Allah maha bijaksana dalam menciptakan makhluknya, beserta kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Seorang insan yang sempurna pancainderanya, tiada kurang pula zahir jasadnya, belum tentu dia sempurna pula dari segi lainnya. Seorang yang lahir dlm keadaan kurang upaya pula, tidak semestinya dia kurang dalam segalanya, bahkan mungkin dia memiliki sesuatu yg tidak ada pada orang lain.
Bukan mudah untuk menyampaikan sesuatu yang mampu menyentuh hati. Biar lunak suara, biar menawan paras rupa, belum tentu apa yang disampaikan mampu menyentuh hati para pendengar. Dan bila sesuatu yg disampaikan itu menyentuh hati seseorang, tidak bererti ia akan menyentuh hati semua orang.
Allah telah menentukan Ikhlas adalah rahsia yang melunakkan hati. Ikhlas dari penyampai, ikhlas pula yg mendengarnya, lahirlah penghayatan dari keduanya. Penghayatan yg sempurnalah yang melahirkan nikmat lunaknya hati.
Mungkin di mata org lain pandangan berbeza. Mungkin ada yang berkata, kehadirannya hanya mengundang simpati, lalu yang bersimpati mula menghulurkan. Namun yg empunya diri itu membuktikan yang dirinya memang dikurniakan Tuhan sesuatu yg istimewa, Tuhan itu Maha Adil dalam penciptaanNya, walaupun mungkin tidak dapat dinilai dek samar kejahilan pandangan sesetengah manusia.
Doa dikirim agar insan istimewa terus tabah mengharunginya. Doa dikirim agar insan istimewa mencapai kejayaan. Doa dikirim agar insan istimewa tetap atas jalur keikhlasan. Kerana keihklasan itu memberikan ketenangan dlm perjuangan, menjadikan insan bersyukur dengan kejayaan, dan tidak pula dia gusar,gundah dan kecewa dgn ketewasan. Semuanya Kerana ikhlas kerana NYA…
Siapakah insan istimewa?? Biarlah hanya hati hati ikhlas menjawabnya…
12.25a.m-19/8/08
0 komen:
Catat Ulasan