Pemurnian sirah


Sirah Nabawiyah- jalan hidup nabi s.a.w- bukan sekadar cerita dan pengajaran. Ia sebuah kehidupan insan tauladan yang juga melibatkan hukum hakam. Sebab itu sejak dahulu lagi, usaha usaha telah dilakukan oleh para ulama dalam menapis riwayat riwayat sirah.

Pemurnian Sirah oleh Ulama terdahulu

Sebenarnya pemurnian riwayat sirah, dan sejarah Islam secara khusunya, bukanlah dimulakan oleh al-albani, Akram dhia Umari mahupun Ibrahim Ali. Tidak juga Dr Asri. Ianya bermula sejak lama dahulu.

Penulis kitab sirah dan tarikh seperti imam maghazi ibn Ishaq dan imam at-tabari, menyertakan sanad sanad ketika menyebut riwayat. Setengahnya disebut terus tanpa sanad. Hakikatnya ini satu bentuk penapisan, tinggal lagi pembacalah yang kena tapis sendiri. Method ini sesuai dengan zaman mereka, sebab pembaca2 mahir dan mampu menapis sendiri riwayat. Ada juga yang rajin letak status riwayat, seperti al-imam ibn kathir.

Ada juga ulama yg menapis riwayat2 lalu mengarang buku baru. Seingat saya, seperti yang diajar oleh guru kami dr abd ghani yaakob, antara contoh terbaik kitab sirah ibn hisham. Ia merupakan versi tapisan kitab sirah ibn ishaq.



Pemurnian sirah oleh ulama kotemporari



Umumnya ramai yang kenal dengan pemurnian sirah rasul melalui hasil hasil kotemporari. Manhaj yang digunakan ialah menilai kembali riwayat riwayat sirah atas neraca  penilaian piawaian hadis. antaranya:
1.                  tahqiq fiqh sirah karya Muhammad al-ghazali oleh Sheikh al-albani,
2.                   Soheh Sirah nabawiyyah, juga karya al-albani, yang tak sempat arwah sempurnakan
3.                  Sirah Nabawiyyah Sohehah- karya Akram Dhiya al-Umari
4.                  Soheh as-seerah an-nabawiyyah- karya Ibrahim Ali. Yg ini menggunakan manhaj mutaqaddimin dlm penilaian hadis, beliau banyak mengutamakan penilaian riwayat mengikut manhaj mutaqaddimin, melalui kitab2 turath.

Di Malaysia, pemurnian sirah jadi popular bila dr Asri menulis buku tentang perselisihan para sahabat. Saya sendiri banyak menganal pemurniaan sirah melalui buku ini, yang kemudiannya saya panjangkan dengan merujuk buku buku lain. kebetulan saya mengambil minor history di UIA, mencerahkan peluang saya lagi untuk terus mendalami bidang ini.

Memori penulis mengenal pemurnian sirah


Saya juga berkesempatan talaqqi kitab "raheeq makhtuum" – pemenang anugerah sayembara sirah nabi OIC karya Safyurrahman al-mubarakfuri- dengan seorang sheikh di UIA. Beliau juga byk menyebut status riwayat sirah dlm kelas pengajian beliau. Selalunya beliau akan buka juga sirah nabawiyyah sohehah.
 
Slps itu saya banyak membaca kitab kitab jenis yg sama di perpustakaan. Bila minat, menatap al-bidayah wa an-nihayah karya ibn kathir yang berjilid2 itu pun x rasa jemu. Selepas tu saya mula kumpul kitab2 sirah kotemporari dr jenis ini, sama ada kitab betul maupun e-book.

Sebagaimana guru guru saya mengajar saya, begitulah juga manhaj yang saya bawa di dalam kelas2 saya yg bertemakan sirah. Saya mahu orang ramai juga memahami betapa pentingnya memahami sirah dari sumber yang jelas, kuat dan boleh menjadi sandaran. Selain memastikan hukum hakam yang diambil dari riwayat sirah hanya diambil dari riwayat yang kuat, Pemurnian sirah juga membantu kita mengenal riwayat riwayat israiliyat dan syiah, sekaligus membantu kita menepis serangan serangan yang bertujuan merendah rendahkan nabi s.a.w dan para sahabat khususnya.





0 komen: