khutbah jumaat minggu ini agak isu semasa..sbnrnya ada 2 khutbah utk dibaca,khutbah hari guru dgn khutbah nakbah palestin..lalu al-fadhil khatib memilih khutbah nakbah..

bila sebut isu palestin,teringat subject "History of Arab World" yg Dr Abu shouk ajar..ngan subjek Muslim Nations yg Dr Abdullah al-Ahsan ajar..ms kt uia dulu..dlm tu ada tajuk khas psl isu palestin..

15Mei1948-17mei2008..dah enam puluh tahun 2 hari tertubuhnya negara Israel..khutbah yg dibaca td mmg khutbah..ia meresap ke jiwa..betapa aku kdg2 lalai dan tenggelam dgn dunia aku sendiri..kdg2 aku lupa nasib2 saudara kita di sana..astagfirullah...

atas kesedaran yg aku dpt masa khutbah td..aku mulakan kuliah sirah mlm td dgn mengingatkan diriku dan org lain ttg tuntutan uhkuwah berteraskan aqeedah ini..rasa kasih sayang,cinta,mengambil berat sesama saudara seaqidah-termasuk saudara kita di Palestin- merupakan salah satu tuntutan bg kesempurnaan Iman. bukankah nabi pernah bersabda, antara mafhumnya tidak sempurna iman seseorg dr kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sprtimana dia kasihkan dirinya sendiri..bahkan mencintai seseorg kerana Allah itu satu drp syarat halawatul iman..

goyahnya kesatuan ummat hr ni,mgkn krn kita x lagi menjadi sebuah binaan yg saling melengkapi, satu jasad yg saling berkongsi rasa...

raheeq mahktum mlm ini dah masuk ke suku kedua..bermulanya zaman wahyu..setelah bercerita ringkas ttg bagaimana rasulullah s.a.w boleh berkhalwah di gua hira',aku menceritakan tentang petanda2 yg Muhammad s.a.w akan menjadi rasul terakhir...sprt perkhabaran dlm taurat dan injil..dan terhalangnya jin2 dr naik lagi ke langit utk mencuri khabar2 masa hdpn..

seorg shbt ansar r.a dgn rendah diri menceritakan,ttg keadaan ansar sblm kedatgn bginda.org ansar respek kt org yahudi,krn mrk ahli kitab.dan org yahudi ada menceritakan ttg rasul terakhir.bahkan kemunculan rasul terakhir dijadikan modal ugutan mrk thdp ansar,jk rasul itu muncul mrk akan bsama2 mhalau org ansar..tp blamana muncul rasul itu, dan bkn pula dr golongan yahudi, org2 ansarlah yg mengimaninya,manakala org yahudi mnjadi org yg paling memusuhinya!!

itulah sikap org yahudi..sebab itu dlm Quran, Allah tlh sebut: "dan tidak sekali2 org yahudi dan nasrani itu akan meredhai kamu semua hinggalah kamu semua mengikut agama mrk...

meh la kta sama2 ambil pengajaran, supaya x jd mcm org yahudi yg menolak kebenaran krn x kena dgn jiwa raga mrk..dan sama2 kita mantapkan ukhuwah berteraskan aqidah ini walaupun x pernah kita bersua dgn saudara2 di palestin sana..bak kata -kata indah ini, yg disandarkan org kpd al-imam al-ghazali"

"Ukhuwah itu bkn skdr ptemuan,bkn jg kalam di bibir, tp sejauh mana ingatan seseorg kpd saudaranya di dlm DOANYA..."

sekiranya mmg kta x mampu dr sudut lainnya,sekurang2nya kirimkanlah doa doa kita buat saudara2 kita yg sedah berjuang di bumi mereka..

17/5/08-1.01a.m

1 komen:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum,
isu palestin ini memang isu sensasi sejak zaman berzaman. Malangnya, tidak banyak tindakan yang membanggakan yang telah diambil oleh orang Islam sendiri untuk membela dan menyelamatkan Palestin. Kita hanya mampu berpiket (yang salu dibuat tapi haram tak dipandang israel atau amerika), memandang dan berkongsi tangis dari jauh dengan saudara yang sangat2 menderita di sana. Bila difikirkan berapa kali dalam seminggu kita bersungguh2 mendoakan mereka?