melihat kpd muktazilah dlm konteks yg lebih luas...melibatkan paraktikal sebahagian ulama2 mereka - yg dikira muktabar sprti abu al-hasan al-basri penulis kitab al-mu'tamad..bukan sekadar teori yg kita ketahui shj..

al-majmuk vs al-bayan
dalam kuliah fiqh manhaji, selalunya saya akan merujuk kitab al-bayan fi mazhab as-syafi;i..antara sebabnya ia adalah antara kitab furu' mzhb syafii yg ada di rumah..kebetulan semalam kitab itu tidak ada di library jadi saya merujuk kpd al-mujmu'..kedua2nya syarah kepada kitab al-muhazzab fi al-fiq al-imam as-syafi'i...bukan pertama kali saya membaca al-majmuk karya imam an-nawawi ni..tapi mungkin semalam saya dapt melihat satu perbezaan ketara..yg mungkin menyebabkan saya merujuk majmu' lebih dr al-bayan...sebabnya? imam nawawi menyatakan status hadis utk setiap syarah bg qaul imam syirazi dlm al-muhazzab..dlm al-bayan sekadar takhrij..

cukup setakat ini dulu..jumpa di lain hari ya!!
assalamualaikum..
1.23am

zulikhwanzahari: Perlukah muslimah upload gambar

dipetik dari : http://zulikhwanzahari.blogspot.com/2009/07/muslimah-upload-gambar.html tanpa edit ape2

Muslimah Upload Gambar
Dunia semakin canggih, segalanya hanya di hujung jari. Klik saja terus dapat. Bercerita tentang aktiviti meng'upload' gambar pada laman-laman tertentu seperti Friendster, Myspace, Facebook, Blog dan lain-lain dilihat kini menjadi perkara biasa sahaja terutama dikalangan wanita yang bergelar muslimah. Gambar-gambar yang di'upload' itu disertai dengan bermacam-macam ragam, aksi(aksi yang paling popular adalah 'peace' dengan dua jari) dan gaya 'posing' yang berbagai sehingga ada gambar-gambar yang di'upload' menampakkan kesan-kesan jerawat yang ada di muka. Terbit rasa hairan di dalam hati ini, di manakah perginya rasa segan mereka? Tidakkah terbit rasa malu di hati mereka? Malu adalah merupakan lambang keimanan...

Berbagai kemungkinan yang menjadi tujuan utama mereka meng'upload' gambar-gambar pada laman-laman tertentu seperti gambar tersebut adalah untuk tontonan umum sebagai menceritakan perkara-perkara yang telah berlaku dengan gambar seperti menyambut hari lahir, hari raya dan pergi melancong. Kemungkinan juga tujuannya adalah supaya orang yang tidak mengenali mereka boleh mengenali dengan gambar dan mungkin juga sebagai tontonan untuk mereka yang sudah kenal serta boleh melihat gambar selalu. Mungkin juga mereka ingin mempertontonkan kepada umum kecantikan yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Ada golongan yang mem'private'kan album gambar mereka dan hanya boleh ditonton oleh orang-orang tertentu sahaja(jawapan ada dibawah). Berbagai kemungkinan, segalanya bergantung kepada tujuan dan niat masing-masing.

Tidakkah kalian merasa gambar kalian adalah sangat berharga? Adakah wajah kalian yang cantik itu dicipta hanya untuk tontonan umun? Tidak salah rasanya jika ada yang menyatakan bahawa ramai yang bangga meletakkan gambar dengan niat mahu mempertontonkan kecantikan yangg telah dikurniakan Allah kepadanya. Sanggupkah kalian menjadikan wajah yang cantik itu untuk memerangkap kaum lelaki, menggoyahkan iman kaum lelaki dan seterusnya mampu meruntuhkan iman kaum lelaki yang melihat gambar tersebut? Sanggupkah kalian menjadikan gambar dan diri kalian menjadi bahan umpatan bagi kaum lelaki? Tentu kalian tidak tahu apa yang mereka bualkan di belakang, jika kalian tahu sudah tentu kalian akan 'cuak' untuk meng'upload' gambar.

Dunia hari ini semakin canggih sehingga kita tidak mampu untuk mengejar satu persatu kelajuan perkembangan teknologi. Perlu kalian ingat bahawa hanya dengan 'klik' pada butang tetikus sahaja gambar kalian akan ter'save' secara automatik dan dimuat turun ke mana-mana komputer sahaja. Bagi kes mereka yang mem'private'kan album gambar, perlu diketahui bahawa orang lain mungkin tidak mampu untuk memecah masuk ke album 'private' anda tetapi perlu kita ingat bahawa 'owner'(pemilik) laman tersebut senang sahaja melihat gambar-gambar 'private' kalian. Perlu kalian tahu bahawa selain pemilik laman tersebut, mungkin ada dikalangan 'hackers' yang mampu memecah masuk ke album-album peribadi kalian. 'INGAT', dengan segala kecanggihan yang ada kini dengan mudah sahaja gambar-gambar kalian di'edit' oleh mereka yang tidak bertanggungjawab menggunakan Superimpose Photo, Photoshop, Fireworks dan lain-lain. Jangan kalian terkejut sekiranya gambar-gambar kalian terpampang pada skrin laman-laman yang tidak sepatutnya kerana hanya satu kesilapan sahaja. Adakah ketika itu kalian mampu lagi berbangga? Apa yang mampu anda lakukan ketika itu adalah hanya merintih tak tentu pasal sahaja atas kesilapan yg dilakukan oleh kalian sendiri.

Perlu ambo tekankan di sini bahawa ambo bukanlah musuh-musuh kalian semua, bukan mahu mengaibkan atau menghentam kalian semua tetapi ambo adalah saudara seislam kalian yang hanya mahu mengingatkan diri ini sendiri dan kalian semua agar gambar-gambar kita tidak dieksploitasi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

http://www.youtube.com/watch?v=OVHDB7BnuWohttp://gadis-melayu-bertudung.blogspot.com

Jika kita perasan, laman di atas kadangkala mencerita perkara yang langsung tidak ada kena mengena dengan gambar yang dipamerkan. Semoga kita memelihara diri dan maruah kita daripada dicemari oleh manusia yang tidak berakhlak.Kadang-kadang kita hendak menasihati orang supaya jangan meletakkan gambar dengan sewenang-wenangnya pada laman friendster, myspace, facebook, blog dan lain-lain tetapi seolah-olah macam tak makan saman. Nanti kata "ala..ape salahnye..". Tapi kalau tak peduli kena eksploitasi..terpulanglah pada diri masing-masing. Kalau nak letak sangat gambar, sila fikirkan bagaimana keadaan gambar itu supaya tak dieksploitasi seperti yang ada dalam laman di atas. Apa-apa pun, marilah sama-sama kita menjaga pandangan kita

."Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat". - An-Nuur: 30

MP3


rasa2 perlu cari mp3 yg berkualiti...
sebelum ni pernah memiliki mp4 tapi agak hampeh kata org...
rasa perlu kpd mp3 ni...nak merakam benda2 pntg, slps hanya mencatat kuliah abu syuaib dgn taipan sms hr tu..


Alhamdulillah, rancangan saya membawa ustaz Abu syuaib @ Abu Safiyyah, Mohd Khairul Anwar bin Abd Latif sebagai penceramah jemputan sempena Isra' Mi'raj di masjid kariah kampung saya, masjid Jame' Kampung Dong, diperkenankan oleh Allah s.w.t. berbekalkan telefon bimbit e-touch D22 saya sempat membuat sedikit nota ringkas untuk dikongsikan buat anda semua.

Yang penting isi, bukan tarikh.

Beliau membuka kuliahnya dengan menyebut perselisihan ulama tentang tarikh isra' mi'raj, serta menerangkan tarikh 27 rejab yg masyhur di kalangan kita bukanlah pendapat yg tepat, antara hujahnya ia bertentangan dengan kesepakatan ulama tentang berlakunya isra mi'raj selepas pemergian khadijah pada tahun kesepuluh kenabian, sedangkan pada 27 rejab tahun kesepuluh kenabian khadijah r.a belum lagi wafat. Selepas itu beliau juga menyebut tentang perselisihan ulama tentang beberapa tarikh peristiwa lain seperti kelahiran nabi s.a.w.

Kemudian beliau menerangkan bahawa yg penting ialah isi dan pengajaran yg perlu kita ambil daripada peristiwa2 yg berlaku, bukan sekadar mengingati dan meraikan tarikh2 sahaja. Al-Quran sendiri mementingkan isi dan pengajaran di dalam kisah kisah yg dibawanya utk dijadikan pengajaran dalam hidup. Contohnya kisah Luqman al-hakim, Al-quran tidak menyebut luaran Luqman tetapi menyebut keperibadian dan nasihatnya yang penuh pengajaran.

Kesilapan begitu menumpukan pada tarikh, bukan pengajaran menyebabkan Islam jadi agama yg bermusim, diraikan dan diingati pada tarikh2 tertentu sahaja, setelah itu ia dilupakan, pengamalan dr pengajaran peristiwa hilang begitu sahaja. Contohnya balik dari sambutan sesuatu peristiwa, akhirnya kita tidur dan berakhirlah segalanya. Sedangkan Islam itu Diinul Hayah, yang dipraktikkan setiap masa, dalam segala aspek kehidupan. Daripada bangun tidur sehingga tidur semula.

Kaitan Tauhid dengan Isra' mi'raj

Kemudian perbincangan jadi lebih menarik bila beliau mengaitkan peristiwa isra mi'raj dengan Tauhid. Beliau menyingkap peristiwa peristiwa yg dihadapi nabi s.a.w sebelum berlakunya isra mi'raj.

Nabi s.a.w ditentang oleh musyrikin Quraysh kerana ajaran tauhid yg baginda bawa. Ajaran yang mengajar Tauhid di dalam doa,pengagungan, takut dan cinta. Islam mengajar manusia mengesakan Allah dalam semua perkara ini, dan jangan menduakannya dengan benda2 lain. Beliau memberikan contoh dari kedua2 zaman jahiliyah dan moden, seperti cinta kepada berhala,I'tiqad, keyakinan terhadap tangkal, dan memohon doa daripada guru guru yang sudah mati. Semuanya boleh membawa kepada syirik dan terbatalnya iman. Beliau turut mengingatkan tentang sikap sebahagian muslim yg hanya menumpukan pada perkara2 yg membatalkan ibadah sahaja, dan mengabaikan perkara2 yg membatalkan akidah.

Beliau juga menerangkan tentang syirik kecil yg menjadi dosa besar apabila berlaku, contohnya menganggap tangkal, permohonan doa sebagai ikhtiar sahaja, dalam masa yg sama menyedari hakikatnya semua berlaku kerana kehendak Allah.

Setelah itu baginda beralih dakwah ke Taif, dengan harapan agar penduduk Taif lebih menerima dakwah, namun kesudahannya dakwah baginda ditolak bahkan baginda dihalau dalam keadaan yg menyedihkan dan menyayat hati. Setelah itu baginda berhadapan pula dengan kesedihan berikutan kematian dua org yg baginda kasihi dan banyak membantu perjuangan baginda, iaitu Khadijah r.a. dan abu Talib.

Lalu setelah baginda s.a.w melalui semua ini, allah mengurniakan Isra' Mi'raj sbg satu penawar dan pengubat duka kepada baginda.

Ayat pertama Surah al-Isra': nabi s.a.w sebagai hamba

Beliau mula memasuki perbincangan mengenai isra mi'raj itu sendiri melalui ayat pertama surah Isra'. Allah Ta'ala menyebut tentang perjalanan malam seorang hamba, merujuk kepada nabi s.a.w. antara tujuan menyebut rasul sebagai seorg hamba ialah supaya rasul tidak diagungkan melebihi tahap yg sepatutnya, seperti yg berlaku di dalam agama Nasrani, yg mengangkat nabi isa a.s sebagi anak Tuhan.

Isa sebagai tuhan anak bukanlah ajaran sebenar yg dibawa oleh baginda a.s. akan tetapi ianya satu pengubahan yg dicipta oleh pendeta-pendeta mereka. Perbuatan mengubah agama selalunya dilakukan oleh golongan yg mengetahui bidang agama, atau bahasa mudahnya ustaz ustaz.

Golongan ustaz2 di dalam syiah misalnya telah mencipta hadis2 palsu, yg akhirnya menjadi I;tikad mereka, seperti dakwaan nabi mewariskan kepimpinan khalifah pada Ali, yg akhirnya mengakibatkan pengkafiran para sahabat.

Di dalam masyarakat kita pula sebahagian ustaz yg kurang mahir dlm bidang hadis telah menyebarkan hadis2 yg tidak boleh diterima seperti hadis palsu, sehingga ia dianggap oleh masyarakat sebagai sebahagian daripada agama.

Islam agama ilmu

Kemudian beliau mengaitkan gejala mengubah agama dengan hakikat Islam yg sebenar, yg tidak boleh diubah kerana ianya agama Ilmu yg bersandarkan kepada dalil. Istimewanya Islam ia juga bersanad. Dalil dalil yg diguna sebagai hujah mempunyai sanad yg kuat dan baik, iaitu al-quran dan hadis2 yg soheh. Inilah yg menjadikan Islam terpelihara seperti yg dijanjikan oleh Allah Ta'ala di dalam al-quran. Kekuatan hujah Islam terletak pada al-Quran dan as-sunnah itu sendiri, bukan pada individu2 tertentu termasuklah ustaz. Beliau menyeru para pendengar utk berpegang pada dalil, jika soalan ditanya, jawapannya diberi, minta disertakan dalil atas jawapan terhadap sesuatu persoalan agama.

Isra' sahaja bagi golongan anti hadis
Beliau turut menyebut tentang golongan anti hadis yg hanya mahu berpegang kpd al-quran sahaja. Jadi mereka ini kalau dlm peristiwa isra miraj, mereka hanya ada isra-perjalan malam sahaja, kerana hanya itu yg disebut di dalam al-Quran. Sedangkan peristiwa mi'raj , ianya diketahui melalui periwayatan hadis.

Peristiwa ketika mi'raj- azab ke atas mereka yg makan harta anak yatim

Antara peristiwa ketika mi'raj yg diceritakan oleh ustaz ialah bagaimana sekumpulan manusia diazab dengan ketulan2 api, yang masuk dari mulut mereka
(bibir mereka terjelebeh sepereti bibir unta), kemudian keluar pula dari dubur2 mereka. Ustaz kemudian memperingatkan tentang slah satu bentuk makan harta anak yatim, iaitu melalui majlis kenduri arwah, yg si mati meninggalkan anak anak yatim. Ibaratnya mahu menyuapkan makanan kepada para hadirin, tetapi hakikatnya menyuap ketulan2 api kerana memberi makan harta anak yatim.

Ustaz juga menyentuh tentang kenduri arwah mengikut nas, kemudian dari dalam mazhab al-imam as-syafi'I r.h.m, dengan memetik kalam kalam dari kitab induk mazhab seperti al-umm dan majmu', kitab mazhab syafi;I kotemporari seperti fiqh manhaji, serta kitab2 karya ulama nusantara seperti sheikh daud al-fathoni, yg semuanya menunjukkan bahawa kenduri arwah satu perkara yg dilarang.

Utk yg telah berlalu, kita doakan mudah mudahan Allah memberikan pahala kerana yg telah melakukannya –kerana kurang atau tiada ilmu-menganggap ianya sunnah. Namun akan datang, hendaklah kita beramal dengan ilmu yg telah sampai kpd kita.

Dua perkara penting dalam Islam- Cinta dan ikut nabi

Cinta dan ikut (ittiba') perlu berjalan seiring, tanpa mengabaikan salah satu daripadanya. Kehilangan salah satu daripadanya bakal menyjerumuskan kita ke dlm azab allah, seperti apa yg berlaku kpd Abu Talib yg sekadar mencintai nabi, tetapi tidak mengikuti ajaran dan tidak ikut beriman seperti org lain, juga Abdullah bin ubay bin salul yg zahirnya mengikuti nabi s.a.w, tetapi di dalam hatinya dia amat membenci rasulullah s.a.w.

Al-Wala dan al-Bara'
Ustaz membuat kesimpulan dengan menekankan bahawa pengajian Tauhid perlulah sampai ke tahap memahami al-wala dan al-bara. Kita mesti wala dlm mentaati perintah Allah dan rasul tanpa membuat apa2 penambahan dan pengurangan. Kita mesti berlepas daripada segala kekufuran,kesyirikan, kemunafikan dan kefasiqan, maksiat dan bid'ah. wala dan bara juga memestikan kita mengasihi sesame Muslim atas dasar iman, dan membenci kafir kerana kekufuran mereka. Ustaz juga mengaitkan isu kongsi raya ketika menerangkan hal ini, di mana perayaan2 yg berkaitan aqidah org2 kafir bila kita meraikannya menzahirkan lagi agama kufur mereka, serta menggambarkan seolah2 kita menyetujui dan meredhai kekufuran mereka.

p/s: kuliah ustaz abu syuaib memang menarik dan berbeza dgn kuliah2 versi peristiwa yg selalu saya dengar di kampung saya.ia memberikan saya satu lagi ilmu penting dlm menyampaikan amanah ilmu nanti. Alhamdulillah komen2 yg saya terima dari penduduk yg hadir juga semuanya komen positif dan memberangsangkan. Kami dlm perancangan menjemput ustaz abu syuaib utk kuliah bulanan pula insya allah. Doa doakan ya!

1.21am- 19july09

CERAMAH KHAS ISRAK MIKRAJ

CERAMAH KHAS ISRAK MIKRAJ

MASJID JAME' KAMPUNG DONG,27400 DONG RAUB PAHANG
SABTU, 18 JULAI 2009
PENYAMPAI: AL-FADHIL USTAZ ABU SYUAIB MOHD KHAIRUL ANWAR BIN ABDUL LATEF [ B.A USUL FIHQ & M.A SUNNAH UIAM]
SEMUA DIJEMPUT HADIR

monolog

" kampung ni kalau kuliah agama mesti nak masuk politik..."

" kampung ni siapa nak belajar agama, pergi masjid. biarkan saja orang orang muda di stesen bas, penagih dadah terus menagih..."

-kita hanya berusaha menyempurnakan perinahNya. Allah Ta'ala akan memberi hidayah kpd sesorg jika hamba itu memang bersedia utk berusaha utknya...

Allahumma Ahdi Qaumi Fainnahum la ya'lamun...

15/07/09

menuai hasil ayam

kalau anda hanya berbangga dengan farm ville di facebook anda masih ketinggalan hehehe saya dapat menuai hasil dari ternakan ayam kampung saya hari ini. cuma kesilapan teknikalnya si pembeli ialah isteri taukeh bengkel motor tempat saya membaiki motosikal. lalu duitnya saya buat bayar hutang baiki motorsikal...
ayam masih berbaki sedikit...tapi sudahpun ditempah oleh pelanggan..alhamdulillah..syukur kpd Allah

menimbang berat arnab
alang alang menimbang berat ayam utk dijual petang tadi, saya dapat idea utk menimbang semua arnab arnab saya. berikut adalah berat mereka.

bun bun (jantan- 4 tahun)- 1.6 kg
ibu (betina -4 tahun) - 2.3 kg
itam (betina-8 bulan lebih) - 2kg
tompok (jantan-8 bulan lebih)- 1.55kg
isabai (jantan- 8 bln lebih)- 1.7 kg
Cekelat (betina) - 2kg
rambut (jantan- anak cekelat-3bulan lbeh)-1.5kg
itam (betina-anak cekelat-3 bulan lbeh)- 1.5kg

11.04pm-15july09

SEM baru, madah terakhir, rombakan kuliah

Alhamdulillah..SEM 1 2009/2010 bermula hari ini...sem ini saya menghabiskan baki terakhir dua madah yg masih belum disudahkan..iaitu ulama Islam dlm perbandingan agama bersama dr anis malik toha dan qiyas dan ta'lil bersama dr hasan bin ibrahim hendoui..hari isnin dan rabu, jam 10-1.

kerana perubahan hari2 kelas di Uia, saya terpaksa rombak kelas kelas pengajian saya di kampung. alhamdulillah semuanya sudah selesai dengan persetujuan mereka yg belajar bersama saya. jadualnya boleh dirujuk di ruang "kuliah" saya di tepi sebelah kanan anda..

ProTaz: khabar dari Mesir...

ia mula timbul bila saya meluangkan masa bersama shbt2 yg bercuti balik ke Malaysia dr tanah arab..Saya berfikir dua tiga kali juga untuk menulis tentang ini…dan keputusan muktamad saya untuk menulis sedikit tentangnya…

Khabarnya di negeri saya ni berlaku gerakan pengurangan penghantaran pelajar agama ke al-azhar mesir, dan penambahan mendadak pelajar perubatan ke Mesir-tapi khabrnya bukan al-azhar. Penajaan di bawah anak syarikat kerajaan negeri utk bidang pengajian Islam juga khabarnya turun mendadak. Hinggakan di satu cawangan al-azhar di luar kaherah, nisbahnya amat ketara. Nisbah kemasukan yg lepas contohnya, 30:200 bagi pengajian Islam:perubatan.

Wahabi

Saya tak berapa arif penakrifan istilah ini di kalangan pelajar di sana. Mungkin lebih kurang dengan keadaan di tanah air barangkali. Sebab dari khabar yg saya dengar, majority yg mendapat gelaran ini bukan dari kalangan bidang pengajian islam. Perkataan2 yg sering kita dgr diberi kpd mereka yg di tanah air juga hampir serupa dgn mereka di sana, cth: org yg baru jumpa perkara baru bg mereka dlm islam, dan mereka exited utk mengamalkannya, padahal mereka perlu mengkaji lebih dalam dan jauh lagi.

Dengarnya di Mesir mereka yg diberi gelaran ini majoritinya pelajar perubatan, yg katanya dikenali juga dgn gelaran protaz

Protaz

Professional-ustaz- dlm tulisan saya ini khusus bg yg masih dlm pengajian. Yang ini dr khabar yg saya dengar,ada sikap/perbuatan yg agak berbeza dengan protaz di Malaysia. Saya katakan begini kerana setakat protaz2 yg saya kenal di universiti tempat sy belajar, mereka masih berada dlm nilai ilmiah, dan tidak suka mencari cari kesilapan org.

Khabarnya protaz perubatan mesir ini gemar mengunjungi majlis2 ilmu/kuliah2 pelajar jurusan pengajian Islam, kemudian mengesan kesilapan dalam kuliah itu lalu mengajak utk berbincang yg kdg2 membawa kpd pedebatan. Bila mereka tewas, maka akan pulang mengupdate blog dgn menyatakan ketidak puasan hati.


Kesimpulan saya


Saya sendiri tidak tahu benar atau tidaknya perkhabaran ini.tinggal lagi saya tulis juga kerana bagi saya ada nilai utk kita semua bermuhasabah. Jika khabar ini benar maka yg melakukannya perlulah berubah kea rah yg lebih baik dan betul. Jika khabar ini salah, yg hendaklah yg berkenaan meminta maaf dan menjernihkan keadaan.

1.44am-12/7/09

Tujuh puluh tiga pintu, tujuh puluh tiga jalan..yang sampai hanya satu jalan…bunyinya ringkas..alunannya pernah, sedang dan akan terus menjadi halwa telinga…liriknya mirip, atau memang diolah dari salah satu sabda junjungan mulia rasulullah s.a.w…

Kembali pada sabda itu..Mesejnya sudah jelas..yang patut diikut – jalan yang aku (baginda s.a.w) dan para sahabatku berada di atasnya…jangan ramainya kuantiti menyertai jalan lain mendorong kita mengkagumi kemudian menyertai…dan jangan juga kita rasa kurang yakin dengan kurangnya kuantiti yg bersama jalan yg benar…

Kita dan teman teman…Dulu semuanya sama…kini banyak yg berbeza…setelah lama tidak bersua, bila berjumpa terkadang tampak persamaan jelas dan perbezaan juga kadang2 terlalu jelas…

Dek kerana mengikuti lorong2 berbeza…kadang2 lorong2 perbezaan itu hanya bezanya wasilah…kadang2 mungkinkah lorong2 itu lebih dari itu…

Kadang2 Tiba tiba bertembung dalam satu gelanggang dek berbezanya kita dalam pentakrifan istitilah…atau pemilihan pendapat yg paling tepat antara banyak pendapat..

Dalam gelanggang yg lain tiba2 kita bersatu kerana samanya wasilah harakah dan siasah…tapi terpaksa bertembung pula dengan teman teman kita yg lain yang beza pandangan siasah…

Kita semua mesti Mencari titik temu…semoga pertembungan kita bukan pertembungan jalan utama…semoga pertembungan kita hanya pertembungan wasilah…semoga kita bertemu atas titik temu yg dijamin oleh nabi…jalan yg aku dan sahabatku berada di atasnya…

1.43am-12/7/09

Durian!!

10julai09- petang.cuba menghabiskan saki baki cuti semester yg tinggal berapa ari je lg...ni kan musim durian...apa kata kita pergi ke dusun durian naK?

lokasinya di kampung kuala keloi, dekat Ulu Dong...kebun durian ngah deraman, tok kpd ayie..




ni sape x kenal memang la..dah nampak kan buah buahnya bergayutan pada dahan pokok


pakar mencari durian memulakan operasinya....cari dik jgn x cari...
aik..jumpa yg dah berkupas pulak dah....x boleh jadi ni...
ini renjer kita abg mizi atau panggilan mesranya pak cu
ni tuan punya kebun, ngah deraman, pak mentua abg mizi, atok kpd ayie...pak sedara sepupu pd aku

ni plak hasil yg didapat

impian Umar r.a. terhadap anakmu

dipetik dari http://saifulislam.com/?p=6164

Impian Umar Terhadap Anakmu

Sidang Jumaat rahimakumullaah,
Di dalam sebuah rumah di Madinah, ‘Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu duduk bersama dengan sekumpulan sahabat. Beliau berkata kepada mereka, “nyatakan harapan kamu!” Salah seorang daripada mereka berkata, “impianku adalah untuk memiliki emas yang dapat memenuhi rumah ini, agar aku dapat membelanjakannya di jalan jihad.”
Kemudian ‘Umar berkata lagi, “nyatakan harapan kamu!” Seorang lagi sahabat berkata, “impianku adalah agar rumah ini penuh dengan permata dan mutiara agar semuanya dapat kubelanjakan untuk jihad dan kebajikan fi sabilillah.”
‘Umar berkata lagi buat kali yang ketiga, “nyatakan harapan kamu!” Lalu sahabat-sahabat yang ada berkata, “kami sudah tidak tahu apa yang patut diperkatakan wahai Amirul Mu’minin.”
Lalu ‘Umar berkata, “harapanku ialah agar rumah ini penuh dengan lelaki-lelaki seperti Abu ‘Ubaydah ibn al-Jarrah, Muaz ibn Jabal dan Salim budak suruhan Abu Huzaifah, agar mereka semua dapat digunakan bagi meninggikan kalimah Allah!”
Benar.
Semoga Allah mencucurkan redha dan rahmat-Nya kepada ‘Umar. Beliau sesungguhnya tahu apakah sebenarnya tunggak sebuah tamadun, bagaimana misi yang besar boleh Berjaya dan bagaimanakah ummah yang mati boleh dibangkitkan semula.
Walaupun sebuah negara dengan wawasannya memerlukan sumber untuk berjaya, mereka terlebih dahulu memerlukan manusia yang merancang dan menguruskan sumber-sumber itu. Malah di antara segala keperluan sebuah negara, keperluan tertinggi ialah pada lelaki-lelaki sejati, tunggak ummah berdiri.
Sidang Jamaah yang dirahmati Allah,
Sesungguhnya lelaki-lelaki tulen itu amat sukar untuk dicari, sebagaimana sukarnya mencari intan dan permata. Kerana itu, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:

“Lelaki berkualiti seperti unta hanya satu dalyang mampu menanggung beban yang berat untuk perjalanan yang panjang, kamu sukar untuk menemuinya sebagai satu dalam seratus” [Hadith riwayat al-Bukhari]
Sejarah membuktikannya.
Catatan-catatan hebat di sepanjang sejarah itu berlaku bukan ketika umat bertemu permata berharga yang tidak pernah ditemui sebelumnya. Tetapi umat akan mencapai kegemilangan seiringian dengan kemunculan manusia-manusia hebat seperti Salahuddin al-Ayyubi dan Muhammad al-Fatih pembebas Constantinople.
Impian ‘Umar al-Khattab itu adalah sebenar-benar impian yang juga diimpikan oleh lelaki tulen yang hebat sepertinya.
Sidang Jamaah rahimakumullaah,
Lelaki tulen yang bagaimanakah yang kita impikan?
Apakah yang bermisai lintang atau muka dihias jambang?
Pelanggan tongkat ali atau penagih kopi keras malam dan siang?
Jika itulah ukuran ketulenan seorang lelaki, kita sudah memiliki cukup ramai lelaki yang sedemikian itu.
Sesungguhnya kehebatan seorang lelaki, tidaklah ditentukan oleh usia. Di sana terdapat ramai sahaja lelaki yang berusia 60 tahun tetapi memiliki jiwa dan pemikiran berusia 6 tahun. Mereka ini masih tenggelam dalam keseronokan dan hal-hal yang tidak bermakna dalam hidup ini. Sebagaimana mereka begitu mudah dirangsang keseronokan, begitu jugalah mereka ini begitu mudah dikalahkan oleh ujian. Sedikit cubaan hidup menumbangkan kekuatan dirinya.
Mereka ini tidak lebih daripada sekumpulan kanak-kanak yang terperangkap di dalam tubuh manusia dewsa.
Sedangkan di satu sudut yang lain, kita bertemu dengan orang muda yang kata-katanya, tingkah lakunya dan pemikirannya menyerlahkan kematangan dan kejantanan hakiki.
Di dalam satu peristiwa, ‘Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu telah lalu berdekatan dengan sekumpulan kanak-kanak lelaki yang sedang bermain. Mereka bertempiaran lari semasa melihat kelibat ‘Umar kecuali seorang iaitu ‘Abdullah Ibn al-Zubayr radhiyallaahu ‘anhu. Lalu ‘Umar bertanya kepadanya, “mengapakah kamu tidak lari bersama kawan-kawanmu?” Beliau berkata, “Wahai Amir al-Mu’minin, aku tidak melakukan apa-apa kesalahan untuk aku takut kepadamu dan jalan ini juga tidak sempit. Ruang yang ada cukup untuk engkau lalu!”
Begitu juga di dalam suatu peristiwa, seorang anak remaja masuk ke istana mengadap salah seorang Khalifah Bani Umayyah, untuk bercakap mewakili kaum kabilahnya. Khalifah berkata, “carikan lelaki yang lebih dewasa untuk mewakili kaummu!” Budak lelaki itu berkata, “wahai Amir al-Mu’minin, seandainya kepimpinan ditentukan oleh faktor usia, maka di sana ada lebih ramai orang lain yang layak menjadi Khalifah selain engkau.”
Ini adalah sebahagian daripada catatan sejarah yang memaparkan tentang kualiti jati diri dan kejantanan sebenar yang ditonjolkan oleh manusia yang hebat biar pun pada usia yang masih muda.
Sesungguhnya ketokohan seseorang itu tidak pernah ditentukan semata-mata oleh tubuh yang besar dan sasa.
Allah SWT mengungkapkan tentang perspektif orang-orang Munafiq di dalam firman-Nya:

“Apabila engkau melihat mereka, engkau akan berasa takjub dengan penampilan tubuh badan mereka” [al-Munafiqun : 4]
Abdullah ibn Ubai ibn Salul, ketua kaum Munafiq ini mempunyai tubuh badan yang hebat dan berpakaian dengan pakaian yang mengagumkan. Beliau dan kaumnya berasa bahawa penampilan itu mampu menyembunyikan kejelekan diri mereka yang sebenar.
Tetapi di dalam sambungan ayat ini, Allah memberikan ungkapan yang sangat tepat tentang hakikat mereka ini:

“Sedangkan mereka itu tidak ubah seperti kayu reput yang tersandar di dinding” (Al-Munaafiqoon: 4)
Ada manusia yang tersalah memandang, menyangkakan bahawa kayu itulah yang menampung tegaknya dinding. Hakikatnya kayu itu langsung tidak mempunyai sebarang makna. Tersandar menunggu reput dimamah hari.
Di dalam sepotong hadith Sahih yang lain, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda, “seorang lelaki berdosa yang bertubuh sasa di dalam hidup, tidak mempunyai sebarang nilai pada timbangan Akhirat walaupun pada kadar seekor nyamuk.”
Lalu Baginda membacakan firman Allah:

“ Mereka orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan dengan-Nya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang nilai di Akhirat nanti pada timbangannya” [al-Kahf : 105]
‘Abdullah ibn Mas’oud merupakan seorang lelaki yang ‘dhaif pada tubuh badan. Pada suatu hari salah satu kakinya tersingkap hingga kelihatan betapa kurusnya kaki itu. Sebahagian sahabat yang melihatnya ketawa. Lalu Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda, “Kamu mentertawakan kakinya yang kurus, tetapi aku bersumpah demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, kaki-kaki itu lebih berat di Akhirat nanti berbanding Gunung Uhud!”
Sidang Jemaah sekalian,
Usaha untuk melahirkan manusia yang memiliki jati diri sejati di era ini adalah suatu cabaran yang sangat besar. Setiap anak yang lahir, mereka memiliki fitrah dan potensi yang sama. Akan tetapi ramai yang terjebak ke kancah kesilapan apabila membiarkan kemewahan dan kesenangan hidup merosakkan potensi ini hingga menjejaskan personaliti mereka.
Kembali kepada persoalan utama, apakah tindak tanduk kita yang membunuh potensi itu, dan apakah tindak tanduk kita yang boleh membangunkan potensi berkenaan?
Di mimbar Jumaat ini, kita rumuskan beberapa amalan yang terdapat di dalam Islam, khusus untuk membina jati diri anak-anak kita agar mereka membesar dengan nilai peribadi dan kematangan yang optimum:
Pertama: Gelaran
Di dalam Sunnah, banyak dipaparkan contoh bagaimana anak-anak diberikan gelaran Abu oleh Rasulullah sallaahu ‘alayhi wa sallam. Biar pun kanak-kanak ini masih kecil, tetapi gelaran Abu itu menyuntik nilai kedewasaan pada anak-anak ini.
Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu menceritakan bagaimana beliau mempunyai seorang adik yang masih kecil, baru sahaja belajar menjamah makanan pejal. Dia digelar Abu ‘Umair. Apabila adiknya ini ada bersama Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam akan berkata, “Wahai Abu ‘Umair, apa yang Nughair sedang lakukan?” (Nughair itu adalah seekor burung kecil yang sering menjadi permainan Abu ‘Umair itu). [Hadith riwayat al-Bukhari]
Di dalam amalan kita yang mungkin penggunaan gelaran Abu atau Ummu itu agak janggal, terdapat amalan yang biasa dilakukan dengan motif yang sama. Anak-anak diberikan gelaran Abang Long atau Yop, Uda, Alang dan lain-lain, yang mana penggunaan gelaran ini kepada anak-anak membantu mereka untuk cepat berasa dewasa dengan sifat keabangan dan tanggungjawab.
Amalan seperti ini harus diteruskan dan hindarkanlah memberi gelaran yang membantutkan rasa kedewasaan anak-anak ini seperti Anje, Bucu, Boboi atau Adik kepada anak yang sudah sepatutnya dewasa dan menggalas tanggungjawab kehidupan.
Kedua: Membawa Anak-anak ke Majlis Orang Dewasa
Amalan ini juga membantu mendedahkan anak-anak kepada alam dewasa dan meningkatkan daya fikiran mereka. Ini merupakan amalan Sahabat-sahabat Nabi. Mereka sering membawa anak untuk hadir bersama di dalam majlis mereka bersama dengan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Muawiyah ibn Qarrah meriwayatkan daripada bapanya bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam apabila duduk bersama para sahabat, setiap seorang mereka akan membawa anak masing-masing yang mana anak-anak itu akan berdiri di belakang bapa mereka, lalu si bapa akan mendudukkan si anak di hadapannya. [Hadith riwayat al-Nasaa’ie]
Di dalam kehidupan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan para Sahabat, kehadiran anak-anak di dalam majlis mereka tidak pernah dianggap sebagai gangguan, malah anak-anak itu dibawa oleh ibu bapa dengan matlamat yang sama, mendedahkan anak dengan majlis orang dewasa untuk mendewasakan mereka.
Ketiga: Mengiktiraf Anak-anak di Khalayak
Sahl ibn Sa’id menceritakan bagaimana Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam di dalam satu majlis, baginda dibawakan cawan untuk minum. Di kanan baginda ada seorang kanak-kanak manakala yang dewasa berada di sebelah kiri. Selepas Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam minum, baginda bertanya kepada kanak-kanak itu, “apakah kamu benarkan aku beri cawan ini kepada orang-orang dewasa sebelum aku berikannya kepada kamu?” Kanak-kanak itu menjawab, “aku tidak akan mengalah dengan hakku untuk minum sejurus selepasmu.” Lalu Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam memberikan cawan itu kepadanya. [Hadith riwayat al-Bukhari]
Kita sebagai ibu bapa dan orang yang dewasa harus menggalakkan perbuatan-perbuatan seperti ini, melayan anak-anak ini sesekali sebagai manusia dewasa untuk menimbulkan rasa tinggi harga diri pada diri mereka.
Di dalam sebuah hadith, Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu menceritakan bagaimana Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam melalui sekumpulan kanak-kanak lalu baginda memberi salam kepada mereka. [Hadith riwayat Muslim]
Jangan sekali-kali memalukan anak-anak dengan memarahi atau menghina mereka di hadapan orang ramai kerana ia akan membunuh keyakinan diri dan menimbulkan dendam yang merosakkan emosi. Anak-anak, biar pun pada usia yang kecil sudah mempunyai harga diri yang mesti dihargai, khususnya oleh ibu bapa mereka sendiri.
Keempat: Mengajar Mereka Sukan Lasak
Abu Umamah ibn Sahl radhiyallaahu ‘anhu meriwayatkan bahawa ‘Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu menulis kepada Abu ‘Ubaidah al-Jarrah radhiyallaahu ‘anhu mengarahkan kepadanya, “ajarkanlah anak-anak kamu berenang” [riwayat Ahmad di awal Musnad 'Umar al-Khattab]
Anak-anak perlu didedahkan dengan sukan-sukan yang boleh meningkatkan semangat, kekuatan jiwa dan daya survival diri mereka. Malah dalam kehidupan seharian, anak-anak yang lelaki harus diajar membuat kerja yang kasar sesuai dengan kemampuan mereka seperti membasuh kereta, berkebun, mengecat, bertukang dan lain-lain aktiviti di bawah matahari untuk meningkatkan kelasakan mereka.
Kelima: Menghindarkan Anak-anak Lelaki Daripada Elemen Keperempuanan
Anak-anak lelaki wajar dihindarkan daripada aktiviti-aktiviti yang lazimnya dekat dengan naluri dan jiwa perempuan. Memakaikan anak-anak dengan pakaian yang berwarna atau bercorak seperti perempuan, memakai sutera dan barang kemas, bergelumang dengan muzik yang lembik biar pun ia nasyid dan hal-hal lain yang mengurangkan kelasakan anak-anak ini hendaklah dihindarkan
Keenam: Memberikan Tugasan dan Berkongsi Rahsia Dengan Kanak-kanak
Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu menceritakan, “Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam datang kepadaku ketika aku sedang bermain dengan kanak-kanak yang lain, baginda memberi salam kepadaku dan menghantar aku ke suatu tugasan pendek. Ia telah melewatkan aku pulang kepada ibu. Apabila aku tiba di rumah, ibuku bertanya, “apakah yang telah melewatkan kamu?” Aku menjawab, “Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah menghantar aku ke suatu tugasan.” Ibuku bertanya, “Tugasan apakah itu?” Aku menjawab, “Ia adalah rahsia!” Ibuku berkata, “jangan ceritakan rahsia Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada sesiapa” [Hadith riwayat Muslim]
Ketujuh: Menghindarkan Anak-anak Daripada Tenggelam Dengan Kemewahan
Ibu bapa biar pun berada dan hidup mewah, mestilah mengenakan beberapa kesusahan kepada anak-anak sebagai latihan untuk membentuk jati diri mereka. Jika anak mahukan basikal, biar pun ibu bapa mampu membelikannya, anak wajar disuruh mengumpul duit sendiri agar mereka belajar menghargainya dan belajar berusaha.
‘Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu pernah berkata,

“Kuatkan semangat. Kesenangan dan kemewahan tidak kekal selama-lamanya”
Demikianlah sebahagian daripada pendekatan Islam dalam mendidik anak-anak agar mereka membesar dengan jati diri dan nilai kejantanan yang besar. Buku seperti Pendidikan Anak-anak di Dalam Islam karangan Sheikh Abdullah Nasih ‘Ulwan dan yang seumpama dengannya harus berada di tangan ibu bapa untuk mereka membesarkan anak-anak hebat, sebagaimana Allah mengurniakan mereka di permulaan kehidupan dengan kehebatan yang sama.
Sesungguhnya masa depan ummah ini bermula daripada apa yang berlaku di setiap rumah.
Berperananlah, seperti yang telah diperintahkan Allah.

Manhaj Salaf Tidak Melurus Bendulkan Siasah

Oleh Ustaz Hasrizal Jamil

Jika tidak banyak yang dapat saya belajar semasa menuntut ilmu di Bumi Syam, ada sesuatu yang sentiasa tersemat di dalam diri hasil sentuhan ilmuan dan pejuang Islam di sana.

Manh aj Salaf tidak pernah mengajar kita menjadi manusia yang naif atau lurus bendul tentang Siasah.Mungkin itulah satu kelebihan yang banyak ditawarkan oleh peluang pengajian di bumi Jordan.





Para Ulama’ di sana ramai yang bermanhaj muhadditheen, ramai yang mendukung aliran Salaf dalam pendekatan mereka. Namun Ulama’ yang mengisi kerusi-kerusi akademik di sana, bukanlah para ilmuan yang bersantai-santai dengan teori atau di kerusi pemerhati.

Mereka adalah ilmuan yang menjadi pasak di tengah gelanggang.


Bermula daripada gelanggang siasah, hinggalah ke gelanggang qital dan jihad.

“Aku merayu kepada-Mu ya Allah agar aku masuk ke Syurga-Mu dengan kaki yang tempang ini,” kata Sheikh Muhammad ‘Abd al-Qadir Abu Faris.

Beliau berucap sempena sambutan al-Israa’ wa al-Mi’raaj di Masjid Abdul Rahman bin ‘Auf, Amman, pada suatu malam di tahun 1997.

Tahun itu adalah tahun yang penting buat umat Islam di Jordan apabila kerajaan mengubah sistem pilihanraya dengan mengimplimentasikan Akta 1 Undi yang diperkenalkan pada tahun 1993.

Sheikh Muhammad ‘Abd al-Qadir Abu Faris bersama seorang lagi tokoh penting bersama beliau iaitu Sheikh Humam Said, adalah dua tokoh politik penting al-Ikhwan al-Muslimun di Jordan. Mereka juga merupakan ahli akademik yang kesarjanaannya bukan sekadar terikat kepada sempadan negara Jordan malah menjadi rujukan ke negara-negara Arab yang lain, jika tidak keterlaluan dikatakan di seluruh dunia.

Sheikh Muhammad ‘Abd al-Qadir Abu Faris digelar sebagai Abu Siasah. Ketokohannya di dalam ilmu Siasah Syar’iyyah menjadikan beliau salah seorang pakar rujuk di dalam bidang itu. Beliau juga pernah menerima jemputan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada era 90′an untuk hadir berkongsi ilmu dan pengalaman di wacana akademik yang dianjurkan. Namun kesarjanaannya di gelanggang akademik tidak menjadikan beliau naif dengan putar belit regim Arab yang sebangsa dan seagama dengannya itu.

Begitu juga dengan Sheikh Humam Said.

Beliau adalah ilmuan Hadith. Kepakarannya di dalam ilmu ‘illah di dalam sanad dan matan menjadikan beliau sebagai salah seorang rujukan penting tatkala subjek berkaitan dibentangkan, sama ada di seminar, mahu pun di dalam viva pelajar-pelajar peringkat Masters dan PhD di bidang Hadith.

Tetapi Sheikh Humam Said tidak naif dan lurus bendul di dalam Siasah.

Sama juga dengan Sheikh Muhammad ‘Abd al-Qadir Abu Faris, juga Sheikh Abdul Mun’em Abu Zanat yang kesemua mereka itu adalah wakil rakyat di Parlimen Jordan.

Pendirian mereka amat jelas dan tegas, sama ada di dalam soal perkembangan krisis Palestin di seberang sempadan, mahu pun dengan kabinet Jordan dan institusi pemerintahan beraja di negara itu.

Pernah suatu ketika, Sheikh Humam Said ditanya tentang pandangan umum yang meletakkan gerakan Islam seperti al-Ikhwan al-Muslimun sebagai sebuah gerakan pelampau yang menyokong keganasan serta menyetujui idea Takfir. Pandangan itu dikatakan kesan daripada pengaruh pemikiran Sayyid Qutb. Kajian Barat sering mempotretkan Sayyid Qutb sebagai ideologue di sebalik aliran keras dan anti-establishment.

Dakwaan yang turut dijamah oleh kelompok Muslim yang berpenyakit dalam persepsi.

Katanya, “sebelum saya memberikan jawapan, saya mahu mengingatkan anda bahawa rejim Arablah yang telah meninggalkan Islam sebagai sistem politik. Kita mesti menerima kebenaran ini. Al-Ikhwan al-Muslimun tidak sepatutnya ditunding kesalahan tatkala sistem pemerintahan mahu dibincangkan. Kesalahan harus diletakkan kepada pemerintah-pemerintah (rejim) Arab yang enggan melaksanakan Islam.” [Lihat laporan Mshari Al-Zaydi yang disiarkan di akhbar Asharq Al-Awsat bertarikh 30/12/2005]

Sheikh Humam Said adalah seorang yang bermanhaj Salaf. Ilmuan di dalam Hadith. Seorang ahli akademik yang melebihi pangkat seorang mufti. Tetapi ia tidak menjadikan pandangan dan pendiriannya kucar-kacir tatkala membina pendirian yang tegas terhadap pemerintah yang sebangsa dan seagama dengannya tetapi enggan menerima Islam sebagai asas polisi dan moral politik negara.

Itu soal politik.

Soal polisi, pengurusan kuasa, pengendalian tatacara pemerintahan yang membabitkan penghasilan keputusan-keputusan yang secara langsung memberikan impak kepada politik, sosial dan ekonomi rakyat.

DAKWAH

Tetapi ketegasan mereka di dalam pendirian-pendirian siasah tidaklah pula menjadikan mereka tertutup, selektif dan menghadkan ruang dakwah.

Jika di Parlimen, dakwah disampaikan dalam bentuk teguran, nasihat malah amaran kepada seluruh hiraki pentadbiran, tatkala ada kemungkaran yang memerlukan kepada pembetulan. Namun di luar Parlimen, mereka ini gigih berdakwah di halaqah, majlis-majlis ilmu di masjid, di dalam seminar dan di segenap penjuru serta ruang dakwah yang ada.

Seluruh ruang dakwah itu terbuka kepada semua. Sesiapa sahaja yang tulus mahu menambah ilmu pengetahuan tentang Islam, dialu-alukan hadir ke majlis-majlis ilmu ini. Ada yang bermukim di masjid-masjid tertentu seperti Masjid Abd al-Rahmaan ibn ‘Auf, ada juga yang mengadakan majlis ilmu di kediaman-kediaman dan dewan peribadi seperti amalan Dr. Ahmad Naufal, yang juga seorang aktivis dan sarjana akademik.

Ruang dakwah inilah yang menjadi medan untuk seluruh peringkat manusia dididik, ditegur, dibetulkan, didisiplinkan dengan nasihat-nasihat agama dan wasiat iman. Dakwah tidak mengenal label manusia, baik mereka itu petani, nelayan dan pekerja awam, mahu pun tokoh, pemimpin masyarakat, pemimpin politik atau sesiapa sahaja sahaja.

Hatta Firaun yang dicela Tuhan itu pun boleh didatangi oleh Musa untuk menyampaikan teguran, nasihat dan amaran. Dakwah tidak punya batasan. Ia merempuh semua halangan.

Tetapi keterbukaan dan keluasan cita-cita dakwah adalah berbeza sama sekali dengan soal keterbukaan Siasah serta kompromi prinsip. Siasah adalah soal prinsip serta polisi pemerintahan.

Inilah yang membingungkan saya, apabila agamawan-agamawan muda beraliran Salaf yang berkembang pesat di negara kita bercakap dan berfatwa tentang politik.

Tidak dinafikan, mereka amat berjaya menimbulkan satu kesedaran yang perlu ke arah pemurnian dan ketulenan beragama (asolah) dalam aspek Aqidah dan Ibadah.

Tetapi berbeza pula halnya dengan Siasah. Pandangan yang dilontarkan ke tengah masyarakat sering bersifat tekstual dan terpisah di antara teori dengan realiti.

Sasarannya pula adalah PAS. Bantahan, teguran dan pandangan yang sinis tidak habis-habis ditujukan kepada PAS apabila PAS memutuskan untuk tidak meneruskan idea tentang Kerajaan Perpaduan. Isu yang sudah selesai di antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat ini, masih dibahasakan oleh tokoh-tokoh agama ini seolah-oleh justifikasi yang diberikan oleh PAS tentang penolakan tersebut tidak mempunyai sebarang makna kecuali satu, TAASUB KEPARTIAN.

Itulah kalimah yang diulang saban hari, sebagai label agamawan-agamawan bermanhaj Salaf ini.

SERUAN MAAF

PAS diseru supaya lebih pemaaf, melupakan sengketa lama dan bergerak ke arah perpaduan.

Soalnya, apakah PAS mempunyai hak untuk memaafkan kesalahan orang lain kepada Allah dan kepada umat? Bertindak zalim ke atas rakyat dengan akta-akta yang menafikan hak dibicarakan, membelakangkan hukum hakam Allah dalam polisi-polisi politik, ekonomi dan sosial, semua itu bukannya kesalahan terhadap PAS yang boleh PAS maafkan. Ia adalah kesalahan yang mencabuli HAK ALLAH dan hanya pelaku salah itu sahaja yang boleh mengubah keadaan ini dengan membuat perubahan di peringkat dasar.

Maaf memaafkan adalah tuntutan besar yang mesti disuburkan di dalam Islam.

Namun, memaafkan individu berbeza daripada memaafkan sebuah kuasa pemerintahan.

Tiada sesiapa yang mempunyai hak untuk memaafkan kesalahan seseorang andai kesalahan itu membabitkan hak Allah dan hak orang ramai, bukan hak peribadi atau hak parti. Perjuangan PAS bukan mempertahankan kepentingan parti, tetapi memperjuangkan apa yang didefinisikan Islam sebagai hak Allah dan kepada serta daripada Allah jua kemaafan itu harus dicari juga diberi.

ANTI PERPADUAN?

Keputusan menghentikan usaha ke arah pembentukan Kerajaan Perpaduan itu pada masa ini juga bersesuaian dengan mandat yang diberikan pada Pilihanraya Mac 2008 yang lalu.

Rakyat yang mengundi Pakatan Rakyat, mereka memberikan undi atas mandat menentang apa yang dianggap sebagai kezaliman Barisan Nasional, serta mandat mengurangkan majoriti BN di pesada kuasa. Inilah mandatnya. Jika sesuatu ingin dibuat berlawanan dengan mandat ini, ia harus dikemukakan sebagai manifesto Pilihanraya Umum akan datang dan terserahlah kepada rakyat sama ada melihat perkongsian kuasa antara BN dan PR menjadi pilihan mereka, atau sebaliknya.

Mengubah dasar itu selepas diberi mandat, adalah suatu pengkhianatan.

Hal ini sudah jelas dan menjadi keputusan yang difahami bersama di antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Malah Barisan Nasional juga sudah tidak lagi menggunakan bahasa-bahasa empati kepada PAS sebagaimana ketika isu ini hangat tempoh hari, sebaliknya kembali kepada bahasa asal mereka.

Tetapi apa yang menimbulkan kehairanan kita ialah apabila persoalan yang sudah tamat ini, masih lagi dibicarakan oleh agamawan-agamawan ini, dengan tumpuannya kepada membayangkan PAS sebagai pihak yang berdendam, anti perpaduan dan mengutamakan permusuhan.

BERBEZA DENGAN DAKWAH

Politik ialah soal pengurusan bidang kuasa.

Ada pun semangat dakwah, berpesan-pesan dengan kebenaran dan bertolong-tolongan dalam perkara kebajikan dan taqwa, ia suatu medan yang berbeza.

Jika dilihat kepada pemimpin-pemimpin PAS seperti Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden, dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Mursyid al-Am, mereka adalah Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS Negeri dalam konteks siasah. Tetapi mereka adalah ustaz, tuan guru, pendakwah dan pendidik yang tidak pernah berhenti mengajar di kuliah-kuliah dan ceramah, membuka kitab dan juga bercakap soal ilmu dengan penuh kesarjanaan.

Malah mereka berdua juga mendukung manhaj Salaf di dalam pendekatan mereka memahami nas dan tafsiran agama.

Tetapi di dalam siasah, mereka tidak naif atau lurus bendul, menjadi tekstual dalam memindahkan 1001 petikan al-Quran, Sunnah, Sirah dan Sejarah kepada realiti.

Jauh sekali saya mahu melabel maksum kepada sesiapa sahaja kecuali Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Tetapi sekurang-kurangnya aspek ini harus diberi perhatian.

Siasah adalah seni pemerintahan yang bukan hanya bergantung kepada keterangan teks ilmu, tetapi ia memerlukan kepada pandangan jauh, pengalaman yang luas dan panjang, agar kita sama-sama faham mengapakah Yazid bin Muawiyah menjadi pemimpin umat, ketika sahabat-sahabat yang senior masih ada.

Siasah dan kepimpinan bukan sekadar sebuah kesarjanaan.

Ia adalah ketajaman membaca persekitaran dan kebijaksanaan dalam memimpin.

Ada pun soal dakwah, ia adalah kenderaan berat yang merempuh semua halangan persepsi, label, ketua negara atau banduan penghuni penjara. Sesiapa sahaja yang memberi ruang kepada dakwah, menjadi satu kesalahan bagi pendakwah untuk mensesiakannya.

Tetapi kompromi siasah dan perkongsian kuasa, ia adalah subjek yang berbeza.

Saya mempelajarinya dari teladan para ilmuan yang bukan bersantai di kerusi pemerhati, tetapi mengotorkan kaki dengan jerih dan pedih realiti umat.

Terkenang kepada kata-kata Sheikh Dr. Mustafa Abu Zaid di selatan bumi Urdun:

Manhaj Salaf bukan manhaj yang menyingkatkan jubah, mengisi sugi di dalam kocek, menyimpan janggut dan bertudung kepala dengan serban merah. Ia adalah manhaj yang bersama-sama dengan sekalian kaum Muslimin dan Muslimat, membebaskan bumi Palestin, dan mengembalikan Hakimiyyah Allah!

Moga teladan itu tidak dilupakan.

http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=2699

dipetik dari facebook fariz zainal:

Doakanlah keampunan dan syurga buat rahimahallah Marwa el Sharbini, mati ditikam 18 kali di dalam mahkamah Jerman, kerana kebencian seorang kafir terhadap beliau hanya kerana mempertahankan tuntutan bertudung...

pautan berite selanjutnya:
http://www.eramuslim.com/berita/dunia/diusulkan-hari-jilbab-internasional-untuk-mengenang-marwa-al-sharbini.htm

dipetik dari blog al-akh masri: http://lobaitampin.blogspot.com

Ribuan orang mengantarkan jenazah Marwah Al-Sharbini ke tempat peristirahatannya yang terakhir di kota Alexandria, Mesir waktu setempat. Ribuan orang itu berjalan mengiringi peti jenazah Marwa yang mendapat sebutan "martir jilbab".
Kematian Marwa memicu kemarahan di kalangan komunitas Muslim di Jerman dan Mesir-negara asal Marwa-tetapi juga komunitas Muslim di berbagai negara. "Tidak ada Tuhan selain Allah dan orang-orang Jerman adalah musuh Allah," kata seorang warga Mesir yang ikut mengantarkan jenazah Marwa ke pemakaman.

"Kami akan membalas kematiannya. Barat, mereka tidak mau mengakui kita. Di sana ada rasisme," ujar Tarek Al-Sharbini, saudara lelaki Marwa.

Selain Marwa, suaminya juga menjadi korban dan sekarang masih dalam kondisi kritis di sebuah rumah sakit Dresden, Jerman. Suami Marwa secara tak sengaja terkena tembakan aparat saat sang suami mencoba melindungi istrinya yang diserang dengan senjata tajam oleh pemuda Jerman keturunan Rusia.

Peristiwa itu terjadi di ruang sidang di kota Dresden, saat Marwa akan memberikan kesaksian atas kasusnya. Marwa menuntut pemuda yang juga tetangganya itu ke pengadilan karena menyebutnya sebagai teroris hanya karena ia mengenakan jilbab. Marwa berada di Jerman mengikuti suaminya yang sedang melakukan riset dengan biaya beasiswa.

Menurut kakak lelaki Marwa, aparat mengira suami Marwa yang melakukan serangan sehingga petugas keamanan pengadilan itu menembaknya. "Para aparat keamanan itu berpikir, sepanjang orang itu tidak berambut pirang, maka dialah pelaku serangannya, dan mereka menembak suami Marwa," kata kakak lelaki Marwa.

Pemuda Jerman keturunan Rusia yang menyerang Marwa, bernama Alex W, 28, kini mendekam di penjara dan akan dikenakan tuduhan baru yaitu pembunuhan. Christian Avenarius, jaksa pengadilan Dresden mengatakan, Alex menusuk Marwa karena didorong rasa kebencian yang dalam terhadap Islam, karena sejak awal pengadilan, Alex yang berimigrasi ke Jerman tahun 2003 sudah mengungkapkan pernyataan-pernyataan anti-Islam dan anti-Muslim.

Dari wawancara di beberapa media Mesir, keluarga Al-Sharbini di Mesir mengatakan bahwa pelaku penusukan sudah sering menghina dan melecehkan Marwa, bahkan pernah mencoba melepas jilbab Marwa. Ibu Marwa, Laila Shams mengungkapkan, Marwa juga kesulitan mendapat kerja di Jerman karena ia mengenakan jilbab.

"Suatu kali, Marwa pernah disuruh melepas jilbab jika ingin mendapatkan kerja, tapi Marwa menolaknya," kata sang ibu.

Menanggapi kasus Marwa, Jubir pemerintah Jerman Thomas Steg mengatakan bahwa insiden ini berlatar belakang rasial dan pemerintah mengutuk keras pelakunya. Pemerintah Jerman baru bersuara atas kasus ini, setelah komunitas Muslim di negara itu mengecam pemerintah dan para politisi di Jernam yang diam saja atas kasus tersebut.

Menyindir sikap pemerintah dan para politisi di Jerman, harian independen di Mesir, El-Shorouk menulis, kalau korbannya Yahudi, barulah dunia gempar. Seorang bloger Mesir bernama Hicham Maged dalam blognya menulis,"Mari kita bayangkan, jika kondisinya dibalik, korban adalah orang Barat yang ditusuk di dunia atau di salah satu negara Timur Tengah oleh seorang Muslim ekstrim."

Atas insiden yang menimpa Marwa, Asosiasi Farmasi Mesir sudah menyerukan boikot terhadap obat-obatan dari Jerman.

Pemerintah Mesir belum mengeluarkan pernyataan atas peristiwa yang menimpa warga negaranya. Belum jelas apakah pemerintahan Husni Mubarak akan menuntut pemerintah Jerman bertangung jawab atas kasus ini. (ln/aljz/isc)

7.02pm-8/7/09

bibbit return home

alhamdulillah selamat sampai ke desa...

tengah hari tadi ambik bibbit di ward klinik haiwan...bibbit selamat jalani satu pembedahan besar..doktor yg kata surgery ni bukan surgery biasa..a big surgery..dua dua doktor puji my bunny ni, doktor pempuan kata dia very strong bunny...doktor laki lak puji sbb dia cepat aktif, sbb rabit mudah shock dgn perkara kecik, apalagi a big surgery....tp bibbit ok je...aktif selepas pembedahan...tp yg kena jaga2 saya la tuannya supaya keaktifan bibbit x menyebabkan infection pada surgery tu...

semoga bibbit terus sihat seperti sekarang...amin..

12.01am-1july09