Semua orang bercita-cita agar dakwahnya berjaya. memang bagus. namun tak kurang yang merungut tentang kepayahan dan kesukaran yg perlu ditempuhi ketika berdakwah.
kisah-kisah nabi, rasul, para sahabat dan orang-orang terdahulu banyak mengajar kita mengenai ketabahan dan kesabaran yg diperlukan dalam dakwah.
Allah memang menjamin kemenangan agama-Nya. tiba waktunya, kemenangan itu pasti tiba. kalau kita soroti kisah-kisah tersebut, bukan semua empunya dakwah dan perjuangan itu mengakhiri hayat mereka dengan kemenangan. ada yang meninggal dunia kerana diseksa dan dihukum. antaranya mereka yang diceritakan oleh Allah dalam surah Al-Buruuj.
"Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran
bintang-bintang.Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan.Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu,
serta segala keadaan yang disaksikan.Celakalah kaum yang menggali parit.(Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran.
Nabi s.a.w. sendiri melalui pelbagai mehnah serta ujian dalam beberapa peringkat sebelum baginda berjaya menegakkan kerajaan Madinah serta membebaskan Mekah daripada Musyrikin.
kisah seorang guru
ketika baru bertatih dlm dunia dakwah, saya pernah "down" untuk meneruskan usaha dakwah mengembalikan masyarakat kepada Al-Quran dan sunnah. puncanya ada insan yang lebih tinggi pendidikannya, lebih wibawanya, mengatakan saya "membuka kembali isu-isu tertentu". dalam keadaan itu saya mengadu kepada guru saya.
ketika itulah guru saya- semoga Allah memelihara dan memanjangkan usia beliau dalam keberkatan- berpesan, "tiga puluh tahun lagi kita belum tentu masih hidup. kalau masih hidup pun, apakah masih ada kesempatan ketika itu untuk melakukannya? ketika kesempatan yang kita ada sekaranglah, kita perlu lakukannya. bukalah kitab, dedahkan kepada masyarakat perkara yang benar"
kata beliau lagi,"teruskan usaha kita. sekarang dah tak begitu banyak halangan macam dahulu. sudah semakin mudah..." ketika itulah beliau menceritakan pengalaman beliau yang sudah hampir 40 tahun berkecimpung dalam dunia dakwah.
pernah diamuk dengan parang kontot, kenderaan diganggu, diletakkan barang-barang seperti penggaras periuk, orang menghempas kitab yang mengandungi "bukti" amalan bid'ah yang diamalkan adalah relevan sebagai tanda protes kepada penentangnya, teks khutbah diambil sebaik selepas solat jumaat untuk dilaporkan, dilaporkan kepada setiausaha kerajaan negeri ...
saya teringat Firman Allah s.w.t. yg bermaksud:
"maka Allah akan datangkan suatu kaum yang Ia kasihi dan mereka juga kasihkan-Nya mereka bersifat lemah-lembut terhadap orang yang beriman dan tegas terhadap orang kafir, mereka berjuang pada jalan Allah, dan mereka tidak takut celaan orang yang mencela" (Al-Maidah 54)
malam tadi, seperti biasa saya mengikuti kuliah guru saya. dalam menghurai poin cabaran dalam penerimaan dakwah oleh masyarakat, sekali lagi beliau berkongsi pengalaman.
tiga puluh sembilan tahun adalah waktu yang lama. dalam tempoh masa tersebut, lebih kurang lima perkara sahaja yang didakwahkan Alhamdulillah dapat diterima, itupun kebanyakannya dalam kariah kami sendiri sahaja. sebahagiannya menurut beliau menonjokan kejayaan agak terkemudian dengan bantuan generasi kemudian yang alhamdulillah dikurniakan kefahaman.
antara perkara-perkara tersebut ialah:
- mandi safar: tiba bulan safar orang akan berkumpul di sungai2 untuk membersihkan diri dari dosa.
- menunggu kubur: kubur ditunggu tiga malam, sepuluh malam selepas dikebumikan dengan harapan malaikat tidak datang menyoal
- kenduri arwah: pada malam pertama,ketiga, kesepuluh dan seterusnya. menurut guru saya, ketika beliau belajar di perak (semanggol) masyarakat di sana tiba malam ke 40 kematian, mereka buat apam. simbolik 40 hari perut mayat pecah (apam kan merekah di tengah)
- menyambut nisfu sya'aban dengan membaca tiga kali yaasin, menganggapnya satu kemestian. dahulu ada yg berpendapat, siapa yg terlewat hadir majlis ini akan pendek umur!!
39 tahun- 5 perkara!!
apalagi kita yg baru setahun jagung dalam dunia dakwah.
Ya Allah, kurniakan kami ketabahan dan kesabaran
Tetapkanlah kaki-kaki kami atas jalan-Mu Ya Rabb!!
Amin...
0 komen:
Catat Ulasan