Bimbingan Al-Quran dalam Menghadapi Ujian dan Kesedihan (SIRI 1)

Ujian dan Kesedihan
           
Kesedihan merupakan salah satu perasaan yang kita tempuh dalam kehidupan. Kesedihan selalunya lahir daripada pelbagai ujian dan cubaan yang diturunkan oleh Allah s.w.t. untuk menguji hambanya.

Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sesuatu ketakutan, kelaparan, dan kekurangan harta benda, jiwa serta hasil tanaman…"
(Surah Al-Baqarah (2):155)

1. Ujian Menguji Keteguhan Iman dan Kesabaran

            Tujuan asal Allah menguji insan bukanlah untuk menyuruh mereka bersedih. Sebaliknya, ujian diturunkan untuk menguji keteguhan iman dan kesabaran seseorang insan.
ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ
"Dan sesungguhnya Kami tetap menguji kamu semua sehingga Kami mengetahui siapakah orang yang berjuang dan orang yang sabar di kalangan kamu …" (Surah Muhammad (47): 31)

2. Saringan untuk Membezakan Mukmin dan Pendusta
Ujian juga merupakan saringan untuk membezakan di antara orang-orang yang meyakini serta membenarkan agama Allah dengan mereka yang mendustakannya.

ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka Allah mengetahui dengan jelas tentang orang yang sebenar-benarnya beriman, dan Dia juga mengetahui dengan nyata tentang orang yang berdusta…" (Surah Al-Ankabuut (29): 3)





0 komen: