aku slps gred :) -plan 2-episod akhir

Hari ini satu lagi hari berlalu…tua lagi sehari umur..alhamdulillah, masih lagi Allah bagi nyawa…

Hari ni berlalu mcm biasa gak..siang x berapa sebok..sempat la taip untuk sambung episode terakhir cerita yam kampung hehehe..petang tadi ada budak-jiran aku dating rumah mintak mengajar ngaji..aku kata boleh, x ada masalah, tapi lepas isya sbb mlm ni aku ada kuliah..

Kuliah mlm ni jalan mcm biasa..ramai sket org sebab ada org nak jmput g kenduri lepas isya..mlm ni aku ngaja fiqh solat.. baru masuk rukun solat ke 3 takbiratul ihram..mlm ni alhamdulillah dapat selitkan banyak isi isi penting sifat solat nabi..cth nabi angkat takbir waktu bila-sblm lafaz takbir,ketika atau selepas lafaz..nabi angkat takbir takat mana-bahu ke,telinga ke, atau tengah tengah ke..

Mlm ni aku seronok dpt jumpa ustaz arab-arab ori ni,org mesir- yang ajar aku kat sekolah lama dulu..skrg dia dah ngaja kt tmpat lain..tapi dia dtg ziarah ustaz arab yg tengah berkhidmad kat sekolah lama aku skrg..yg bestnya ustaz tu alhamdulillah masih ingat nama aku..padahal dah lama betul x jumpa..ada la dlm enam tahun kot..mula2 aku senyum je sambil2 nak g depan bg kuliah aku salam ngan dia..dia terus senyum, cakap: “anta Ahmad!..pas tu dia berenti kejap,sambung semula.. Ahmad Shamil!” dia kata aku pun ngangguk na’am. Kitorang sembang kejap je sbb aku nak ngaja tadi..

Pas isya tadi aku ngaja la jiran aku tu ngan kwn dia..dia ok, boleh baca quran Cuma aku betulkan makhraj dan tajwid la..member dia tu blaja dr basic..guna iqra..tapi aku respek la dia dtg sendiri ..ngaku x pandai ngaji..nak blaja ngaji kan..org2 muda mcm ni jgn la kita sia siakan…rugi..em..

Okla..sampai sini cerita hari ni..korang layan cerita ayam aku plak ek hehehe

Aku selepas gred :) Plan 2: episode iv

Hari ni alhamdulillah ada masa free sikit utk sambung cerita…sama sama la kita mengikutinya ya..

Percubaan seterusnya…alhamdulillah berjaya..

Kerana minat yang mendalam terhadap projek ini, biarpun dua kali menemui jalan buntu (kira gagal le tu) aku masih mahu mencuba. Buat kali ke dua aku pergi ke kedai di daerah sebelah untuk membeli anak ayam baka yang sama. Kali ini tak beli sepuluh, tapi beli enam sahaja untuk menggenapkan bilangan sepuluh bila dicampur dengan anak ayam yang sedia ada.

Masa tu aku bertanya la tokey kedai, macam mana nak usaha agar anak ayam tu dapat sihat sampai dia besar. Maka dia bagi aku satu petua, yang seolah olah betul. Kata dia, waktu malam jangan letak air dalam reban anak ayam, sebab kalau anak ayam minum, dia jadi sejuk, dan sejuk membuatkan dia lemah. Bila anak ayam lemah, anak ayam lain akan menindasnya yang akan menyebabkan mati terhempap. Oh, patut la..anak ayam yg mati memang leper mcm kena hempap…

Mcm tu la..ilmu ni bukan semua bleh dapat kat satu tempat..pengalaman seseorang dalam sesuatu bidang sebenarnya menjadi ilmu berharga buat aku meneruskan usaha ini.

Alhamdulillah percubaan kali ini memang berhasil. Seminggu demi seminggu anak anak ayam semakin membesar sihat. Bila umur sebulan, anak anak ayam aku pisahkan dengan yang lebih muda usianya, ke reban lain, untuk mengelakkan buli membuli. Sape yg suka buli2 ni kan..memang perangai ayam dan yang seangkatan dengannya lah…sebab based on eksperien aku la kan dlm membela binatang ni..binatang ni, pantang nampak yg kecik dari dia mesti dia nak ambik kesempatan punya la..

Selain daripada buli, keperluan dan makanan ayam yang berumur sebulan pun dah berbeza dengan yang lebih muda. Ayam yg umur sebulan biasanya dah berbulu pelepah macam ayam dewasa, jadi dah tak perlukan haba dari sumber tambahan lagi, berbeza dengan ayam yang umur 30 hari ke bawah. Start umur sebulan juga, makanan ayam boleh ditukar kepada campuran, maknanya tak bergantung kepada dedak 100% lagi dah..dah boleh bagi jagung, rumput/daun, dan sisa sisa makanan manusia macam hampas kelapa dan nasi..tapi nak dapatkan ayam yang sehat dan berat, masih kena kekalkan dedak pada campuran jagung atau nasi..kata org untuk seimbangkan nutrient..yang ni tokey makanan ayam yang ajar aku, sebab dulu pun dia bela ayam kampung..tapi sekarang dia beli kat org lain jer..termasuk aku heheh..

Bila umur sebulan lebih, aku lepaskan ayam mula lepaskan ayam dari reban. Untuk mengelakkan ayam mengganggu dan merayau ke rumah jiran (macam ayam ayam jiran buat kat rumah aku huhuhu), aku buat satu reban yang besar dan luas, yang cukup untuk keperluan ayam2 aku berlarian, dan exercise la. System lepas perlu bahkan penting untuk ayam kampung, untuk memejalkan daging dia, yang membezakan dari daging ayam daging yang agak lembik.

Jadi aku gunakan garaj kereta lama..rangka dari kayu. Aku kepung garaj ni dengan jaring pukat (jenis jaring yang lembut, berasaskan benang kasar, atau bahan sintetik,bukan besi). Jaring ni dipanggil mcm ni sbb asalnya nelayan guna sebagai pukat. Jadi Cuma pakukan keliling garaj, dan bahagian bawah pakukan atas kayu supaya ayam x dpt keluar, musuh mcm biawak,ular x dpt masuk. Kemudian sediakan tempat bertenggek untuk ayam tidur.

Dalam masa dua bulan lebih, aku mampu mengukir senyuman melihat ayam ayam dah besar, berat mencapai sekilo ke atas. Maknanya dah boleh dipasarkan lah tu. Betch pertama dah pun aku jual pada pak cik pemborong ayam kampung, dia ni org melayu jugak. Purata harga yang aku dpt untuk seekor ayam masa tu rm15 lebih kurang, dan purata berat ayam seekor dlm 1.5 kg lebih kurang.

Mcm tu la ceritanya projek ayam kampung aku.sekarang alhamdulillah masih berjalan, dan mak ayah aku pun support projek ni.

Ni la salah satu kelebihan kalau kita dok kampung ni.mcm2 kerja boleh buat dlm satu masa. Tu yg kadang2 aku rasa mcm nak terus kerja di kampung je. Tapi mak aku cpt2 sound heheh..dia kata kalau setakat nak kerja ternak ayam, tak payah pergi belajar tinggi2 hehehe…

Oklah..doakan semoga projek ayam kampung ni terus sukses..sebab aku baru di peringkat permulaan ni..setakat tu saja untuk kali ini..semoga jumpa lagi…sml ukhuwah fillah..

4mei2008-12.10a.m

0 komen: