Bila Dr Asri Zainal Abidin, Mufti Perlis menghadiri majlis anjuran Pakatan Rakyat sebagai ahli panel, heboh sbhgian org menyebut MAZA dah masuk PKR. Bila MAZA nafikan,dan tambah yg dia x sertai mana2 parti, keluar pulak Tok guru no 1
“kalau demokrasi dan kominis masing masing mempunyai kerajaan, kenapa islam tidak boleh(mempunyai kerajaan) untuk memperjuangkan agama itu”.
“kita harus ingat,perjuangan islam kini perlu melalui parti kerana Islam kini terlibat dgn politik..”
“Begitu juga, kalau demokrasi ada kerajaan,kalau komunis pun ada kerajaan, mana boleh Islam tak ada kerajaan. Kalau Islam x ada kerajaan bagaimana nak perjuangkan Islam”.
“ kalau suruh saja,tapi x ada kuasa di belakang, siapa mahu terima. (jadi) mahu tidak mahu kita kena buat parti,dan kalau dia mahu lihat Islam ini berdaulat,kenapa tidak mahu terlibat dgn parti.lagipun parti adalah alat untuk melaksanakan Islam..”
MAZA dan parti politik
Sebenarnya sebahagian org mendapat maklumat, dan sebahagian org telah pun percaya,bahawa MAZA satu ketika dahulu (skrg x tahu) pernah manjadi ahli PAS.
Tambahan pula MAZA sendiri dah jawab dlm media tentang kisah MAZA dan Parti.jd lebih kita terima pakai cakap yg keluar dr MAZA sendiri,drp dgr cerita2 yg x thabit
MAZA dan politik /siasah/kerajaan
MAZA juga sbg org yg berilmu tinggi dlm kesarjanaan Islam, tentu sekali mengakui wujudnya siasah/politik dan kerajaan dlm Islam. Buktinya dlm kuliah2 sebelum dan slps menjadi mufti. Antaranya beliau pernah bercakap tentang kepentingan pemerintahan dan solat, serta keutamaan salah satu drpnya dr yg lain utk dijar scr mendlm dlm m’rkt.
Beliau juga ketika hampir pilihanraya ke 12 yg lalu, mengeluarkan satu nasihat garis panduan utk memilih pemimpin. Slps pilihanraya beliau turut menasihati dan memberi komen kpd kerajaan2 baru yg diberi mandat oleh rakyat. Dlm rebut isu naik harga minyak, beliau turut menegur kepimpinan agar tidak hanya menyuruh rakyat berjimat,tp mrk sndiri perlu bertindak sama.
Jadi kita semua faham dan tahu, yg MAZA lagi faham dan lagi tahu drp kita yg bkn ulama ini, yg Islam memang mempunyai sistem kerajaan yg tersendiri. Sistem pemerintahan,pentadbiran yg ada garis2 panduan yg ditetapkan.
Parti = parti Islam@gerakan Islam
Sy harap, dan sy condong utk mengatakan yg parti yg dimaksudkan oleh tuan guru dlm kenyataannya ialah parti Islam,sbb dikaitkan parti itu tadi dgn perjuangan Islam. Sbb tuan guru x mengakui UMNO sbg parti yg memperjuangkan Islam, sbb kalau UMNO memperjuangkan Islam, x perlu ada PAS sprt yg tuan guru pernah sebut.
Mungkin juga dimaksudkan parti itu gerakan, atau jamaah,mgkn kalau sebut gerakan Islam, atau jemaah, x semua masyarakat akan faham. Saya katakan Mungkin.
Jd yg saya faham, dr kenyataan tuan guru di atas, nak perjuangkan Islam kena sertai parti Islam, atau kebarangkalian yg satu lagi kena sertai gerakan Islam.
Adakah menyertai gerakan itu satu kemestian??
Saya gunakan istilah umum gerakan-gerakan Islam- kerana parti islam Pas sendiri sebuah gerakan Islam.
Ahli2 kebanyakan gerakan yg berfikrah jelas, tidak kabur,keliru- akan menjawab ya, mesti. Dan mereka pasti memberikan dalil dalil menunjukkan kemestian itu.
Bekerja secara jemaah, atau kolektif, memang satu perintah agama. Memang dlm Islam, kita disuruh beramal secara kolektif,beramai2, contoh disuruh kita bertolong Bantu dlm kebaikan dan taqwa, berlumba lumba membuat kebajikan dan amal, disuruh sembahyang jemaah, diperingatkan bhw seorg muslim dan muslim yg lainnya sprt sebuah binaan dan banyak lagi.
Amal jama’ie atau secara kolektif ini kemudiannya akan membawa kita kepada istilah jamaah Muslimin- yg hakikatnya jamaah yg berteraskan akidah-iaitu ummah Islam itu sendiri. Pemimpin2 gerakan islam,dulu dan kini, mengakui Tidak ada salah satu gerakan/jemaah islam yg ditubuhkan mendakwa jemaah mereka jamaah muslimin. Mereka hanya jemaah min al-muslimin. Di sini saya sependapat dgn istilah modennya bg - ummah centrid, dr al-fadhil ust maszlee malik.
Jadi yg wajibnya melazimi jamaah muslimin, jamaah yg disebut dlm hadis hadis soheh. Setiap gerakan islam mungkin punyai wasilah yg berbeza utk berdakwah, mendaulatkan Islam, tapi adalah dilarang sama sekali mereka merendah rendahkan atau terus menolak wasilah org lain-yg masih dlm lingkungan dibenarkan syariah, lalu mendakwa wasilah mereka saja yg benar!!! Kita kena ingat Rasulullah s.a.w sendiri ialah daie yg kreatif, bermacam2 cara baginda buat utk berdakwah.
Dlm hal ini, saya berpendapat Dr MAZA juga bergerak secara kolektif bsama rakan2 seperjuangannya, dan anak anak muridnya. Saya lihat mereka amar maaruf,nahi munkar, usaha utk daulatkan Islam, secara kolektif,secara beramai2. ya, dgn wasilah mereka tersendiri, yg mungkin berbeza dgn gerakan2 lain termasuk PAS. Cuma, org2 yg x mengikuti perkembanga mereka, mungkin silap tafsir dan silap faham, menyangkakan yg lain dr yg sebenarnya.
Saya akhiri tulisan saya ini dgn satu nasihat yg sy dpt dr seorg guru saya, Dr Layeth Su’ud Jaseem utk kita buat pengajaran:
“ di zaman rasulullah, ummah ini bukanlah membuat kerja yg sama. Muhajirin berniaga di pasar pasar madinah, ansar bercucuk tanam di tanah2 mereka, ada juga ahli suffah yg menghuni serambi masjid nabi, yg sbhgian besar hidup mrk mendengar ilmu dr rasulullah s.a.w. tapi bilamana seruan utk berjuang dipanggil, semuanya bergegas bersatu atas nama Islam,atas nama akidah, bersiap menghadapi musuh Allah..”
abu zubayr-11.06p.m-IIUM
0 komen:
Catat Ulasan