"Perokok lebih hina dari lembu!!"







:)





bukan saya kata...tuan guru yg kata

Perokok lebih hina daripada lembu: Nik Aziz


KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu. Nik Azizk, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan. "Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran.



"Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah). "Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini.




Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.
Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. - Bernama




27/03/09 12.54p.m

kembara menenangkan ketidakstabilan



semester 2 sampai ke penghujungnya....saya sebenarnya cuak dengan subjek subjek yang bakal saya ambik exam semester ini..kerana dua daripadanya subjek wajib UIA-yang tidak ada kaitan direct dengan takhassus kami, yg bagi kami kadang kadang semacam satu tekanan

selepas menghabiskan separuh subjek usul fiqh yang sy ambil semester ini, saya cuba untuk mentelaah artikel artikel panjang dari manuskrip buku Dr Mumtaz Ali. mulanya seperti dalam keterpaksaan, alhamdulillah akhirnya walaupun di hujung semester, saya semacam dapat mengecapi nikmat ilmu dalam subjek ini. walaupun mungkin agak terlewat, syukur.




empat lima hari menumpu pada study, pagi tadi bangun dari tidur diri saya macam tidak berapa stabil. selepas sarapan nasi goreng dan keropok lekor, saya mensarapankan aranab arnab dan puyuh puyuh saya pula. kemudian saya masuk ke rumah, cuba berbaring, kepala agak pusing.




najib sampai, seperti dijanjikan semalam. dia nak jual donatnya pada saya. donat ni bukan kuih tapi seekor arnab kecil yang berproblem sebab asyik menggigit bulu teman serumahnya. mungkin kejayaan saya menjinakkan cokelat, arnab betinanya yang disumbangkannya kepada saya, membuatkan dia terlintas untuk mentarbiyahkan arnabnya di mini farm saya.




najib pun nampak ketidakstabilan saya, lalu kami bercadang ke bandar raub. lama juga saya tidak meluangkan masa bersama teman lama seperti najib,teman sekolah rendah saya.lagipun minggu depan najib akan mulakn job barunya.




pergi ke bandar membeli barang2...terutamanya peralatan baru buat donat,sebab peralatan di rumah dah out of stock. kemudian kami melayan wifi di sebuah kedai makan. sambil mengajar najib buat blog, mcm2 kami bualkan, kenangkan dan guraukan.




usai zohor di masjid, kami ke kedai lain pula,restoran juga yang ada wifi. tp kali ini masalah sikit, plug2 di sana semuanya tak berfungsi. laptop saya pulak memang dah hampir tamat hayat baterinya....




alhamdulillah....asar sampai ke rumah... ketidakstabilan alhamdulillah tiada lagi...malam tadi saya boleh sambung semula study sebelum saya duduk online di sini...




okla..setakat itu saja...jumpa di lain hari...doakan kejayaan saya ya!!


ilalliqo




24-3-07, 11.26pm

Nostalgia: Aku seorang Karyawan? ep2


..sambungan dari episod lalu..


Saya juga turut berkarya dengan menulis karya karya ala ala dakwah, tapi mengikut kefahaman saya ketika itulah. Ketika tahun 1998-1999, saya sedang "gila nasyid", dan persekitaran sekeliling saya pula panas dengan isu anwar Ibrahim, kemudian PRU 1999. kedua dua unsur ini mempengaruhi kefahaman saya terhadap dakwah.

Majalah : Daie dan DaieII
Kiranya ia sebuah majalah islamik. Sebenarnya banyak pengaruh nasyid, dan pengaruh Parti Islam Semalaysia (PAS). Fakta fakta dan rencana mengenai agama yang saya tulis dalam siri ini –walaupun ada bersumberkan ayat2 Quran dan hadis- namun kebanyakannya bersumberkan "lirik2 nasyid!!". Selebihnya mengenai artis2 nasyid yg saya kira da'ie, juga tokoh ulama PAS terutamanya tuan guru Nik aziz.

Majalah nasyid: an-Nasyid (3 keluaran)
Seingat saya ketika itu, ada sebuah majalah nasyid terbitan syarikat Raihan, Y.E.S –Yang Elok elok Saja. Jadi saya dari sini menghasilkan majalah nasyid saya sendiri. Ia berkisar tentang isu isu berkaitan kumpulan kumpulan nasyid, profil artis2 nasyid, dan sedikit sisipan ilmu pengetahuan am Islam. Saya potostet gambar2 artis nasyid , tampal dalam siri ini utk menjadikan majalah saya lebih real hehehe

Daie21: versi tulisan
Asalnya Daie21 merupakan komik. Seterusnya ia berkembang ke peringkat seterusnya dengan versi tulisan, dengan sedikit unsur komik seperti dalam video klip konsert2 nasyid daie21.

Bila saya baca semula siri Daie21 yang saya tulis sendiri ini, saya anggap ianya melambangkan perkembangan kefahaman dan pemikiran saya tentang daie dan dakwah. Dalam siri pertama-komik, ianya lebih kepada pertentangan siasah/politik dua Negara yang berlainan konsep dan kefahaman- mudahnya Islam versus secular.

Dalam siri siri seterusnya, daie21 berkembang keluar dari kepompong politik dan nasyid semata mata, ke arah yg lebih luas. Dalam siri ke dua, daie21-soal hati misalnya, daie21 mula mengambil pendekatan berdakwah- dengan cara konsert nasyid bergerak,yang diselit dalamnya tazkirah2 J- ke dalam Negara kota,tidak lagi semata mata menentang dan berlawan. Soal hati juga menekankan betapa hati itu boleh berbolak balik bila tidak dijaga dengan betul, dlm siri ke 2 ini, yassin tewas dengan ujian nikmat dunia, dia melakukan sesuatu pengkhianatan yang menyebabkan dia sendiri memilih keluar dari daie21, memilih kehidupan kota moden.

Dalam daie21:hakikat daie, watak tuan guru sebagai ketua Negara telah saya gantikan dengan ustaz Rozali. Konsep Negara kota islam juga saya luaskan. Saya mula memasukkan watak watak bukan nasyid ke dalam daie21, seperti ustaz amir pengurus import eksport barangan2 suuq, Dr mustofa ketua pusat perubatan kota islam @mustashfa, dan ustaz Sleman pengurus pusat pertanian dan penternakan kota Islam, juga sekumpulan kanak kanak Atfalul Muslim yang merupakan anak anak yatim yang tinggal di rumah kebajikan kota Islam.

Saya cuba sedaya upaya kurangkan unsure nasyid, masukkan kehidupan harian yang biasa, persoalan perasaan, gejala social, pengkhianatan, taubat dan kematian, yang membuatkan saya syok sendiri bila sebak membaca semula karya saya ini.

Saya sebeanrnya rindu utk meneruskan daie21…idea ada...tapi x tahu bila..


bersambung lagi.....

Nostalgia: : aku seorang Karyawan? Ep1


Petang Isnin yang lalu, entah mcm mana saya tergerak untuk ke setor di belakang rumah.stor ini menempatkan barang barang di rumah yg berstatus lama, atau jarang digunakan, atau barang barang kebun. Saya teringat dua tiga kotak berisi barang2 peribadi saya yang saya simpan di sana. Salah satu kotak itu mengandungi karya karya lama saya. Dan petang itu saya membuka kotak yang satu ini. Lalu mengimbaulah satu nostalgia yang membuatkan saya tersenyum sendiri.

Saya memang suka berkarya. Sejak bangku sekolah rendah lagi. Saya membuat satu "majalah kartun" yg 100% saya membuatnya, tinggal lagi saya mempelbagaikan nama pelukis, nampaklah mcm ramai org. seingat saya tajuk majalah komik itu "Rakan Rimba". Pembacanya? Rakan rakan sekelas lah hehehe…

Semasa di bangku sekolah menengah, saya terus berkarya seolah olah saya miliki sebuah syarikat. Rakan rimba itu saya kekalkan namanya,kononnya syarikat sayalah, yang di bawahnya saya letak pulak beberapa nama lain yg kononnya anak syarikat kepada rakan rimba..

Kita kembali semula pada kotak yang saya buka itu. Di dalamnya, saya jumpa karya karya yang saya buat ketika saya di bangku sekolah menengah..ada majalah komik yg saya lukis sendiri..ada juga jenis "pengetahuan am" yang kebanyakannya berkisar tentang haiwan..(saya memang dari kecil minat haiwan- cita cita saya ketika kecil=doctor haiwan!!). semua karya karya ini menggunakan hanya ball pen, dan majoritinya pensil 2B sahaja…!1

Komik

Karya saya dalam bentuk komik dapat saya bahagikan kepada dua. Pertamanya majalah komik-maksudnya saya himpunkan komik komik lukisan saya dalam satu buku, seperti konsep majalah ujang,gila gila etc. mula mulanya saya namakan siri ini karya seni, selepas itu saya tukar kepada teman karya.

Keduanya komik bentuk cerita panjang, atau ada setengah org sekarang menamakannya novel grafik. Hampir keseluruhan komik komik jenis ini hasil ciplak saya sebenarnya daripada beberapa watak/siri yg saya minat. Antaranya:

Dataran megah
Komik ini dah hilang dari simpanan saya. Ceritanya berlatarbelakangkan kehidupan binatang di dataran savanna Afrika. Terkesan dengan kartun The Lion King dan Kimba the white lion

Mat Fauna
Komik ni asalnya saya nak ciplak filem "Man spider". Oleh kerana x pernah tengok pun cerita man spider, jalan cerita saya akhirnya lain. Ringkasnya kisah budak Bandar yang berhijrah ke kampung, minat binantang dan menubuhkan taman di tanah terbiar datuknya, dan akhirnya dia menjadi pemilik zoo berjaya setelah dewasa.

Budak Kampung
Ciplakan siri anak anak sidek yang popular satu ketika dahulu. Bezanya saya x masukkan langsung unsure sukan dalam komik saya ini.. (kurang pengetahuan ttg sukan hehehe)

Tarza
Baca pun dah agak kan. Ciplakan dari filem Disney "Tarzan". Cuma saya tukarkan segalanya ke dalam versi Malaysia, gorilla diganti dgn org hutan cthnya hehehe..ceritanya pun berubah juga lah.

Kembara
Tak berkait langsung dengan nama blog ini heheh..ceritanya berjudul kembara kerana ia mengisahkan kembara sekumpulan haiwan purba mencari kawasan subur utk meneruskan kehidupan. Ciplak dari filem The Land Before time dan juga filem Disney: Dinosaurs. Agak panjang komik ini, 1 buku latihan 100 ms dan 1 lagi 60 ms.

Hirrun and Digimon Gang
Antara kartun superhero yg saya hasilkan.Hirrun ni saya ilhamkan dari siri kartun Disney's Bonkers. Digimon pula merupakan satu kumpulan raksaksa dalam permainan terkenal digimon satu ketika dahulu. Gabungan keduanya membenteras jenayah, penjahatnya saya cilok dari siri dragonball, x men dan lain2 lah.

Mega Beast
Yang inipun kira superhero, semasa melukisnya saya menjadi pengikut setia siri Transformers Beast Wars:Beast Machine. Kisah perjuangan binatang yang boleh berubah menjadi robot, menentang robot2 kenderaan yang nak menjadikan dunia ini semuanya besi dan logam tanpa unsure organic. Heheh serius je bunyinya…pun panjang saya lukis, ada siri 1,2, dan seterusnya..

Pendekar Rimba
Gabungan dari silibes matapelajaran sejarah menengah rendah dan siri pendekar semutar hitam di tv3(pelakon utama latif borgiba), saya hasilkan komik ini, yg berunsurkan perjuangan menentang talibarut penjajah, penjajah sendiri, dan mempertahankan tanah air. Menariknya, semua watak dlm cerita ni bukan manusia, tapi binatang!!!

Daie21
Saya mendapat idea ini ketika sibuk pembikinan filem syukur 21, dan siap sebelum filem itu ditayangkan pun. Hasilnya, bila filem syukur21 keluar, jalan cerita saya jauh terpesong daripada filem itu hehehe…ketika umur ini, saya kenal dakwah dalam skop nasyid dan parti Islam-kedua duanya saya gabungkan dalam komik ini.

Kononnya pada tahun2021 itu Tuan Guru Nik Aziz berjaya menubuhkan sebuah Negara bernama kota Islam. Beliau dibantu oleh ustaz Rozali(guru saya mengaji quran), selebihnya artis2 nasyid dari kumpulan raihan,rabbani,hijjaz,nowseeheart dan brothers. Musuh kota Islam pula ialah Negara asal mereka, Negara kota yang sentiasa mahu mencari jalan untuk melemahkan Negara tuk guru tadi. Siapa lagi ketuanya kalau bukan DR M, pembantunya Dr Daim, serta orang gajinya Ku Li, serta binatang kesayangannya Lah (seekor burung kakaktua), dan Mid (seekor Kucing yg bersongkok) . watak negative dlm komik ni majoritinya saya ambik dari kartun saudara Zunar dalam Harakah.


bersambung.....


20/3/09-12.06p.m

mencari bi'ah yang dirindui....


Sesekali dalam seminggu, ada kalanya berpeluang bersantai seketika sambil mengisi perut bersama teman teman. Minggu ini seperti sesi lepas, masih bersama ustaz kunang dgn sheikh hafiz.

Kalau dari centre, memang lokasinya kafe HS. Selalu juga di kala kala kelapangan sheikh hafiz mengajak kami mengisi perut ke situ. Dan seperti selalunya sheikh hafiz yang belanja hehe…barakallfu fiih..

Seronok "lepak" bersama sheikh hafiz bukan kenapa, perbualan kami tidaklah tersasar ke daerah yang tak sepatutnya. Saya dan ustz kunang memang telah lama di sini, sejak degree lagi, sheikh hafiz pula banyak pengalaman di rantau orang.

Kami selalu juga bersembang tentang bi'ah. Dan yang terbaru pun itulah antara topic kami. Sebab kafe HS memang menampilkan imej bi'ah yg agak mencabar, dan mungkin tidak bersesuaian dgn tempat kami mengaji ini. Tapi bak kata mail, dah berlaku…dan itulah yang berlaku sejak tahun satu di sini, sehinggalah menyambung semula pelajaran di sini.

Bi'ah atau persekitaran memainkan peranan yang besar dalam kehidupan harian kita.hatta dalam dosa pahala pun bi'ah mempunyai peranannya yg sendiri. Kalu tidak, masakan sebahagian ulama membuat kenyataan: tidaklah sama pahala orang yang menjauhkan dirinya dari maksiat, sedangkan dia tidak mendepani cabaran maksiat, dengan orang yg mampu mengelakkan dirinya dari maksiat dalam bi'ah yg penuh cabaran dan dugaan maksiat.

Selalunya bila pinggan kertas sudah tidak ada isinya, dan gelas atau plastic air sudah kering, cepat2 sheikh hafiz mengajak kami beredar. Bi'ah yg sebegitu membuatkan kami x selesa, apa lagi sheikh hafiz.

Ada sesiapa yg nak menafikan persekitaran mempengaruhi kita?? Kalau berkawan dengan tukang besi, dapat percikan apinya. Kalau berkawan dengan si penjual minyak wangi, dapat tempias bau perfumenya.. pepatah melayu juga sebut: alah bias tegal biasa…kalu dah asyik kena bias, mungkin badan jadi tegal..dah biasa dah…kalau asyik duduk di persekitaran yang majoritinya berdua duaan,berpasang pasangan, atau at least ber campur campuran yg menyebabkan ikhtilat…lama2 bi'ah itu jadi lali…kita pun menganggapnya biasa…dan x mustahil bila dianggap biasa satu hari nanti kita pula melakukannya…ala benda biasa..apa salahnya buat…sebab itu kita ada tanggungjawab nahi munkar…

Sudah lama saya tidak membaca dan mendengar kempen bi'ah solehah….saya merinduinya…

Sabtu menjelma, seperti biasa saya berjalan dari jejantas hospital kuala Lumpur ke stesen pekeliling untuk pulang ke desa…kebetulan tempat duduk saya hari ini di belakang sekali…dapatlah saya melihat bi'ah keseluruhan bas ekspres ini dengan gelagat penumpang2 nya….saya terlihat satu pasangan remaja Melayu Islam..mula mula si gadis toleh ke belakang..melihat persekitaran..lepas itu saya nak cakap dia bergurau ke apa ke saya pun x reti…akhirnya mereka tidur..sebelum tidur tu pun main laga2 kepala, akhirnya si gadis tidur atas bahu si lelaki…saya pula?? –mungkin mereka suami isteri yg berkahwin muda, walaupun hati saya melawan, x mcm suami isteri pun…lagi pun ust hanafi masri pernah cerita, yg dr radwan jamal pernah bgtau dlm kelas, walaupun suami isteri x boleh buat bermesra2 dpn khalayak…kerana boleh timbulkan fitnah untuk dirinya dan org lain…utk org lain?ya…org yg belum kawin yg mgkin tgh duduk sebelah aweknya mgkin tiba2 rasa nak mentauladaninya pulak…

Apa yg saya nak buat ni? Akhirnya saya Cuma dapat markah selemah lemah iman…membenci dengan hati dan raut muka…mungkin juga jadi modal muhasabah dalam kuliah2 saya..

Kembara saya terus berjalan….melalui lorong2 dan jalan2 yg berduri dan berliku….harap harap kuranglah berjumpa bi'ah sayyi'ah selepas ini….rindu betul dgn bi'ah solehah….

Ilalliqo'….
12.37am-15/3/09

aduhai masjid....


Ramadhan yang lepas, saya melihat kelibat beberapa orang ahli kariah kampung jiran solat terawih di masjid kariah kampung saya. Mulanya kami sangka mereka sengaja mahu berimamkan imam tahfiz yg ada di msjd kami, atau mendengar tazkirah yang memang sesetengah masjid saja berani buat sebab dilarang pihak tertentu. Rupa rupanya sebab masjid kariah mereka tidak mengadakan solat terawih.

Mungkin pelik, sebab tiap2 kali bulan puasa, bukan saja surau2 yg mati di bulan lain hidup, bahkan madrasah,markas, juga buat solat terawih, tapi itulah kebenarannya. Ramadhan tahun lepas, empat kali sahaja tarawih ada di masjid kariah mereka, itupun amil bertugas datang seminggu sekali utk kutipan zakat, jadilah dia imam terawih.

Rupanya kisah masjid ini bukan berlaku di bulan ramadhan sahaja. Di bulan biasa pun masjid itu lesu dari jemaah. Kecualilah malam malam yg ada kuliah pengajian,alhamdulillah dapatlah ia diimarahkan seketika. Dalam 150 waktu solat yg difardhu kifayahkan jemaahnya- menurut imam al-imrani dan imam as-syirazi,ia pendapat plg sahih dlm mazhab syafii bg solat jemaah- di sesebuah kampung, plg banyak dapatlah 28 waktu mereka langsaikan. Selebihnya….

Sebabnya? Mulanya x begitu pasti. Kami hanya dengar khabar2 angin. Hinggalah pada satu malam, berbetulan mesyuarat agung ajk masjid baru beberapa minggu saja berlalu, berbetulan juga saya mengajar di masjid tersebut, setelah yg lain beredar, tinggal saya dan seorg ahli kariah.. tiba tiba perbualan kami menyentuh apa yg berlaku di masjid tersebut…maka saya dpt tahu perkara sebenar yg berlaku..

- masjid ini skrg mempunyai hanya imam 1. imam satu ini tinggal di kampung kecil,x jauh dari masjid kariah, di mana dia mengimarahkan sebuah surau di situ..jadi mmg jarang2 dia ke msjd kariah..kecuali solat jumaat yg x didirikan di suraunya itu. Hujah imam1 dia bertanggungjawab terhadap surau di kampungnya…

- imam 2, beliau seorg yg dahulunya mengimarahkan masjid kariah ini. Biarpun tidak ramai, semasa dia ada, fardhu kifayah solat berjemaah kira lepas.. namun sedikit perselisihan biru-hijau berlaku, si imam akhirnya meletak jawatan, berpindah ke kampung lain, menjadi imam di sebuah surau di sana

- "dewan AJK masjid" dlm mesyuaratnya mengusulkan beberapa nama..namun ada yg dari awal menolak, takut x dpt sempurnakan amanah..salah seorg calon imam baru ini, rumahnya selang 3-4 rumah dari masjid, tp bila borang dihulurkan , katanya dia kelihatan enggan

- Masjid ini letaknya di atas bukit, yg sebelah kanannya perkuburan kampung. Mungkin juga jadi factor ia x imarah??

- Ada yg mencadangkan menulis surat kpd pjbt agama daerah mengadukan hal ini…namun kata pengerusi masjid yg baru, kalau tlg pujuk calon imam isi borang temuduga imam, lagi baik..

Hingga hari ini, ia masih begitu…walaupun saya seorg yg bukan ahli kariah kg itu, hati saya sebagai seorg muslim berat utk membiarkan perkara itu berlaku…..
**************************************
di uia pla, perkara lama berulang semula....
di masjid kecurian beg2 yg serupa atau memang beg laptop
siapalah agaknya yg punya engkara cemarkan kesucian masjid
jumaat lepas, seorg shbt terpaksa lewat ke kelas kerana begnya yg menyerupai beg laptop dicilok...last2 jumpa d bwh tga...dlm keadaan dah dibongkar...alhamdulillah x ada kehilangan brg sebab dlm tu x ada laptop..hanya kitab...heheh
katanya semasa dia buat report di pjbt masjid, pihak masjid bgtau lpas asar tu saja dah 3 kehilangan direport...
aduhai umat akhir zaman....
14-03-09 11.49pm