Salehudin al-Ayyubi,akademi nasyid dan anak2 muda


“ …awak kenal tak siapa salehuddin al-ayyubi?”. Dia menggeleng kepala. “..tak kenal kan..sebab tu awak tak faham..tapi saya rasa awak kena baca kisah salehuddin baru tau siapa..dia adalah seorang sultan yang bertaraf panglima…”

Dialog di atas bukanlah di antara seorang ustaz yang mengajar pendidikan Islam dengan anak muridnya di dalam sebuah kelas,tapi dialog antara seorang juri dengan seorang pelajar dalam program tv9 akademi nasyid yang saya tonton rakamannya yang dimuat turun dari laman web. kebetulan malam itu si pelajar menyanyikan nasyid berjudul Salehuddin al-Ayyubi, jadi si juri agak tidak berpuas hati dgn penghayatan si pelajar dlm menyampaikan nasyid,jadi dia pun bertanyalah begitu.

Saya tersenyum, mulanya rasa pelik juga peserta remaja itu tidak mengenali Salehuddin al-ayyubi. Tapi saya buangkan rasa pelik itu,kerana bukan semua orang mengharung zaman remajanya seperti saya mengharung zaman remaja saya.(mcm la saya dah tua sgt heheh). Itupun bertuah, anak muda itu berminat juga dengan irama irama yg ada mesej.

Allah telah mengilhamkan saya,dari apa yg saya tonton itu, untuk membawa jari jemari saya menaip papan kekunci ini. utk peringatkan diri saya sendiri, yang masih lagi seorang pemuda, dan juga pemuda pemuda di luar sana..

************************************************************************
Dalam perjalanan menuju medan Uhud, ketika berhenti di satu tempat bernama Syaikhan, Rasulullah s.a.w telah memeriksa barisan tentera. Baginda mendapati sekumpulan muslimin yang masih terlalu muda, umur mereka belum sampai taklifan jihad harbi, kemampuan tenaga mereka masih belum lengkap untuk menyertai peperangan hebat ini, lalu baginda mengeluarkan mereka dari barisan ketenteraan ini. antara mereka ialah Abdullah bin Umar, Zayd bin Thabit, Usamah bin Zaid, Amru bin Hazm serta Abu Sa’id al-Khudri.

Pemuda pemuda yang terlalu muda ini tentulah punyai kefahaman dan semangat juang yang tinggi, sehingga mereka sanggup menyelinap masuk ke dalam saf saf tentera dewasa untuk menyertai Jihad ke medan Badar. Namun atas kefahaman mereka juga, mereka akur dengan arahan nabi s.a.w agar tidak menyertainya,kerana belum tiba masanya.

Mereka anak anak para sahabat yang ditarbiyah oleh Rasulullah s.a.w. lihatlah bagaimana anak anak muda ini begitu memahami tanggungjawab mempertahankan agama.

************************************************************************
Saya tidaklah secara drastic menyuruh anak anak muda kita terus segera berubah mencapai tahap anak anak muda para sahabat. Sebagaimana lama dan jauhnya jarak zaman antara kita dan mereka, mcm tu jugaklah agaknya jarak keperibadian dan kefahaman dua generasi berbeza ini.

Cuma usaha perlu dijalankan. Yang tak boleh membaca al-Quran, perlu diusahakan untk dibolehkan baca. Yang lebih menghafal nama nama personality hiburan mahupun sukan dgn amat terperinci, kita usahakan agar dapat menggunakan nikmat ingatan mereka yg amat kuat itu utk hafal dan hayati nama2 sahabat, dan tokoh2 Islam serta kehidupan mereka.

Jangan biarkan sampai ke satu tahap, seorang mendendangkan lagu tantang para sahabat, lalu ditanya siapa, dia tersenyum menggeleng kepala. Ataupun berdendang nasyid tentang Nabi Muhammad, lalu ditanya siapa Muhammad itu, dia tersengih menampakkan gigi sambil mengangkatkan bahu tanda tidak tahu!!! Na’uzubillah min zalik..

12.17a.m 29 july 08

6 komen:

Tanpa Nama berkata...

Orang cakap hg minat CICIK..btoi ka?haha

Abu_Zubair berkata...

baik sikit hang..bile masa plak aku minat rockers tu

Abu_Zubair berkata...

hang ni selalu buat crite bukan2 aa pasai aku...tau la kerja sama tmpt ngan syeikh...huhuhu..

The Extender berkata...

salam... eh, betul ke ada dialog mcm tu kat akademi nasyid?? Jarang2 tgk... Sayangnyeeee....

aryshdanea berkata...

:) salam. dah lama tak lalu di sini. perbincangan yang menarik

Abu_Zubair berkata...

the extender,demo gi lmn web tv9..ada kt sana episod full akedemi nasyid dr episod 1 hehehe...pas tu demo check satu2 ada la jumpa dialog tu heheh

arasyshdanea tq sudi lalu...
kt sini lak tiap2 kali online masuk blog arashdanea...x sbr nk baca update terbaru :)