Doa khusus utk Sultan dalam Khutbah Jumaat















Setiap kali khutbah jumaat dibacakan, di hujungnya ada doa. Menjadi kebiasaan khutbah yang disediakan jabatan agama, di dalam doa itu ada doa khas menyebut nama sultan yang memerintah negeri, sesetengahnya dengan pewaris takhta sekali. Jika tidak disebut pun, mungkin khutabah yang dibaca bukan khutbah yang disediakan jabatan.menggambarkan pentingnya doa kpd pemimpin ini, hingga Pernah disebut dalam media media alternatif, ada khatib yg diperintah menghadap sultan kerana tidak menyebut namanya dlm doa khutbah.

Kebetulannya kuliah pengajian fiqh manhaji saya telah pun sampai ke bab solat jumaat. Seperti biasa, saya membaca kitab kitab fiqh lain yg ada sebagai rujukan tambahan. Ketika saya membaca kitab al-bayan fi mazhab al-imam as-syafi’i. saya terjumpa satu perkara yang agak menarik untuk kita teliti.

“ adapun doa (yakni dlm khutbah), sebahagian ashab kami mengatakan ianya wajib, kerana al-muzni menyebutnya di dalam seringkas ringkas khutbah.

Sebahagian yang lain berpendapat: ianya disukai (mustahab), kerana ia tidak diwajibkan di luar khutbah, maka ianya juga tidak diwajibkan di dalamnya, sepertimana tasbih. Adapun doa untuk sultan, ianya tidak disukai, berdasarkan riwayat: telah ditanya A’ta’ tentang perkara ini, maka dia menjawab: ianya perkara baru, sesungguhnya khutbah itu adalah untuk memberi peringatan…”.

Di dalam notakakinya, Qasim Muhammad an-nauri menambah: “ athar Ata’ telah dikeluarkan oleh imam as-Syafii di dalam al-Umm (1/179-180) dengan sanad yang hasan, as-syafii berkata: jika berdoa untuk seseorang secara khusus, atau mendoakan atas seseorang..aku memakruhkannya, dan tidak perlu dia mengulanginya. Al-Faraqi menyebut: adapun di zaman kita: disukai bagi khatib membacanya, kerana ianya melindungi dari bahaya.

Berkata al-imam an-nawawi di dalam majmu’ (4/440): dari zahir kalam penulis ianya bid’ah, sama ada makruh ataupun khilaf aula. Ini jika doa itu khusus utk dia seorang. Adapun doa secara umum untuk para pemimpin Islam agar mereka berjaya, Bantu membantu ke arah kebenaran, menegakkan keadilan, dan untuk tentera muslimin, ianya disepakati mustahab.

Pendapat terpilih : tidak mengapa mendoakan sultan secara khusus sekiranya ianya tidak keterlaluan dlm mensifatkannya.


12.17a.m-6januari09




Wallahu’alam.

0 komen: