kita sambung semula cerita percutian saya di kedah.. destiNASI seterusnya ialah berkaitan dengan NASI..tak lain tak bukan..PADI..muzium padi kedah..
menurut abg ipar saya, ada 3 sahaja muzium padi di dunia..satu di jepun, dua lagi di malaysia..salah satunya di kedah..
apa yg menarik dekat muzium ini?? tentulah informasi tentang padi! dari dalam dan luar negara...dari sejarah hinggalah alat-alat yang digunakan...tak cukup dengan itu ada juga benda2 yg x de kaitan dengan padi, tapi ada kaitan dengan sawah padi...
paling menarik ialah aras tiga yang membuatkan anda berada seperti di puncak gunung keriang..setelah anda mendaki 59 anak tangga, anda akan tiba di satu tempat yg kononnya anda berada di puncak gunung keriang, menyaksikan pemandangan-pemandangan indah...saya sendiri tertipu pada mulanya dengan "lukisan-lukisan mural" yg saya sangkakan pemandangan yg sebenar hehehehe...dekat atas ni kita akan dibawa berpusing perlahan-lahan menyaksikan keindahan alam "lukisan" hehehe..
oklah jom kita dengar gambar bercerita ...
 |
selamat datang ke muzium padi negeri kedah darul aman... |
angsa-angsa yang berterbangan menyambut ketibaan para tetamu
the one and only lion in kedah
salah satu daripada "pemandangan" dari puncak gunung keriang- orang berurusan jual-beli beras
muzium ini dirasmikan oleh as-Sultan Kedah merangkap Agong kita sekarang
rakyat berhibur di kaki gunung keriang
gambar selingan-masjid Zahir di Alor Star- kali ke dua singgah di masjid yg indah ini..
insan-insan sedang berurusan di tengah bendang
ini contoh baka padi dari negeri China
salah satu daripada peralatan tradisional yang digunakan untuk membajak sawah
ini namanya jerat simbat di dalam bahasa dong heheheh selalunya digunakan utk tangkap ruak-ruak
beberapa jenis alat tradisional untuk menangkap burung-burung sawah
subjek baru yang perlu diterapkan di institut2 bahasa di malaysia: "bahasa kerbau- cattle language- al-lughatu al-jamusiyyah"- only in muzium Padi Kedah
pelbagai jenis alatan tradisional untuk menangkap ikan di bendang
dua spesis utama di bendang- keli dan puyu
sebelum ni kita asyik dengar- jelapang padi- untuk pengetahuan anda inilah dia rupa sebenar jelapang itu
alat tradisional untuk menghempas padi
alatan-alatan tradisional yg digunakan utk menangkap ikan di sawah
teman setia pesawah
ini namanya pengangin padi
penemuan sejenis alat yang mungkin menimbulkan teori baru dalam asal-usul nama kampung saya hehehe
cekap ruak-ruak dan puyuh. tempat saya orang panggil benda ni serkup
sahabat di bendang..ada yg "kontrol" parasit..ada juga yg jadi "parasit"
pukat terbang@pukat langit..tempat saya panggil jaring burung je
lukisan mural lagi- suasana pasar malam dilihat dr puncak keriang
ini lah 59 anak tangga yg perlu didaki utk smpai ke puncak keriang
padi made in malaysia...
0 komen:
Catat Ulasan