Monday, November 9, 2009

ada apa dengan tauliah...episod 2


tauliah: antara Negatif dan positif


Tauliah juga pada pandangan saya satu benda yang subjektif, ada sisi negative dan positifnya. Antara positifnya ia menjaga dan meletakkan ajaran Islam ini di satu tahap yang tinggi. Bukan sebarang orang boleh menyempaikan penyampaian agama di khalayak, bukan semua orang boleh mengajar masyarakat tentang agama. Hanya mereka yang punyai ilmu dan kemahiran boleh mengajar, supaya masyarakat terselamat dari ajaran ajaran yang salah dan terpesong.


Ia akan tetap jadi positif selagi mana proses pentauliahan dibuat dengan adil, berlandaskan ilmu, namun ia akan mula menjadi negative bila pentauliahan dibuat berdasarkan emosi, ketaksuban dan kepentingan pihak tertentu atau peribadi.


Positifnya Tauliah itu ia juga memberikan satu bentuk pertahanan kepada ustaz ustaz yang menyampaikan ilmu itu sendiri. Dalam keadaan normal, pemberian tauliah adalah atas kelayakan ilmu seseorang. Orang meyakini dia layak. Saya contohkan beberapa peristiwa.


Seorang ustaz menerangkan satu pendapat muktamad dlm fiqh syafi'I, tetapi dek kerana ia bertentangan dengan amalan masyarakat, mulalah timbul desas desus dan cakap cakap belakang. Akhirnya datang seorang memutuskan nya dengan berkata, " tak mungkinlah ustaz tu ajar salah, dia belajar agama tinggi, jabatan bagi dia tauliah, takkan jabatan bagi tauliah pada orang mengajar salah.


Di satu hari raya, pihak masjid mengambil inisiatif menjadikan solat hari raya medan tarbiyah. Lalu imam dan khatib hari itu dua duanya anak muda yang baru habis pengajian ijazah dlm bidang agama. Desas desus dan cakap2 belakang mula kembali. Lalu datang seoarang mencelah, " orang muda pun bukan sebarang orang naik tu, dah siap interview dengan jabatan agama..". yg berdesas desus pun akur dan setuju.


Saya sendiri ketika diberi surat tauliah mengajar dipesan oleh ketua pegawai penyelaras masjid, " nanti kalau berlaku apa apa, orang bising ke, tunjuk je surat ni.."!!


Kadang kadang ada juga menyalah guna. Tauliah dijadikan sumber ongkos pula. Seorang imam pernah mengadu pada saya, tentang kekecewaan beliau terhadap sebahagian ustaz2. ustaz ustaz ini diberi elaun mengajar berdasarkan kedatangan mereka ke tempat2 mengajar menjalankan tugas mereka.jadi ustaz2 yg bertauliah diberi satu borang untuk mencatatkan kehadiran mereka, berapa kali mereka mengajar setiap bulan. Di hujung bulan, borang ini akan dihantar ke pejabat agama untuk mereka menuntut elaun. Kata tuan imam, ada ustaz ustaz tak penuh pun mengajar, tapi borang diisi menunjukkan dia mengajar penuh utk dapat elaun penuh. Lagi sedih, yg x pergi keluar mengajar pun isi penuh borang untuk dapat elaun!!


Ada satu cerita yang lagi sedih. Satu ketika, mungkin musim ekonomi x berapa baik, elaun untuk ustaz bertauliah diberhentikan seketika kerana peruntukkan dari kerajaan negeri tak sampai lagi…ketika itu mulalah lengang setengah2 masjid dari suara suara kuliah magrib…bila peruntukan sampai semula, barulah mikrofon2 masjid bergema semula dengan kuliah magrib…

Aduhai ustaz…aduhai tauliah…


Saya dan tauliah


Saya mula "dilatih" menyampaikan ilmu di khalayak oleh tuan guru saya sbelum saya habis belajar lagi. Ketika itu hanya tazkirah, ataupun sekadar mengisi masa ketika tuan guru mahu berehat ,ada urusan atau uzur. bila saya tamat pengajian, alhamdulillah ketua kampung yg merupakan pengerusi masjid sendiri – beliau penyokong kuat parti pemerintah, sedangkan saya anak seorang pejuang tegar al-hizbi al-islami al-malizi J- berjumpa saya minta saya –yg ketika itu tiada tauliah- mengajar mengisi malam malam yang masih kosong.

Seingat saya lama juga saya menyampaikan ilmu tanpa tauliah. Ketika itu Saya pernah juga terlintas untuk memohon tauliah, kerana saya yang masih bertatih sbg daie memikirkan ianya penting dlm melahirkan keyakinan dan kepercayaan masyarakat, sekaligus mempermudahkan wasilah dakwah melalui jalan ini (alhamdulillah bukan kerana rm40 semalaman mengajar). namun saya pohon pendapat rakan2 vateran, jawab mereka, " tak pa, x payah tauliah2 mengajar ni, ilmu awak itu dah jadi tauliah awak…". Alhamdulillah dalam tempoh tidak bertauliah saya dipermudahkan oleh Allah dalam kerja2 menyampaikan ilmu ini.


Hinggalah kerajaan negeri Pahang merekrut ahli2 "bridged ceramah" utk musim yg kedua, satu hari ketua kampung menemui saya, " esok awak pergi ke pejabat kadi (pejabat agama), saya dah bagi nama awak, ada orang nak temuduga,bagi tauliah..". saya terkejut kerana x pernah memohon. Ia antara anugerah Allah paling besar buat saya, alhamdulillah. Di pejabat kadi- saya tidaklah melalui satu sesi seperti dilalui org2 lain (mungkin sebab ketua kampung saya dah ceritakan kot mcm mana saya mengajr, dan diorang dah berpuas hati). Shbt2 saya yg mohon tauliah di negeri lain ditanya macam macam. saya tidaklah ditemuduga pun, penyelaras masjid hanya bertanya kepada saya tentang kitab2 yang biasa saya ajar, nama nama kitab tersebut, dan hari apa nak mengajar. Kemudian dia berpesan, "mcm biasalah, kita tak mahu libatkan unsur unsur politik dalam kuliah.." katanya sambil tersenyum. Saya hanya membalas "tersengih" kata org pahang, menampakkan barisan gigi depan saya.


kesimpulan


saya suka mengakhiri tulisan saya ini dengan satu kesimpulan ringkas ala ala nasyid Raihan :

" tauliah asalnya penyelesai masalah, kesalalahan manusia dalam tauliah dan pentauliahan yg membuatkan terciptanya masalah".


abu Zubair,

9 november 2009-uiam gombak

ada apa dengan tauliah...


Isu "tauliah" utk keizinan berceramah atau berkuliah, bukanlah satu isu yg baru. Penahanan ustaz ustaz, atau pembatalan kuliah mereka atas alasan tidak bertauliah juga bukan sesuatu yang baru berlaku. Cuma selepas penahanan Dr MAZA di sebuah rumah beliau menyampaikan kuliahnya, isu tauliah hangat kembali, hingga dibahas juga ahli ahli parlimen.

Saya melihat sendiri sebahagian rakaman perbahasan ahli parlimen tentang isu ini. hati kecil saya merasai satu macam ketenangan, melihat ahli parlimen dari Sabah atau Sarawak, salah satu nya Kalabakan, membentangkan ketegasan pendapat mereka tentang isu tauliah. Kagum saya dengan perkataan "tarbiyah" dalam ayat ahli parlimen kalabakan, "mereka ini perlu ditarbiah..". alhamdulillah, kita masih punyai pemimpin2 yang menyokong dan menggalakkan majlis majlis ilmu, baik dari pihak pemerintah atau pembangkang.

Dulunya isu tauliah lebih berlegar di sekitar daerah pemerintah vs pembangkang…alasan yg diberikan selalunya dilarang berceramah kerana membawa hal ehwal politik ke masjid…tidak diberi tauliah kerana kuliahnya selalu menyelitkan unsur2 politik… bila zaman berlalu, nampaknya isu tauliah berlegar dalam ruang lingkup yg lebih luas…politik bukanlah satu satunya sebab atau alasan lagi…ia berpindah kepada aliran aliran dalam memahami dan mengamalkan Islam..antaranya "kefahaman yang bercanggah dengan aliran pegangan masyarakat setempat"…"kefahaman yang mengelirukan dan memecahbelahkan masyarakat setempat"…

Hakikat tauliah

Tauliah bolehlah kita ertikan sbg satu kebenaran dan keizinan untuk menyampaikan ilmu kepada orang awam di sesuatu tempat. Takrifan yg jelas x dapat saya berikan, sebab Saya pun tidak tahu adakah tauliah hanya diperlukan untuk ceramah/kuliah sahaja, atau untuk bertazkirah pun kena ada tauliah, atau berkhutbah pun kena ada tauliah. Atau adakah ianya hanya diperlukan dalam penyampaian di masjid dan surau sahaja, atau ia perlu juga utk penyampaian di tempat2 peribadi seperti markas dan rumah. Nak dilihat berdasarkan pengalaman dan pemerhatian, perkara ini macam berbeza beza dari satu tempat ke tempat yang lain.

Kadang kadang di tempat umum seperti dewan umum, ustaz ustaz dibenarkan berkuliah tanpa ada tauliah. Ianya anjuran dari pihak pemerintah di bawah kerajaan negeri sendiri, mungkin kerana keyakinan pihak pemerintah terhadap ustaz ustaz lepasan ijazah ini. dan tidak ada pula pihak jabatan agama datang menghalang atau membatalkan kuliah.

di satu tempat di kampung halaman saya, seorang imamnya mempraktikkan perlunya tauliah untuk orang berkhutbah di atas mimbar. Katanya bukan sembarangan orang dibenar naik ke mimbar, saya akan tengok walaupun dia ustaz. Di masjid kampung saya pula, imam menjadikan mimbar medan tarbiyah bagi melahirkan pelapis pelapis di masa depan, dan juga ketika berlaku masalah, ketidakhadiran semua pegawai masjid yang dibenarkan berkhutbah misalnya. Seorang sahabat dari luar negeri asal saya pernah bercerita, Kerana terlalu taksub dengan tauliah, sebuah masjid kebetulan dia hadir di dalamnya pernah solat zohor menggantikan jumaat dengan alasan khatib bertauliah semua tak datang!!

Katalah seorang di selangor membuat kenduri kesyukuran pada satu malam, menjemput saudaranya -seorang ustaz dari pahang yang tidak ada tauliah dari sultan selangor- ke kenduri tersebut. Lalu tuan rumah menyuruh si ustaz memberi tazkirah di depan khalayak yang hadir. Adakah ustaz ini bakal ditahan sebab beliau tidak ada tauliah?

Sunday, November 1, 2009

Dr Asri: dibicarakan atas alasan tauliah!!

Bekas Mufti dihadapkan ke mahkamah hari ini!
Azamin Amin
Mon | Nov 02, 09 | 2:43:32 am MYT

KUALA LUMPUR,2 Nov: Selepas negara dikejutkan dengan penahanan bekas KSU Mosti atas tuduhan rasuah, kini giliran bekas Mufti pula di hadapkan ke mahkamah hari ini.
Iklan




Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Gombak Timur, Keramat dekat sini jam 9 pagi ini atas dakwaan menyampaikan kuliah tanpa tauliah.

Dr Asri ditahan oleh sepasukan anggota polis dan pegawai JAIS ketika mengadakan ceramah agama di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang, Ahad malam.

Ceramah itu dihadiri kira-kira 100 orang termasuk Anggota Parlimen Ampang (KeADILan), Zuraida Kamaruddin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Klang (PAS), Saari Sungib.

Mengulas lanjut penahanan itu, Zuraida kesal dengan sikap pihak JAIS yang bertindak seperti polis dan FRU, tanpa mahu bertolak ansur dan agak kasar terhadap bekas mufti itu.

"Saya kecewa pegawai JAIS seperti orang tak punya ilmu agama. Tiada budi bicara langsung," katanya di sidang media jam 2.00 pagi tadi di rumah yang sama.

Beliau turut menjelaskan kenyataan pihak JAIS yang mendakwa Dr Asri berfahaman 'Wahabi' yang dianggap menyimpang,sedangkan di Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Zahid Hamidi telah mengesahkan bahawa fahaman itu tidak sesat.

Kata Zuraida, hairan sikap jabatan agama dan kerajaan, apabila Asri diizinkan berceramah di Perlis tetapi tidak di Selangor.

Dalam sidang yang sama, Saari juga menganggap kegagalan enakmen syariah telah menyebabkan tindakan pihak berkuasa agama bertindak secara terpilih dan bersifat poltik.

Dr Asri selepas dibebaskan sejam kemudian meminta Jabatan Agama membuat semakan dan menilai semula tindakan yang dilakukan ke atas dirinya.

"Cuba beritahu apa kriteria yang dia mahu... nak beri tauliah pada orang?

"Saya bekas Mufti. Ada PHD daripada UIA. Siapa yang buat keputusan untuk beri tauliah ini?

"Jika demikian, mereka telah menghalang orang untuk sampaikan ilmu," katanya dalam sidang media tergempar yang dihadiri oleh pihak media dan para jemaah yang mengikuti kuliahnya.

Katanya, masih ramai pensyarah di bawah seliaan beliau dan IPTA lain yang tidak diberi tauliah, walaupun layak untuk menerimanya sehingga menyebabkan sekatan ke atas mereka untuk menyampaikan ilmu dan kuliah kepada masyarakat. Dr Asri juga merakamkan penghargaan kepada kedua-dua wakil rakyat PAS dan KeADILan itu, yang mempertahankan dan membela beliau ketika penahanannya tengah malam tadi.

"Ini tidak bermakna saya sertai politik. Mereka telah membantu saya...terima kasih," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Abdul Jalil Hassan dilaporkan berkata polis hanya membantu JAIS dalam operasi itu dan beliau tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung penahanan bekas mufti Perlis itu.

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=23062&Itemid=1

Monday, October 26, 2009

Mengapa??

Mengapa masih ada yg berdegil mencari-cari kesilapan
Mengapa masih ada yang berdegil meluaskan jarak jurang perbezaan, baikkan kalau berusaha mencari titik persamaan dan pertemuan

Begitukah caranya berdakwah mengajak orang ke jalan yg benar
Janganlah terus membuka ruang kepada yang sentiasa menanti utk mencari ruang menghentam
Jangan kerana "cara" kita, tercemar perjuangan suci yg kita pikul ini

Mana perginya manhaj-ilmiah, adil- yg menjadi prinsip pengikut rasul?
Muhasabahlah kita…muhasabahlah kita…

Janganlah merasa diri kita cukup
Kerana kelak manjadilah kita melampaui batas
Lupakah kita kepadaNYA kita akan kembali
Di mana semuanya akan diperhitungkan kembali??

Friday, October 23, 2009

cari titik temu @hmetro -episod2


ini dia tlisan saya yg terselit dlm artikel "cari titik pertemuan" dlm hmetro. saya siarkan bahagian saya sahaja, utk baca artikel penuh sila lawati:
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/AdDin/20091023095754/Article/indexv_html

Seperkara lagi yang cukup penting adalah perkara yang terjadi sekarang tidak hanya terhad kepada kebimbangan terhadap kemunculan Wahhabi, malah amalan melabelkan orang lain sebagai Wahhabi secara berleluasa juga perlu dihindarkan.

Sementara itu, pendakwah bebas, Muhamad Shamil Shahrin, berkata secara umumnya, tujuan mereka murni kerana berusaha menghidupkan semula manhaj ulama terdahulu iaitu generasi salafus soleh yang hidup pada kurun awal hijrah selepas zaman sahabat (yang diiktiraf Nabi Muhamad sebagai generasi terbaik selepas sahabat).

"Pendekatan mereka dalam amalan juga bertepatan dengan anjuran agama iaitu menjadikan setiap amalan berteraskan ilmu dan ilmu pula perlu berteraskan dalil yang diterima pakai sebagai hujah dalam agama.

"Selain itu, mereka juga antara golongan paling aktif dalam menyuburkan kuliah berbentuk ilmiah terutama di pusat pengajian tinggi yang kita ketahui ia medan kita menuntut ilmu pengetahuan. Ini sebahagian contoh baik untuk kita sama-sama teladani terutama mewujudkan minat dan menyuburkan kecintaan terhadap pencarian ilmu," katanya.

Beliau juga menyarankan supaya situasi pertelagahan yang berlaku perlu dipulihkan segera iaitu dengan mengambil pendekatan secara paling adil.

"Bagi mereka yang tidak sealiran ini, mereka perlulah mengurangkan jarak perselisihan dengan mencari titik pertemuan seperti cuba berbaik sangka dalam mencapai satu kefahaman terhadap perkara yang bercanggah dengan Islam.

"Menjadikan dakwah, penerangan dan kefahaman sebagai keutamaan dan bukannya tergopoh-gapah menghukum dan mencari kesilapan orang lain. Memperluaskan bacaan agar ilmu kita tidak terhad kepada sebelah pihak saja dalam membantu kita bersikap adil dalam menilai hujah semua pihak," katanya.

Muhamad Shamil berkata, setiap umat Islam perlu terbabit mengikuti perbincangan secara ilmiah dan berhenti daripada terbabit dengan perdebatan.

"Umat Islam sepatutnya perlu mendalami ilmu agama (usul fiqh dan fiqh) agar dapat memahami sebab perselisihan ulama dalam masalah fiqah dan tidak hanya 'berbangga' dengan kefahaman yang mereka miliki bersandarkan pada zahir ayat atau hadis saja.

"Mungkin ada di kalangan masyarakat mendakwa sesuatu amalan sebagai Wahabi atau melanggar mazhab Syafie, padahal jika diteliti dalam kitab fiqh sendiri, sebahagian amalan itu anjuran mazhab Syafie. Kita perlu rajin menimba ilmu kerana disebabkan kecetekan ilmu, kita hanya menempah dosa terhadap agama," katanya.


ini versi yg telah diedit sahabat saya, saudara Fadly. alhamdulillah sahabat saya ni mengedit tak mengubah makna. di bawah saya siarkan tulisan asal saya yg saya emelkan pada beliau. agak panjang, sebab tu beliau ringkaskan kot.

tulisan asal:

Positif


Pada pandangan saya, secara umumnya, tujuan mereka murni, berusaha menghidupkan semula manhaj ulama terdahulu, generasi salafus soleh yang hidup dlm kurun awal hijrah, selepas zaman para sahabat, yang diiktiraf oleh nabi s.a.w sebagai generasi terbaik selepas generasi para sahabat.

Pendekatan mereka dalam amalan juga bertepatan dengan anjuran agama. Setiap amalan hendaklah berteraskan ilmu, dan ilmu pula berteraskan dalil dalil yang diterima pakai sebagai hujah di dalam agama.

Pendekatan yang berkesan bagi menjelaskan kepada ummah apa dia sebenarnya yang disyariatkan oleh Allah,agar mereka dapat mengasingkan ia daripada perkara perkara tambahan dan adat serta amalan masyarakat yang turut dianggap sebagai kewajipan agama, sedangkan hakikatnya tidak.

Menyuburkan ruh bersikap adil dalam mengkaji kebenaran sebelum menerima sesuatu. Baik dalam penyampaian lisan atau penulisan, setiap kata kata,pendapat dan kenyataan yang disebut perlulah dinilai terlebih dahulu, dikenalpasti dari mana datangnya, apakah benar dari org yg disandarkan.

Mereka juga antara yang paling aktif menyuburkan kuliah berbentuk ilmiah, terutama di kampus kampus, menimbulkan suasana menuntut ilmu agama khusunya di kalangan pelajar. Penyampaian ustaz ustaznya yang mudah difahami, dijiwai, mampu menarik dan menyuburkan minat pelajar bukan jurusan agama untuk mendalami ilmu hadis, usul fiqh, dan fekah dengan lebih meluas.

