Sudahkah anda membaca majalah “i” bilangan 54,edisi April 2007?? Sesungguhnya diri ini amat tertarik dengan sebuah cerpen yang disiarkan dalam keluaran kali ini. Tulisan “perdu tebu di darus sunnah” karya rizqi mukhriz..kisah “aku” dan tok wan (yang mengikut manhaj salaf) serta beberapa watak lain.
Apa yang menarik minat ialah satu perumpaan yang dibuat di tengah2 cerpen. Ketika tokwan dan cucunya, “aku”, melalui deretan tebu yang ditanam dipinggir sawah. cucunya bertanya tok wan tentang wahabi..lalu tok wan menjawab dengan satu perumpamaan.. disuruh cucunya makan dua potongan tebu, satu bahagian pangkal/perdu dan satu lagi hampir dengan pucuk. Lalu ditanya oleh tokwan yang mana manis, jawab cucunya, yang bahagian perdu. Lalu tok wan menyimpulkan bahawa begitulah juga ajaran Islam. Semakin dekat kita dengan akarnya iaitu al-quran dan sunnah, semakin manislah nikmat islam yang kita rasa..semakin jauh kita, walaupun masih bernilai, tapi tentulah tidak sama dengan yang awal..pendek kata, jika diumpamakan tebu tadi sebagai islam, maka akarnya ialah rasulullah..perdu paling hampir ialah sahabat, kemudian salafusoleh..
Menarik bukan?? Menurut pengalaman saya,Pendekatan sebegini kelihatan sesuai dengan golongan saudara mara kita di kampung..yang gemarkan bentuk cerita, perumpamaan dan kiasan..mudah mudahan ada faedeah yg boleh kita ambil dari cerpen ini..
************************************************************************************
Diam tak diam dah abis dah dua minggu cuti aku..lepas ni kena balik semula ke uia..kejap jek cuti ni yer…ingat kan lama..apa azam untuk sem 3 yer..hmm…malas nak berazam azam sangat…nanti x buat pulak kan heheh..Cuma berazam nak manfaatkan dengan lebih baik masa yg aku ada… kalau boleh lebih baik dr yg sebelum ni.
Hmm..baiklah sekarang apa yg telah aku buat sepanjang aku cuti ni…
- aku telah upgrade habitat arnab peliharaan arnab kat rumah ni..selepas ni tak ada la layanan eklusif lagi untuk mereka ni hehehe…kalau ikutkan aku nak bela arnab kat bilik lagi.macam dulu...tapi rasanya keadaan dah tak mengizinkan..takpe la aku fokuskan kepada rodensia aku la dulu..
- aku mula berkarya semula…seperti yg aku cerita..projek purnama terakhir..moga moga aku berjaya menyelesaikannya satu hr nanti..berdoalah semua utk aku yer…
okla..rasanya ni last punyer aku tulis blog kat umah ni..kat uia aku sambung lagi nanti ek..
0 komen:
Catat Ulasan