Respons Insan Terhadap Ujian

Respons insan terhadap ujian yang melanda diri mereka berbeza-beza daripada seorang individu dengan individu yang lain. Allah s.w.t. telah merakamkan keadaan insan dalam menghadapi ujian daripada Allah s.w.t.

1. Ingat Tuhan Ketika Susah Sahaja
Terdapat sebahagian insan yang terus ingatkan Tuhan dan memohon kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh, sebaik sahaja mereka berada dalam keadaan terdesak ketika ditimpa musibah dan ujian. Malangnya, sebaik sahaja Allah memakbulkan permintaan mereka, dan menyelamatkan mereka daripada musibah, mereka berpaling daripada kebaikan dan kebenaran agama Allah, serta menjauhkan diri dari Allah s.w.t.
ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ
"Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, dia berpaling dan menjauhkan diri. Dan apabila dia ditimpa kesusahan, dia berdoa dengan panjang" (Surah Fussilat (41): 51)
           
            Ketika ditimpa musibah dan kesusahan, mereka berdoa dalam setiap ketika, tidak kira dalam keadaan baring, duduk atau berdiri. Namun sebaik sahaja musibah dan kesusahan berlalu, mereka terus melupakan Allah, kembali lalai daripada mentaati perintahnya. Mereka berlagak seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebelum itu. Seolah-olah musibah dan kesusahan tidak pernah berlaku. Mereka pula seolah-olah tidak pernah meminta apa-apa daripada Allah!
 ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ
"Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia kepada Kami, sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; Maka setelah Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia kembali dengan cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami, memohon agar kami hapuskan kesusahan yang menimpanya. Demikianlah diperelokkan pada pandangan orang yang melampau apa yang mereka lakukan" (Surah Yunus (10): 12)
Bahkan lebih teruk lagi, ada insan yang berpaling tadah menjadi syirik dan kufur, setelah Allah s.w.t. menyelamatkannya daripada musiabah dan kesusahan.
ﰁ ﰂ ﰃ ﰄ ﰅ ﰆ ﰇ ﰈ ﰉ ﰊ ﰋ ﰌ ﰍ ﰎ ﰏ ﰐ ﰑ ﰒ

"…kemudian apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan. Kemudian, apabila Ia hapuskan kesusahan itu daripadamu, tiba-tiba sepuak di antara kamu mempersekutukan-Nya dengan Tuhan mereka" (Surah An-Nahl (16): 53-54)

ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ
"Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, hilanglah makhluk yang kamu seru selain Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah; dan manusia itu sentiasa kufur" (Surah Al-Israa' (17): 67)

Bimbingan Al-Quran dalam Menghadapi Ujian dan Kesedihan (SIRI 1)

Ujian dan Kesedihan
           
Kesedihan merupakan salah satu perasaan yang kita tempuh dalam kehidupan. Kesedihan selalunya lahir daripada pelbagai ujian dan cubaan yang diturunkan oleh Allah s.w.t. untuk menguji hambanya.

Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sesuatu ketakutan, kelaparan, dan kekurangan harta benda, jiwa serta hasil tanaman…"
(Surah Al-Baqarah (2):155)

1. Ujian Menguji Keteguhan Iman dan Kesabaran

            Tujuan asal Allah menguji insan bukanlah untuk menyuruh mereka bersedih. Sebaliknya, ujian diturunkan untuk menguji keteguhan iman dan kesabaran seseorang insan.
ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ
"Dan sesungguhnya Kami tetap menguji kamu semua sehingga Kami mengetahui siapakah orang yang berjuang dan orang yang sabar di kalangan kamu …" (Surah Muhammad (47): 31)

2. Saringan untuk Membezakan Mukmin dan Pendusta
Ujian juga merupakan saringan untuk membezakan di antara orang-orang yang meyakini serta membenarkan agama Allah dengan mereka yang mendustakannya.

ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka Allah mengetahui dengan jelas tentang orang yang sebenar-benarnya beriman, dan Dia juga mengetahui dengan nyata tentang orang yang berdusta…" (Surah Al-Ankabuut (29): 3)





Bicara Sunnah tentang Nafkah Haiwan

Bicara Sunnah tentang Nafkah Haiwan

            Singkaplah lembaran sunnah. Kita pasti menemui bicara Rasulullah s.a.w. yang mengingatkan tentang nafkah haiwan.

1.      Tentu ramai yang pernah mendengar kisah seorang perempuan yang diseksa di dalam neraka kerana mengurung kucingnya sehingga mati. Sudahlah tidak diberikan makanan dan minuman. Dikurung pula kucing tersebut sehingga ia tidak dapat mencari makanan sendiri[1].
            Ada dua pengajaran yang boleh diambil daripada hadis ini. Pertama, larangan mengurung haiwan tanpa memberikan makanan dan minuman. Kedua, nafkah haiwan peliharaan wajib ditunaikan oleh pemilik haiwan. (Syarah Sahih Muslim oleh Imam An-Nawawi, 14/240-241)
             Wanita pemilik kucing telah melakukan dua kesalahan. Pertama, tidak memberikan nafkah- makanan dan minuman- kepada kucing tersebut. Kedua, mengurung kucing tersebut sehingga ia terhalang untuk mencari makanan sendiri. (Nailu Al-Awtar, 7/91)

2.      Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w. telah terserempak dengan seekor unta. Unta tersebut sangat kurus. Ia membuatkan baginda s.a.w. terlintas untuk memberikan nasihat untuk panduan kita semua. Baginda s.a.w. bersabda, “"Bertakwalah kepada Allah dalam menguruskan haiwan yang tidak berkata-kata ini. Tunggangilah ia. Berikanlah ia makanan yang baik"[2]
            Apakah maksud takwa kepada Allah dalam menguruskan haiwan yang tidak berkata-kata? Maksudnya ialah mengasihani serta tidak menyakiti haiwan tersebut. (lihat: Aunul Ma’bud, 7/158 dan Syarah Sunan Abi Daud Abdul Muhsin Ubbad, 13/474)
            Mungkin terlintas di benak minda, “Apa yang ada pada haiwan? Sampai perlu beriya-iya melayannya. Bercakap pun tidak mampu!!”
            Itu mungkin pada pandangan kita. Di sisi Allah Azza Wa Jalla, kita semua bakal disoal tentang kelaparannya, kehausannya, kepenatan dan kesusahannya!!
            Hakikatnya ini pengajaran besar buat kita. Haiwan yang banyak kekurangannya jika dibandingkan dengan manusia pun tidak dinafikan haknya di sisi Allah s.w.t. 
Jadi siapa kita ingin menafikan hak sesama manusia, atas alasan kekurangan dan kelemahan yang dimiliki oleh sebahagian daripada kita!
Perbuatan tidak menyediakan makanan kepada haiwan peliharaan juga dikira sebagai satu bentuk penyeksaan. Ia tidak mendatangkan faedah langsung!

3.      Islam melalui Al-Quran dan As-Sunnah berbicara tentang larangan pembaziran harta. Tunggu sekejap!! Apa pula kaitan tidak memberi makanan kepada haiwan dengan pembaziran? Bukankah ia boleh dianggap sebagai satu penjimatan kos?
Begini ceritanya. Kita memiliki atau membeli haiwan tersebut untuk dimanfaatkan. Apabila kita menyeksanya, ia tidak dapat lagi dimanfaatkan. Bukankah memiliki atau menghabiskan harta untuk sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat itu dikira satu pembaziran? (Bada'I As-Sana'I, 4/40)





[1] Hadis riwayat Muslim, Kitab As-Salam, Bab Haram Membunuh Kucing, Hadis no: 4160. عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بن عمرأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ عُذِّبَتْ امْرَأَةٌ فِي هِرَّةٍ سَجَنَتْهَا حَتَّى مَاتَتْ فَدَخَلَتْ فِيهَا النَّارَ لا هِيَ أَطْعَمَتْهَا وَسَقَتْهَا إِذْ حَبَسَتْهَا وَلا هِيَ تَرَكَتْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ الْأَرْضِ.
Abdullah bin Umar r.a. menceritakan, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seorang perempuan telah diseksa kerana kucing yang dikurungnya sehingga mati. Maka dia dimasukkan ke dalam neraka kerana perbuatan tersebut. Dia tidak memberikan makanan dan minuman kepada kucing tersebut, dan dia tidak pula melepaskannya agar kucing itu dapat makan haiwan melata yang boleh ditangkapnya"

[2] riwayat Abu Daud, Kitab Al-Jihad, Bab Ma Yu'maru bihi min Al-Qiyam ala Ad-Dawaab wa Al-Bahaaim. Hadis no: 2550 حديث سَهْلِ بْنِ الْحَنْظَلِيَّةِ، قَالَ: مَرَّ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بِبَعِيرٍ قَدْ لَحِقَ ظَهْرُهُ بِبَطْنِهِ فَقَالَ: " اتَّقُوا اللَّهَ فِى هَذِهِ الْبَهَائِمِ الْمُعْجَمَةِ فَارْكَبُوهَا وَكُلُوهَا صَالِحَةً.
(artikel ini merupakan sebahagian daripada artikel penulis yang tersiar dalam kolum fiqah fauna, majalah solusi isu 63 terbitan telaga biru)