Memaparkan catatan dengan label travelog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label travelog. Papar semua catatan

Re-UnioN @ Nilai

Alhamdulillah baru-baru ini saya berkesempatan memenuhi jemputan seorang sahabat yang akan berangkat ke Jordan untuk melanjutkan pelajaran beliau. beliau adalah Ustaz Mohd Yusuf bin Ismail. sempena keberangkatan beliau, beliau telah mengadakan majlis jamuan di kediaman beliau di Nilai, Negeri Sembilan.

sungguh seronok dapat bertemu sahabat-sahabat yang sebahagiannya tidak ditemui sejak kami menamatkan ijazah, sambil bertukar-tukar cerita dan pengalaman tak ketinggalan isu-isu semasa.

kira-kira jam11 malam, saya sampai di stesen komuter Nilai. ust Yusuf terus membawa saya ke terataknya.
anak sulung ust yusuf, Abdul Fattah, 4. Ceria dan peramah orangnya.

anak kedua, Fatimah Az-Zahra. sedang menemai abi memeriksa tiket penerbangan ke Jordan.
bersama sahabat-sahabat seperjuangan yang insya Allah akan terus berjuang. dari kiri: Rozaidi Rusmin, saya, Mohd Yusof Ismail dan Mior Isfandi Mior Azizan.
sahabat kami yang tiba di malam hari- Usmukh. ustaz mukhtar@ lebih dikenali sebagai Bond. bersama-sama dengan anak sulungnya, Irsyad.
sambil menjamu selera (entah round ke berapa bagi saya hehehe) sempat berbincang isu-isu semasa, terutamanya isu di Mesir
hari sudah semakin gelap. masa untuk pulang.
Fatah mengiringi kawan-kawan abi pulang...jangan sedih fatah!!
anak ustaz mukhtar kita, Irsyad.

seperti kebiasaan, setiap Ramadhan masjid jamek kariah dong akan menganjurkan ifthar jamaie pada malam 17 Ramadhan. semalam saya berkesempatan menghadiri majlis berbuka puasa beramai ramai ini.

Alhamdulillah tahun ini dapat saya berbuka beberapa kali di masjid kariah kampung saya ini. sebelum ini agak sukar nak mengajak diri meninggalkan rumah berbuka di masjid hehehe..

Guru kami, Al-Fadhil Ustaz Hj Fathul Ariffin sedang berbuka bersama-sama para jemaah
seperti biasa kehadiran kanak-kanak desa memeriahkan suasana majlis berbuka puasa
menu utama- nasi minyak, kari daging, papadum.kurma dan murtabak. air pula air bandung ais dan teh o panas

2013/1434- Ramadhan bertamu lagi

Ramadhan menjelma lagi. sessi 1434 Hijriyah dan 2013 Masihi. Hari ini sudah masuk hari ke sepuluh.

rutin rutin Ramadhan seperti tahun-tahun yang lalu bermula kembali.

Surau di belakang rumah akan meriah setiap malam, selepas hanya dua tiga kali seminggu diimarahkan pengajian sepanjang tahun.

anak-anak sekolah mendapat "lesen" untuk keluar malam menjadi bilal atau berjemaah terawih di surau.

para pemuda berkumpul berkongsi cerita sambil pekena moreh, selepas mendirikan malam Ramadhan.

Sungai-sungai kembali mendapat sambutan hangat, baik kepada insan-insan yang sekadar mengambil keharusan menyejukkan diri berehat daripada kehangatan hari dan kepenatan puasa, mahupun yang mengambil kesempatan lebih dari itu.

*******************************************************************************
usai subuh tadi, ada yang berkongsi muka hadapan Harian Metro. Zikir Tegak@ ratib tegak. rupa rupanya selepas kecoh dalam internet terutamanya facebook, masih tak habis-habis lagi isu ini. ada gambar Nasution dan Imam Karim sekali. seperti sedang buat demontrasi amalam tersebut.

aku sudah malas nak mengulas. panjang atau pendek.sekurang kurangnya buat masa sekarang. tempoh hari sudah banyak mengulas. di alam maya dan alam realiti. secara umum dan khusus. directly atau kiasan.

Isu seperti ini tampak dihadam separa-separa. sesekali nampak yang ditentang itu yang tidak menjadi amalan sendiri. jika dah jadi amalan sendiri seperti boleh pula. akhirnya huraian yang sepatutnya jelas dipraktikkan secara umum hanya menjadi hujah membantah amalan-amalan tertentu sahaja. begitulah nampaknya di desa ini.

********************************************************************************
Usaha perlu diteruskan. kemudian harapan dan doa.

Semoga Ramadhan kali ini, membawa perubahan, selain keredhaan, keberkatan dan keampunan yang berpanjangan.

Amin.
11.18 a.m. 19 Julai 2013/ 10 Ramadhan 1434H



Coret-coret lewat pasca PRU

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..

andai blog ini sebuah rumah alam realiti, nescaya setiap kali masuk ke sini aku kena bersihkan sawang dan habuk...apa tidaknya, jurang antara satu tulisan dengan tulisan seterusnya lama.

entah apa yang menghalang aku menulis di sini aku sendiri tak pasti. rasanya bukan kerana tidak ada idea. kalau dikira idea rasanya tak tertulis. banyak kisah kisah hidup yang mahu dikongsi kalau diikutkan.

susah pautan internet juga bukan alasannya. setiap hari aku melayari internet. cuma tidak menjengah laman usangku ini. sesekali timbul idea hanya sempat dinukil sebagai status di wall fb. namun wall fb itu berbeza dengan blog. bagi aku lah kalau orang lain tak setuju. aku merasakan kebebasan menulis lebih di blog berbanding fb.

hakikatnya bukan blog sahaja. forum yang disertai juga begitu. semangat menjadi "tekno daie" yang cukup2 membara satu ketika dahulu sudah tidak hangat seperti tika itu. mungkin medan realiti di luar ini
 lebih memberi erti.

entri terakhir blog ini berkenaan PRU-13. kiranya pra-PRU. tetapi aku tidak menyambung tulisan berkenaan PRU itu sendiri dan pasca PRU.

apa yang pasti, PRU kali ini melakar sejarah. aku tidak maksudkan sejarah secara umum. sebaliknya khusus bagi diri aku sendiri. hampir 5 tahun berada dalam medan dakwah di kampung halaman sendiri menekadkan aku untuk membuat satu keputusan. keputusan yang mungkin tidak boleh diterima oleh sebahagian orang yang mengenaliku.

aku keluar dari kebiasaanku tika detik detik itu sebelum ini. aku tidak kelihatan di markas. tidak juga di pos pos pemasangan poster dan bendera. tidak duduk di kerusi PACA pada hari mengundi. (tapi aku masih mengundi :) )

hilang aku rupanya disedari. cuma aku mengetahuinya dari orang jauh. ada yang menghubungiku. orang dekat memberitahu kepada orang jauh tentang hilangnya aku. itu yang buat aku sedikit tidak puas hati. kenapa tidak tanya kepada tuan punya badan sendiri??

hakikatnya aku hanya hilang dari pentas berlambang. dan aku tidak menghalang mereka yang ingin meneruskan perjuangan mereka. berjuanglah!! bahkan aku memberi semangat kepada mereka. memberi nasihat, komen, kritikan, bila dipinta dan bila perlu.

bahkan kebenaran itulah satu satunya benda yang aku war warkan dalam setiap ucap umumku di hadapan yang sudi mendengar celotehku. walau ia pahit untuk ditelan jika ia bertentangan dengan apa yg kita suka. walau ia pahit utk ditelan jika kebatilan itu benar2 berada atas kesukaan kita.

biarlah begitu. biar aku perlihatkan diriku yang sebenar. biar mereka melihat diriku yang sebenar.

apa pun syukur kerana semuanya sudah berlalu.

nun di hadapan sana perjalanan masih jauh. penghujungnya hanya Tuhan yang Maha Tahu.
kita, ikhtiar, usaha, doa dan tawakal, utk jadi insan yg memenuhi tuntutan tujuan kita diciptakan.

8.32pm- 30 Mei 2012- KSJ





Blues seorang Daie: di ambang PRU13

saya teringat peristiwa pagi jumaat lalu. saya baru hendak menghidupkan enjin motorsikal untuk pergi mengajar ke pejabat belia dan sukan, di mana tiba tiba sebuah kereta jiran saya berhenti dan mematikan enjin.
"Awak nak mana?"
"Nak mengajar ke kompleks belia".
kemudian jiran saya turun dari keretanya.

pendek ceritanya dia menceritakan peristiwa yang berlaku malam tadi. khamis malam jumaat itu malam mereka mengaji agama di salah sebuah masjid di kampung kami. tiba tiba ada tetamu "penceramah" undangan bagi menggantikan sessi kuliah yang biasa mereka ikuti saban minggu. jiran saya mengadu tentang isi kandungan ceramah yang disampaikan. mengandungi unsur-unsur politik. dia turut menunjukkan risalah yang diedarkan malam itu. isinya ayat-ayat suci al-Quran dan terjemahannya. kemudian beberapa artikel yang dipetik daripada beberapa akhbar rasmi beberapa parti. saya tidak sempat meneliti dan membacanya, kerana saya hendak cepat pergi mengajar.

kemudian dengan siap bersumpah demi Allah dia mengaku pulang awal sebelum majlis itu tamat. diberitakan majlis itu tamat lewat, bermula selepas maghrib dan selesai lebih kurang jam sepuluh. (kuliah biasa akan tamat bila masuk waktu isyak, atau lebih sedikit). selain jiran saya, beberapa orang yang lain turut pulang sebelum majlis selesai.

saya risik-risik juga khabar dari mereka yang hadir. antara komen mereka, "kami tidak marah nak berkempen, tapi bukan masjid tempatnya". "kami datang nak menyambung pengajian kami pada minggu lepas" "Markas ada kenapa buat di masjid juga".

*******************************************************************************

kemudian saya teringat pula tentang mesyuarat ajk masjid malam tadi. hari sabtu malam ahad. di saat2 mesyuarat hampir usai tiba tiba timbul isu - letaklah politik di luar sebelum masuk ke masjid.
"politik macam mana ni? bila? cuba terangkan"
"masa khutbah beberapa minggu lepas...imam ada menyentuh.."
"Ada sebut (nama parti) ke?"
"tak adalah..."
"habis tu?"
"khutbah ni hak siapa? hak imam?habis tu?"
"imam sepatutnya lepas khutbah tinggalkan buku di atas tu...untuk disemak.."
demikian di antara dialog dialog nya.

 ********************************************************************************

hari ini. Ahad. saya sedang menelaah beberapa kitab sirah sebagai persediaan untuk mengajar malam nanti. tiba tiba nada dering samsung galaxy chat saya berbunyi. nama pengerusi masjid tempat saya akan mengajar malam ini. terus saya sambut.
antara dialognya:
"ustaz mengajar tempat kami malam ni kan? kuliah tu kita tangguh minggu depan ya. ustaz tak payah datang lah malam ni. malam ini ada ketua pemuda ceramah. kalau orang tanya nanti jawablah ustaz ada hal"

**********************************************************************************

tiba tiba saya teringat kata kata seorang ilmuan popular dalam satu kuliahnya" kempen untuk agama ini tuan tuan tidak bermusim...."

abu zubair
kg sg jahit
10 mac 2013

Sekitar Sessi Hafazan Al-Quran


ustaz Luqman punyai cara tersendiri untuk mendidik anak anak muridnya dalam sessi hafazan. Hafazan dari hati ke hati


ustaz taufiq sedang menyemak bacaan salah seorang pelajar
antara keseronokan yang saya dapat, melihat pelbagai cara anak-anak kecil ini menghafaz al-Quran

jauh dari Sabah datang ke pahang untuk belajar Al-Quran :)

hari ni dah 1 Mac. bermaksud sudah dua bulan saya dan shbt2 saya membuka semula taski ini. bermakna ada lagi empat bulan perlu dilalui oleh kami.


Enam Bulan

kenapa enam bulan? kerana terdapat satu pihak yang mahu membantu kami. cuma berdasarkan perbincangan kami dengan mereka, mereka mahu lihat progress kami dalam enam bulan pertama. menurut mereka, enam bulan pertama ini membuktikan kesungguhan kami dalam membangunkan taski ini.

Dua bulan pertama ini pun sudah macam macam perkara berlaku. zahirnya, terdapat beberapa perkara yang meningkat dan  "merundum"

Merundum

Pada permulaannya pendaftaran para pelajar amat menggalakkan. selepas tarikh pendaftaran pun masih ramai yang merayu mahu mendaftar. kesannya, kami menerima hampir lima puluh pelajar berdaftar. ini hakikatnya jauh menjangkau sasaran kami.walaupun pihak yang mahu membantu menyasarkan kami perlu mencapai jumlah 150 orang pelajar!!

namun, bermula Februari lalu, kedatangan mula merundum. sebabnya?
- pembukaan kelas KAFA di sekolah setiap isnin, selasa dan khamis. pelajar yg menyertai KAFA sekolah hanya dtg ke taski pada hari rabu dan jumaat. sebahagiannya langsung berhenti.

saya masih ingat pada hari pertama KAFA dibuka di sekolah, tidak sampai lima belas orang pelajar yang hadir. hari itu, selepas asar, saya tidak mengajar fardhu ain. saya bersoal jawab dengan mereka kenapa mereka masih berada di sini, sedangkan rakan rakan mereka sudah berada di KAFA. kesimpulan jawapan mereka memberikan sedikit harapan, bahawa mereka inilah yang akan meneruskan kesinambungan perjalanan kelas ini, di kala yang lain terpaksa atau rela mengikuti program di sekolah.

- permulaan kelas tambahan pelajar tahun 5 bagi menghadapi upsr pd tahun hadapan.
- latihan sukan dan aktiviti kko-kurikulum di sekolah pada sebelah petang

pengurangan jumlah pelajar menyebabkan akhirnya kami menutup kembali bangunan taski abim untuk hari hari persekolahan biasa. jumlah pelajar yang tidak ramai mana, memadai menggunakan ruang surau sungai lar untuk sessi pembelajaran.




mengingatkan hal ini, saya terkenang kata kata ustaz baharuddin ayuddin. inilah risiko jika kita buka institusi pengajian separuh masa. pelajar punyai komitmen dengan sekolah formal mereka. berbeza dengan pelajar yang sepenuh masa belajar dengan kita.

walau bagaimanapun, saya amat bersyukur kerana masih ada ibubapa yang memang memberikan prioriti untuk menghantar anak anak mereka ke taski.

Februari juga menyaksikan kami memecahkan pelajar kepada beberapa kumpulan untuk sessi selepas asar. ini bagi memastikan setiap pelajar mampu mempelajari ilmu asas ISlam mengikut kemampuan dan peringkat umur mereka.

Kelas Tahfiz
kelas tahfizlah mungkin menjadi penawar, pengubat dan pembakar semangat. di samping sessi hafazan harian yang dijalankan setiap hari, kami telah membuka kelas pada sabtu dan ahad -8.30- 11 pagi-khas untuk pelajar pelajar tahfiz menghafaz. komitmen dari para pelajar untuk sessi ini Alhamdulillah sungguh memuaskan.

Team Mengajar
cabaran seterusnya ialah team mengajar itu sendiri.

taufiq memang memberikan komitmen yang sangat bagus. bagi saya, beliau menjadi satu kekuatan tidak dijangka yang Allah anugerahkan kepada kami. namun, beliau punyai kembara ilmu yang masih perlu diteruskan selepas keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia diumumkan.

Luqman pula sedari mula mendapat bermacam tawaran daripada pelbagai madrasah yang mahukan khidmadnya. walaupun pada mulanya, memang kami menyasarkan Luqman sebagai tonggak utama kerena beliau satu satunya al-hafiz dalam team ini.

saya tidak mahu fikir sangat walaupun hakikatnya saya memang sentiasa teringatkan perkara ini.
yang penting sekarang kami perlu berusaha untuk terus meneruskan apa yang telah kami mulakan.
Moga ada taqwa, biar sedikit, yang akan melakarkan jalan keluar bagi kami dalam menghadapi cabaran ujian yang semakin mengepung ini.

inna lillahi wa inna ilaihi rojiuun....

usai solat isyak berjemaah di surau sungai jahit. kami sedang bersantai seketika. tiba tiba salah seorang sahabat, lan, menerima panggilan telefon. kedengaran seperti pemberitahuab berita kematian. lan berulang kali bertanya. khuatir hanya gurauan.setelah pasti, lan memberitahu kami, seorang sahabat kami meninggal dunia, di depan kedai peli. eksiden.

kami bergegas ke tempat kejadian dengan motorsikal. orang kampung kuala gali sudah mula berkumpul. begitu juga sebahagian daripada musafir yang melalui jalan raya berhenti untuk bertanyakan hal.

sebuah lori panjang bermuatan longkang besar. kepalanya sudah masuk ke kawasan pembinaan projek R&R kampung kami. ekor lori masih di atas jalan. di tepi dan belakang lori terbarai dua buah motorsikal. salah sebuah daripadanya dalam keadaan amat teruk. sementara jasad kedua dua penunggang sudah terbujur kaku di atas jalan raya.

kedua-dua penunggang adalah anak jati kampung kuala gali. salah seorang daripada mereka sedang menunggu keputusan SPM, sementara seorang lagi bakal menduduki peperiksaan PMR tahun ini.

salah seorang daripada mereka, syukri, pernah melibatkan diri dalam kelas pengajian saya, iaitu  kelas belia di surau sungai jahit dan kem intensif asas islami 2 (KIAI 2)

bagaimana kemalangan berlaku sebenarnya tidak pasti. yang kami tahu mereka langgar belakang lori. para saksi hanya mendengar bunyi break emergency dan dentuman. kemudian bunyi yang sama berulang sekali lagi.

kami beransur bersurai dari tempat kejadian apabila kedua dua jenazah dibawa ke dalam trak polis untuk dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

sementara menunggu bedah siasat dijalankan, kami menanti di surau. jam 1 lebih jenazah yang sudah siap dimandi dan dikafankan sampai di masjid jamek kariah dong untuk disolatkan. selepas itu kami sama-sama mengiringi jenazah ke tanah perkuburan kuala gali.

walaupun sudah jam dua pagi, ramai yang hadir di kubur. kebanyakannya keluarga arwah dan kami sahabat sahabatnya. usai jenazah dikebumikan, imam dua, yang merupakan bapa saudara kepada salah seorang mangsa memberikan sedikit tazkirah sebagai peringatan kepada yang masih hidup, disusuli dengan doa.

perginya dua insan ini ke alam sana, dalam usia yang muda, sudah pasti memberikan pengajaran dan iktibar buat kita yang masih diberi peluang hidup di atas bumi ini.

Allahummaghfirlahuma warhamhuma wa'aafihuma wa'fu anhuma...
Allahumma amin...


Kelas Tahfiz Al-Quran Taski Kampung Sungai Lar (3)

kali ini saya nak kongsikan gambar gambar yang sempat diambil ketika sessi kelas di taski abim sedang berlangsung.

ustaz taufiq sedang meyemak bacaan pelajarnya yang juga bernama taufiq
menghafal ke termenung tu wahai Ali Al-Ghazali?
sessi penerangan didengar dengan penuh tekun
pandangan dari luar bangunan taski yang telah digunakan sejak 70-an lagi. kelihatan kenderaan para asatizah di luar kelas
sampai terlentok lentok "Hang Tuah" menghafal. rakan rakan lain pun dengan gaya masing masing
ustaz luqman sedang merekod laporan hafazan sambil disaksikan oleh Amir dengan penuh debaran
syafiq, amir dan amirul aiman menghafaz dengan gaya tersendiri
ruang kelas quran dan hafazan- kumpulan ust luqman
ini pula ruang kelas quran dan hafazan ustaz taufiq
sementara rakan menyemak hafazan dengan ustaz, ada yg beratur menunggu giliran. ada juga yang masih menghafaz di tempat duduk

ini kelas kendalian saya sendiri. kelas iqra' yang ketiga. dua lagi kumpulan iqra beroperasi di surau

Sessi Fardhu Ain Kelas Tahfiz Al-Quran Taski Kg Sg Lar

ini gambar-gambar sekitar sessi fardhu ain kelas tahfiz al-quran taski kg sg lar. kelas ini biasanya diadakan selepas selesai solat Asar secara berjemaah. cara pengajaran secara santai dan praktikal


adik adik sedang mendengar apa yang diajar oleh ustaz
tekun mendengar bacaan rakan
akhlak dan adab sentiasa diutamakan. selalunya sessi ini dijalankan oleh guru disiplin kami, ustaz safwan
sebelum sessi bacaan beramai ramai kena betulkan barisan dahulu
masih lagi x lurus lurus ni...
ok dah lurus dah boleh baca dah...

sessi praktikal solat

cuti sekolah yang lalu..kami bergotong royong membersihkan halaman taski abim kampung sungai lar yang telah terbiar berbulan bulan lamanya...

sudah jadi seperti padang rumput savanna. mujur tak ada cheetah, singa dan dubuk je hehehe
abang apih kita merasmikan majlis memesin rumput rumpai
saya sangat sayangkan mereka ini. mereka jauh lebih muda dari saya, namun sentiasa berada di sisi, membantu dan menyokong . semoga allah memberkati kalian.
rafieq
wafi
apih terus menjalankan tugas..ust safwan pula cuba mengharungi "lautan rumput"
hasilnya...kan nampak kemas sikit halaman ni..
dua beradik yg kepenatan sampai tertidur di atas motor heheh

Sakitnya.....ujian...

saya baru pulang dari klinik kesihatan Dong...hajat untuk tidak ke klinik dan melakukan rawatan sendiri tak kesampaian...

beberapa minggu lalu saya kemalangan apabila motor yang saya tunggang tergelincir, berpusing dan saya tercampak.ia mengakibatkan beberapa kecederaan. alhamdulillah dalam masa beberapa minggu saya berjaya merawatnya secara sendirian dengan menggunakan ubat ubtan yg dibeli..

namun begitu, ada satu luka baru yang bernanah tiba tiba wujud pada betis saya. ia menyebabkan saya tidak dapat berjalan dgn betul..tak tahan dek kesakitan, akhirnya saya akur...saya pergi juga ke klinik untuk mendapatkan rawatan..


di mana buat pertama kalinya dalam hayat ini saya mengalami pengalaman kena masuk air...ia berpunca dari kadar gula dalam darah yang begitu tinggi...jadi kena masukkan ubat utk menurunkannya melalui air yg dimasukkan ke dalam badan..lama juga saya menunggu sehingga kadar air yang sepatutnya selesai dimasukkan

saya juga menjalani pembedahan kecil di bahagian betis untuk rawatan bisul yang saya sedari lewat. saya menyedarinya dua hari lalu, sedangkan kata pihak klinik sekurang-kurangnya ia sudah seminggu berada di betis saya. pada mulanya saya mengangkakan ianya kudis biasa yg disebabkan menggaru tempat gatal.

ala kulli hal, jam dua petang saya dibenarkan keluar dari bilik rawatan kecemasan klinik kesihatan Dong. mudah mudahan ujian yang Allah timpakan atas saya ini ada nilai di sisi-Nya...

Kawan...

terkadang dalam kembara hidup ini, kita akan terasa kehilangan kawan.
mungkin keseronokan yang dialami ketika berkawan, membuatkan kita yakin kawan itu akan bersama kita untuk hari hari seterusnya...hari hari yang mendatang...
entah apa yang kita alpa, entah apa yang kita lupa, sehingga akhirnya bila kita sedar kita tidak lagi bersama kawan. tetapi kita telah keseorangan.

Perasaan bahawa persahabatan itu memang dimulai kerana ukhuwwah fillah pun terkadang juga tersasar
mungkin dek kerana ianya hanya perasaan semata, bukan hakikat...

kata orang senang mencari kawan untuk bersama bergembira, tapi sukar untuk mencari kawan yang sudi menangis bersama

kita boleh hilang kawan semata kerana kita berubah haluan
kita boleh hilang kawan semata kerana ketidaksamaan
kita juga boleh hilang kawan kerana kawan yang lain
boleh jadi kita hilang kawan kerana teguran, yang kadang kadang datang dari kita, dan kadang kadang kepada kita
dan banyak lagi sebab kita boleh hilang kawan

memang sedih bila hilang kawan
namun kena ingat juga, hilang kawan itu ingatan dari Tuhan.
agar kita eleng.
dalam alam barzakh nanti kita tiada kawan.
kita tiada kawan melainkan kawan yang bernama amalan.

aduhai diri...
kerana itu pasrahlah, redalah dengan ketentuan-Nya!!

12.50a.m-13 januari 2012