Suatu
hari, Muaz bin Jabal telah bertanyakan kepada rasulullah s.a.w mengenai amalan
yang dapat memasukkan pelakunya ke syurga, dan menjauhkannya dari neraka.
Rasulullah memuji solan Muaz, lalu baginda pun menjawabnya, serta menambahkan
beberapa ilmu lain seperti pintu pintu kebaikan, dan juga kepala, tiang dan
kemuncak amalan. Kemudian baginda s.a.w bersabda:
ألا
أخبرك بملاك ذلك كله؟ قلت: بلى يا رسول الله! فأخذ بلسانه وقال: كف عليك هذا، قلت:
يا نبي الله! وإنا لمؤاخذون بما نتكلم به؟ فقال: ثكلتك أمك، وهل يكب الناس في
النار على وجوههم -أو قال على مناخرهم- إلا حصائد ألسنتهم.
Mahukah aku khabarkan kepadamu penguasa bagi semua itu?
jawab Muaz: baiklah ya Rasulallah. Lalu baginda memegang lidahnya seraya
berkata: cegahlah ini!!. Muaz berkata: wahai nabi Allah, sesungguhnya kami akan
diseksa kerana apa yang kami perkatakan dengannya??. Jawab baginda: ibumu akan
kehilanganmu, tidak akan ditelungkupkan manusia atas muka mereka- atau atas
hidung mereka- ke atas api neraka melainkan kerana hasil tanaman lidah lidah
mereka. (hadis riwayat at-tirmizi, kata beliau: hadis hasan lagi soheh).
Dalam hadis ini nabi s.a.w memberi peringatan kepada
Muaz, walaupun setelah melakukan amalan wajib dan sunat, hatta sudah sampai ke
kemuncak amalan, ada satu perkara yang sangat sangat perlu diambil perhatian.
Sesuatu yang boleh jadi ancaman terhadap segala amalan tadi. Iaitu lidah!!
Betapa banyak pesanan pesanan baginda s.a.w yang
berkaitan dengan suruhan menjaga lidah yakni percakapan. Barangsiapa yang
beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka berkatalah baik, jika x ada
perkataan baik maka diamlah!! Baginda juga pernah meletakkan penjagaan lidah
daripada menyakiti orang Islam yg lain sebagai krateria seorang Muslim sejati.
Ibn Rajab
al-Hanbali menyebut bahawa manusia ini menyemai benih di dunia ini dengan
perkataan dan amalannya, dan hasil tuaiannya pula akan dituai di akhirat kelak.
Jika dia menanam benih perkataan dan amalanyang baik, maka dia akan menuai
hasil kemuliaan. Tetapi jika sebaliknya, tiadalah hasil tuaian melainkan
penyesalan dan kekesalan!!
Betapa
lidah banyak mengherat insan ke jurang neraka…kerana lidah seseorang bisa jadi
syirik..kerana bercakap tentang Allah tanpa ilmu, seseorang bisa menghampiri
syirik…kesaksian palsu, tuduhan berzina, menuduh orang dengan tuduhan palsu,
penipuan, mengumpat dan mengata, menyebarkan cerita…semuanya hasil hasil lidah
manusia..
Kerana itulah Baginda s.a.w
pernah bersabda:
أكثر
ما يدخل الناس النار الأجوفان الفم والفرج
Perkara yang paling banyak
memasukkan manusia ke dalam neraka ialah dua rongga: mulut dan kemaluan (riwayat at-Tirmizi, katanya soheh gharib,
dan Ahmad, lihat jaami al-ulum wa al-hikam 1/275).
وقال
ابنُ بريدة : رأيتُ ابنَ عبَّاسٍ آخذاً بلسانه وهو يقول : ويحك ، قُلْ خيراً تغنم،
أو اسكت عن سُوءٍ تسلم، وإلا فاعلم أنَّك ستندم
Berkata Abu buraidah: aku
melihat ibn Abbas memegang lidahnya, dan dia telah berkata: celakalah,
katakanlah yang baik kau akan beruntung, atau diamlah dari kejahatan kau akan
selamat, jika tidak ketahuilah engkau kan
menyesal.
- riwayat Ahmad dlm az-zuhd
1047, dan Abu nuaim dlm hilah al-auliya 1/134. lihat jami al-ulum wa al-hikam ,
tahqiq dr mahir yasin 31/20.
Mengawal lidah itu memerlukan
penumpuan dan kesungguhan. kekuatan iman dan taqwa diperlukan untuk
memenjarakan lidah dari berkata sesuka hatinya.
Ibnu Mas'ud pernah bersumpah
dengan nama Allah lalu berkata:
ما
على الأرض شيءٌ أحوج إلى طولِ سجنٍ من لسان
Tidak ada sesuatupun di atas muka
bumi ini yang lebih berhajat kepada penjara dalam tempoh yang lama selain
lidah.
( riwayat ibn abi syaibah 26499,
Hannad bin as-Sary dlm az-zuhd 1095 dan abu Nuaim dlm hilyah al-auliya 1/134,
lihat jami al-ulum wa al-hikam tahqiq dr mahir yasin 31/20. riwayat ini soheh
mauquf menurut al-albani di dalam soheh at-targhib wa at-tarhib 3/55).
Kata Abu zubair:
1.
begitulah
kesan "perkataan dan percakapan" atas amalan kita. Di zaman teknologi
ini, bukan lidah saja yang berkata kata. Tangan mengambil fungsi lidah, melalui
apa yang kita taip pada papan kekunci yang seterusnya terpapar di ruang
facebook, twitter, chatting dan sebagainya. Ingatlah kita, ini semua termasuk
dalam benih benih yang kita semai untuk dituai hasilnya di akhirat sana .
2.
orang
yang sudah beramal juga tidak terlepas dari peluang tergelincir jika tidak
berhati hati. kita berusaha menuntut ilmu, menganjurkan majlis ilmu, kemudian
menyebarkan ilmu, dalam masa yang sama jagalah lidah kita yang bertutur di alam
reality, dan tangan kita yang menuturkan perkataan kita di alam maya.
Jangan sampai
apa yg kita anggap sebagai "dakwah, nasihat dan teguran" itu menjadi
" tuduhan, umpatan, dan cacian" yang bisa menyakiti insan lain.
semoga Allah melindungi kita
semua dan memberikan hidayah kepada kita semua.
Rujukan utama:
Jami al-ulum wa al-hikam,ibn
Rajab alhanbali- hadis ke 29.
Al-wafi syarh li al-arbaeen
an-nawawiyyah- Mustofa Bugha dan Muhyiddin Mistaw ms.222-223.
Hadis Empat Puluh- Mustafa Abd
Rahman ms392-394.
0 komen:
Catat Ulasan