Memaparkan catatan dengan label refleksi minda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label refleksi minda. Papar semua catatan

Re-UnioN @ Nilai

Alhamdulillah baru-baru ini saya berkesempatan memenuhi jemputan seorang sahabat yang akan berangkat ke Jordan untuk melanjutkan pelajaran beliau. beliau adalah Ustaz Mohd Yusuf bin Ismail. sempena keberangkatan beliau, beliau telah mengadakan majlis jamuan di kediaman beliau di Nilai, Negeri Sembilan.

sungguh seronok dapat bertemu sahabat-sahabat yang sebahagiannya tidak ditemui sejak kami menamatkan ijazah, sambil bertukar-tukar cerita dan pengalaman tak ketinggalan isu-isu semasa.

kira-kira jam11 malam, saya sampai di stesen komuter Nilai. ust Yusuf terus membawa saya ke terataknya.
anak sulung ust yusuf, Abdul Fattah, 4. Ceria dan peramah orangnya.

anak kedua, Fatimah Az-Zahra. sedang menemai abi memeriksa tiket penerbangan ke Jordan.
bersama sahabat-sahabat seperjuangan yang insya Allah akan terus berjuang. dari kiri: Rozaidi Rusmin, saya, Mohd Yusof Ismail dan Mior Isfandi Mior Azizan.
sahabat kami yang tiba di malam hari- Usmukh. ustaz mukhtar@ lebih dikenali sebagai Bond. bersama-sama dengan anak sulungnya, Irsyad.
sambil menjamu selera (entah round ke berapa bagi saya hehehe) sempat berbincang isu-isu semasa, terutamanya isu di Mesir
hari sudah semakin gelap. masa untuk pulang.
Fatah mengiringi kawan-kawan abi pulang...jangan sedih fatah!!
anak ustaz mukhtar kita, Irsyad.

Syawal 2014 Episod 3

Raya bersama Geng Surau Sungai Jahit 

seperti biasa usai urusan dengan keluarga, pergi beraya bersama geng surau sungai jahit. menziarahi saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai sambil tumpang seronok raya budak-budak.
Iman (kiri) dan Wafi sedang menjamu selera di rumah Mak Long Bahar (geng surau-Pa'ie, Q dan Baby).
Dari kiri: Solihin, Along, Amin dan Sumi
waqi yang hensem bergaya sedang menuang air jimi asmara
Rumah Cikgu Ali (geng surau apih). ini geng surau versi pemuda- dari kiri: rakan sekerja ayie, Ayie dan Mr Saiful
mr saiful, along che mat dan Pa'ie serta baby
sesi tahunan bergambar raya di depan surau. (berdiri dari kiri) solihin, amin, paie, along.(duduk dari kiri) wafi, waqi, apih, baby.

ini dekat rumah pok ya (geng surau-qowiy). paie, amin, wafi dan along sedang beraya sambil menonton tv
dipaksa menghadap kemera
abang apih yang sentiasa bergaya. siak surau sungai jahit.
raya di rumah pak lang radzi. waqi dan amin.
amin dan along

Syawal 2014 episod 2

PAgi raya bersama keluarga

kenderaan yang akan digunakan untuk kembara ziarah raya. lepas solat raya keluarga ke kuantan untuk ziarah datuk, Hj Muhammad di rumah ibu saudara, Dr Normazila. cuma saya kena tinggal di kampung sebab ditugaskan back-up dan cover imam 2 dan imam 3 yang pulang beraya ke kampung masing-masing. ye la kan sementara saya belum perlu "beraya ke kampung orang" kena berkhidmad lah sikit kan hehe
ayahanda hj Shahrin. uniform solat raya dah tukar kepada uniform untuk bermusafir.
ini abang saya, Kamal Hafidzi. bukan senang nak dapat gambar beliau tahu!!
anak saudara sulung, Alia Qistina. macam beraya dalam sel penjara ler pula dia hehehe

sessi bergambar keluarga di pagi raya. dari kiri: kakak ke-3, Hafidzah, ayahanda Hj shahrin, bonda Hjh Kamilah, Kamal Hafidzi, Alia Qistina dan akak sulung, Anisah.
tambah lagi dua orang... duduk kiri (bawah) akak ke-4 , Amalina. duduk kiri (atas) saya sendiri. duduk kanan(atas) abang ipar, Yusof.

Syawal 2014- episod 1

Malam Raya 
 

Ruzaimi sedang bersedia untuk meREMPIT di malam RaYa. waktu ni singgah sebentar di kedai cikgu man untuk mengisi minyak sebelom berkonvoi memenuhi jemputan guru kami, al-fadhil ust Fathul Ariffin, untuk bertakbir dan menjamu selera di rumah beliau.
MERIAM BULUH!! setelah berdentam dentum dengan pelbagai spesis mercun pada malam-malam Ramadhan, tiba tiba petang Ramadhan terakhir budak-budak ni dapat idea untuk tukar kepada meriam buluh pula. selepas Asar turun ke tebing sungai mencari "buluh betung". pemilihan jenis buluh penting dalam pembikinan meriam buluh, silap pilih buluh itulah yang membuatkan perkara yang tidak diingini berlaku!!
yang agak berani duduk dekat-dekat. yang kurang berani duduk lah dekat belakang kolah.

SEMENTARa di rumah pula kerja-kerja persiapan termasuk pembersihan sedang dilakukan sejak siang tadi. kelihatan si kecil yang bernama Balqis Hanani turut sama membantu membersihkan karpet di rumah.

ada juga yang berkesempatan membeli perhiasan ini ya. mujur hanya diletak di dalam rumah sahaja .

Berbudi pada air- episod 3

blog ini dah nak bertukar jadi blog kaki joran ke? hehehe
ini rezeki hari ini, masih di tempat yg sama. walaupun semalam tak hujan ada juga hasil alhamdulillah.



Tinta Ramadhan: Ramadhan- Taatkah kita atau enggan?

hari ini 19 Ramadhan. bermakna tinggal 10 atau 11 hari sahaja lagi kita akan berada di dalam bulan mulia yang penuh dengan keberkatan ini. hanya empunya diri sahaja yang mengetahui, sejauh mana dirinya telah berusaha untuk mengutib dan merebut pelbagai peluang, kurnia dan anugerah Allah dalam bulan Al-Quran ini.

sejak awal Ramadhan, kita telah menyebutkan banyak hadis-hadis Nabi s.a.w. berkaitan kelebihan bulan Ramadhan serta ibadah ibadah khusus yang terkandung di dalamnya. begitu juga hadis-hadis berbentuk amaran yang menyuruh kita berhati-hati agar amalan amalan yang kita lakukan tidak sia -sia.

hakikatnya setiap insan bergelar Muslim yang melalui bulan Ramadhan sama sama mempunyai peluang untuk menjadi org yang bertakwa dan mendapat keampunan Allah Azza Wajalla.

Imam Al-Bukhari r.h.m pernah meriwayatkan satu peristiwa dalam kitab sahih beliau. ringkasnya, ketika Nabi s.a.w. sedang berada dalam satu majlis di masjid, bersama-sama dengan para sahabat r.a, tiga orang individu telah masuk ke dalam masjid. ketiga tiganya memberikan respon yang berbeza terhadap majlis tersebut.

ada yang berpatah balik, berlalu meninggalkan majlis. ada yang melihat kekosongan dalam lingkungan yang melingkungi Nabi s.a.w. lalu dia mengisinya. ada yang duduk di barisan belakang lingkungan tersebut.

lantas Nabi s.a.w. menerangkan situasi ketiga tiganya kepada para sahabat. adapun yang berpaling, Allah pun berpaling daripadanya. yang malu-malu, Allah turut bertindak segan-segan kepadanya.  yang mahu kepada Allah, dialah yang paling beruntung.

sebenarnya begitu jugalah kita dan Ramadhan serta segala kelebihan yang terkandung di dalamnya. umpamakan Ramadhan seperti majlis yang sedang berlangsung di dalam masjid.  yang masuk ke dalam masjid pula adalah insan-insan yang diberikan peluang hidup melalui bulan Ramadhan. hasil dan natijah yang diperolehi tentulah berdasarkan kehendak dan usaha yang dilakukan.

adakah dengan sekadar melalui bulan Ramadhan sehingga ke penghujungnya, sebagaimana kita melalui hari hari biasa, tanpa melakukan sebarang usaha untuk mengaut anugerah yang ada di dalamnya, menjadikan kita keluar daripadanya dalam keadaan takwa dan mendapat keampunan?

ibarat insan yang melalui sebatang sungai yang dikenalpasti sebagai lubuk ikan. sesekali kelihatan kilasan ikan menyambar objek di atas air. insan yang bersungguh mahukan ikan tersebut akan berusaha mendapatkannya, tidak kira dengan jala, jaring, kail, pancing, tajur....yang mana perlukan umpan, disediakan umpan terbaik untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

orang yang tidak mahukan ikan tersebut hanya akan memandang dan berlalu begitu sahaja. walaupun dia melalui kawasan tersebut setiap hari. ada juga orang yang mahukan ikan, tetapi hanya memasang angan angan tetapi tidak berusaha. akhirnya seronok yang diperolehnya hanya seronok berangan.

paling penting, jangan sampai kita jadi orang yang tidak endahkan langsung tawaran tawaran yang Allah berikan dalam bulan Ramadhan. Allah s.w.t. menyerlahkan sifat Maha Pemurahnya dengan limpahan anugerah, kita pula buat buat tidak endah dengan segala tawaran tersebut?

