cadangan mufti Perlis: "Mubahalah" mula disahut??

td dpt msj dr akak yg menyebabkan aku bergegas ke ITD membuka portal berita....hasilnya aku menulislah ini..

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini mengotakan janjinya bersumpah mengikut syariat Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pukul 6.30 petang ini.

Dalam upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama masjid berkenaan, Mohd. Saiful, 23, yang berbaju Melayu coklat menghadap kiblat sebelum melafazkan sumpah berikut:

“Bismillahirrahmanirrahim. Pada hari ini, 14 Ogos 2008, saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan Nombor Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut...

"A'uzubillahi minas syaitanirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah S.W.T dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah S.W.T sehingga ke kiamat. Wallahualam."

Sebelum lafaz itu, beliau mengucapkan kalimah syahadah sebanyak tiga kali diikuti bacaan surah Al-Fatihah.

Majlis itu disaksikan beberapa pegawai masjid tersebut dan ahli keluarga Mohd. Saiful di samping para pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Antaranya ialah Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali. – Utusan.

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0815&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_26.htm

p/s:
kita tunggukan ia dtg dr dua2 pihak
kita tunggu dr anwar pulak..sumpah penafian..
slps itu kita serahkan kpd Allah membalas siapa yg berbohong dlm hal ini..

apa kata anwar??

Anwar dakwa sumpah Saiful gimik politik UMNO
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0815&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_34.htm

15/08/2008 10:28pm

Oleh ZULKIFLI JALIL dan ABDUL MUIN SAPIDIN
BUKIT MERTAJAM 15 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan upacara bersumpah yang dilakukan oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan bagi membuktikan kebenaran dakwaan bekas pembantunya itu diliwat oleh beliau sebagai gimik politik kotor UMNO untuk menjatuhkannya.

Beliau yang diminta memberi reaksi terhadap sumpah Mohd. Saiful, 23, yang dibuat di Masjid Wilayah Persekutuan petang ini, selepas bertemu orang ramai di Pasar Malam Ampang Jajar di sini malam ini turut menyalahkan pihak polis yang didakwanya mendalangi dakwaan kes liwat ke atasnya.- Utusan.

apa kata dr Asri pulak??

Anwar juga perlu bermubahalah – Mufti Perlis

15/08/2008 10:31pm

KANGAR 15 Ogos – Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim juga melakukan mubahalah bagi menghilangkan keraguan orang ramai terhadap beliau selepas pembantunya bersumpah diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

“Jika Anwar juga bersumpah laknat seperti itu, maka jadilah mubahalah dan kita akan lihat hukuman Tuhan nanti," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, oleh kerana Mohd. Saiful Bukhari Azlan sudah bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, bagi menghilangkan keraguan tersebut, Anwar yang didakwa meliwatnya juga perlu bersumpah laknat.

Dr. Mohd. Asri menyifatkan Mohd. Saiful menanggung risiko yang besar apabila membuat ‘mubahalah’ atau sumpah laknat yang mendakwa beliau diliwat oleh Anwar.

Menurutnya, bekas pembantu peribadi Anwar itu akan menghadapi laknat Allah jika dia berbohong dan akan selamat kalau dia bercakap benar.

“Saya terkejut dengan keberaniannya bermubahalah tetapi dia sebenarnya menanggung risiko yang amat besar.

“Jika dia berbohong, banyak kelaknatan akan diturunkan Allah kepadanya," kata beliau.

Mufti Perlis itu ialah tokoh agama yang mencetuskan cadangan supaya Anwar dan Mohd. Saiful melakukan mubahalah.

Dr. Mohd. Asri bagaimanapun berkata, keberanian Mohd. Saiful melafazkan sumpah laknat tersebut menunjukkan pemuda itu yakin dengan apa yang dakwanya.

“Tetapi dia juga perlu faham akan kesan sumpah yang dibuatnya jika dia berbohong," katanya.

Mohd. Saiful hari ini bersumpah laknat mengikut syariat Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Anwar.

Upacara mengangkat sumpah itu dilakukan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada pukul 6.30 petang.

Dalam upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama masjid berkenaan, Mohd. Saiful, 23, bersumpah disaksikan beberapa pegawai masjid tersebut serta ahli keluarganya.

Turut hadir ialah para pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), antaranya Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0815&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_35.htm

kita tunggu dan lihat apa akan terjadi seterusnya...

Abu_Zubair:10.38p.m-15/8/08

0 komen: