Kuliah Maghrib bersama Syeikh abd Razzaq as-Sa'adi




Usai maghrib tadi aku sempat mengikuti kuliah fiqh syafi’ie prof Abd Razaq as-Sa’adi di msjd UIA. Alhamdulillah seronok dpt mendengar kembali ilmu syeikh, setelah lama tidak mengikutinya.

Menarik tentang sheikh, nasabnya sampai ke saidina Hasan bin Ali r.a..cucu Rasulullah…alhamdulillah…Allah memberikanku peluang utk bertalaqqi dan menuntut ilmu warisan nabi s.a.w dgn keturunan baginda sendiri….satu nikamt yg amat besar,dan x wajar disia siakan..

Terkenang pula semasa menuntut ilmu bahasa Arab (Arabic for islamic study 3) dengan sheikh. Beliau seorg yg dr zahirnya serius, tp jika kita berada dlm majlisnya-samada dlm kuliah rasmi ataupun kuliah magrib-suaranya lembut lunak,bahasa Arabnya mudah difahami.Ditambah dengan imej ulama’nya, senantiasa berjubah dan berserban putih, beliau mmg menarik minat kami, utk didekati dan dijadikan seorg tok guru.

Sheikh Abd Razak as-Sa’adi merupakan seorg da’ie yg berasal dr Iraq. Beliau berhijarah ke negara kita selepas kekacauan besar dibuat oleh syiah, yg mengambil kesempatan atas tindakan tentera penceroboh amerika di Iraq. Ketika i Iraq, Beliau merupakan dekan kuliah syariah di Universiti Baghdad, dan salah seorg mufti di Iraq.

Bukan setakat ilmu bahasa yg kami dpt dgn beliau, malah beliau akan menerangkan dr segenap sudut,tafsirnya,hadisnya, fekahnya…matan syair Arab yg selalunya kami ndak x ndak memahaminya mampu diterjemahkannya dlm bentuk menarik sehingga kami berminat!! Begitu juga kuliyah fiqh syafi’enya, dia bukan semata mata mengajarkan fiqh,tp lebih luas ruang lingkupnya,tapi tetap ilmiah serta menarik.

Semoga Allah mengurniakan ku “istiqamah” utk terus menuntut ilmu, menghadiri majlis2 ilmu….sama ada dgn sheikh abd razzaq as-sa’adi ataupun lain lain masyayikh…

11.20p.m-26\6\08

0 komen: