pesanan dan wasiat: bekalan sebuah kembara

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan pesan dengan kebenaran, serta berpesan pesan dengan kebenaran…"




Berpesan pesan, atau kalau makna asalnya- wa tawasau-mengikut kefahaman cetek saya- dan berwasiatlah. Teringat pulak saya tentang pesanan pesanan dan wasiat wasiat yang pernah saya terima sepanjang kembara hidup ini.

Pesanan orang yang dah tiada selalunya memang terkesan. Kadangkala tika hidupnya kita x merasa sangat kesan pesanan itu. Namun bila dia pergi meninggalkan kita, ianya terngiang ngiang di gegendang telinga dan begitu meninggalkan kesan dalam melalui liku hidup.

Pesanan arwah pak long amir, bapa saudara juga salah seorang sifu saya dalam ilmu syariah dan dakwah, ketika itu saya bersalam dengannya sebelum pulang ke matriks uia: "jangan lupa perjuangan". Ringkas, umum, tapi cukup padat.

Pesanan dari yg masih hidup juga tidak kurang hebat kesannya. Terutama pesan org lama. Ustaz fathul ariffin byk memberi pesanan yg amat berguna bagi saya dlm bidang dakwah.

- jangan berhenti mengajar sesuatu kebenaran walau disanggah orang. Kalau tidak kita yang mengetahui kebenaran ini menyebarkannya, siapa lagi?
- Teruskan kelas walaupun orang sedikit.
- Kepentingan penyampaian yg bersesuaian dengan para pendengar, menjaga hati para pendengar tapi tidak sampai menyembunyikan kebenaran.

Pesanan Dr majdan Alias:
- jangan malu untuk mengaku tidak tahu. Jika ditanya soalan, tidak dapat menjawab ketika itu juga, minta tempoh untuk mencari jawapan. Bukanlah satu keaiban bagi seorang ustaz untuk mengatakan dirinya tidak mengetahui sesuatu.

Terakhir saya nak sertakan pesanan ayahanda, berkaitan rumahtangga.
- mencari pasangan biar kenal betul2 termasuk keluarganya, kerana kita bukan sekadar berkeluarga dengan pasangan sahaja, tetapi dengan keluarganya juga.

Semoga kita tidak dikategorikan dalam golongan yang rugi!! Berpesan pesanlah kita kepada kebaikan, dan dengan kesabaran, serta terimalah,hayatilah dan beramal dengan pesanan pesanan kebenaran.

12.01pm-15june2009

2 komen:

kurt berkata...

Alhamdulillah, sejak bila Ustaz Syamil menjadi pakar motivasi cinta.Hrap2 pasni akan muncul dlm rancangan semanis kurma.. he3

Abu_Zubair berkata...

haza min fadlillah liyabluwani ahsanu amali

hang ni aku cuma mensenaraikan wasiat pesanan pak aku la...rancangan semanis kurma rancangan apa? rumah aku tv1,tv2 dan tv3 ja yg ada hehe