Ukhuwah BBQ nite

kisahnya bermula ketika saya dan dua sepupu melepak di rumah mereka, sambil membelek2 buku teks sepupu saya, azizi @jiji yg baru menyempurnakan kursus diploma di uitm dlm bidang kulinari...tibe2 saya bertanya, buat panggang2 mcm BBQ ada blajar tak? dia kata ada...jadi saya mencadangkan idea bernas utk kami buat BBQ nite kecil kecilan..

28jun09- kami mula berbincang. jiji menulis "secret resepi" di atas kertas,dan kami berbincang budget yg bakal digunakan..awal awl lagi ayie, anak sedara dua pupu miberi tugasan oleh mak teh[mak sedara saya] mencari serai dan memotongnya. saya pulak bermodalkan rm40 yg kami kumpul2 menunggang C70 saya membeli barang2 keperluan

sebaik shj saya pulang, chef kami jiji terus melaksakan tugasannya, menyediakan bahan2 perapan, dan menggaulkan ayam itu...ayie pun menolong jugak..tlg tengok huhu

ayam yg dah siap digaul dgn rempah ratus rahsia hahaha..sedia utk diperap...


tgk dekat sikit....ha....eleh korang geli la konon masa mentah mcm ni...dah masak karang tau la..

malam pun menjelma...saya suruh diorang hidupkan api lepas isya...diorang x sabar2...saya masih di masji dong jaya,baru abis kuliah ayie dah dua tiga kali mesej, miskol dan talipon..



jiji jugak yg kena tolong hidupkan api...memang rajin jiji ni..


sedang memerhatikan adakah api dah sesuai utk memanggang ayam....kita tunggu dulu...tunggu arang tu jadi bara...baru ayam masak...kalo tak karang angus aje acak idak [hangus sahaja tp dlm dia x masak]

ok..dah boleh dah ni....jiji masih lagi tekun seperti ketekunan menyediakan perapan siang tadi

jiji, ammar[tengah] dan ayie...menunggu arang berbara...ayie dah mengantuk...dia kena tidur awal mlm tu sebab besok sekolah...


bara dah ada...trip pertama pun diletakkan di atas tempat bakar BBQ kami yg amat unik ini heheh
chef kami masih mengawal api supaya hasilnya nanti yg terbaik..

alhamdulillah...akhirnya trip pertama ayam tu dah pun masak....atie tersenyum masa ni sbb bolehla dia tido awal mlm tu hehehe

trip trip seterusnya diletakkan utk dipanggang

bau ayam panggang menghantui malam hehehe ia menarik minat akamaru- kucing sepupu kami yg rumah satu lagi lagi- datang nak join...mmg dia dpt habuan mlm tu..tp mcm biasa la yg kita slalu bg kat kucing kan..hehehe paham2 je

inilah hasilnya..sungguh menyelerakan...jiji x sempat nak praktik ilmu kulinari utk menghiasnya sbb setiap kali masak kami akan terus makan hehehe

dah nama melayu kan..mesti nak makan nasik...inilah satu2nya gambar saya utk sesi blog kali ini...saya hanya diwakili oleh nasi dan ayam panggang saya hehehe

tersenyum ammar menikmati hasil masakan resepi rahsia adiknya...
seronok mlm tu..sambil tunggu ayam masak, alhamdulillah kami sempat bercerita, berbincang masalah dan juga nasihat menasihati sesama kami.... semoga Allah terus mengurniakan nikmat Ukhuwah di kalangan kami, dan kalian muslimin seluruhnya...jumpa lagi!!
30 june 09-3.05am

sebuah nukilan perjuangan


rupa rupanya ia merupakan kemuncup dalam perjuangan...habis seluar aku kena kemuncup...tq to napi, lan dan kak nerq sebab memberikan nasihat yg cukup membantuku dlm berhadapan dgn kemuncup ini

pengalaman memang mengajar erti hidup..tapi dek diri kita sendiri yg x reti bahasa menyebabkan kita terjebak dlm jerat yg sama utk kali ke-2..atau mungkin tiga atau seterusnya...

lalu aku mula faham...nasihat imam abu hanifah yg aku baca dlm buku ulama al-uzzab...cukup faham...

syukur ke hadrat NYA yg memberikan limpahan nikmat dan rahmat, meletakkan aku di dalam perjuangan dakwah ini...ia sungguh bermakna buat diri ini....dakwah itu sendiri rupanya senjata ampuh!! ALLAHU AKBAR

lembaran sirah nabawi memang dirasai, ku usaha utk jiwai, bila benar benar berada di atas jalan ini...ya Allah, istiqamah ku pohon...utk diriku..

terkenang tulisan sheikh safyu rahman al-mubarakfuri dalam ar-raheeq al-mahktum... ujian dan mehnah yg datang itu , walaupun datang dalam arus deras, tetapi berkat tarbiyah rasulullah, para sahabat jadi cekal dan tabah,akhirnya mehnah tribulasi itu yg hanyut dibawa arusnya sendiri...

di dalam tempat yg lain sheikh menyebut:
para sahabat menganggap mehnah dan ujian itu ibarat awan mendung yg berarak..tiba masanya ia akan pergi, dan sinar pasti kembali...

11.33am-23june2009

dari lubuk sanubari

Kucuba mengingat kembali
Kucuba memutar nostalgia
Ia ada dalam memori
Namun tak terjemah dek penglihatan biasa

Ia memang memekarkan
Kuntum kuntum hati
Menyuburkan akar akar nurani
Membuatkan senyuman menguntum sendiri
Membuahkan buahan kebahagiaannya tersendiri

Aku yg lemah menyoal
Adakah ianya satu anugerah,adakah ia satu petunjuk
Atau kemuncup dalam perjuangan
Yang hadir sebagai ibtila' dari ilahi
Benar atau batil diriku ini

Doaku,
Jangan biarkan daku terleka
Tenggelam di dalam dasarnya
Hanyut dengan arusnya
Kalau ia kemuncup jgn ia melembabkan langkah juangku
Kalau ia anugerah atau petunjuk,
Bimbinglah aku ke arahnya
Agar tidak terhenti langkahku
Tidak juga tempang langkah juangku
Dek pesonanya..

Amiin..ya Rabbal alamiin..

11.15pm-17june09
Kg sg jahit

SOALAN CEPU EMAS?


PETANG SEMALAM saya menerima panggilan dari seorang teman. Mulanya dia memberitahu pertukaran nombor telefon bimbitnya. Di tengah perbualan tiba tiba dia bertanya satu seolan cepu emas pulak….

Soalan cepu emas ini membuatkan saya berbincang sms pula dengan seorg teman lain pada sebelah malamnya.

Lalu Hati dan otak saya bertanya, ini satu anugerah atau hadiah? Atau sekadar kemuncup dalam perjuangan? Atau satu ujian dariNYA untuk menguji adakah saya ini dari golongan yg benar atau pendusta?

Istikharah….


12.29pm-15june2009

pada ahad,7/6/09 yg lalu saya bersama sama beberapa teman sekuliah, serta sepupu dan anak saudara dua pupu pergi ke majlis kenduri shbt kami- ayah chik atau lebih dikenali sbg hafizul firdaus. isterinya juga ustazah naemah merupakan rakan sekuliah kami juga.





gambarnya banyak, tapi diambil oleh lain lain kamera. akhirnya setelah l;ama menanti hanya gambar yg diambil ust alan saja yg saya terima dlm inbox..


ustaz isey,saya,ayah chik, ustz naemah, ust daus, penasihat syariah bank izu










tambahan org: sebelah naemah- ustaz alan yg tadi menghilang mengambil gambar bersama ustaz mukhtar atau lebih dikenali sebagai bond





kpd kawan2 yg masih belum emel gambar...cepat2 la emelkan kat aku..terutama gmbr aku berdua dgn ayah cik, key!!






update:gambar2 dari izu


ni anak sedara dua pupu, menguntum senyuman dgn ikhlasnya setelah akhirnya diajak juga bergambar


ustaz isey mengkontrol kekelantanannya hehehe

ayah cik bersama mr izu, penasihat syariah bank muamalat
updated on 19june2009-3.24pm

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan pesan dengan kebenaran, serta berpesan pesan dengan kebenaran…"




Berpesan pesan, atau kalau makna asalnya- wa tawasau-mengikut kefahaman cetek saya- dan berwasiatlah. Teringat pulak saya tentang pesanan pesanan dan wasiat wasiat yang pernah saya terima sepanjang kembara hidup ini.

Pesanan orang yang dah tiada selalunya memang terkesan. Kadangkala tika hidupnya kita x merasa sangat kesan pesanan itu. Namun bila dia pergi meninggalkan kita, ianya terngiang ngiang di gegendang telinga dan begitu meninggalkan kesan dalam melalui liku hidup.

Pesanan arwah pak long amir, bapa saudara juga salah seorang sifu saya dalam ilmu syariah dan dakwah, ketika itu saya bersalam dengannya sebelum pulang ke matriks uia: "jangan lupa perjuangan". Ringkas, umum, tapi cukup padat.

Pesanan dari yg masih hidup juga tidak kurang hebat kesannya. Terutama pesan org lama. Ustaz fathul ariffin byk memberi pesanan yg amat berguna bagi saya dlm bidang dakwah.

- jangan berhenti mengajar sesuatu kebenaran walau disanggah orang. Kalau tidak kita yang mengetahui kebenaran ini menyebarkannya, siapa lagi?
- Teruskan kelas walaupun orang sedikit.
- Kepentingan penyampaian yg bersesuaian dengan para pendengar, menjaga hati para pendengar tapi tidak sampai menyembunyikan kebenaran.

Pesanan Dr majdan Alias:
- jangan malu untuk mengaku tidak tahu. Jika ditanya soalan, tidak dapat menjawab ketika itu juga, minta tempoh untuk mencari jawapan. Bukanlah satu keaiban bagi seorang ustaz untuk mengatakan dirinya tidak mengetahui sesuatu.

Terakhir saya nak sertakan pesanan ayahanda, berkaitan rumahtangga.
- mencari pasangan biar kenal betul2 termasuk keluarganya, kerana kita bukan sekadar berkeluarga dengan pasangan sahaja, tetapi dengan keluarganya juga.

Semoga kita tidak dikategorikan dalam golongan yang rugi!! Berpesan pesanlah kita kepada kebaikan, dan dengan kesabaran, serta terimalah,hayatilah dan beramal dengan pesanan pesanan kebenaran.

12.01pm-15june2009

kerajaan perpaduan dan persaudaraan Islam- Dr MAZA


Kerajaan Perpaduan Dan Persaudaraan Islam

Disiarkan pada Jun 14, 2009 dalam kategori Politik

Istilah ‘kerajaan-perpaduan’ menjadi panas. Saya sendiri tidak pasti apakah maksudnya. Mungkinkah ia seperti ‘Islam Hadhari’ yang muncul istilah dahulu, maksudnya dicari kemudian. Apapun bagi saya, sebagai seorang muslim saya amat gembira dan bahagia jika sesama muslim dapat berdamai dan mencari jalan ke arah kemaslahatan umat.
Orang yang enggan melihat sesama muslim cuba berdamai ialah manusia yang dirasuk syaitan samada disebabkan dendam kesumat yang tidak habis-habis atau fanatik yang bukan-bukan, atau buruk sangka yang tiada tepinya. Melainkan jika dia dapat buktikan bahawa perbalahan sesama muslim itu lebih besar kebaikan daripada perdamaian. Allah menyebut: (maksudnya)

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat” (Surah al-Hujurat: ayat 10).

Jika dahulu perkataan ‘asabiyyah’ itu diwakili oleh ketaksuban kepada kaum atau kabilah sehingga berlaku perbalahan dan peperangan, namun hari ini ‘asabiyyah’ itu menjelma dalam bentuk parti, kumpulan, jamaah dan berbagai lagi bentuk perkumpulan manusia. Lalu manusia berbalah kerananya. Nabi s.a.w bersabda:

“…Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”. (riwayat Muslim).

Dalam riwayat yang lemah sanadnya (tetapi dikuatkan dengan hadis tadi) dikatakan Nabi bersabda:

“Bukan di kalangan kami sesiapa yang menyeru kepada ‘asabiyyah, bukan sesiapa yang berperang atas ‘asabiyyah, dan bukan di kalangan kami sesiapa yang mati atas ‘asabiyyah” (Riwayat Abu Daud).

Penyakit ‘asabiyyah bukan sahaja dalam bentuk perkauman arab, atau parsi atau melayu tetapi juga dalam parti-parti yang dibentuk dibawah nama ‘demokrasi’ hari ini. Segala prinsip dan kewarasan hilang hanya disebabkan ketaksuban kepada parti atau kebencian kepada ‘pesaing parti’. Sehingga yang kononnya berjuang untuk arab atau melayu boleh berpakat dengan bukan orang lain untuk menindas kaumnya.

Demikian yang kononnya berjuang untuk Islam boleh berpakat dengan bukan Islam untuk bermusuhan dengan orang Islam. Bahkan ada yang kuat ‘kebangsaannya’ boleh menghina bangsanya hanya kerana berbeza parti. Bagitu yang kononnya kuat Islam bukan berkawan dengan sosialis, kapitalis, bahkan anti-negara Islam, tetapi berang jika diajak berdamai dengan orang Islam. Parti telah membentuk ‘asabiyyah yang menakutkan dan mencerai-beraikan orang Islam.

Saya amat berharap umat Islam dalam negara ini keluar dari kemaslahatan parti kepada kemaslahatan umat yang lebih besar daripada parti. Nabi s.a.w memuji al-Hasan bin ‘Ali disebabkan beliau telah melakukan tindakan yang menyebabkan perbalahan antara penyokong Mu’awiyah r.a. dan penyokong ‘Ali r.a dapat diredakan. Abu Bakrah r.a menyebut: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di atas mimbar sementara al-Hasan bin `Ali berada di sebelahnya. Baginda menghadap ke arah orang ramai dan kemudian kepada al-Hasan, lalu bersabda: “Sesungguhnya anakku ini adalah seorang tuan, mudah-mudahan Allah mendamaikan dengannya dua puak yang besar daripada orang-orang Islam” (Riwayat al-Bukhari). Hadis ini menjadi kenyataan apabila Saiyyidina Hasan telah mengundur diri dari kerusi pemerintahan dan menyerahkannya kepada Mu`awiyah selepas kewafatan ayahnya Saiyyidina `Ali. Mu`awiyah dengan itu menguasai pemerintahan sepenuhnya dan tahun tersebut dinamakan oleh orang Islam iaitu “tahun perpaduan” (Ibn Kathir, Al-Ba`ith al-Hathith, m.s. 177, Beirut: Dar al-Fikr). Di samping itu, Mu`awiyah sendiri mempunyai hasrat perpaduan di mana beliau berkata:”Siapa yang akan menjamin orang Islam (sekiranya dibunuh ayah-ayah mereka)” (Riwayat al-Bukhari). Ibn Taimiyyah dalam ulasannya menyebut: “Nabi s.a.w. memuji al-Hasan kerana perdamaian yang dilakukannya dan menamakannya sebagai sayyid iaitu `tuan’. Ini kerana, Allah dan RasulNya suka dan redha terhadap apa yang al-Hasan lakukan. Andainya peperangan yang berlaku antara orang Islam itu diperintah oleh Allah dan RasulNya, tentu Rasulullah tidak akan memuji langkah perdamaian yang diambil oleh al-Hasan. Kalau peperangan itu suatu yang disuruh oleh Allah dan RasulNya, bererti al-Hasan telah meninggalkan suatu kewajipan atau perkara yang disukai Allah. Hadis ini adalah dalil yang jelas bahawa apa yang dibuat oleh al-Hasan adalah sesuatu yang terpuji.”(Ibn Taimiyyah, Al-Khilafah wa al-Mulk, m.s. 84).

Di Malaysia, kita tidak pun tidak mengharapkan parti-parti umat Islam ini menyerah kuasa antara satu sama lain. Ya, kita perlukan imbangan kuasa antara kerajaan dan pembangkang. Apa yang kita harapkan mereka dapat duduk semeja membincangkan tentang maslahat umat ini terutama yang membabit isu-isu khusus umat Islam. Apakah langsung tidak persamaan pendirian atau sikap antara UMNO dan PAS dalam isu-isu khusus? Kita boleh berbeza atau berselisih sekalipun, tetapi kena ada titik-titik persamaan mengenai kemaslahatan umat dan rakyat. Berfikirlah atas landasan nas dan ukhuwwah islamiyyah melebihi sikap ‘tegar’ yang hanya mengikat diri dengan belenggu kepartian semata-mata. Islam itu bukan sekadar politik, Islam juga akidah, akhlak, ekonomi, pendidikan dan berbagai lagi. Apakah dalam keadaan gentir ini tiada langsung nafas untuk memikirkan kemaslahatan umat dalam masalah-masalah khusus kita? Jika UMNO dan PAS boleh duduk bermesra dan bermanis dengan mereka yang berbeza prinsip dan perjuangan, apakah langsung tiada ruang sesama mereka. Marilah kita bimbangi apa yang Nabi s.a.w sebut:

“Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sebab itu ketika saya bersembang panjang dengan Tun Abdullah di London dua minggu lepas, saya mencadangkan agar duduklah UMNO dan PAS berbincang dalam perkara-perkara di luar isu politik. Belajar faham memahami antara satu sama lain. Niatkan kerana Allah, bukan kerana parti.

Jika pun mereka pernah ada rekod buruk perdamaian sebelum ini, namun zaman dan masa sudah berbeza. Semalam sudah tidak sama dengan hari ini. Hari ini manusia lebih matang dan keadaan lebih getir. Jangan lagi berbincang bermula dari titik tolak kuasa, tetapi berbincang dari titik kemaslahatan umat. Jika benar ada keikhlasan, keberkatan akan datang. Jika niat ikhlas inginkan perdamaian, Allah akan membuka jalan kebaikan. Kalau kuffar musuh Islam ingin berdamai, kita disuruh sahut perdamaian. Inikan pula sesama muslim. Firman Allah: (maksudnya)

“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui” (Surah al-Anfal, ayat 61).

Ada pihak yang berkata perdamaian antara parti-parti orang Islam akan memangsakan orang ‘lain’. Saya hairan, apakah setiap kali jika dua golongan berunding maka pihak lain pasti menjadi mangsa?. Saya fikir jika muslim yang berbicara demikian, dia seorang yang sama dengan pengikut Abdullah bin Saba yang mencetuskan peperangan antara ‘Ali dan ‘Aishah. Mereka itu apabila melihat ‘Ali berdamai dengan ‘Aishah r.ha, mereka mencetuskan serangan mengejut sehingga mengheret umat Islam bertempur sesama sendiri.

Menurut Ibn Kathir (meninggal 774H), apabila mendengar keputusan `Ali untuk berdamai, mereka yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan `Uthman iaitu para pemberontak yang ada di dalam tentera `Ali menjadi takut. Mereka berbincang sesama sendiri dan berkata: “Mereka telah berdamai atas darah-darah kita”. Maksud mereka perdamaian ini bererti senjata akan dihalakan pula ke arah mereka.. mereka terus berbincang, akhirnya `Abd Allah bin Saba’ mencadangkan agar mereka memulakan api peperangan agar peperangan tetap tercetus..sebelum menjelangnya waktu subuh mereka telah melancarkan serangan terhadap tentera-tentera `Aisyah dan `Ali secara serentak menyebabkan kedua-dua pihak menyangka bahawa pihak yang satu lagi telah mungkir janji. Tentera `Aisyah telah menyatakan: “Tentera `Ali telah menyerang kita”. Sementera tentera `Ali pula menyatakan: “Tentera `Aisyah telah menyerang kita”. Maka tercetuslah peperangan Jamal yang menyebabkan kematian yang begitu banyak…(al-Bidayah wa al-Nihayah 7/249, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Kata Winston Churchill: “History repeats itself because no one was listening the first time”.

dipetik dari http://drmaza.com/home/?p=635

usai solat sunat jumaat, seorg jamaah datang berbual dgn saya. kadang2 kita
tidak tahu sesebuah majlis ada maksiat/kemungkaran, jadi kita pergi. saya
katakan, tidak tahu itu tidak mengapa, bila kita dah tahu dan nampak, kita kena
pergi dari situ...

perbualan ini kesan dari satu khutbah jumaat yg dibacakan sebelum itu, mari
sama sama kita hayati..


Setiap kali khatib membacakan khutbah di atas mimbar ini, kita semua akan diperingatkan tentang kewajipan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah dengan melakukan segala suruhan Allah Ta'ala serta meninggalkan segala larangannya. Semoga pesanan yang kita dengar setiap minggu ini menjadi satu amalan bagi kita, yang akan menyelamatkan kita dari kemurkaan Allah di dunia dan akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Tanggungjawab mencegah kemungkaran merupakan salah satu amanah Allah Ta'ala yang dipertanggungjawabkan kepada kita orang orang yang beriman. Ianya berkait rapat dengan tahap keimanan dan ketaqwaan seseorang mukmin.

Imam Muslim rhm meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda di dalam sebuah hadis:
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
Maksudnya: barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka tegahlah dengan tangannya, jika tidak mampu dengan lidahnya, dan jika tidak mampu dengan hatinya, dan yang demikian itu adalah selemah lemah iman.

Hadis di atas dengan jelas menerangkan kepada kita tentang kewajiban mengubah atau mencegah kemungkaran . al-imam an-nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menyebut: " perkataan nabi s.a.w ubahlah ia/cegahlah ia merupakan perintah yang wajib dilaksanakan menurut kesepakatan ulama. Kewajipan menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran ini bertepatan dengan al-quran, sunnah dan ijma' umat. Ia juga termasuk di dalam an-nasihah yang merupakan sebahagian daripada ad-diin."

Satu perkara yang wajib kita fahami, Perintah mencegah kemungkaran bukanlah semata mata mengelakkan diri kita sendiri daripada melakukan kemungkaran dan kemaksiatan, malah kita juga wajib mencegah orang lain dan persekitaran kita dari perkara perkara yang bertentangan dengan perintah Allah.

Rasulullah s.a.w telah meletakkan pencegahan maksiat dengan hati, yakni membeci sesuatu kemaksiatan dan kemungkaran beserta riak kebencian di wajah, sebagai tahap selemah lemah iman. Di dalam sebuah hadis yang lain, rasulullah menambah bahawa, barangsiapa yang tidak ada langsung kebencian di hatinya apabila berhadapan dengan maksiat dan kemungkaran, maka tiada lagi iman di dalam hatinya walau sebesar biji sawi!! Demikianlah kaitan keimanan kita dengan amanah mencegah kemungkaran.

Sidang jumaat yang dirahmati Allah,

Menghadiri sesuatu majlis atau program yang mengandungi perkara perkara yang bertentangan dengan hukum hakam Allah secara terang terangan, tanpa menegur, merupakan satu kesalahan di sisi syara'. Oleh itu sesiapa yang mampu hendaklah menegur kesalahan itu, jika tidak, maka dia perlu keluar dari majlis itu.

Firman Allah Ta'ala:

وَإِذَا رَأَيْتَ الَّذِينَ يَخُوضُونَ فِي آيَاتِنَا فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ وَإِمَّا يُنْسِيَنَّكَ الشَّيْطَانُ فَلا تَقْعُدْ بَعْدَ الذِّكْرَى مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ [الأنعام: 68]
Maksudnya :
Dan apabila engkau melihat orang orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek ejek ayat ayat kami, tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan hal yang lain. Jika engkau dilupakan oleh syaitan, lalu engkau duduk bersama mereka, janganlah engkau terus duduk bersama kaum yg zalim itu sesudah engkau mengingati larangan itu.

Di dalam ayat di atas, Allah taala telah melarang orang orang yang beriman daripada duduk bersama mereka yang mencaci dan mengejek ayat ayat allah. Para ulama bersetuju bahawa mencaci dan mengejek ayat allah itu bukan sekadar mencaci dan mengejek dengan perkataan, tetapi semua perbuatan yang melanggar hukum allah dan bertentangan dengan perintahnya termasuk di dalam cacian dan ejekan terhadap ayat dan perintah allah.

Oleh itu, wajib kita menjauhi majlis, atucara atau program yang mengandungi perkara perkara yang mungkar, termaksukalah pergaulan bebas, hiburan melampau, serta majlis yang mengandungi bid'ah dan khurafat. walaupun kita tidak menyertai kemungkaran itu, atau sekadar menjadi pemerhati kepadanya, ia bukanlah satu alas an yang membenarkan kita terus berada di dalam majlis, pogram atau atucara tersebut. Jika kita menghadirinya tanpa mengetahui adanya perkara perkara mungkar ini, hendaklah kita segera meninggalkannya apabila kita mula menyedarinya.

Di dalam ayat yang lain, Allah berfirman:
وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آَيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ إِنَّ اللَّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah telah pun menurunkan kpd kamu perintahnya di dalam kitab iaitu apabila kamu mendengar ayat ayat allah diingkari dan diejek2, janganlah kamu duduk bergaul dengan mereka sehinggalah mereka memperkatakan perkara lain. Ini kerana, jika kamu melakukan perkara itu tentulah kamu sama seperti mereka… an-nisa:140.

Tentu ada yang tertanya Tanya, kenapa pula orang yang sekadar menghadiri majlis/program yang mengandungi kemungkran tanpa melakukan perbuatan itu, boleh dikatakan sama dengan orang yang secara terus melakukan kemungkran tersebut? Soalan ini dijawab oleh imam al-qurtubi:
Ayat ini menjadi dalil wajib menjauhi pelaku maksiat apabila jelas kemungkaran yang dilakukan.ini kerana sesiapa yang tidak menjauhi mereka bererti dia redha dengan perbuatan mereka itu.

Imam al-qurtubi, ketika mentafsirkan ayat ini menyebut
Firman allah: kalau begitu kamu sama seperti mereka, iaitu sesiapa yang duduk di dalam majlis maksiat dan tidak menegur mereka akan menanggung dosa yang sama dengan mereka. Dia hendaklah menegur mereka sekiranya mereka bercakap tentang maksiat dan melakukannya. Sekiranya dia tidak mampu , dia perlu meninggalkan mereka agar tidak termasuk di dalam golongan yg disebut di dalam ayat ini.

Lihatlah betapa besarnya akibat menghadiri majlis yang mengandungi kemungkaran dan maksiat, walaupun kita tidak melakukan maksiat tersebut. Disebabkan tindakan kita mendiamkan diri di hadapan sesuatu kemungkaran, kita bukan sahaja dikira meredhai atau merelakan kemaksiatan dan kemungkaran, malah turut akan menanggung dosa yang sama dengan pelaku maksiat!!

Oleh itu, marilah kita sama sama berusaha memelihara diri, keluarga, saudara mara, masyarakat dan persekitaran kita daripada sebarang bentuk kemaksiatan dan kemungkaran. Berdoalah kita kepada Allah semoga kita semua dipelihara daripada sebarang kemaksiatan dan kemungkaran yang bakal mengundang kemurkaan allah swt.

-dibacakan di atas mimbas jumaat masjid kariah kampung Dong, pada khutbah jumaat 12june2009.

13june2009-11.03am