Dalam kira-kira tiga hari lagi kita akan memasuki bulan Ramadhan, ramai yang menyangka kita akan melalui Ramadhan sekali lagi untuk tahun ini..Allah Maha Menentukan segalanya...bukankah ajal itu rahsia-Nya??
selepas subuh esok, saya mendapat jemputan kuliah subuh di Jeram Besu Country home resort dari sebuah syarikat perkapalan yg buat program di sana. malam itu pula kuliah penutup saya sebelum Ramadhan di masjid kampung ajai. saya minta bantuan salah seorang jamaah untuk jemput saya di rumah, sebab dari masjid nanti saya hendak terus ke resort.
senja itu, tiba di masjid, saya disambut senyumannya. seorang lelaki kurus, berjanggut panjang dan berkopiah putih. usia lebih separuh abad. pak ngah zul, atau dipanggil juga Hj Atan oleh penduduk ajai.
oleh kerana beliau seorang karkun, saya khabarkan tentang ketibaan sekumpulan jamaah tabligh dari Pakistan, yg baru tiba di masjid kampung saya. beliau tidak tahu, sebab kebetulan senja itu beliau baru turun ke masjid semula. kata beliau, sudah dua tiga hari beliau tak dapat turun ke masjid. deman dan sakit-sakit badan, terutamanya sendi.
beliau juga bercerita bahawa beliau akan mula berpuasa di masjid kampung lechar, kerana akan mengikuti jamaah keluar tiga hari hujung minggu ini, bermula Jumaat. Azan maghrib memutuskan perbualan kami.
usai kuliah, jemaah bersiap2 untuk isyak. ada yang ke tandas, ada yang mengambil wuduk. saya sedang berbual-bual dengan salah seorang jemaah. tiba-tiba terdengar suara siak masjid "nanti ambil sejadah, tinggikan lagi..." ia membuatkan saya menoleh ke belakang..
pak ngah zul rupanya nyaris terjatuh. namun pok de hasan, pengerusi masjid yang kebetulan berada berdekatan beliau sempat menyambut beliau. sekumpulan jemaah memapah beliau masuk ke masjid. beliau dibaringkan. jemaah menyuruh beliau berehat. ketika itu pun, hanya mata dan anggotanya sahaja yang bergerak. beliau tidak mampu bersuara.
usai solat isyak, kami berkumpul melihat perkembangannya. masih sama. terkadang beliau duduk, dan seolah-olah berusaha untuk bangun. tapi tak mampu. pok de hasan memujuk beliau, "kita pergi ke hospital ya!!"
jemaah menghubungi hospital untuk bantuan ambulans.kebetulan seorg jemaah, mak ngah milah, bekerja sbg jururawat (sister) di hospital. beliau minta bantuan drp hospital dipercepatkan. kata mak ngah, kelihatan macam pak ngah zul kena semi stroke.
27 sya'abn/ 17 Julai
baru sampai di rumah setelah dijemput oleh ayah saya dari tempat kuliah subuh. saya teringat untuk bertanya perkembangan pak ngah zul. saya menalifon Mak ndak normah.mak ndak juga tak tahu perkembangan terkini.cuma Mak ndak cerita semalam ambulans datang ambil.tapi agak lewat. ambulans dr hospital raub x ada, minta tolong ambulans klinik dong. tak ada juga, akhirnya ambulans klinik jeruas yang dtg.
tengah hari itu, selepas zohor, saya sempat ceritakan kejadian yg menimpa pak ngah zul malam tadi kepada seorang jamaah masjid saya, abang hamidi yg juga merupakan seorg karkun.
28 sya'aban/ 18 julai
berpagi-pagi dengan kejutan mesej pesanan ringkas dari salah seorang jemaah masjid kampung ajai
"Slm ustaz mak long nak bgtau Hj Atan dah meninggal mlm td di hospt Temerloh"
inna lillahi wa inna ilaihi roji'un...dalam usia 67 tahun, beliau pergi meninggalkan kami..
saya segera memberitahu berita tersebut kepada ayah saya, yg juga merupakan kenalan arwah. saya menalifon maklong basar untuk kepastian dan cerita lanjut. ayah saya menalifon imam masjid ajai, imam razali untuk bertanyakan maklumat pengurusan jenazah. saya turut menghubungi hj manap.
saya, ayah dan imam sabri pergi ke rumah beliau untuk membantu apa-apa yang patut. tiba di halaman rumah beliau, kelihatan saudara mara dan sahabat handai. kebanyakan yang hadir terdiri daripada sahabt sahabat karkun beliau. jenazah sedang dimandikan. seketika menunggu, saudara beliau memanggil kami orang-orang muda untuk membantu mengangkat jenazah.
insya Allah, beliau pergi dalam keadaan baik. saya masih teringat wajah arwah yang tersenyum seperti masa hayatnya, yg saya lihat ketika membantu mengangkat dan mengkafankan jenazah. Semoga Allah s.w.t.mengampuni dan merahmati beliau, dan menempatkan beliau di kalangan hamba2Nya yg solah dan bertaqwa..amin..
kami kehilangan seorang saudara dan sahabat yang gigih dalam usaha-usaha mengembangkan agama Allah. sekali lagi masjid ajai yg semakin makmur perlu menerima pengurangan seorang jemaah yang komited dan sentiasa istiqomah menghadiri solat jemaah dan kuliah2. pemilik madrasah tahfiz khusus untuk muslimah yang masih tersergam di sebelah rumah beliau.
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه
Ramadan akan menjelma...Syaaban berbaki sehari dua sahaja lagi..
Ya Allah, Sampaikanlah kepada kami bulan Ramadan...
28 Syaaban-18 julai2012
0 komen:
Catat Ulasan