Mengapa masih ada yg berdegil mencari-cari kesilapan
Mengapa masih ada yang berdegil meluaskan jarak jurang perbezaan, baikkan kalau berusaha mencari titik persamaan dan pertemuan
Begitukah caranya berdakwah mengajak orang ke jalan yg benar
Janganlah terus membuka ruang kepada yang sentiasa menanti utk mencari ruang menghentam
Jangan kerana "cara" kita, tercemar perjuangan suci yg kita pikul ini
Mana perginya manhaj-ilmiah, adil- yg menjadi prinsip pengikut rasul?
Muhasabahlah kita…muhasabahlah kita…
Janganlah merasa diri kita cukup
Kerana kelak manjadilah kita melampaui batas
Lupakah kita kepadaNYA kita akan kembali
Di mana semuanya akan diperhitungkan kembali??
![]()
ini dia tlisan saya yg terselit dlm artikel "cari titik pertemuan" dlm hmetro. saya siarkan bahagian saya sahaja, utk baca artikel penuh sila lawati:
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/AdDin/20091023095754/Article/indexv_html
Seperkara lagi yang cukup penting adalah perkara yang terjadi sekarang tidak hanya terhad kepada kebimbangan terhadap kemunculan Wahhabi, malah amalan melabelkan orang lain sebagai Wahhabi secara berleluasa juga perlu dihindarkan.
Sementara itu, pendakwah bebas, Muhamad Shamil Shahrin, berkata secara umumnya, tujuan mereka murni kerana berusaha menghidupkan semula manhaj ulama terdahulu iaitu generasi salafus soleh yang hidup pada kurun awal hijrah selepas zaman sahabat (yang diiktiraf Nabi Muhamad sebagai generasi terbaik selepas sahabat).
"Pendekatan mereka dalam amalan juga bertepatan dengan anjuran agama iaitu menjadikan setiap amalan berteraskan ilmu dan ilmu pula perlu berteraskan dalil yang diterima pakai sebagai hujah dalam agama.
"Selain itu, mereka juga antara golongan paling aktif dalam menyuburkan kuliah berbentuk ilmiah terutama di pusat pengajian tinggi yang kita ketahui ia medan kita menuntut ilmu pengetahuan. Ini sebahagian contoh baik untuk kita sama-sama teladani terutama mewujudkan minat dan menyuburkan kecintaan terhadap pencarian ilmu," katanya.
Beliau juga menyarankan supaya situasi pertelagahan yang berlaku perlu dipulihkan segera iaitu dengan mengambil pendekatan secara paling adil.
"Bagi mereka yang tidak sealiran ini, mereka perlulah mengurangkan jarak perselisihan dengan mencari titik pertemuan seperti cuba berbaik sangka dalam mencapai satu kefahaman terhadap perkara yang bercanggah dengan Islam.
"Menjadikan dakwah, penerangan dan kefahaman sebagai keutamaan dan bukannya tergopoh-gapah menghukum dan mencari kesilapan orang lain. Memperluaskan bacaan agar ilmu kita tidak terhad kepada sebelah pihak saja dalam membantu kita bersikap adil dalam menilai hujah semua pihak," katanya.
Muhamad Shamil berkata, setiap umat Islam perlu terbabit mengikuti perbincangan secara ilmiah dan berhenti daripada terbabit dengan perdebatan.
"Umat Islam sepatutnya perlu mendalami ilmu agama (usul fiqh dan fiqh) agar dapat memahami sebab perselisihan ulama dalam masalah fiqah dan tidak hanya 'berbangga' dengan kefahaman yang mereka miliki bersandarkan pada zahir ayat atau hadis saja.
"Mungkin ada di kalangan masyarakat mendakwa sesuatu amalan sebagai Wahabi atau melanggar mazhab Syafie, padahal jika diteliti dalam kitab fiqh sendiri, sebahagian amalan itu anjuran mazhab Syafie. Kita perlu rajin menimba ilmu kerana disebabkan kecetekan ilmu, kita hanya menempah dosa terhadap agama," katanya.
ini versi yg telah diedit sahabat saya, saudara Fadly. alhamdulillah sahabat saya ni mengedit tak mengubah makna. di bawah saya siarkan tulisan asal saya yg saya emelkan pada beliau. agak panjang, sebab tu beliau ringkaskan kot.
tulisan asal:
Positif
Pada pandangan saya, secara umumnya, tujuan mereka murni, berusaha menghidupkan semula manhaj ulama terdahulu, generasi salafus soleh yang hidup dlm kurun awal hijrah, selepas zaman para sahabat, yang diiktiraf oleh nabi s.a.w sebagai generasi terbaik selepas generasi para sahabat.
Pendekatan mereka dalam amalan juga bertepatan dengan anjuran agama. Setiap amalan hendaklah berteraskan ilmu, dan ilmu pula berteraskan dalil dalil yang diterima pakai sebagai hujah di dalam agama.
Pendekatan yang berkesan bagi menjelaskan kepada ummah apa dia sebenarnya yang disyariatkan oleh Allah,agar mereka dapat mengasingkan ia daripada perkara perkara tambahan dan adat serta amalan masyarakat yang turut dianggap sebagai kewajipan agama, sedangkan hakikatnya tidak.
Menyuburkan ruh bersikap adil dalam mengkaji kebenaran sebelum menerima sesuatu. Baik dalam penyampaian lisan atau penulisan, setiap kata kata,pendapat dan kenyataan yang disebut perlulah dinilai terlebih dahulu, dikenalpasti dari mana datangnya, apakah benar dari org yg disandarkan.
Mereka juga antara yang paling aktif menyuburkan kuliah berbentuk ilmiah, terutama di kampus kampus, menimbulkan suasana menuntut ilmu agama khusunya di kalangan pelajar. Penyampaian ustaz ustaznya yang mudah difahami, dijiwai, mampu menarik dan menyuburkan minat pelajar bukan jurusan agama untuk mendalami ilmu hadis, usul fiqh, dan fekah dengan lebih meluas.
Hasilnya kadangkala kita dapat lihat mereka yang bukan dari jurusan agama, tapi komited dengan kuliah kuliah ini, mereka mampu memahami dengan lebih baik ilmu2 agama daripada mereka yang di dalam jurusan agama itu sendiri.
Muhasabah utk org yg dilabel
- dengan mereka yang tidak sealiran, mengurangkan jarak perselisihan, mencari titik pertemuan, cuba berbaik sangka dalam mencapai satu kefahaman di dalam sesuatu perkara yang nyata tidak bercanggah dengan Islam.
- membezakan di antara masalah masalah perselisihan mazhab di dalam fiqh, masalah masalah yang memang ada pendapat ulama dengan hujah hujah yang diterima syara' , dengan masalah perkara perkara yang diada adakan dalam agama atau bid'ah
- menjadikan dakwah, penerangan, dan kefahaman sebagai keutamaan, bukan cepat gopoh menghukum dan mencari kesilapan. Sikap segelintir yang agresif, terlalu cepat menghukum dan menyalahkan menyebabkan kadangkala keseluruhan dilabel dengan agresif
- memperluaskan bacaan agar tidak terhad pengetahuan kita dari sisi satu pihak sahaja. Juga membantu kita bersikap adil dalam menilai hujah hujah dari semua pihak.
- Memilih jalan perbincangan ilmiah, diskusi, daripada terlibat dengan perdebatan
- Tidak hanya bergantung kepada kefahaman zahir ayat atau hadis, perlu mendalami ilmu usul fiqh dan fiqh dengan lebih mendalam, agar dapat memahami sebab sebab perselisihan ulama di dalam masalah masalah fekah.
Muhasabah untuk masyarakat
- sebahagian masyarakat mudah melabel orang dengan label wahabi dan sebagainya bila melihat sesuatu yang dilakukan bercanggah dengan amalan masyarakat. Kadangkala masyarakat mendakwa sesuatu amalan sebagai amalan wahabi, atau melanggar mazhab syafi;I, padahal jika diteliti di dalam kitab2 fiqh, sebahagian amalan itu adalah anjuran mazhab syafi;I sendiri. Kita perlu rajin mendalami ilmu agama, agar sangkaan sangkaan kita dek kerana ceteknya ilmu menyebabkan kita berdosa terhadap agama.
1.17am
sebenarnya, beliau telah menemubual beberapa tokoh, antaranya prof Mahmud Zuhdi dr UIA/ISTAC, serta al-Fadhil Ust Zamihan dr JAKIM. setelah saya emelkan tulisan saya kpd beliau, beliau memberitahu yg beliau juga cuba menemubual syeikhuna prof Abd Razaq as-Sa'adi, mantan dekan fakulti syariah universiti Baghdad yg kini berkhidmad di UIA, namun kata beliau sheikh akhirnya memilih utk tidak memberi komen. saya sbg seorg yg menuntut ilmu dgn sheikh abd razaq faham kenapa beliau bertindak demikian.
apabila Fadly menghubungi saya semula utk bertanya nama, saya sebenarnya berpendapat cukup sekadar disebut saya sebagai pendakwah di bawah tauliah JAIP. saya rasa "terlajak langkah", terlebih sudu dari kuah sebenarnya, bila tuan guru saya sendiri enggan memberi komen,sedangkan saya sendiri sudah menghantar tulisan saya...
akhirnya oleh kerana Fadly sahabat saya tentulah dia ingat nama saya dan ayahanda sy dgn baik, dia letak juga nama.saya izinkan kerana ada kebarangkalian tulisan saya tidak diterbitkan heheheh kata beliau kalau bahagian ust zamihan dah x cukup panjang baru bahagian saya diselitkan sekali.
cuma pangkalnya bertukar, tapi pertukaran Ahmad kpd Muhammad x mengubah makna kan :)
pagi jumaat,23/10/09 fadly menelefon saya dengan nada gembira lagi ceria memberitahu tulisan saya diselitkan juga dlm harian metro. saya pun dengan gembira menghidupkan enjin motor menuju kedai akhbar, di mana ia berakhir dgn jawapan : metro dah habis !! :P
1.03am

Satu malam, ketika berjalan pulang dari maktabah dar al-hikmah, diri disapa seorg teman indonisi…antara yg kukagumi, mereka ini membantu pertuturan bahasa arabm kerna walaupun sesame rumpun melayu, sebolehnya nak praktik bhs arab juga..alhamdulillah..
setelah selesai bertanya khabar tentang diri dan pelajaran, dia berseloroh mengatakan diri ini seperti pengetua madrasah. Agaknya kamu mesti ada madrasah sendiri di kampung. Aku tersenyum sahaja, sambil menjawab menafikannya.
Lepas itulah dia mengeluarkan kata2 keramatnya-katanya di sebut oleh gurunya.
" lelaki yg hebat itu tidak semestinya mereka yg berkedudukan hebat, tetapi org yg hebat akan tetap hebat walaupun dia hanya berkedudukan kecil,walaupun hanya mengajar di surau.".
Sahabat tadi meninggalkanku, menyertai teman2nya. Perbualan spontan tadi-terutama kata kata gurunya tadi cukup memberikan makna yg mendalam. Lama juga aku dlm keadaan menghayatinya.
Ketika menulis entri ini, aku teringat kuliah ust fathul bari- yg aku download dr perkongsian al-akh masri. Penuntut ilmu zaman sekarang jauh berbeza dgn penuntut ilmu zaman dahulu. Dahulu org belajar utk diamalkan. Sekarang sistem barat telah mengubahnya. Ilmu dan praktikalnya dipisahkan. Beliau menyebut fatwa seorg ulama- antara maksudnya, sesiapa yg menyambung pelajaran semata mata mengejar sijil, ia merupakan satu bid'ah yg mungkar.
Teringat juga pesanan ust fathul ariffin-yg selalu diulang ulangnya. Jgn jadi org yg ada sijil, ijazah bergulung gulung, tetapi tidak dapat dimanfaatkan ilmunya oleh orang lain.
Teringat juga cerita angah dari mesir, katanya gaji doktor2 dan profesor2 Azhar tidak sehebat gaji mereka yg sama gelaran di Malaysia. Hati kecilku berdetik, itulah agaknya yg menjadi kekuatan mereka-mereka bekerja bukan kerana gaji yg banyak, tp menunaikan amanah ilmu yg telah ditaklifkan oleh Nya.
kagum bila lihat shbt2 sepengajian menjadi pensyarah, menjadi tutor, menjadi fellow akademik…siapalah yg tidak timbul rasa teringin di hati menjadi hebat seperti itu juga…..
kagum bertemu kehebatan yg satu lagi. tanpa gelaran doktor atau professor, juga tanpa sijil sijil diploma, ijazah,seumpamanya, tanpa anugerah dekan,tanpa jawatan pensyarah, tetap hebat memanfaatkan insan dgn ilmunya.
Ilmu x terletak pada status…ilmu itu istimewa kerana dirinya itu ilmu..dan penuntut ilmu itu jadi istimewa bila dia benar2 memahami, menghayati, dan mengamalkan segala amanah berkaitan ilmu itu.
Masing masing punyai kehebatan, susah mencari yg terhebat antara yg hebat. Mana satu yg hanya hebat di mata insan, mana satu yang hebat pada pandangan Tuhan.
Yg hebat itu bukan sekadar hebat yg menampakkan dirinya hebat sahaja, tp yg banyak memberi manfaat bg yg lain. Bukankah baginda pernah bersabda, " yg terbaik di kalangan kamu adalah yg paling banyak memberi manfaat pd manusia".
2.08am
published @9.58am
Bukan utk buka pekung di dada..Cuma utk minta pandangan dan nasihat..mungkin juga jadikan I'tibar..
Antara kelemahan yg ketara kelemahan bahasa…janganlah pelik..janganlah disebut sebut : eh bukan masa degree dulu….
Ketara sejak mula2 belajar master lagi…kerana master ramai org internasional…yg rumpun melayu pun majoritinya lepasan universiti tanah arab, yg bahasa arabnya memang mantap2…
ketika belajar di bawah Dr Amanullah…masa taqdiim bahath…mmg kena "muhasabah" dah dengan beliau... sebelum itu pun masa tgk shbt2 lain taqdiim, mmg dah mula nampak kelemahan diri…tiap2 org yg taqdiim –melayu atau arab- semua dpt pujian bagus dlm bahasa…kami dua tiga org dr universiti dlm negeri ni la yg banyak dimuhasabah ttg bahasa…ada yg kata –standard la dgn sheikh amanullah kena mcm tu…- tapi kata2 ini ternafi sbb dgn sheikh2 lain pun kena juga
agak down jugak…masa tu abis saja kelas solah bukrah cuba menenangkan…beliau kata- jgn terlalu down, org lain x dpt tulis bahath dlm arab, tp awk mampu siapkan bahath dgn sempurna- ayatnya memberi semangat..
kenapa berbeza?
Jawab jugalah soalan.masa degree dulu kenapa x timbul masalah ni? X terzahir je sebenarnya. Sebab bahath masa degree kita hanya memindah maklumat. Adalah kita buat I'adah siaghah, idea sendiri sikit sikit.
Masa master, yg sikit2 ni jadi utama. Ditambah lagi dengan kewajipan "mensyarah" apa yg kita pindah2.itu baru bahath. Belum lagi risalah@thesis!!
Dlm proses penyediaan proposal, yg memang agak merangkak, dr sabri selaku musyrif(melayu panggil penyelia, omputih panggil supervisor), juga muhasabah pasal bahasa. Dr kata fikrah/idea bagus, bahasa kena banyak baiki.
Rupa rupanya bila kita kena menghasilkan sesuatu yg "sendiri",bukan sekadar "salin dan pindah", barulah kita dapat nampak!!
Pengucapan
Satu lagi perkara yg digeruni, di dalam pengajian master- taqdim/presentation. Masa degree pun ada present, tp x sehebat nak present masa master.baik arab, baik inggeris…tp rasanya present masa dr mumtaz dlm English mcm selamba je bercakap pakai hentam..tp yg arab..nak bercakap pula secara spontan…Allahu Musta'an..sudahnya bak kata ustaz apen kita-jadi macam pembaca berita dekat depan kelas…
Mungkin timbul lagi pertanyaan, kan mengajar di masjid surau, dah biasa bercakap…lain…kt masjid surau, walaupun sejam dua, kita bercakap bahasa kita sendiri. Yg arabnya hanya –ayat quran,hadis dan matan kitab…present tu walaupun hanya 15-30 minit… jauh bezanya bagi diri ini
pemahaman
Alhamdulillah kefahaman terhadap pembacaan, juga percakapan di dalam bahasa arab kiranya dapat dikuasai…kalau x ada kemahiran yg satu ini, memang tak mengajar di masjid2 dan surau kot…nak bergantung pada kitab terjemahan…?
Bg diri ini, ada beza membaca kitab dlm bahasa asalnya dgn terjemahan, kadang2 membaca dlm bahasa asalnya lebih mudah utk difahami berbanding terjemahan. Terkadang penterjemah menterjemah secara harfi,atau lughawi, tidak secara istilahi, menyebabkan sesuatu maklumat payah difahami, lagi bahaya bila salah faham..tapi tidaklah semua kitab terjemahan begitu..Cuma diri ini sangat sangat bersyukur dapat belajar bahasa syurga ini sehingga mampu memahami apa yg dibaca dan didengar dr org dlm bahasa ini…
Kesimpulan
Muhasabah bahasa ini membawaku kpd satu kesimpulan…sekurang2nya kesimpulan buat sementara ini…
Cita citaku utk jadi ilmuan, kena terus menyambung pelajaran lagi slps ini, tinggal lagi sambung terus atau tangguh. Teman2 ramai juga yg menggalakkan menyambung di luar Negara pula selepas ini- di timur tengah. Maaflah kiranya x dpt menuruti nasihat kalian..Namun diri ini sangsi, dengan kemampuan diri…bukan lah timur tengah, bahkan tengah berkira2 utk tidak menyambung di UIA lagi dah…mungkin di tempat tempat lain di Malaysia ni potensinya lain pula…
Apa apapun ku berdoa agar Allah mempermudahkan jalan kembara ilmu ini, menganugerahkanku istiqamah dalam amanah ilmu…memperkenankan cita citaku..Amiin ya Rabbal a'lamin
Wallahu'a'lam.
Wrote on 21 october09, 1.19am.
published on october21, 9.48am
Terkadang diri kita seronok melihat kehidupan orang…seronok hingga rasa ingin juga seperti mereka..dan sebahagian orang pula pelik melihat kita..kehidupan kita..kenapa kita tidak hidup seperti mereka..
Kita punya pilihan yang telah diberikan olehNYA…masing masing sudah matang berfikir, membuat keputusan yang tepat insya Allah dgn bimbingan org org yg mursyid… keputusan yg kita buat tidak menidakkan kebaikan keputusan org lain, dan keputusan org lain yang dikiranya baik juga tidak menidakkan kebaikan keputusan kita…yg penting kita tidak membuat keputusan yg melanggar perintah dan laranganNYA..
Jalan yg kita pilih istimewa bagi kita sendiri, biarpun ianya nampak hambar di mata orang…jalan yg mereka pilih juga istimewa bg mereka, biarpun mungkin nampak hambar di depan mata kita…
Kita telah diberi peluang utk memilih….dan ia sudah berlalu bila kita buat keputusan…sekiranya tiba2 kita rasa mcm x berapa best je duduk atas jalan yg kita pilih…ingatlah balik masa mula2 kita memilih dulu…
usai solat isya, aku bercadang mencetak tugasan pembentangan utk esok.keluar kertas2 kosong je dr mesin pencetak aku ni...aku buat clean head..pas tu nozzle check..rupenyer dah abis dakwat la...dah lama x pakai x tau plak...
dentam dentum kudengar dari bukit convest. dengar sampai ke bilik aku di PG Uthman. mesti ada konsert ni atas bukit tu..musim2 konvo ni la aku rasa peluang artis2 nak masuk uia..selalunya saik saik raihan..rabbani..hijjaz..inteam dan seangkatannya saja yg masuk kalo di luar musim..tp bunyi bising td bukan bunyi dari said saik tadi...
dek perutku juga berkeroncong minta diisi..dan kafe pun ditutup setiap kali musim begini..aku pun gagahkan juga diri yg malas ni utk ke sana mencari apa2 utk dimakan..
di sana memang makin bingit dan jelaslah konsert yg berlangsung...ada ezad exist...ada amy search...
aku bukanlah anti hiburan..bencikan hiburan...dan aku bukanlah x dengar lagu langsung...atau hanya dengar lagu puak2 raihan hijjaz rabbani inteam......cuma lagi bila keadaan dah mcm ni..hati kecil aku sendiri yg berbisik tidak selesa...
dengan bingit muzik..dengan sorakan penonton...majoriti sorakan suara2 penonton ni suara halus..suara manusia yg dlm solat disuruh menegur imam dgn tepukan bukan dgn lafaz tasbih...x campur bab ikhtilat lagi tu...
aku dlm hal2 begini malas nak bercakap kdg2...mcm2 respon timbul..org akan berkata kau terlalu kolot...kau nak semua org jd mcm kau mana boleh...kau syadid x nak dgr lagu...kau x meraikan masyarakat...tapi sebab dia hal agama...aku sebagai yg diberi amanah kena bercakap jugak
masalah lagu itu nak kata khilafiah, nak ambik pendapat ianya harus selagi x melalaikan[kalau ye suasana tu x melalaikan]..tp masalah ikhtilat..masalah suara perempuan dlm keadaan begitu masalah yg disepakati...
trend agama bermusim makin merebak....nak ibadah hebat2 di bulan puasa...nak kempen biah solehah pun time2 tertentu...nak praktik biah solaehah pun time2 tertentu jugak ke??
kelihatannya insan lebih tertarik dgn hiburan... x tertarik dengan pakar hadis lulusan ummul qura Dr Abul lais yg setiap petang isnin mengajar sahih bukhari di masjid...meraka tidak tertarik dengan curahan ilmu feqh prof abd razak Sa'adi-ahli majlis fatwa iraq,mantan dekan kuliah syariah univ.baghdad- di masjid...ataupun ustaz2 lain yg berkuliah dlm bahasa yg kita fahami di kelas2 di irk dan admin saban malam..
Allahu Musta'an
yg pastinya apa yg berlaku menambahkan modal modal utk berkuliah....biarlah cerdik pandai di sini kalau mereka x mau endah dgn apa yg aku leterkan ini...di sana ada insan insan yg setia bertandang mendengar kisah2 dr kota buat pengajaran mereka di desa..
12.16pm-12oktober09
ini kukutip dr inbox email yg baru juga diterima...baca dan nilai ya...
Kerana Dia Manusia Biasa ..
Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawaban kerana Allah hinggalah jawaban duniawi. Tapi ada satu jawaban yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawaban dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah.
Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya....!!!Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk). Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.
Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya.Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur."Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini. "Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur.""Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan. "Kenapa kamu memilih dia?"
Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati. "Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe........"Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu…...... **************************************************************************************************** Kepada Yth .........
Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya
Assalamu'alaikum Wr Wb
Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama ............... menginginkan anda ............... untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.
Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.
Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridho dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin
Wassalamu'alaikum Wr Wb *************************************************************************************** Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah.Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan."Kenapa kamu memilih dia......?""Kerana dia manusia biasa......." Dia menjawab mantap. "Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku." "Maksudnya?""Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin. "Ssttt......." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing. "Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama." Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya."Gik.....?" "Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak. Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'.Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan. Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah.Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan.Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah.
Jadi, bagaimana dengan cinta? Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya.Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.
