“Asabiyah”. Perkataan ini selalu kita dengar, dan mungkin juga dalam masa2 tertentu kita juga selalu sebut.
Apa sebenarnya makna asabiyah itu?? Ramai org akan tafsirkan makna asabiyah ini bertumpu kepada semangat perkauman, semangat kebangsaan,semangat untuk perjuangkan atau tinggikan satu bangsa.
Oleh sebab tafsiran ini menjadi pegangan umum,mana mana persatuan,atau kesatuan,atau parti yang punyai semangat bangsa,kebangsaan dan perkauman, akan dicop asabiyah.kalau mereka kekal dalam perjuangan demikian, matinya mati mati jahiliyah!! beberapa hadith yang thabit menjadi sandaran...
“...sesiapa yang berperang di bawah panji kebutaan, marah kerana asabiyyah, menyeru org lain agar bersikap asabiyyah,atau membantu golongan asabiyyah,lalu terbunuh, maka kematiannya adalah jahiliyah...”-[hadis riwayat Muslim,no1477]
“bukanlah dari kalangan kami sesiapa yg menyeru kpd asobiyah, dan bukanlah dari kalangan kami mereka yang berperang atas asaobiyah, dan bukanlah dari kalangan kami mereka yang mati dalam keadaan asobiyah”-[hadis riwayat Abu Daud 4/332, status asalnya daif, tetapi setelah diperkuatkan oleh hadis Muslim di atas,menjadi Hasan Lighairih].
Kita tak nafikan perjuangan yang prioriti utamanyanya semangat kebangsaan,kerana bangsa,kerana kaum, adalah asobiyah. Tapi betulke asobiyah itu pengertian terhad kepada apa yg ramai antara kita pegang sekarang ini?
Asobiyah yg sebenarnya
Kalau nak tahu apa erti asobiyah sebenarnya, kita kena tengok dalam hadith, apa yang nabi ertikan dengan asobiyah ni.Wathilah bin al-Asqa pernah bertanyakan perkara ini –makna asobiyah-kepada baginda s.a.w,lalu baginda s.a.w menjawab:
“ Kamu menolong kaummu atas kezaliman”-[hadis riwayat Abu Daud 4/331, dihasankan oleh Sheikh syuaib Arnaut dlm tahqiq al-adab al-syariyyah 1/81]
Asobiyah dan jahiliyyah -2 benda yg berkait rapat. Asobiyah itu memang ciri utama masyarakat jahiliyah di hijaz. Mereka terkenal dengan sikap asobiyah ini, dan satu slogan yang berbunyi-bantulah saudaramu yang zalim dan dizalimi-menjadi pegangan utama masa tu. Hinggalah Islam datang, nabi s.a.w membawa tafsiran baru terhadap slogan ini. Bantulah saudara yg zalim,dengan cara menghalangnya dari melakukan kezaliman (Raheeq Makhtum,ms40)
Daripada hadis dan maklumat sirah tadi, kita simpulkan satu benda.Membantu dan mengiyakan benda yang benar, memang tak menjadi masalah. Yang jadi salahnya ialah membantu dang mengiyakan kezaliman-benda yang tak betul!!! Inilah yg kita kena faham-hakikat asobiyah yang dimaksudkan oleh rasulullah s.a.w dlm hadis hadis baginda!! Inilah dasar umum asobiyah!!
Asobiyah dan Taksub
Asobiyah dan taksub-dua perkara yang saling berkaitan. Bila org itu dah asobiyah,mesti wujud sikap taksub dlm dirinya. Sebab taksub la yg menyebabkan manusia bersungguh sungguh membela dan menyokong kezaliman!! Tak kiralah yang ditaksubkan itu individu, bangsa atau kumpulan.
Bila kita faham dasar umum ni, kita akan berhati hati.apakan tidak, dalam pada kita mengutuk dan memerangi mereka yg terlibat dlm asobiyah kebangsaan/perkauman,kita sendiri mungkin terjebak dalam asobiyah,tapi dalam bentuk lain!!!
Mungkin kita tak terjebak dlm asobiyah perkauman, tapi tak mustahil kita boleh terjerat dengan asobiyah kepartian, gerakan, kumpulan...bila kita terlampau kagum dan taksub kepada satu kumpulan/gerakan/parti atau salah satu pimpinan di dalamnya, maka mulalah kita menyokong semua benda yang datang dari situ, kalau benar x mengapa, tapi kalau satu kesilapan??manusia bukan maksum, termasuklah para ilmuan!!mereka juga mungkin tersilap!!
Sedar atau tidak, telah lama asobiyah bentuk ini berlaku tanpa disedari atau tidak..termasuk kumpulan/gerakan yang mengaku berpaksikan Islam. Untuk tujuan menegak benang basah...Nas-nas ditakwil sesuka hati,tanpa berpandukan manhaj pentafsiran tafsir dan hadis yang sebenar.
Atas sebab ini, wajib kita berhati hati supaya tidak terjebak!!!
Keadilan
Ubat dan pencegah kepada asobiyah dan taasub itu adalah keadilan. Bersikap adil dapat mencegah kita dari terjebak dlm asobiyah dan taksub. Sikap adil meletakkan kita atas pertimbangan yg betul. Yang hak,yang benar kita benarkan, yang salah dan yang batil kita akui kesilapannya sama ada ia dtg dari pihak yang kita suka atau kita benci. Semuanya dinilai atas timbangan al-quran dan as-Sunnah, timbangan Islam, tanpa condong ke arah mana mana pihak.
Ini memang telah disebutkan oleh Allah Ta’ala dlm al-Quran:
“wahai org org yg beriman, hendaklah kamu sentiasa menjadi org yg menegakkan keadilan kerana Allah,lagi menerangkan kebenaran. Jangan sekali kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu untuk tidak melakukan keadilan. Kamu hendaklah berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa...”[al-Maidah,8]
Jadi wajiblah kita berlaku adil dalam menilai percakapan dan perbuatan sesuatu pihak, sama ada pihak itu kita suka atau condong, atau kita tidak suka atau tidak berapa suka. Inilah manhaj yang diajarkan oleh Allah Ta’ala sendiri kepada kita semua.
Berdoalah kita agar Tuhan sentiasa memelihara kita daripada bersikap tidak adil dalam menilai sesuatu pihak, atau seseorang individu..
14/5/08-12.07 a.m
0 komen:
Catat Ulasan