Rezeki sebelum Zuhur
“Lah..tido rupanya..Bangun bangun..tandatangan..” riuh rendah kakak dan abg mengejutkan aku dari lena tengah hari. Tertido lagi rupanya aku masa tengah baca journal universiti kuwait. Sepucuk surat pos laju abg aku hulurkan,suruh tandatangan. Lambang uia..alhamdulillah...surat tawaran nak sambung belajar...sampai jugak akhirnya..syukur kepada Allah...26hb ni daqh kena daftar diri ke alam kampus semula....
*******************************************************************
Rezeki awal pagi
Pagi pagi buta tadi usai saja subuh aku dah buka pintu rumah, pasang telinga utk menangkap bunyi hon motor cina pemborong ayam. Malas dah nak berjanji dengan janji janji Melayu. Biar la aku bermuamalat dgn org lain plak. Melintas je depan rumah aku terus tahan, iring dia ke reban.
Pagi pagi buta tu banyak songeh plak cina tu,nak pertikaikan baka ayam kampung aku.aku malas nak layan lah. Aku tangkap je ayam tu sekor demi sekor, bagi kat tangan dia. Asalnya aku nak jual separuh jer,tp dia mcm nak semua. Siap timbang semua dia pun bayarlah harga. Alhamdulillah rezeki bangun pagi,walaupun apek tu td mcm nak kelentong aku je pasal harga mula2 tadi.
Tengah dok aku basuh kaki kat depan rumah, datang sebijik lagi apek motor tanya nak jual ayam ke. Aku cakap lewat sikit je, aku dah jual kat org lain tadi. Aku masuk rumah jap,Tanya mak aku nak jual semua kea yam.mak cakap ikut aku la.jadi aku pun jual la jugak ayam yg masih ada kt dia. Dia ni letak harga lebih sikit dr pemborong pertama. Tinggal la sekor ayam jantan dlm reban tu, apek tu tak mau sbb ayam tu kakinya cacat sikit.
Alhamdulillah…syukur kpd Allah..peringkat ke 3 ayam aku Berjaya dipasarkan. Dptlah pulang modal, dan untung cara usahawan kecil kecilan hehehe…
***********************************************************************
Minyak naik harga lagi!!!!
Masa tak pakai motor dulu,mcm x kesah pun minyak naik harga…tp skrg x lagi…ke hulu ke hilir motor usang tu la “unta” aku…
Usai kuliah bahrul mazi ustz ariffin tadi, cikgu Ali terus bersuara, minyak naik lagi!!!start esok…oo patutla masa aku balik jemput kitab pas magrib tadi, abg long dah g raub isi minyak..esok dia nak balik kedah dah..pak pun g jugak..nak beli bekalan minyak utk unta tua kitorang tu…
Kata kemal, jemaah paling muda di masjid tadi, minyak naik tak pa, jgn harga minyak naik…Aku tolong gelakkan aje la…hehehehe
Lepas ni entah apa la lagi yg naik harga… “teringat aku kata seorg pak cik, skrg ni semua naik,yg turun hanya hujan...”....
apa apa pun perjuangan mesti jalan terussss.....siiru ala barakatillah ayyuhal du'at!!
11.38p.m-4/6/08
0 komen:
Catat Ulasan