Nostalgia: Aidiladha 2008-satu "kenangan"







Aidil adha dan ayyamu tasyrik baru saja berlalu. Aidiladha tahun ini memang meriah, dalam kampong Dong x kurang 20 ekor katanya dikorbankan…surau belakang rumah juga lembu korban lebih byk dr tahun2 sblmnya…5 ekor…alhamdulillah ibadah korban tahun ini berjalan lancar, dari mencari lembu,mencari peserta hinggalah urusan penyembelihan, melapah,hingga pembahagian daging. Alhamdulillah semua main peranan,guna kemahiran masing2 dgn baik...

Namun aidiladha tahun ini memberikan satu “kenangan” amat bermakna buat dicatat dlm kembara perjuangan ini...

Sedang asyik praktikal melapah yg baru dipelajari dari seorg shbt, aku membantu memegang paha lembu yang hamper tinggal tulang yg tergantung pada palang. Entah mcm mana tergoyang, lalu parang tajam shbt yg melapahnya tersasar lalu terkena jari aku..mula mula ingat luka biasa. Aku bergegas balik ke rumah, bubuh minyak gamat dan balut dengan kain putih. Masa tu aku x rasa risau lagi walaupun kak de dah start risau tengok darah tak henti2 mengalir.aku boleh pergi semula ke surau, dekat tempat org buat kerja melapah.

Hampir masuk waktu zuhur, balik ke rumah utk bersiap,hajatnya nak ke masjid. Terkejut mula wujud bila aku buka balutan darah masih mengalir mcm mula mula tadi. Minyak gamat yg selalunya dikira handal menghentikan luka tewas...aku hanya pikir satu cara je nak hentikan darah..jahit..aku terus ajak sepupuku nuar hantar ke klinik.

Semenjak dikhatankan darjah empat dulu, inilah kali pertama kena jarum semula.dua kali pulak tu. Takpelah, nak baik kena tahan sikit.kena 3 jahitan. Berbalut lah jari, dapatlah praktik cara berwuduk bagi org yg sakit..sblm ni hanya baca dan ajarkan pd org saja..kali ni dpt praktikal.

Mcm tu la cerita nostalgia aidiladha tahun ini..pagi td, jumaat 12/12/08, alhamdulillah buka jahitan. Luka pun dah kering dan kulit dah bertaut.syukur alhamdulillah...

13/12/08-12.23am

0 komen: