Kembara Madrasah Sungai Salan: Ibrah dari Pemuda Bisu

Alhamdulillah, sehari selepas perhimbunan BERSIH 3.0 di Ibu negara, niat untuk memenuhi jemputan sahabat-sahabat dari sebuah perkumpulan akhirnya dimakbulkan Allah. sebuah perhimpunan yang menyasarkan ulamak, ustaz, imam, dan ilmuan. mendengarkan sasaran ini sahaja, tentu ada sesuatu yang "istimewa" yang ingin disampaikan.

atas dasar ingin menambah ilmu, pengalaman, berfikiran terbuka, tidak taksub dan merai serta memuliakan rakan-rakan, sampailah diri ini di Madrasah Sungai Salan, Jerantut buat kali ke dua. kali pertama ke sini bersama imam masjid kariah, menempah khidmad imam tahfiz untuk tarawih.

mulanya Maulana Johari- hafizahullah- memberikan "hint"- bahawa orang-orang yang kurang upaya- buta, bisu, tidak memiliki kaki dan tangan- pun mampu melaksanakan dakwah. kemudian maulana johari memberitahu tentang salah satu agenda majlis- laporan dakwah orang bisu- ternyata ia sesuatu yang menarik, dan jarang2 sekali dibincangkan.

 tiba masanya, dua orang pemuda, seorang saudara yang bisu dan penterjemah beliau tampil ke hadapan. hadirin tekun memandang saudara yang ditakdirkan Allah tidak mengecapi nikmat pertuturan dan pendengaran, bercerita dengan "bahasanya" yang tersendiri, dibantu oleh penterjemahnya.

bagi diri ini sendiri, tidak pernah terfikir tentang perkara ini. semoga Allah mengampuni diri ini. kalau terlintas pun, permasalahan fekah berkaitan mereka, bagaimana cara mereka melaksanakan rukun qauli dalam solat, misalnya. mujur diri ini tidak termasuk dalam mereka yang meletakkan golongan ini dalam bakul "bukan mukallaf"! sedangkan "kebolehan berkata2" itu bukanlah syarat taklifan!!
 
asbab kepada hidayah Allah, pada tahun 2007,seorang penterjemah yg memahami bahasa isyarat dibukakan jalan untuk ziarah dan berdakwah kepada seorang bisu. mungkin tiada siapa pernah terfikir, bagaimana mereka memahami agama? begaimana mereka mengenali hakikat tauhid?

berwasilahkan bahasa isyarat, dapat diselami bahawa mereka tidak dapat pendedahan terhadap agama seperti yg kita dapat. Alhamdulillah Allah membukakan jalan untuk membantu memberi kefahaman agama kepada mereka..

tiga tahun kemudian, pemuda bisu itu sendiri turun berdakwah. dia berpeluang mengikuti rombongan dakwah ke luar negara, di mana dia bertemu dengan lebih ramai para daie yang serupa dengannya, menambahkan lagi ilmu dan pengalaman sebagai bekal untuk berdakwah.

yang tersirat selama ini jadi tersurat. ramai di kalangan orang bisu jahil tentang hakikat Allah s.w.t. tidak mengenali Rasulullah s.a.w. tidak berpeluang untuk belajar dan mendalami ilmu agama. rupa-rupanya selama ini mereka bukan hanya dipinggirkan dalam hal duniawi. tetapi juga terpinggir dalam hal ehwal agama.

pemuda bisu turut menceritakan azamnya. dia berazam untuk bernikah, kemudian mendidik isterinya, dan mengajaknya untuk memperluaskan dakwah kepada orang bisu perempuan pula. semoga Allah memakbulkan harapan mulianya..Amin..

Maulana johari kembali ke hadapan untuk meneruskan majlis. suasana terharu tiba-tiba melanda para hadirin, apabila Maulana mengulas sedikit sebanyak dalam menahan sendu dan tangisan. sebahagian hadirin turut mengalirkan air mata....

"ada manusia dikurniakan lisan dan hati. namun ada yang hanya mampu berbicara dengan lidah sahaja, tidak mampu berbicara dengan hati. ada manusia tidak dikurniakan lisan, tidak mampu bertutur, namun dia mampu berbicara dengan menggunakan hatinya..."

"mereka hakikatnya tidak mampu berbahasa, kerana mereka tidak mampu berkata-kata..mereka hanya mampu menterjemahkan bicara hati mereka melalui isyarat-isyarat pergerakan tangan..dalam kekurangan itu, ada kelebihan hakikatnya.bicara mereka tiada selindung, tulus datang dari hati mereka..."

"kita yang dikurniakan lisan menikmati nikmat pertuturan..adakah bicara lisan kita tulus seperti bicara hati mereka? adakah bicara hati dan lisan kita sama, serentak, atau di mulut lain, di hati lain?"

hakikatnya sesi ini sungguh menyentuh dan meruntun jiwa...memberikan muhasabah..
insan yang tidak mampu berkomunikasi dengan suara dan bahasa biasa, berusaha dengan kemampuan sangat terbatasnya untuk menimba ilmu dan menyampaikannya... bahkan berazam untuk meningkatkan usahanya dalam bekerja untuk agama Allah ini..
bagaimana dengan kita- insan yang memiliki nikmat bertutur, mendengar, berkomunikasi dengan mudah?


0 komen: