See U D IPT ??

See U D IPT

Alangkah riangnya di hatiku Luahan hasratku mendapat perhatian
Ku terima balasan darimu Kau jua menyimpan perasaan
Warkahmu memberi kepastian Hanya kejayaan menentu pertemuan
Setiap kali di akhir katamu Kau selalu tulis See You D IPT
Guru selalu mengingatkan Kita dilarang berkasihan
Ketika masih di alam persekolahan
Bangkit semangat keazaman Memburu cita dan impian
Biar terpaksa rahsiakan hubungan


Mungkin dah ramai pelajar2 sekolah yg beramal dengan lirik nasyid ini.. cinta dijadikan pembakar semangat belajar…ketepikan dulu sekejap…nanti kita belajar rajin2 dan kita bertemu di IPT…kat sana nanti kita kan teruskan cinta..

Lalu bertemula di IPT…alhamdulillah kita tengok ada yg bila dah bertemu di IPT mereka bertunang dan berkahwin…alhamdulillah..terpeliharalah kalian daripada fitnah fitnah…

Tapi Ada juga yang bertemu di IPT….gaya nak bertunang x ada…nak kahwin..jauh sekali….tapi lagak berpasangan ngalahkan org berkahwin…jalan berdua..makan berdua….naik motor pun selamba cipan tenuk je berdua…

Kami memang suka sama suka..tapi nak bertunag..duit x cukup lagi..blaja ni pun mak ayah tanggung lagi…apa lagi nak kahwin…kalau dah tau duit tak cukup…buat la cara org tak berduit…kalo dah tau mak ayah tanggung..buat la cara mak ayah tanggung..jgn buat cara awk yg menanggung org…

Indahnya kalau belajar rajin2 itu ikhlas keranaNYA…segala ganjaran yg dijanjikan Allah dan RasulNya insya Allah akan diperolehi…tapi org yg berhijrah kerana dunia dan habuannya..atau perempuan yang nak dinikahinya…maka hijrahnya mengikut apa yg diniatkan..ditujukan….demikian juga pekerjaan lain…jika struggle ke IPT. Atau di IPT kerana perempuan yg nak dinikahinya…maka jika ada jodoh maka kahwinlah ia…tapi jika tiba tiba si dia berubah hati…pulangkah dia dengan ganjaran yg lain??

Jgn tudingkan jari kpd penulis lirik see u d ipt…kerana empat lagi jari kita menuding ke arah diri kita sendiri…kita kan dah ada panduan Quran dan sunnah,sesuatu yg jauh lebih berhak bahkan wajib kita ikuti!!!

5/12/08-12.56am

0 komen: