semalam satu lagi riwayat tercatat dalam lembaran hidup ini. saya menghadiri majlis graduasi sarjana ilmu wahyu dan warisan islam, fiqh dan usul fiqh, di UIAM, antara tempat terbanyak saya menimba ilmu.
apa yg jelas, saya merasakan perbezaannya dgn majlis yg sama ketika menerima pengesahan ijazah sarjana muda. ia tidak semeriah hari itu. namun saya tetap merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran atas segalanya...
entah kenapa ketika berada di dalam dewan CAC, saya rasa sebak. bahkan mata nyata berair (walaupun orang tak perasan heheheh)
jika dikenang kembali, banyak benda yang hendak dikenang dan dinukilkan. jerit perih, susah payah. namun saya rasa biarlah Allah yg menilai semua itu tanpa saya ceritakan di sini.
.
mak dan pak. Ya Allah, kurniakanlah kepanjangan usia dengan rahmat dan kesihatan buat dua insan mulia ini. Kasihanilah mereka berdua seperti mana mereka berdua mengasihani saya ketika saya kecil dahulu...amin..mereka insan kurniaan Allah yg amat berharga dlm hidup saya.
bersama mak. insan yang melahirkan saya , kemudian mendidik saya dengan penuh pengorbanan. |
sebelum itu, saya nak ucapkan terima kasih kepada sahabat saya, Nazrul Affandi atau apen yang banyak membantu saya, terutamanya setelah saya tidak lagi menyewa mahallah di uia. beliau sudi menumpangkan saya di teratak mahallahnya. semoga Allah berkati beliau atas segala kebaikannya ke atas saya. sayang sekali saya tak sempat mengabdikan kenangan hari indah ini bersama belia
ini seorang lagi sahabat yg rapat dengan saya. apa tidaknya, satu fakulti, satu kelas dan kami berkongsi musyrif (supervisor) yang sama :) Ustaz Mahmud Alfan Jamil al-Kalimantani, dr Pontianak, Indonesia. sekarang berkhidmad di salah sebuah universiti islam di seberang sana. thesis beliau berkaitan dengan ihya al-amwat..menghidupkan tanah-tanah terbiar..tajuk yg jarang dibicarakan !!
yang dibawah ini pun antara teman rapat saya. ustaz Affuan Che Mansor. graduan salah sebuah universiti terkenal di Jordan. beliau jiran sekolej saya -sebelah bilik. saya masih ingat mula2 hanya kami hanya berbalas senyuman saja walaupun jiran. alhamdulillah slps tu ukhwuwah berkembang. lepas tu beliau berumahtangga lalu berpindah dari kolej. beliau dr fakulti al-quran dan sunnah. thesis beliau berkenaan "al-makr" dalam Al-Quran
ustaz Affuan dan anak beliau, Tsana'
bagi semua graduan yg sama-sama menerima pengesahan sijil ilmu semalam, sama-sama kita berusaha dan berdoa agar menjadi pemegang amanah ilmu yg bertanggungjawab terhadap ummah ini...amin..
0 komen:
Catat Ulasan