“Hikayat min Qodah”



Kira kira Dua hari dua malam tidak menulis di sini, kerana bermusafir ke negeri Kedah Darul Aman, bsama keluarga menghantar abg menyambung pelajarannya di sana, sambil itu menziarah dan bermalam di rumah akak sulung di sana.sempat juga la jalan2 di bbrp daerah berdekatan.

Kedah & kerajaan barunya
Kedah mgkin agak istimewa utk dikunjungi slps kemenangan gerakan siasah Islam utama Malaysia,PAS. Namun dari pandangan mata zahir, sukar nak buat perbandingan. Jadi kena Tanya org kedah yg dok kt Kedah la ye..sprt abg ipar sndiri..sbg lepasan mahasiswa UUM dia berfikiran padaku dia terbuka tak taksub kpd mana2 aliran pemikiran dan politik. katanya perubahan di kedah berlaku secara berperingkat, tidak kecoh kecoh sprt di beberapa negeri yg dpt kerajaan baru. Alhamdulillah antara yg disebutnya peningkatan mutu dlm penyampaian berkaitan Islam seperti kuliah,dan khutbah, dan penyampai kpd dua dua medium ini..

Atur cara yg “lamenye kna tunggu..”
Kita berbalik pula kepada cerita aku tadi (sbb blog ni aku punye hehehe). Pd pagi hari Sabtu kami sekeluarga menghantar abg ke tempat sambung belajarnya. Ingatkan sekejap je la prosesnya, rupanya byk atur caranya, melibatkan mak ayah/waris pun ada. Kami sampai pun kira lewat juga, tp mgkn krn dek ramainya org, proses pendaftaran mcm bjalan lembab je. Mak2 dan ayah2 para pelajar yg sampai awl dr td dah duduk dlm dewan,luar dewan,bwh khemah. Abg aku pun terus la buat urusan dia,sbb dia pun dah besar kan tua pd aku jd dia prefer buat urusan sendiri sprti majority org2 kt situ.

Aku bila dah keadaan mcm tu, follow pak je gi ngeteh sambil makan roti canai kat seberang jln. Lama jugak la, sampai akak aku sms dan tlipon kirim air, masa aku dok order semua except my bro dah dtg kt warung tu. Jd semua pun ngeteh la ngan makan roti canai. Pas tu abg aku call ckp majlis bersaama MB bsama waris dah nak mula, jd aku pun volunteer la jd waris pergi masuk dewan.

Msuk dewan try cr abg aku. Tp mmg sukar la. Semua student pakai sama. Msj2 try cr x jumpa. Aku pun duduk je la nunggu majlis mula. Lama tu mula la.yg pertama dok berucap timb dekan dia. Aku dgr2..tp mcm x bleh dgr je.last2 aku angkat kaki keluar dr dewan..x pe sbb mak ngan pak msuk gak kt bhgian bwh. Abg aku mse tu bru plak nmpk aku sms Tanya nk g mana, aku kata nk klua dah, bosan dok dlm..

Akak2 ngan abg ipar serta baby aliya ank sedra aku rupanya dah mengaircondkan diri dlm kereta. Aku pun join la. Last2 sbb lama sgt tunggu abg ipar ajak jln2 kt bndr Alor Star. Lps jln2 singgah masjid zahir-kata abg ipar masjid antr yg tercantik di m’sia. Lepak2 kt situ, sms org kt tmpt pndaftaran td MB bru samapi,bru berucap.Kbtulan dkat masuk zohor, jd terus tunggu msuk waktu dan solat. Abis solat pun x abis lg berucapnya MB tu.jd kak long plak ajak jln2 lgi. Mse jln2 tu la abg call ckp dah nak pergi kolej dah[asrama].

Sedikit Muqoronah
Kolej asrama dia jauh jugak dr centre tmpt belajar tu.mgkin lps ni abg aku kena cri motor kot. Jd kami pun lawat2 la kolej kediaman tu. Asrama best gak, tp UKC kt matriks ngan Uthman kt gombak lgi best..hehehe..jd lps siap semuanya, bersalam2an ngan family, kami pun bertolak semula ke rumah akak.

Bukan la aku nk banding2..Wa..proses register dia mmg complete sungguh la..sehari suntuk..kami sampai td 10lebih kot..dlm kol 5 lebih gitu bru leh balik. Kt UIA, baik matriks dan maincamp, x selama itu…mgkin org yg masuk situ berganda2 lbeh ramai dr UIA kot…

Smpai umah akak dekat magrib dah. Usai mandi,solat jamak ngan rehat2 & makan, pak ajak jln2 lg saje je g TESCO ngan giant. Mase on the way tu aku dpt sms dr abg aku…dia kata x ada api lak-black out- tgh taklimat.pas tu makan mlm pun dlm gelap la katanya. Husnuzzon nye mmg black out kot. Tp nak bersangka buruknya, mgkin modul orientasi kot hehehe…sbb tu aku bls balik sms abg aku- dia saje tutup api kot. Abg bls- x kan saje. Aku jwb- bkn bleh caye,dkt Malaysia ni kdg2 bleh je org buat kerje2 PANDIR mcm tu hehehe…mlm tu balik dr jalan2 aku forward no pin top up kt abg..tp pas tu x bls2 dah..dah tido kot..

Esoknya,iaitu pg td, balik la ke phg semula. On the way blik,skali lg sms abg aku . dia bg no tel urusetia…katanya henset2 dipegang oleh committee..sekali lg aku tersentak. Setakat pengalaman aku lalui orientasi tahap IPT, x de lak committee amik henset,suruh silent atau off ada la…yg ada committee simpan henset ni kt tamrin ada la…isk3x..
X pe la..mgkin lain pdg lain belalang..waqie’ lain kot..Allahu a’lam..

Mcm tu la kisah dr jelapang padi..apa apa pun ambikla pengajaran dr setiap peristiwa dan perjalanan, buat bekalan mengharung perjuangan yg mesti diteruskan!!

12.01a.m-17/06/08

0 komen: