Mlm tadi, selepas aku balik dari kg ajai dan balik ke rumah, aku menunggang honda c70 ke pekan,hajatnya nak belanja keluarga sikit mlm ni. Sampai di kedai, jumpa beberapa org sahabat-sprt biasa,shbt2 aku kbnyakannya golongan yg lebih tua :)- yg baru lepas makan di kedai itu. Mereka bercerita ttg ustz muda yg mengajar di msjd mereka yg mrk kata skrg seolah2 membawa diri, tidak mahu mengajar mereka lagi.
Dari cerita mereka itu-tak payah la aku ceritakan di sini, aku dpt faham masalah antara mereka dan ustaz mereka itu bukanlah masalah kaum muda dan kaum tua, bukan pulak masalah aliran tajdid dan aliran tradisi, tapi sbnrnya masalah berkaitan uruf dan kebiasaan masyarakat.
Aku bukanlah seorg yg layak nak komen2 org..sbb aku pun org baru jugak dlm bidang ni..Cuma sbg seorg yg rapat dgn org2 tua-tenaga pengajar dan org yg belajar dlm kuliah2- ada la sikit sikit kefahaman yg aku dpt dr luahan dan cerita diorang. Tambahan pula, di kg aku ni, majority yg datang kuliah mmg yg berumur 45-50 ke atas…jadi kalau nak ikut majority tu, mmg kena mengajar gaya yg sesuai dgn diorang ni la..
jadi aku nak berkongsilah sedikit ilmu ttg cara berkuliah d kg..
Uruf atau kebiasaan, walaupun nampak seperti tak dihiraukan pun takpe, adalah benda penting dlm dakwah…ambik contoh mudah, kopiah
apa hukum pakai kopiah??aku dah pernah buat assgmnet psl ni dgn abu abd hakim masa di matriks., masa tu kami siap interview pensyarah bukan islam lagi..ada yg kata pd diorang kopiah ni sama dgn topi yg org pakai masa main golf!!
Ustaz ustaz pula ada yg kata ia sunnah nabi(nabi pakai kopiah di bawah serban)-ini pendapat al-fadhil ust el-hadi al-amin as-sudani.. ada yg kata ia sunnah islamiyah-kebiasaan ummat Islam yg patut diteruskan,kerana dr sg urufnya ia menandakan kebaikan-sprt yg disebut oleh ust ni’ma jahtae, syeikh aiman ad-daqqaq pun pernah sebut mcm ni…
mmg bukan syarat nak jadi ustz itu pakai kopiah…x de sebut pun..di sekolah dulu pun x semua ustz pakai kopiah, dlm tiga pat org je pakai..di matriks majority ustz2 yg aku menunut ilmu dgn diorang pakai kopiah..di maincamp x silap aku dlm kelas rasmi..
antara berpuluh pensyarah lelaki tu ada la 2-3 org pensyarah luar Negara yg pakai kopiah atau songkok..mcm sheikh dr Abu lais je yg pakai kopiah-ala2 songkok baldu gitu- dr Amanullah.. .dr ridwan jamal..
tak mengapa di dlm kelas rasmi mereka x pakai kopiah…sbb semua yg diajar tu kira intelektual punya org heheh tapi dlm kuliah2 di msjd, sama ada dlm atau luar uia-aku nampak majoritinya pakai kopiah..kerana mgkin ada kehadiran org luar..nampak perbezaan uruf di situ kan??
Apa lagi di kg ini…bg mrk-ustaz mesti pakai kopiah-at least masa dia bukak kitab kt depan diorang!! Begitu urufnya…ya, kita terangkan yg kopiah tu bukannya wajib atau mesti dipakai oleh ustaz, tapi kan dlm masa yg sama apalah salahnya kita meraikan mereka ini dgn memakai kopiah…dari dok keras kepala nak membawa uruf dari tmpt kita belajar ke kg kita…yg last2 menutup langsung peluang dakwah kita..
Antara kebiasaan dan uruf setempat yg kena kita ambik perhatian ialah masa…ya,masa kita berkuliah. Di universiti ya, kita boleh berada dlm kelas –sama ada kelas rasmi atau kuliah percuma –sampai lebih dr sejam…tp di kampung kita kena tau urufnya lain…masa yg terlalu lama yg kita ambil mungkin akan menyebabkan semakin hari semakin surut jemaah yg dtg mendengar…
Uruf Seterusnya ialah isi dan cara penyampaian…org kampung gemarkan isi yg disampaikan dlm keadaan santai…bukan pula maknanya perlu memasukkan lawak bodoh dan cerita karut,tapi cara kita mengolah isi isi ilmiah tersebut. Isi isi ilmiah pun sebenarnya boleh kita oleh menjadi menarik,standing dgn lawak2 dan cerita2 tadi..rahsianya?? seperti Pesanan tok guru aku, al-fadhil ust hj fathul ariffin, isi perlu dikaitkan dgn aspek kehidupan harian org kampung,kalau boleh semua aspek. Di situlah nanti mereka akan mula memahami isi kuliah kita, dan seperti kata sepupuku,merangkap guruku al-fadhil ust yasir, org kg ni mereka akan mula menyoal tanda mereka faham apa yg kita sampaikan,utk menambahkan kefahaman mereka..
Hati hati juga dgn benda yg kita mgkin nampak x memberi apa2 kesan, tp kesannya besar di sisi org kampung. Mak aku pernah ckp mcm ni bila nampak aku bawa dua biji kitab pergi ngajar- “org dulu2 kata ustz bawak byk kitab ni byk x tau benda..”.aku senyum jer. Rupa2nya ada betulnya. Ada shbt2 mengadu kpd aku perihal ustz yg ngaja di tmpt mereka-“ustz tu ngaja bawak empat biji kitab sekaligus..kami tgk kitab dia pun kami dah pening..dia baca empat2 secara bergilir2..mcm mana kami nk tangkap!!”
X salah merujuk byk kitab, kerana mengikut ust fathul ariffin itulah yg bagus. Tp kenalah buat homework,baca di rumah dulu dan tulis nota2 kecil shj kalau x leh ingat dlm kepala..
Mcm tu lah ceritanya…cara2 berkuliah yg dpt aku kutip dr mentor2 aku dan shbt2 d kampung ni…mudah mudahan adalah faedahnya utk kita semua dlm berdakwah ya!!
0 komen:
Catat Ulasan