smlm awal pulak aku balik dari masjid lama, seperti biasa kalau ke sana buka kitab jumaat malam sabtu,aku tolong gantikan guruku, merangkap sepupuku, al-fadhil ust yasir yg pulang ke temerloh.
Mlm ni ada anak anak murid arwah pak long yg balik kampung datang ke sini. Mereka jauh lebih tua dr aku, dan zaman mereka mengaji dgn arwah bukan zaman aku mengaji. Alhamdulillah mereka tolong meriahkan majlis ilmu dgn soalan soalan bagus. Habis kuliah mcm biasa ngeteh dulu di beranda masjid lama, mlm ni jamuannya roti canai. Tapi mlm ni sembangnya banyak politik, hal ehwal kelemahan kerajaan..aku x berapa berminat plak utk campur, tumpang dengar sekejap,lepas tu aku pun turun ke tanah start moto.
Dulu kegiatan mengaji ilmu agama ni berpusat di surau sungai jahit, d blkg rumah aku, sekarang Mengikut ckp2 org2 lama, surau ni dulu cukup aktif melalui zaman zaman kegemilangannya. Generasi demi generasi mengimarahkan surau dgn majlis2 ilmu. Dari zaman pak,kemudian zaman org yg umurnya sekarang dah 30-40 an sampailah generasi aku dan ke bawah.
Generasi awal Jemaah surau ni pernah mengaji fiqh muqaranah pelbagai mazhab menggunakan kitab koleksi hadis hukum karya sheikh tengku muhd hasby shiddiqqy…dek kerana beramal dengan ilmu yg mereka belajar..mereka sampai di cop “kaum muda”!!
Surau sungai jahit juga bg setengah org dikenali dgn haluan kirinya…jeng jeng jeng..bukan kominis atau sosialis la..tp gerakan atau jemaah PAS..ada yg mengecopnya surau PAS…kdg2 musim pilihanraya tetiba je ada SB2 dtg konon2 tengok2 surau..siap ambik gambar buluh yg tersandar pada stor surau hehehe..
Aku pulak banyak juga mendapat ilmu agama di surau ni..ia antara madrasah awal aku yg utama utk ilmu ilmu fardhu ain mcm wuduk, solat, Quran..di sinilah juga pertama kali aku mengenali cara cara pengurusan jenazah,teori dan praktikal..di surau ini juga aku mengaji quran dgn ust rozali al-hafiz..
Arwah paklong daie yg kreatif, surau ini bukan saja tempat berkuliah dan menadah kitab sahaja…di sini tempat berukhuwah, tempat beramah mesra,bergurau, indoor game pun ada kat sini..silat pun pernah diajar di surau ini..mlm2 kami teman pak long tido di surau…semua idea kreatif arwah ni lah yg menarik minat kami org2 muda utk datang belajar di sini…
sistem pengajian begini sukar nak kita tengok pd hari ini,termasuk di surau sg jahit yg ada skrg…ust yasir,anak arwah sedaya upaya menghidupkannya, tp surau sungai jahit tak jadi semeriah dulu…mgkn sebab kreatifnya arwah dlm dakwah blm dpt kami semua contohi…
************************************************************************
Dari sungai jahit, berpindah ke masjid lama di kuala gali, d tebing sungai kerak, … masjid lama pun x kurang hebatnya dulu gemilangnya seperti surau sungai jahit …hidup dgn majlis ilmu..Cuma sama mcm surau sg jahit, msjd lama juga semakin lama semakin kurang imarahnya..akhirnya hanya dua minggu sekali ia hidup, atas usaha al-fadhil ust fathul ariffin yg buka kuliah dua mlm tu..
bila ada anak2 muda yg nak belajar agama.. anak anak murid arwah pak long yg ada di kg ni berkumpul merancangnya…mulanya hanya solat terawikh, menghidupkan semula masjid lama..itu pun geng geng yg tak berapa paham mula la kacau…jgn pergi semayang sana..itu org PAS…ada gak yg bercakap nak buat ajaran baru…cabul betul mulut manusia2 ni…last2 sorang geng kami,cikgu yg ajk JKKK sound direct puak2 ni dlm meeting JKKK…jgn tuduh2..kalo nak tau dtg msjd lama tengok apa yg kaim buat..sesat ke x sesat…sorg lagi ngadu kat tok empat (panggilan bg ketua kampung kat sini)..tok empat pun alhamdulillah dia ni walaupun lain bendera ngan kami, dia menyokong program2 berasas ilnu agama ni..baru la puak2 ni diam..
alhamdulillah…setakat ini kami berjaya maintainkan keimarahan masjid lama, 7 malam seminggu!! Guru2nya semua anak2 murid arwah pak long…kecuali al-fadhil ust ariffin, sheikhul islam kt kg ni..tp aku respek la dkt abg An yg ngaja ngaji tiap2 sabtu ahad..dia sanggup balik tiap2 minggu,walaupun dia duduk kt greenwood selangor nu…
syukur, keimarahan msjid lama memberi keinsafan kpd masjid kariah..dan akhirnya masjid kariah pun berjaya diimarahkan 6 kali seminggu….
Alhamdulillah..Surau sungai jahit pun sedang direnovate..nampaknya hamper siap..anak anak murid arwah paklong punyai rancangan utk kembali menerangkan semula ia kesuramannya insya Allah..mugkin juga kegemilangannya dpt dikembalikan semula,seperti msjd lama..siapa tahu..ya..Hanya Tuhan yg Tahu segalanya..
Penting utk kita ingat, semua ini bukanlah utk kebanggaan, tp supaya kita semua insaf…dan tergerak utk mengimarahkan masjid2 dan surau2 yg mungkin dah lama suram….surau/masjid yg dibina atas waqaf org2 lama bagaikan ada keberkatannya tersendiri…al-masjidu ussisa ala at-taqwa…demikian jua guru2 yg ikhlas menyampaikan ilmu kpd anak2 murid…dan anak2 murid yg ikhlas menerimanya dan mengamalkannya…atas keberkatan ini,dgn izin Allah, insya Allah bersinarlah semula yg telah lama suram…
Ya Allah berkatilah segala amalan kami.. limpahkanlah rahmat ke atas semua guru guru kami yg ikhlas menyambung perjuangan rasulullah s.a.w… kurniakanlah kami keikhlasan, serta kekuatan dlm meneruskan perjuangan ini.. Aamin ya Rabbal alamin..
7/6/08- 6.22a.m
2 komen:
takniah kerana dapat tawaran belajar balik...tentu buat master...tok cik...
terima kasih tok cik..
cucu sedara tok cik yg sorang ni [saya le tu] kalo bleh nak sambung blajar smapai phd..itu cita2..hrp2 Allah kabulkan...
Catat Ulasan