Berilah peluang, berilah harapan..


jangan dihina mereka yang dhaif
jangan disisih mereka yang bersalah
kerana itu hanyalah satu kekurangan
kerana itu hanyalah satu kesilapan....


Cerita sheikh Abd Razaq as-Sa’adi dlm kuliah fiqh syafi’inya di masjid UIA masih segar dlm ingatan. Bila mana Ma’iz al-Islami r.a, yang menyerahkan diri kpd Rasulullah utk dihukum rejam,kerana berzina, selesai dihukum, dimandikan dan dikafankan. Tiba masa utk disolatkan jenazahnya, mungkin kerana maiz pernah berzina, dan dihudud kerana kesalahan berzina, diriwayatkan ada yg seperti keberatan untuk solat atas jenazahnya. Lalau rasulullah s.a.w yg menyedari hal ini lantas bersabda, bahawa maiz telah ikhlas bertaubat, dan jika dihimpun taubatnya itu cukup untuk mengampuni seisi penduduk Madinah.

Setiap insan, melainkan insan yg maksum-yakni para Rasul- terdedah kepada dosa. Akan tetapi taubatnya seorg insan berdosa itu, menjadikannya antara insan terbaik. Dan mungkin keikhlasan taubatnya itu jauh lebih baik dari org yg belum atau tidak membuat dosa.

Bila seorg buat silap, mula mula sekali ialah kita memberitahunya bahawa benda itu silap, dan kita usaha supaya dia dapat berubah. Lihatlah bagaimana tindakan Rasulullah ketika seorg badwi masuk ke dalam masjid lalu kencing, rasulullah bersabda kepada shbt2 yg mahu memarahi, memukulnya: “ kamu diutuskan untuk menyenangkan, bukan menyusahkan..”

Tinggal di kampung yg tidaklah terlalu terbelakang, saya dikurniakan pengalaman berkawan dan bergaul dengan beberapa shbt yg baru dan sedang belajar meninggalkan tabiat silam mereka. Kalau diikutkan perasaan, kadang kadang kita macam marah, kesian pun ada, kelakar pun turut terasa.

Saya puji kesungguhan shbt2 ini menghadirkan diri berjemaah di masjid. Subuh pun selalu ada hadir berjemaah. Shbt ini juga ada yg cukup komited menghadiri kuliah. Cumanya ada masanya shbt ini di masjid pening2 juga sebab tak berapa nak boleh tinggal tabiat silam. Ada yg imam baru angkat takbiratul ihram, mereka dah turun rukuk!! Mendengar kuliah duduk bersila, tapi mata mereka pejam, kdg2 tersengguk, kdg2 dahi mereka hampir mencecah lantai!! Pernah sekali, slps solat di masjid,shbt ini minta tolong tunda motor kerana minyak sudah habis katanya. Dek kerana lambat sangat, sampai di satu simpang, saya mengajak naik saja motor saya, kita beli minyak dulu. Tiba tiba dia berkata x ape, lalu start motornya, zoom perlahan2 meninggalkan saya…sebenarnya bukan minyak habis,tapi dia pening!!

Ada jemaah msjd yg tidak berpuas hati dgn kepeningan shbt2 ini ketika di msjid. Lalu keluarlah nasihat nasihat tidak berhikmah yang menyebabkan ada shbt yg langsung putus terus kehadiran ke masjid. Padahalnya ada cara lain yg lebih berhikmah. Dlm satu kuliah,seorg ustz memberitahu yg kita di larang solat, malah mendekati masjid dlm keadaan yg mabuk, x kira mabuk arak ke, atau mabuk dadah,atau pening pil khayal. Cukup umum. Slps itu shbt2 ini faham, dan x lagi dtg msjd dlm keadaan pening2 dan kelakar2…

Ada pula yang memandang perubahan mereka itu sebagai topeng!! bila duit tabung masjid hilang, ada kes apa2 ke, terus memandang shbt ni dgn mata tajam. Kesian shbt2 ni…ada yg mengadu meluah rasa, kalau tak dipujuk, diberi semangat, nescaya mereka dah hilang dari masjid.

Sebenarnya Niat ikhlas utk berubah jelas nampak.Di saat2 normal dan tidak pening, shbt2 inilah yg memeriahkan majlis ilmu dgn soalan2…shbt inilah yg sukarela mengurut imam yg uzur,menghilang penat lenguh imam. Shbt inilah yg tolong baiki kerosakan kerosakan ringan pada kenderaan..bahkan menumpangkan ke masjid jika kenderaan rosak…

Kesimpulannya, berilah peluang..berilah harapan..jangan terus menyisih org yg bersalah.kerana itu hanyalah satu kesilapan, kerana itu hanyalah satu kekurangan. Kerana kesalahan itu memang sifat hamba yg dhaif..daripada kita memutuskan harapan mereka, lalu mereka terus hanyut kembali, Apalah salahnya beserta perasaan berhati2, kita beri peluang dan membantu menyelamatkan mereka dari arus deras…..

abu zubair-kg sg jahit
12/8/08-12.06a.m

0 komen: