makan, minum, berpakaian dan tidur merupakan perbuatan harian yang dilakukan kita dan adik adik ini sehari harian...slot amalan sunnah harian ini  cuba memberikan kefahaman kepada peserta bahawa Islam bukan agama ritual semata mata, tetapi ia satu sistem kehidupan yg mencakupi seluruh aspek hidup, hatta di dalam tandas sekali pun!!

dalam slot terakhir ini, para peserta dikehendaki membentangkan tajuk adab adab harian masing masing, di samping memperkenalkan kumpulan, slogan dan logo.

kumpulan singa sedang menyiapkan "adab tidur"
kumpulan al-hidayah- kami semua boleh- tajuk pembentangan: adab makan dan minum


team "singa muda kuala gali" - berani, gagah dan pantas- tajuk: adab tidur

team geng surau: Muslim United- slogan: bersatu menegakkan syiar islam- tajuk: adab buang air



kumpulan Mujahidah- Ukhwah fillah - tajuk penting utk difahami semua: adab pergaulan lelaki dan perempuan


team yg sempoi tapi bermakna- "Fatimah"- muslimah berjaya menjadi solehah- tajuk: adab berpakaian


selesai pembentangan ust syarief bersedia dengan hadiah coklatnya untuk kuiz sambil ulangkaji
kuiz coklat ini benar benar membuatkan adik adik kita teruja...sebenarnya memang dr awal lagi, setiap kerjasama yang diberi...setiap soalan yg dijawab betul...akan diberi hadiah chochclairs dan cloud nine

selepas program kami sama sama bergambar kenang kenangan dengan ustaz dan para peserta

terima kasih tak terhingga diucapkan kepada ust syarief, para fasilitator dan tak lupa adik adik peserta juga imam2 dan jemaah masjid yg menyokong program KIAI 2011...sama sama kita berdoa semoga segala yg kita kerjakan ini adalah benih benih yg bakal membuahkan hasil tuaian kemuliaan buat kita di dunia yg satu lagi....doakan juga akan muncul KIAI 2012 pula ya!!

p/s: gambar2 lain boleh diakses di link berikut:
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150558897670695.437535.581840694&type=1
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150558871635695.437529.581840694&type=1
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150558851340695.437522.581840694&type=1

0 komen: