Kawan boleh jadi lawan…lawan boleh jadi kawan…

Satu benda yg kita pernah, atau mungkin juga selalu dgr..ianya berlaku dalam kehidupan harian kita…dalam persahabatan biasa..dalam kerja..dalam pejabat..dalam politik…benda ni boleh berlaku dalam banyak perkara!!!

Kawan boleh jadi lawan…Zahirnya mungkin lebih jelas negatif dari positifnya. Yelah, siapa suka orang yang selama ni bersahabat dan rapat dengan kita tiba tiba menjadi lawan kita…apalah sebabnya jadi begini??kalau dalam persahabatan biasa, mungkin perselisihan, salah paham, atau mungkin sifat dengki dalam diri salah seorg, atau diri org ketiga yang dengki…

Kawan boleh jadi lawan…lawan boleh jadi kawan…Kalau dalam politik, istilah lompat parti -atau kalau selalu sgt melompat lompat disebut katak parti - selalu dihadiahkan buat org2 yg terlibat dgn perkara ni..org yang kawan separti tiba tiba lompat ke parti lawan, tentulah rasa marah dan geram…org yg musuhnya tiba tiba keluar dari parti lama, datang melompat ke partinya, mungkin lebih positif menerimanya, bahkan mungkin sgt gembira,yalah..satu kredit buatnya!!

“janganlah kamu menyukai seseorg terlampau bermati matian, kerana mgkin satu hari nanti dia akan jadi org yang kau benci, dan janganlah membenci seseorg bermati matian, kerana satu hari mgkin dia akan jadi org yg kau sukai..”-kalam ini disandarkan org pd Saidina Ali r.a-Wallahu’alam..cumanya kusebutkan kat sini sebab isi kalam ini berkait rapat dgn kawan jadi lawan,lawan jd kawan…betul kan??

Benda ni positif atau negatif?? Terpulang pada hati kita dan hati org yg berubah jd kawan atau lawan itu…maksudnya kita kena menilai dan berhati hati

Sejarah mengajar kita pengajaran..Abdullah bin Saba, yg pada mulanya Yahudi-lawan - tiba tiba jadi-kawan-. Bila dikaji ahli sirah dan tarikh, rupanya lawan menjadi kawan ini ada agendanya..dia bukan nak jadi kawan yg sebenar..rupanya nak merosak kawan kawan dr dalam..dengan org yg mcm ini kita wajib hati hati….

Sejarah juga mengajar kita bahawa di sana terdapat lawan lawan yg memang ikhlas dtg kpd kita utk menjadi kawan..Abu Sufyan bin al-Harb, Khalid bin al-Walid, Amru bin al-As, Ikrimah bin Abu Jahal, Hindun binti Utbah r.a ajmain..mereka sblm Islamnya memang lantang melawan dan memusuhi Islam yg dibawa oleh Rasulullah s.aw..tetapi bila cahaya petunjuk menyinari jiwa, mereka akhirnya sama sama menjadi kawan kawan yg ikhlas sama2 membantu perjuangan…!!!

Lihatlah pengakuan Amru bin al-as:
“…sesungguhnya aku pernah berada dlm 3 peringkat, dan aku tlh melihat diriku x ada seorg pun yg paling membenci rasulullah s.a.w drpd aku, dan x ada yg paling aku suka melainkan aku dpt menangkapnya kemudian membunuhnya. Kalaulah aku mati dlm hal ini nescaya aku adalah ahli neraka, apabila Allah menjadikan Islam dlm hatiku aku pun dtg kpd nabi s.a.w, aku berkata: hulurkanlah tangan kananmu agar dapat aku memberi bai’ahku, maka baginda pun menghulurkan tangannya lalu aku menggenggam tanganku, lalu baginda bersabda: kenapa dgn kamu wahai Amru?” jwbku: aku mahu letak syarat. Baginda bsabda: syarat apa? Jwbku: supaya aku diampunkan. Lalu baginda bersabda: “tidakkah tlh kuajarkan kau bhw Islam memusnahkan segala yg sblmnya, bahwa hijrah memusnahkan segala yg sblmnya, dan haji memusnahkan segala yg sblmnya?”. Tidak ada org yg paling kucintai melainkan rasulullah s.a.w…” (Riwayat Muslim,hadis no 716 dlm riadhus salihin).

Demikianlah kawan jadi lawan..lawan jadi kawan…yg jadi penentunya keikhlasan..kalau kawan yg jd lawan insaf dan ikhlas dia akan kembali jd kawan akhirnya..tapi jika lawan yg mjadi kawan itu tidak ikhlas, akhirnya dia akan kembali menjadi LAWAN!! Lawan tetap lawan..

12.47a.m-20/5/08

0 komen: