Ada sesapa duduk selangor tak?? Hati hati tau, katanya sekarang musim denggi bermula kembali. Tadi dekat klinik ada kes denggi dr kg aku. Dia blaja dekat selangor, baru balik bercuti. Jadi petang tadi orang pejabat kesihatan datang la buat semburan. Kitorang kena la kosongkan rumah. Wan aku yang uzur pun kena dibawa keluar rumah tadi. Yang aku kelakar jiran jiran aku ramai yang keluar rumah dukung kucing hehehe takut kucing terkejut, atau mungkin lemas dalam asap semburan tu nanti. Ada jiran sorang tu dia ada tanam kulat komersial, minta pengecualian dari disembur, sebab takut kulatnya menyerap semburan tu jadi beracun. Orang kesihatan tu buat lawak plak, dia cakap kerja saya jaga kesihatan orang, bukan kesihatan kulat katanya. Dia kata kulat mati boleh tanam semula, nyawa org lebih penting..arnab arnab aku pun tadi kena alih sekejap, takut sensitive dengan asap semburan.. ayam aku pun reban kena sembur gak, tapi katanya semburan tak membahayakan ayam.Hehehe mcm2 la kan..ok la apa apapun sama sama kita jaga kebersihan,.jaga kesihatan, tubuh badan ni kan amanah Allah jugak kan…
okla meh kita sambung cerita semalam..
Aku selepas gred Plan 2: episode iii
Sebelum aku sambung lagi, aku nak mohon maaf la kalau kalau ada yang kat luar sana rasa bosan maupun pelik dengan blog ni..dah nak jadi macam blog halaman pertanian dan penternakan pulak…tapi ye la kan blog ni meluahkan rasa hati tuan punya blog..jadi nak buat macam mana kan hehehe oh ya satu lagi sesapa yang nak baca benda2 serius, sila lah ke blok satu lagi,kat sana aku tulis secara ilmiah,insya Allah.ni alamatnya..http://tajdidworld.blogspot.com/
Hari tu aku berenti tulis setakat aku membeli puyuh. Dalam aku bela puyuh, aku masih lagi memikirkan projek ayam kampung aku tu.dan aku tak henti henti Tanya orang kampung kat mana nak dapat benih ayam kampung. Member member kat kelantan pun aku Tanya pasal benih ayam ni,sebab dekat sana memang terkenal dengan benih ayam itik yang baik dan murah,sebab diorang berpeluang merasa teknologi moden pertanian Negara jiran,Thailand. Sampailah satu hari tu, ada sahabat sorang ni dia kerja perhutanan, dan bela angsa. Dan dia selalu jual anak angsa dia kat satu kedai dekat Bandar daerah sebelah daerah aku duduk. Dia cakap dekat situ ada jual anak ayam. Jadi aku pun pakat la dengan dia pergi ke sana.
Kat kedai tu memang ada jual dua jenis anak ayam. Petamanya ayam Israel. Korang tau taka yam Israel??meh aku cerita sikit..
Ayam Israel
Ayam Israel ni adalah sejenis ayam yang bersaiz besar.tapi masa anak lagi tak nampak la besarnya. Aku tau ayam jenis ni lama dah, sejak aku sekolah agama lagi.masa tu pak sedara aku ada bela, besar ayamnya, lebih besar dari ayam daging. Tak keterlauan kota aku cakap dia sekali ganda lebih besar dari ayam biasa, dua kali ganda lebih besar dari ayam kampung.
Ntah dari mana ntah dapat nama ayam Israel. Baka ni mungkin dari masuk Thailand gak,sebab pak sedara aku ambik benih ayam dari kelantan gak ayam jenis ni kuat makan, tapi dia macam ayam kampung jugak boleh diberi macam macam makanan, tak terhad pada palet dan dedak je. Mungkin perangai ayam ni macam Israel kot, sebab ayam Israel yang pak sedara aku bela tu suka gaduh ngan ayam lain, pas tu pantang nampak ayam betina dia terus hambat. Daging dia orang kata lebih kurang ayam kampung, tapi tak sepejal daging ayam kampung la. Tapi nilai komersial dia tak sama ngan ayam kampung.
Ayam kampung pedaging
Satu lagi jenis anak ayam yang dijual oleh kedai tu adalah baka yang disebut ayam kampung daging/pedaging. Kesimpulan aku inilah kacukan ayam kampung baka yang aku cari. Mirip mirip atau sama dengan IKC yang MARDI hasilkan. Oleh sebab aku baru nak start bela, jadi tak boleh beli banyak banyak lagi. Aku pun angkat la sepuluh ekor. Anak Ayam ni harga dia rm3.50 sekor, tiga rm10. hati pun gembira bukan kepalang. Lepas tu aku beli pelita ngan minyak gas, sebab kalau kita bela anak ayam tanpa ibu dia, kita kena sediakan sumber haba yang cukup. Pakai lampu pun boleh,tapi jarak rumah aku ngan reban tu tak mengizinkan.
Makanan dia pula mula mula aku beli.lepas tu aku try cipta formula sendiri dengan mencampurkan jagung,dan gandum yang dikisar. Dan formula aku ni kononnya nak jimat, tapi tak menjadi sebab tak cukup khasiat.
Jadi sampai rumah aku pun terus alas reban dengan surat khabar, masukkan anak anak ayam yang comel ke dalam. Hajat dah tercapai,detik hati.
Bermulanya cabaran dan dugaan
Tapi ye la kan, dalam hidup ni kalau tak ada cabaran dan ujian, tak la namanya kehidupan. Aku ingat bila dah dapat anak ayam, semua dah setel.haa..rupa rupanya tak. Tak sampai seminggu, anak anak ayam aku mula mati. Mula mula sekor sehari. Lepas tu dua ekor sehari. Ya, Memang mati tu ketentuan Allah, qada dan qadar yang wajib diterima…Cuma aku sebagai manusia penternak nak tau sebab musabbabnya,jadi kena buat kajian sikit.
Mula mula aku ingat sebab masalah pelita padam. Sebab bila pelita yang aku pasang padam tengah tengah malam, esoknya mesti ada anak ayam yang mati sebab terpijak sesame sendiri. Untuk mengelakkan masalah tu maka sebaik sahaja aku terjaga tak kira pukul berapa, aku akan bangun tengok dari tingkap bilik aku padam ke tak. Kalau padam, aku pergi keluar walaupun masa tu pukul 3-4 pagi, pasang semula. Kadang kadang pasang semula pun padam lagi, aku pun ambik anak ayam tu masuk dalam kotak bawak masuk rumah.
Rupa rupanya aku salah cara pasang pelita. Ye la aku orang kampung, tapi mana ada zaman ini orang kampung pakai pelita lagi dah. Dlm internet pun mana ada org ajar pasang pelita kan hahaha Aku pasang pelita api dia besar sangat, jelaga hitam pun banyak keluar. Jelaga ni bila lekat dekat ruang udara pelita, api pun padam sebab udara tak masuk. Lepas tu aku pun pasang api kecik jer, dan memang pelita tak padam.
Tapi masalah pelita yang selesai tak menyelesaikan masalah ayam tu. Pelita hidup sampai siang pun, esoknya ada jugak yang menemui ajal. Aku termenung memikirkan apalah masalahnya. Ataupun memang kena bawak anak anak ayam ni pergi pejabat haiwan, check kot kot ada penyakit.
Lawatan ke Ladang jiran
Seminggu selepas aku beli anak ayam, hanya tiga ekor yang masih hidup. Aku bercadang nak beli anak ayam dari orang kampung je, mungkin dapat harga murah sikit, dan kalau misteri kematian berlaku lagi,maka takla kerugian sangat.
Pagi tu aku tengah rehat rehat melayan cucu jiran aku yang darjah lima berborak borak. Dia ni rapat juga dengan aku, sebab petang petang aku selalu bawak dia jalan jalan naik moto. Dia Tanya juga pasal ayam aku. Dia kata dekat rumah kitorang tu ada orang bela ayam jugak. Mula mula aku tak percaya, sebab yang aku tau dia bela itik je, dan jual telur itik. Selalu aku lalu situ, memang kat situ ada ayam, tapi sikit la, sebab pak cik tu konsentrasi dia itik. Orang kampung panggil dia pun sebut laqab itik di belakangnya.Tapi dek melayan budak sorang tu tadi aku pergi jugaklah naik motor ke rumah pak cik tu.
Sampai je, pak cik tu memang ada kat depan rumah dia. Tengah kumpul kayu untuk buat tiang.Aku pun bagi salam,hulur tangan. Pak cik ni dulu kerja tentera laut(navy),bila pencen dia menternak pulak aku pun Tanya lah dia, ada ayam kampung tak, saya nak beli anak ayam. Dia Tanya nak yang besar mana, dia tunjuk la peringkat peringkat ayam yang ada dalam kawasan luas tepi rumah dia yang dipagar. Aku kata tak kisah, yang kecik pun takpe. Aku pun ceritalah yang aku beli anak ayam, tapi tak sampai seminggu dah banyak mati, tinggal tiga ekor.jadi aku nak cuba bela lagi. Pak cik tu tersenyum lebar. dia kata kalau orang sama minat ni, pak cik suka lah nak cerita panjang.mungkin dia nampak minat mendalam sebab walaupun ayam aku mati, aku masih nak cuba bela lagi.kalao org x minat kan,mesti dah give up dah la kan.lalu dia ajak aku pergi tengok reban kat belakang rumah dia pulak.
Rupanya kawasan kat belakang rumah dia lagi luas, dikelilingi pagar tinggi. Dalam tu macam macam jenis ayam ngan itik ada. Kami pun bersembang panjang la,cerita pasal ayam ngan itik ni. Dalam pada tu dapatlah aku ilmu pengetahuan dari pengalaman pak cik ni, yang tak aku jumpa kat buku atau internet. Dan kat sinilah aku tau kesilapan aku.
Rupa rupanya kalau pasang pelita, kena tutup keliling reban dengan kain ataupun guni. Jadi haba yang terhasil dari pelita tak keluar dari reban, dia akan merebak dalam seluruh reban. Jadi haba kepanasan jadi rata, tiap tiap anak ayam dapat haba yang cukup.yang aku pulak hanya pasang pelita, tapi tak tutup keliling reban,jadi haba tak rata,angin dari luar pun dapat masuk. Lagi satu, dalam masa 2 minggu pertama, pelita kena hidupkan siang malam.minggu ketiga barulah hidupkan pelita di malam hari sahaja. Satu lagi pak cik tu bagitau makanan yang paling sesuai utk anak ayam, nama dia C201-brooder starter.kaler dia agak gelap berbanding makanan ayam biasa.makanan ni tinggi kandungan protein, bau dia ada bau ikan sikit sebab kandungannya ada protein ikan yang mempercepatkan pertumbuhan anak ayam.
Sebelum aku balik, pak cik tu bagi aku enam ekor anak ayam kampung. Tapi pak cik tu dah cakap awal awal, dia pernah try bela anak ayam kampung ni dengan cara tadi, tapi tak menjadi.dalam masa yang sama pak cik tu suruh aku try pulak, mana tau menjadi kan.aku pun ucap banyak banyak terima kasih kat pak cik tu, sebelum aku balik.
Cobaan….
Namun enam ekor anak ayam tu bukanlah petanda kejayaan lagi. Kata orang, nak berjaya ni memang kena ada usaha yang gigih, dan sabar kerana memang banyak dugaan. Dan itulah yang berlaku. Rupa rupanya betul la pak cik tu cakap, ayam kampung yang ditetaskan ibunya lebih sesuai dibesarkan ibunya. Dalam enam ekor tu, sekor je yang berjaya. Maknanya dari enam belas anak ayam yang aku beli dan dapat, hanya empat yg bertahan.
Putus asa?? Tidak bagi aku..belum masanya. Alhamdulillah Allah kurniakan nikmat tabah yang kuat dalam hati aku dalam hal ini. dalam menjaga rapi empat anak ayam itu, hati aku masih kuat bertekad nak beli anak ayam lagi.
hehe nak tau cerita selanjutnya?? masuk sini lagi besok ye heheh
0 komen:
Catat Ulasan