Smlm lps aku balik dr kedai makan, tgh syok2 layan angin malam sambil nak balik rumah, tiba tiba berbunyi pulak telefon dlm kocek.. aku pun berenti kejap tepi jalan. Seorg shbt kg ni yg skrg keje kt KL call aku…dia Tanya ada x imam3(imam muda msjd kg kami) bgtau sesuatu…
Shbt ni dlm delima gak kiranya. Kwn baik dia dok ajak dia masuk tarekat(x mau sebut namanya). Jd dia pun tanyalah pndpt kitorang, shbt2 dia,termasuk aku...sbnrnya aku ni org ke 3 dah dia Tanya..slps imam 3 dan imam 2..
kata imam 3, SESAT!!! Direct to the point je shbt aku sorg ni jwb…
imam 2 plak jwb berlapik sket…kata dia mcm ni la, utk pengisian rohani, byk kan solat sunat, buat qiamullail, baca ma’thurat pg dan ptg, dan amalkan zikir2 selepas solat dan tambah zikir (100x kalo x silap aku la) tiap2 hari wat gitu..pas tu teruskan kerja2 lain..
aku dah dgr jwpn shbt2 len sblm dia call aku..jd apa yg aku nak jwb ye..
pertamanya aku sebut, tarekat yg disebutnya tu mmg ada di beraktiviti d kg kita…dan dlm lmn web jakim bbrp thn lalu, ajaran tersebut yg berpusat di kg ni x diiktiraf..sbb antr kslhnnya-menurut org2 lama kg la- bila bersuluk,kena time solat jumaat, diorang tak solat jumaat..
dia ada ckp sbhgian amalan2 kwn dia tu, kwn yg ajak dia tu kata minggu dpn nak berpuasa tiga bulan berturut2….wah hebatnya… psl zikir plak kena duduk dlm gelap..
zikir seribu kali..
aku pun cerita la,puasa sunat ni, nabi pernah ckp yg terbaik puasa saudaraku nabi Daud, puasa sehari, berbuka sehari,puasa sehari, berbuka sehari…
pas 2 aku ceritakan hadith ttg 3 shbt- yg sorang nk qiam sampai x tidur, sorg nak puasa x nak berbuka2 dah..sorg nk beribadat x mau kawin2..bl smpai dkt nabi, nabi ckp: aku org yg paling rapat dgn Tuhan, plg bertaqwa, tp aku qiam dan aku tidur, aku puasa dan aku berbuka, dan aku mengahwini perempuan…
psl zikir dlm gelap aku ckp, yg ada dlm Islam galakan utk qiamullail..bangun mlm..di kala org lain tidur,kita ingat Allah…kegelapan x jd syarat..
kmudian aku ckp lg, zikir ni bukannya semesti kita duduk satu tempat berzikir..duduk atas sejadah dlm masa yg lama berzikir..zikir tu umum…dgr majlis ilmu pun zikir..kita pandu kereta sambil ingat allah pun zikir..kita bekerja sambil ingat Allah pun zikir..
dan aku pesan dkt dia, nak beribadah ni sebaik2nya adalah cara Rasulullah..kita buat apa yg nabi buat dan ajar..shbt2 buat..kalaulah cara2 tertentu berzikir adalah lebih baik tentulah shbt2 org pertama yg buat..sbb mrk sentiasa berlumba kejar kebaikan..
kwn dia ada sebut jg pasal kena berkorban bl masuk tarekat..tinggalkan certain2 perkara harian dlm hidup..aku ckp, dlm Quran mmg Allah sebut Carilah apa yg Allah suruh utk bekalan akhirat, tapi di hujungnya Allah sebut jgn lupa nikmat dunia yg Allah dah tentukan buat kita..mengingati Allah satu tanggungjawab dan amanah, bekerja utk menanggung isteri,anak2 dan keluarga juga satu amanah dan tanggungjawab..Islam suruh kita bersederhana dan cari keseimbangan dlm kehidupan…bukan terus meninggalkan kehidupan
bukan syarat nak bertasawwuf kena masuk tarekat…tarekat itu kena caranya, hanya satu wasilah.. xbetul kalau ada org kata x masuk tarikat x masuk syurga!! Jalan Allah ni luas,yg penting jgn lari dr jalan lurus..
Panjang juga aku memberi pendapat mlm td..kalo dia pakai prepaid tu kesian dia…tp nak wat mcm mana kan, dah biasa bercakap byk hehehe :)
Apa2 pun kita doakanlah semoga shbt kita td diberi sinar petunjuk oleh Allah dlm membuat keputusan…Amiin..
29-5-08, 12.10a.m
1 komen:
kisah yang menarik dan jarang2 dibincangkan secara telus :)
Catat Ulasan