pagi pagi lagi handset berbunyi...rupa rupanya ustz husni, yg sekarang dah pun memulakan kerjanya dalam industri hub halal haram mesej tanyakan ada di uia atau tak...oh..hari ni cuti yang ditetapkan kerajaan malaysia bagi menyambut hari krismas...tak pasal pasal dua kelas aku hari ni pun turut dicutikan....
tak lama kemudian husni sampai...bersembang sekejap kami terus ke kafe faruq utk sarapan. mengenangkan kekosongan aktiviti hari ni aku ajak husni berjalan jalan kebetulan dia bawa kereta..aku kontek sheikh apen dan siiraj munir utk memeriahkan lagi rehlah...
mula mulanya pergi giant...husni ckp nak beli makanan utk berkelah di rebutia...lama jugak la kami tercegat di seksyen roti dan makanan di giant...memilih itu dan ini... kemudian terus meneruskan misi ke rebutia..
sampai di rebutia, kereta berderet parking di sepanjang jalan. tempat port mandi yg selalu menjadi kubang kami pun dah dipenuhi orang...kita merancang, Allah pun merancang, sebaik2 perancangan adalah perancangan Allah... sedar akan waktu zuhur yg hampir, kami patah balik ke uia utk solat zohor dahulu..
usai solat zohor, kami meneruskan perjalanan.hajatnya nak ke beberapa tempat /taman berdekatan area taman tasik perdana...mula mula kami ke taman tasik perdana itu sendiri...
taman tasik agak luas, tapi oleh kerana ketiadaan tanda tanda tempat, seperti peta taman, susah utk kami melawat semuanya. jadi hanya sempat melawat beberapa tempat seperti taman rusa dan kancil, dinosaur park, dan melihat org2 berkayak bersampan di dalam tasik...(sbb husni yg mulanya semangat nak kayuh basikal air tibe2 kensel huhuhu...). adapun taman taman yg lain bg aku kurang menarik...x selengkap taman burung yg aku pergi x lama dulu..taman oasisnya ntah apa yg oasis ntah...taman herba pulak, tak semua herba dilengkapi papan tanda maklumat...DBKL kena amik tindakan ni...
menjelang asar, kami sudahpun sampai ke UIA..habis lah siang cuti hari krismas dengan sebuah rehlah...
p/s: gambar ada la sikit sempat ditangkap insya Allah akan diupload kemudian.
25/12/08-9.44pm
2 komen:
Shamil, aku muda lagi la. Belum jadi Sheikh lagi. he 3x.
muda tu dr segi usia...
tp dari segi ilmu dah sheikh dah...diiktiraf oleh sheikh mohd sheikhu al-nigeria
Catat Ulasan