Allah s.w.t. berfirman:
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasiq (derhaka). Tidaklah sama ahli Neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan [Al-Hashr 59 : 19-20]

Nabi s.a.w. pernah bersabda:
 كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ إِلَّا مَنْ أَبَى قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَنْ يَأْبَى قَالَ مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى
Setiap ummatku akan masuk syurga, kecuali orang yang enggan. Mereka bertanya: Wahai Rasulallah, siapakah yang enggan? Baginda s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang mentaatiku, dia akan masuk syurga. sesiapa yang mendurhakaiku sesunggunya dia telah enggan".

 lantas bagaimanakah kita dengan Ramadhan.
 apa yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini, mempengaruhi keputusan persoalan ini. 
hanya ia mampu menjawab, sama ada kita orang yang mahukan keampunan atau enggan!!

lagi rezeki Ramadhan. lepas maghrib semalam hujan lebat di sini. Alhamdulillah bila tengok jaring pagi ini dengan Khairil Hakim dan Waqiuddin, ada rezeki lagi Allah kurniakan :)



Tinta Ramadhan: Oh My Al-Quran!!



                Setiap tahun, apabila menjelang 17 Ramadhan, masyarakat kita meraikan hari yang disebut sebagai “Nuzul Quran” dengan cuti umum, majlis berbuka puasa dan ceramah/tazkirah berkaitan.  Di sebalik hari Nuzul Quran yang diraikan, hanya empunya diri sendiri yang tahu sudah sejauh manakah dirinya telah menunaikan tanggungjawab terhadap Al-Quran.

                Adakah hubungan jiwa kita dengan Al-Quran sekadar diletak di dalam Almari, atau tempat tinggi, sebagai tanda menghormati kemuliaannya, dalam masa yang sama membiarkannya menjadi ibarat kata lagu “suci dalam debu”?  atau kita jadikan ia sebagai nada dering, nada pemanggil , pengejut tidur, dan sebagainya pada alat komonukasi yang kita ada?

bagaimana pula lidah kita dengan Al-Quran. Adakah “khatam Al-quran” itu menjadi penamat hubungaN lidah dan suara kita dengan bacaan Al-Quran? Bagaimana pula dengan otak dan akal fikiran kita..adakah kita gunakan ia untuk mempelajari dan mentadabbur isi kandungan Al-Quran? Anggota anggota yang lain pula bagaimana?

Sejauh manakah agaknya kesungguhan kita semua dengan Al-Quran? Adakah sama dengan kesungguhan kita berpenat lelah seharian untuk mencari dunia? Adakah sama dengan kesungguhan kita dalam memastikan anak-anak kita berjaya dalam bidang akademik mereka?

Bermusimkah hubungan kita dengan Al-Quran? Adakah kita hanya ingat Al-Quran di pinggiran-pinggiran tertentu? 

Semua persoalan ini hanya dapat dijawab oleh diri kita sendiri. Jangan pandang orang sebelah, orang lain, untuk menjawab persoalan ini. Pandang dan nilailah diri kita sendiri wahai insan!!

Berbudi kepada "air"....

hasil menjaring di jeram pangkin hari ini. tempoh hari dah dapat seekor, agak kecil. hari ini Alhamdulillah dapat dua, saiz lebih besar. 

seperti kebiasaan, setiap Ramadhan masjid jamek kariah dong akan menganjurkan ifthar jamaie pada malam 17 Ramadhan. semalam saya berkesempatan menghadiri majlis berbuka puasa beramai ramai ini.

Alhamdulillah tahun ini dapat saya berbuka beberapa kali di masjid kariah kampung saya ini. sebelum ini agak sukar nak mengajak diri meninggalkan rumah berbuka di masjid hehehe..

Guru kami, Al-Fadhil Ustaz Hj Fathul Ariffin sedang berbuka bersama-sama para jemaah
seperti biasa kehadiran kanak-kanak desa memeriahkan suasana majlis berbuka puasa
menu utama- nasi minyak, kari daging, papadum.kurma dan murtabak. air pula air bandung ais dan teh o panas

Lata Jarum @ Ramadhan

seperti biasa Ramadhan tidak menjadi penghalang untuk kita beraktiviti luar, selagi mana tidak memudaratkan ibadah perintah Tuhan. Ramadhan kali ini berkesempatan menemani imam tahfiz masjid kariah kampung untuk bersantai di Air Terjun Lata Jarum, di Hulu Dong, Raub.

selain saya sendiri, kembara ini disertai oleh sahabat saya, irwan khalifah, adik beliau irgan latif dan dua org imam tahfiz dr madrasah sg salan, jerantut, ikhwan dan syukri , yg berkhidmad di masjid kariah kg kami sepanjang ramadhan.

para peserta kembara bersiap siaga untuk mandi air terjun
Irwan Khalifah dan Irgan Latif- apa lah yang sedang dibincangkan oleh dua adik beradik ini
ini salah seorg imam tahfiz dari Madrasah Sungai Salan Jerantut. namanya Syukri. berasal dari Kemboja.