Taqabbalallahu minni wa minkum..Allahumma amin..semoga Allah menerima amalan saya dan amalan sahabat-sahabat semua, terutamanya di bulan Ramadhan Al-Mubarak..Moga Allah menggolongkan kita ke dalam graduan-graduan akademi Ramadhan yang menerima ijazah maghfirah-Nya..Amin..
Salam Lebaran kepada semua pembaca yang sudi menjenguk teratak maya ini...
sebelum mula bekerja semula esok, saya nak coretkan entri Raya tahun ini...bila dah masuk ke alam kerja nanti tak tahu bila lagi boleh update kan :)
Hari Terakhir Ramadhan
hari terakhir ramadhan, tanpa mengabaikan Ramadhan yg masih berbaki, satu kampung bersiap untuk Raya. raya tahun ini keluarga kami membakar lemang kembali, setelah beberapa tahun membeli lemang tunjuk sahaja. tak lupa rendang daging dan rendang ayam.
|
alatan untuk membakar lemang cara moden |
buluh yang sudah dibasuh diisi dengan daun pisang muda dan beras pulut. masukkan buluh2 ke dalam pembakar lemang, letang atas dapur gas tadi . lepas tu jangan lupa masukkan santan jugak.
dalam proses pembakaran. hampir masak.
lemang yg sudah siap...buluhnya mengecut sikit sebab terlalu muda hehehe maklumla org bujang yg cari
Malam Raya
Seperti tahun-tahun yg lalu, kami berkumpul beramai-ramai untuk solat berjemaah di surau sungai jahit dan mengalunkan gema takbir di malam pertama syawal. selepas bertakbir, seperti biasa menjamu selera dengan jamuan ringan (tak berapa ringan juga hehehe) iaitu lemang, rendang ayam dan daging serta air berkarbonat..tak ketinggalan teh tarik ngah nizam :)
cuma tahun ini guru kami, as-syeikh tuan guru hj fathul ariffin tak dapat buat "kenduri takbir" di rumah beliau.
anak-anak buah saya melepas nak makan sate hehehehe
hulubalang surau dengan "karuk" atau obor malam rayanya
part of our geng- rifaie, waqi, rafieq dan wafi
pelita botol kaca- kreatif kan keluarga pak cik jalil- made from botol kaca, rerambu mop lantai dan kepala tiub sebagai sumbu
Pagi Raya
Pagi Raya, bersarapan bersama ayahanda usai solat subuh. menghabiskan baki koko krunch yg digunakan utk sahur pada Ramadhan yg lalu hehehe.
selepas tu Solat Sunat Hari Raya di Masjid Jamek Kariah Dong. selepas solat, bersalaman, berdakapan dan bermaafan dengan geng masjid, tanpa mengira aliran dan warna bendera. Alhamdulillah terserlah 1 akidah 1Ummah!
pulang ke rumah, dikunjungi shbt2 dan adik2 geng surau. rombongan tetamu kedua pula keluarga imam 2 masjid, ust fhuzi dan al-fadhil ustz Dr Muhammad Roja;ie Al-Misri...masa sembang dgn ust muhammad rojai beliau kata-"beras/ nasi ada banyak tobaqot-peringkat- yang paling lazat adalah lemang!!" hehehe
ayahanda hj shahrin melayani rombongan geng surau
dari kanan: imam fhuzi, ust dr muhammad rojaie al-misri dan mohd fauwaz, anak imam fhuzi
Terus Beraya
selepas tetamu beredar, tiba masa untuk "ronda-ronda raya".
destinasi yang didahulukan ialah rumah-rumah geng surau sendiri dan rumah-rumah jiran di sekeliling.
selepas itu baru pergi ke rumah guru-guru dan sahabat-sahabat yang lain ..
(pengalaman menarik berhari raya di rumah salah seorg guru saya, tuan hj khalid @syamsuddin ada saya tulis dalam entri yg lepas :) ]
seperti kebiasaan di negar kita, beraya tidak terhad pada hari raya pertama. diteruskan juga pada hari-hari seterusnya hehehe
Alhamdulillah..masa beraya, pelbagai menu menarik lagi lazat ditemui...selain lemang, ketupat dan rendang, ada juga satey (rumah tam yah), mee kari (cikgu ali), nasi minyak+kari kambing+sup tulang (pak cik jalil), nasi minyak+kari ayam (mak long baha) Gulai Asam Rong (engku acam dan pak lang razi) mee sup (safwan burger) nasi lemak (mak long basar, ajai) dan mee maggi kari (imam razali Talib, kg panchor)
bagi saya yg dewasa ni, menumpang raya budak2 memang seronok...siap dapat duit raya lagi thehehehe
budak budak khusyuk menonton kartun doraemon dekat rumah pak cik jalil
raya x kira siang dan malam..sebelum raya sempat lagi bergambar :)
Syawal Mat dan Jo
jangan salah sangka, ini bukan episod khas animasi Ramadan mat dan jo ya!
pada hari raya yg ke 6, saya menerima kunjungan tetamu dari jauh. sahabat seperjuangan saya, Mat atau mohd nazrey yusof dan Jo atau Mohd Fauzi Musa telah datang berziarah ke rumah. kisahnya dr kampungnya di bukit mendi, mat pergi beraya ke rumah Jo di muar, johor. kemudian jo ikut mat balik ke Pahang.
Alhamdulillah sempat dinner di rumah saya, lauk gulai maman ikan tenggiri, ikan kembong goreng, sup sayur dan sambal tempoyak.
sekian sahaja entri khas raya saya!!
assalamualaikum dan selamat meneruskan perjuangan!
26ogos 2012, 8 syawal 1433
kg sungai jahit