-heheh..karya aku ni terhenti pulak dah..aku rasa mesti start secepat mungkin sebelum ia terbengkalai..
- seperti yg aku cerita sblm ini..ia sebuah penterjemahan sebenarnya..yg aku akan garap semula dalam bentuk penulisan cerpen/novel..ia bukan cerita sirah biasa..aku menggunakan kitab kitab sirah terpilih yang menggunakan kaedah riwayat hadith dalam menilai cerita cerita sirah..antara buku buku yang aku rujuk ialah:
- sirah nabawiyah sohehah, karya dr. Akram Dia’ Umari
- fiqh sirah, Muhammad al-ghazali, dirujuk semula riwayat2 di dlamnya oleh syeikh nasaruddin albani
- Qasas al-anbiya karya al-hafiz ibnu kathir..
- purnama terakhir ni maksud dia rasul terakhir yang menyuluh alam jahiliyah seperti purnama menyinari malam..ia tidak bermula dengan kelahiran nabi, tapi beribu tahun sebelumnya, ketika nabi ibrahim menghantar hajar dan ismail ke lembah mekah..kemudian kedatangan bani jurhum, kegemilangan mekah di bawah pemerintahan keluarga Qusay, nenek moyang rasulullah..seterusnya hinggalah kewafatan baginda rasulullah..kalian semua . setakat ini aku baru siap Cuma beberapa bab, iaitu kedudukan kota mekah-geografi,politik dan ekonomi, kegemilangan keluarga Qusay memerintah mekah,penemuan telaga zam zam di zaman ibrahim a.s dan oleh datuk nabi s.a.w,dan perkahwinan ayahanda dan bonda rasulullah s.aw…doakanlah aku agar dapat menyempurnakan karya ini..
0 komen:
Catat Ulasan