Hasilnya kadangkala kita dapat lihat mereka yang bukan dari jurusan agama, tapi komited dengan kuliah kuliah ini, mereka mampu memahami dengan lebih baik ilmu2 agama daripada mereka yang di dalam jurusan agama itu sendiri.

Muhasabah utk org yg dilabel

- dengan mereka yang tidak sealiran, mengurangkan jarak perselisihan, mencari titik pertemuan, cuba berbaik sangka dalam mencapai satu kefahaman di dalam sesuatu perkara yang nyata tidak bercanggah dengan Islam.

- membezakan di antara masalah masalah perselisihan mazhab di dalam fiqh, masalah masalah yang memang ada pendapat ulama dengan hujah hujah yang diterima syara' , dengan masalah perkara perkara yang diada adakan dalam agama atau bid'ah

- menjadikan dakwah, penerangan, dan kefahaman sebagai keutamaan, bukan cepat gopoh menghukum dan mencari kesilapan. Sikap segelintir yang agresif, terlalu cepat menghukum dan menyalahkan menyebabkan kadangkala keseluruhan dilabel dengan agresif

- memperluaskan bacaan agar tidak terhad pengetahuan kita dari sisi satu pihak sahaja. Juga membantu kita bersikap adil dalam menilai hujah hujah dari semua pihak.

- Memilih jalan perbincangan ilmiah, diskusi, daripada terlibat dengan perdebatan

- Tidak hanya bergantung kepada kefahaman zahir ayat atau hadis, perlu mendalami ilmu usul fiqh dan fiqh dengan lebih mendalam, agar dapat memahami sebab sebab perselisihan ulama di dalam masalah masalah fekah.


Muhasabah untuk masyarakat
- sebahagian masyarakat mudah melabel orang dengan label wahabi dan sebagainya bila melihat sesuatu yang dilakukan bercanggah dengan amalan masyarakat. Kadangkala masyarakat mendakwa sesuatu amalan sebagai amalan wahabi, atau melanggar mazhab syafi;I, padahal jika diteliti di dalam kitab2 fiqh, sebahagian amalan itu adalah anjuran mazhab syafi;I sendiri. Kita perlu rajin mendalami ilmu agama, agar sangkaan sangkaan kita dek kerana ceteknya ilmu menyebabkan kita berdosa terhadap agama.

1.17am

Cari titik Pertemuan @ hmetro- episod1


satu hari, saya mendapat panggilan dari sahabat saya,yg saya kenali sejak lepas SPM,teman senegeri,seuniversiti, saudara Fadly shamsuddin, yg kini berkhidmad sbg wartawan di harian metro, ruangan ad-Diin. beliau bertanyakan saya ttg fahaman wahabi. saya berkata padanya, susah nak menerangkan perkara ini melalui telefon, lalu saya meminta utk menjawab melalui penulisan, dan emelkan kepada beliau.

sebenarnya, beliau telah menemubual beberapa tokoh, antaranya prof Mahmud Zuhdi dr UIA/ISTAC, serta al-Fadhil Ust Zamihan dr JAKIM. setelah saya emelkan tulisan saya kpd beliau, beliau memberitahu yg beliau juga cuba menemubual syeikhuna prof Abd Razaq as-Sa'adi, mantan dekan fakulti syariah universiti Baghdad yg kini berkhidmad di UIA, namun kata beliau sheikh akhirnya memilih utk tidak memberi komen. saya sbg seorg yg menuntut ilmu dgn sheikh abd razaq faham kenapa beliau bertindak demikian.

apabila Fadly menghubungi saya semula utk bertanya nama, saya sebenarnya berpendapat cukup sekadar disebut saya sebagai pendakwah di bawah tauliah JAIP. saya rasa "terlajak langkah", terlebih sudu dari kuah sebenarnya, bila tuan guru saya sendiri enggan memberi komen,sedangkan saya sendiri sudah menghantar tulisan saya...

akhirnya oleh kerana Fadly sahabat saya tentulah dia ingat nama saya dan ayahanda sy dgn baik, dia letak juga nama.saya izinkan kerana ada kebarangkalian tulisan saya tidak diterbitkan heheheh kata beliau kalau bahagian ust zamihan dah x cukup panjang baru bahagian saya diselitkan sekali.

cuma pangkalnya bertukar, tapi pertukaran Ahmad kpd Muhammad x mengubah makna kan :)

pagi jumaat,23/10/09 fadly menelefon saya dengan nada gembira lagi ceria memberitahu tulisan saya diselitkan juga dlm harian metro. saya pun dengan gembira menghidupkan enjin motor menuju kedai akhbar, di mana ia berakhir dgn jawapan : metro dah habis !! :P

1.03am

Tuesday, October 20, 2009

Hebat!!


Satu malam, ketika berjalan pulang dari maktabah dar al-hikmah, diri disapa seorg teman indonisi…antara yg kukagumi, mereka ini membantu pertuturan bahasa arabm kerna walaupun sesame rumpun melayu, sebolehnya nak praktik bhs arab juga..alhamdulillah..

setelah selesai bertanya khabar tentang diri dan pelajaran, dia berseloroh mengatakan diri ini seperti pengetua madrasah. Agaknya kamu mesti ada madrasah sendiri di kampung. Aku tersenyum sahaja, sambil menjawab menafikannya.

Lepas itulah dia mengeluarkan kata2 keramatnya-katanya di sebut oleh gurunya.
" lelaki yg hebat itu tidak semestinya mereka yg berkedudukan hebat, tetapi org yg hebat akan tetap hebat walaupun dia hanya berkedudukan kecil,walaupun hanya mengajar di surau.".

Sahabat tadi meninggalkanku, menyertai teman2nya. Perbualan spontan tadi-terutama kata kata gurunya tadi cukup memberikan makna yg mendalam. Lama juga aku dlm keadaan menghayatinya.

Ketika menulis entri ini, aku teringat kuliah ust fathul bari- yg aku download dr perkongsian al-akh masri. Penuntut ilmu zaman sekarang jauh berbeza dgn penuntut ilmu zaman dahulu. Dahulu org belajar utk diamalkan. Sekarang sistem barat telah mengubahnya. Ilmu dan praktikalnya dipisahkan. Beliau menyebut fatwa seorg ulama- antara maksudnya, sesiapa yg menyambung pelajaran semata mata mengejar sijil, ia merupakan satu bid'ah yg mungkar.

Teringat juga pesanan ust fathul ariffin-yg selalu diulang ulangnya. Jgn jadi org yg ada sijil, ijazah bergulung gulung, tetapi tidak dapat dimanfaatkan ilmunya oleh orang lain.

Teringat juga cerita angah dari mesir, katanya gaji doktor2 dan profesor2 Azhar tidak sehebat gaji mereka yg sama gelaran di Malaysia. Hati kecilku berdetik, itulah agaknya yg menjadi kekuatan mereka-mereka bekerja bukan kerana gaji yg banyak, tp menunaikan amanah ilmu yg telah ditaklifkan oleh Nya.

kagum bila lihat shbt2 sepengajian menjadi pensyarah, menjadi tutor, menjadi fellow akademik…siapalah yg tidak timbul rasa teringin di hati menjadi hebat seperti itu juga…..

kagum bertemu kehebatan yg satu lagi. tanpa gelaran doktor atau professor, juga tanpa sijil sijil diploma, ijazah,seumpamanya, tanpa anugerah dekan,tanpa jawatan pensyarah, tetap hebat memanfaatkan insan dgn ilmunya.

Ilmu x terletak pada status…ilmu itu istimewa kerana dirinya itu ilmu..dan penuntut ilmu itu jadi istimewa bila dia benar2 memahami, menghayati, dan mengamalkan segala amanah berkaitan ilmu itu.

Masing masing punyai kehebatan, susah mencari yg terhebat antara yg hebat. Mana satu yg hanya hebat di mata insan, mana satu yang hebat pada pandangan Tuhan.

Yg hebat itu bukan sekadar hebat yg menampakkan dirinya hebat sahaja, tp yg banyak memberi manfaat bg yg lain. Bukankah baginda pernah bersabda, " yg terbaik di kalangan kamu adalah yg paling banyak memberi manfaat pd manusia".

2.08am
published @9.58am