Hari ni lebih separuh masa siang aku aku habiskan dengan membaca sebuah buku. Buku ni kira buku terakhir daripada buku buku yang aku beli masa book fair di PWTC bulan 4 baru ni..judul buku buku yang aku beli masa tu ialah Kesan Hadis Palsu, bahaya Ta’asub mazhab (Dr.Asri), dan Wuduk dan Solat menurut sunnah dan mazhab syafi’I (Abu ruwais Syubrawi-buku ni sesuai utk bacaan umum.aku jadikan salah satu rujukan dlm kuliah solat aku).dua lagi buku pasal penternakan ayam kampung dan puyuh.
Buku terakhir ni tajuk dia “Aliran aliran dakwah di Malaysia-satu titik pertemuan” tulisan Dr Abd Rahman Abdullah (USM). Umumnya dia cerita pasal tajdid atau pembaharuan dalam pengembalian semula agama kepada asalnya. Dia mula dengan cerita mujaddid2 silam, drp Umar ibn Abd Aziz sampailah mujaddid2 moden. Lepas tu masuk pada gerakan gerakan tajdid di negeri negeri Melayu. Kat sinilah mulanya wujud reformist dan traditionalist di Negara kita ni..
Daripada apa yang aku baca, Hebat jugak perselisihan antara golongan reformis@kaum muda dan tradiotionalist@kaum tua masa dulu dulu…boleh dikatakan tak ada titik temu..kalau isu isu era kita ni yang sering dibincangkan pasal usolli,jahr bismillah,zikir jemaah..era masa tu sampai ada bincang hukum jilatan anjing..puncanya adalah seorang sultan di sebuah negeri bela anjing..kalau nak tau baca la buku ni ye hehehe
Kadang kadang terfikir juga pasal titik temu ni kan..maksud aku dalam masalah yang boleh kita bawak ke titik pertemuannya lah.. dlm ilmu hadis dan usul fiqh pun ada kaedah ni..beramal dengan dua hadis yg memang thabit sahih itu lebih utama dalam meninggalkan salah satunya..
Alhamdulillah aku rasa zaman sekarang ni zaman open minded..jadi pada pendapat aku perselisihan antara dua kumpulan ini- semoga Allah merahmati kedua duanya-tidak lah “seteruk” dulu…cumanya kadang kadang akan ada yang jadi teruk bila ada sifat ta’asub. Kesimpulan yang dapat aku buat, kuncinya kena ada ilmu yang betul sumbernya,dari kedua dua belah pihak, dan kena ada sikap keterbukaan atau open minded pd had yg Islam izinkan…di samping itu sikap ego, dan taasub kena buang jauh jauh, supaya kebenaran dapat ditegakkan, dan kesalahan dapat diakui oleh pihak yg melakukannya.
Kalau x silap aku Imam as-Syafi’I pernah pesan,antara maksudnya bahawa niat kita bila nak berdebat atau berhujah ialah supaya kebenaran akan diketahui oleh kedua dua pihak..jika dari awal bincang/debat/bahas dah memang ada dlm otak dan hati kita nak tikam dan jatuhkan serta malukan lawan..dikhuatiri akan muncul anasir2 x baik yg merosakkan kita dan kawan debat kita..satu lagi imam syafii pesan jangan berdebat dengan org jahil..kerana akan bawak kpd perkara2 yg x elok plak nanti..last2 lain yg kita hajatkan,lain yg jadi…
Bersama sama kita berlindung dengan Allah daripada kejahilan,ketaksuban, dan kesempitan minda (narrow minded)…
Penegak kebenaran di celah kegelapan
ini sebenarnya tajuk kuliah sirah hari ini..kira tajuk terakhir dalam fasa pertama kuliah sirah ni..
sblm mulakan sesi mlm ni, tazkirah didulukan..tajuknya..haraplah redha Allah biarpun kerananya org marah kt kita..dan jgn kerana kejar redha manusia kita mengundang murka Allah...dan bila DIA dah muliakan kita dgn ISLAM jgnla kita gadaikan kemuliaan ini krn mengejar kemuliaan lain yg kita sangka lebih tinggi..Allah akan terus hina kita..(petikan dr hadis tirmizi dinilai sahih oleh albani, dan atsar dr saidina umar dinilai soheh oleh az-zahabi)
siapa sangka dlm gelita jahiliyah tu terselit jugak beberapa org yg masih cintakan kebenaran,bencikan khurafat dan bid'ah dlm akidah yg diajar nabi Ibrahim alaihissalam..mlm ni satu sesi khas aku cerita pasal dua tokoh ni..iaitu :
Zaid bin Amru bin Nufail-pembela syariat Ibrahim alaihissalam di tengah2 belenggu jahiliyah,beliau ni berjaga2 agar x termakan sembelihan atas nama berhala,mencela perbuatan itu, dan beliau juga pernah menyelamatkan anak2 perempuan dr ditanam hidup2
Waraqah bin Naufal-ilmuan yg mendalami injil,slps peristiwa wahyu pertama beliau dpt mengenali yg ditemui muhammad s.a.w di gua hira ialah jibrail@Naamuus..waraqah memberi ikrar utk membantu nabi s.a.w, namun umurnya tidak panjang..mereka berdua ni dijamin syurga oleh rasulullah,dlm riwayat2 yg soheh..(rujuk fiqh sirah muhd alghazali tahqiq albani, soheh sirah nabawiyah akram diya umari).
lps kuliah dan solat isya, x nampak kelibat budak2 nak mengaji..garang sgt ke aku ngaja sampai diorang dah x dtg ni hehehehe
dah budak2 x dtg, bilal masjid yg kira member kamceng aku-walaupun beza usia 30thn lbeh woo-ajak aku g kedai makan, belanja makan nasi lemak.best gak mlm ni aku mengutip pengalaman shbt aku ni ketika zaman mudanya..cerita pasal zaman kegemilangan ABIM kt kg aku..masa tu diorang nyer usrah dan tamrin..respect la..kan best kalau skrg masih ada mcm tu..
balik umah aku ileks jap..pas tu sambung baca buku yg aku baca siang td..pas tu aku pun ngadap la laptop ni nak menulis blog...
okla sampai sini dulu la ye..nak g nyelam plak huhuhu ilalliqo ukhro..
12.42a.m-12/5/08
0 komen:
Catat Ulasan